antara talak dan poligami


aku terbaca suatu kisah ttg talak dan poligami.. aku ringkaskan sependek mungkin supaya mudah difahami..

adapun bila lelaki bertemu wanitanya, maka kasih menguntum dan cinta berbunga.. kasih dan cinta ini memberi kekuatan pada lelaki menjadi penawar terhadap racun kehidupannya.. inilah yang membawa ke gerbang pernikahan..

bila penawar menjadi tawar, atas musabab yang tertentu dalam sebuah rumahtangga, racun kembali menyiksa hidup lelaki.. lampu kasih bertambah malap dan dunianya semakin gelap.. kegagalan suami isteri mengesan racun tersebut menyebabkan ia merebak dalam rumahtangga.. pada peringkat ini setiap perbuatan isteri menyakitkan hati.. masakan tidak sedap, teguran memedihkan telinga, senda gurau membosankan.. inilah peringkat dimana perceraian mulai menguasai mangsanya.. bukan berlaku dalam suatu waktu yang singkat.. lelaki yang menceraikan isterinya biasanya memberi alasan bahawa isteri 'membakar' hidupnya..

secara kebiasaan apabila lelaki mahu berpoligami dia akan memilih satu antara empat berikut:
(1) menceraikan isteri yang ada dan menikahi wanita lain
(2) menikahi wanita lain secara diam2 dan menyimpan rahsia itu sehingga mati
(3) menikahi wanita lain secara diam2 dan memberitahu isterinya selepas bernikah
(4) memberitahu isterinya dan menikah dengan wanita lain

diceritakan dalam kisah tersebut, maka si suami mengambil pendekatan menikah lagi secara senyap2.. maka hilanglah seminggu si suami tersebut.. dan selepas seminggu dia pulang ke rumah isteri pertamanya..

kalau seminggu yang lalu si suami pulang dengan muka muram, lesu dan marah2.. kali ini dia pulang dengan muka berseri2, manis dan cergas.. si isteri memaki suami, suami hanya senyum.. isteri memukul dan menarik rambut, suami ketawa terkekeh2.. sambil ketawa suami meminta isterinya memasak makanan yang sedap2 yang disukainya..

kemana hilangnya makanan isteri yang tidak sedap? teguran yang memedihkan telinga? senda gurau yang membosankan? dan segala macam yang menyakitkan hati? sekarang apa sahaja yang dilakukannya isterinya menjadi hiburan seperti melihat telatah anak kecil walaupun anak kecil itu memijak kepalanya..

racun di hati suami sudah tawar, ditawarkan oleh madu.. Istilah madu amat tepat digunakan kerana ia boleh menjadi penawar yang mujarab jika semua pihak dapat melihat kemujarabannnya. Bermadu menjadi penawar yang mujarab bagi rumah tangga yang keracunan pada tahap yang parah. Ia telah banyak menyelamatkan rumah tangga daripada runtuh.

Sebab itulah agama mengizinkan lelaki berkahwin lebih dari satu kerana yang meletakkan hukum mengetahui diri manusia yang diciptakan-Nya. Tetapi hukum Yang Empunya hukum ini sering disanggah oleh perempuan degil dan lelaki dayus. Akibatnya berlakulah perceraian yang walaupun tidak diharamkan tetapi sangat dibenci.

kebenaran poligami ini membuatkan suami menyedari bahawa kesilapannya dalam menganggap bahawa kasihnya terhadap isteri pertama sudah mati, sedang bila disuntik kembali dengan madu, maka timbullah kembali kewarasannya..

suami dapat melihat kembali kemuliaan dan kelebihan isteri pertamanya yang telah bertahun2 mengharungi lautan kehidupan yang bergelombang bersama-samanya. Kelebihan dan kemuliaan isteri pertama inilah yang menyebabkan lelaki tidak terdaya atau menggunakan dengan sewenang-wenangnya hak mentalak dan berpoligami yang ada padanya.

kedua2 isteri merupakan suis dalam menyalakan lampu kasih suami. isteri yang pertama yang menjaga suis tersebut. Apabila cahaya lampu itu menjadi malap maka bersinar pula isteri kedua, bintang malam di ufuk langit yang menunjukkan arah kepada musafir di padang pasir yang meredah kegelapan malam bersuluhkan obor di tangan.

isteri pertama adalah obor yang menerangi perjalanan dan isteri kedua adalah bintang yang memandu arah perjalanan. Orang yang membuang obor di tangan kerana bintang malam sudah bersinar akan dapat terus berjalan menuju matlamatnya tetapi tidak ada cahaya yang menerangi jalanan yang dilaluinya. Akibatnya dia terpijak ranjau dan duri, tersepak batu dan tunggul kayu dan tidak dapat melihat haiwan ganas yang berkeliaran bersama kegelapan malam.

Orang yang telah masuk kepada pengembaraan di padang pasir, enggan berpandu kepada bintang malam, sebaliknya hanya menumpang cahaya obor di tangan, dia akan sesat di tengah-tengah padang pasir, tidak tahu jalan keluar. Akhirnya dia akan keletihan, rebah tersungkur bersama-sama obornya.

itu adalah perumpaan lelaki yang panjang fikirannya. Ada juga lelaki yang singkat fikirannya.

contohnya suami mengalami keracunan rumah tangga juga. Dia mengambil jalan mudah. Jika isteri tidak boleh memberikan kebahagiaan buat apa disimpan. dia mentalakkan isterinya. Terlepaslah dia daripada penyakit yang menekan jiwanya. Bila si pembawa penyakit (janda) tidak bersama-samanya maka penyakit yang menekan jiwanya juga tidak ada.

Bila jiwanya tidak lagi tertekan datanglah fikirannya yang waras. Dalam kewarasan itu dia terkenangkan kemesraan, kebaikan, kelebihan dan kemuliaan jandanya. Timbul perasaan menyesal dalam jiwanya. Lalu dia rujuk semula kepada bekas isterinya. Pasangan itu kembali bercantum dengan keadaan tidak menyedari penyakit keracunan yang memusnahkan rumah tangga mereka dahulu.

Tidak berapa lama kemudian racun itu kembali mengeluarkan bisanya. Mereka bercerai lagi. Kemudian datang pula perasaan menyesal lalu mereka rujuk semula. Setelah tiga kali bercerai agama tidak mengizinkan mereka bercantum semula kecuali si janda itu berkahwin lain dan suaminya menceraikannya.

Lelaki yang menceraikan isterinya sampai tiga kali dianggap oleh agama sebagai lelaki berpenyakit pada tahap tinggi. Dia perlu diberi kejutan untuk mengubati penyakitnya. Bila jandanya berkahwin lain dan boleh hidup bahagia dengan suami baharunya si lelaki itu akan berfikir panjang tentang dirinya dan mengambil tindakan memperbaikinya.

begitulah pengkisahan yang aku pelajari.. moga dapat memberi kefahaman dan kebaikan dalam diri kita semua.. insya-Allah..

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008