kaloi82 wrote:
n kalo kate susah2, jgn keje, mana laa kita nk maju, ada sijil tinggi2, wat pekasam kat umah...
aku paham kita nih hidup di zaman keliru, dimana konsep maju nih dah bercelaru.. majukah kita dengan bekerja dan bergaji tinggi? majukah kita dengan baju mahal, rumah besar, makan kenyang dan harta bertimbun? majukah kita sedang jiran kita ada yang dalam kesusahan? jiran itu ukurannya 60 keluarga keliling kita.. kalau itu ukuran maju maka tanggalkanlah iman dan kejarlah 'kemajuan'..
baca sirah bukan sekadar sirah Nabi saw sahaja.. baca juga sejarah tamadun Islam.. akan makna maju bukanlah kerna kekayaan sebaliknya dengan ketinggian ilmu..
maka akan belajar tinggi2 bukanlah untuk mengejar dunia melainkan meraih redha Tuhan.. jangan habis universiti kita berhenti menuntut ilmu.. adapun menjadi ilmu itu bila kita dapat paham sehingga kita yakin untuk mengajarkannya.. maka menjadi pekasam itu bila kita memeramnya..
apakah tujuan asal kita belajar? supaya dapat kerja? maka sebegitukah harga ilmu yang kita tuntut bertahun2? begitukah nilai ilmu sehingga tidak dapat kita aplikasikan dalam hidup seharian kita jika kita tidak bekerja? sebagai contoh, adakah ilmu seorg doktor itu perlu buka klinik? tiadakah ilmu itu berguna dalam keluarga? begitu juga dengan jurusan ilmu yang lain.. begitu jumudkah kita tentang nilai ilmu?
tidakkah kita terbayang bagaimana hebatnya generasi Islam di masa hadapan jika mereka terdidik di sekolah dan terdidik pula di rumah oleh seorang profesional.. rugikah kita bertahun2 belajar di universiti dan hanya mendidik anak2 dan menguruskan suami di rumah? pandanglah ke depan.. masa depan anak2 kita.. masa depan ummah.. toleh ke belekang sejenak sebagai panduan.. bagaimanakah generasi huru-hara yang didepan mata kita sekarang dibentuk sebelumnya.. bukankah kegilaan emansipasi wanita sudah membuahkan hasil?
sekadar memberi pendapat.. wallahualam..
ummu_aiman quote:
tepuk dada, tanyalah IMAN..
dah tepuk dada tuh tanya sekali, dimana tempatnya perempuan? terhinakah jika perempuan terperuk di dapur sedang tenang suami itu di dalam rumahnya?
juga aku nak jelaskan bahawa tidaklah aku menidakkan keupayaan wanita.. hanya beradalah di tempat yang sewajarnya dan bertindaklah sewajarnya.. jangan terikut2 dakyah para kafirun berlumba2 memuaskan nafsu dengan kedudukan dan harta.. berlumba2 untuk saling menguasai dan menunjukkan kekuasaan.. ini dunia yang hanya sementara sifatnya.. gunakanlah dunia ini untuk meraih akhirat yang kekal.. bahagia di dunia dan bahagia di akhirat..
sungguh aku mengerti akan bagaimana kita terperangkap dalam sistem kafirun hingga tiadalah kita mampu untuk tenang sekadar hidup dalam kemiskinan.. tentang bagaimana perihnya mencukupi sekadar keperluan.. saling membantu suami dan isteri adalah tanda kasih sayang.. genggamlah dunia dalam tanganmu dan usahakanlah agar ia tidak berbekas dalam hatimu..
mengintai sejenak akan para lelaki yang semakin lemah di zaman ini kerna dimanjakan oleh wanitanya.. hingga isteri pula yang bersungguh-sungguh menafkahi keluarga sedang suami hanya mencari-cari alasan untuk bermalas-malasan melayan syahwat..
wahai para wanita, pulangkanlah tanggungjawab lelaki kembali kepada mereka agar mereka terbangun dari lena mereka.. agar mereka sedar bahawa keruntuhan ummah yang berlaku itu kerana kealpaan mereka.. perlakukanlah para lelaki sebagaimana sepatutnya..
wahai para lelaki, keluarlah dari selimutmu.. sesungguhnya malam itu sudah lama berlalu, hadapilah hari siang, laksanakanlah tanggungjawab.. didik dan nafkahilah keluargamu.. berlemah lembut dan berbuat baiklah pada keluargamu.. tegas dan cemburulah pada agamamu.. takut dan redhalah pada Tuhanmu.. rapatkan saf sahabatku sekalian dan tetapkanlah hati kita.. moga Tuhan merahmati kita semua.. amin..
Post a Comment