adakah kita sekadar pemerhati?

[quote="aneesa"]saja nak tau.. adakah korang izinkan..

--(cut)--
CUMA NAK TAU,ANDAINYA ANAK2 KORANG NANTI TINGIN NAK CEBURKAN DIRI DALAM DUNIA HIBURAN ADAKAH KORaNG IZINKAN?
--(cut)--
bagi den sendiri,memang den tak izinkan..sebab den begitu takut bila kenangkan dugaan yang ALLAH akan uji nanti...
den begitu takut bila mengingati jika anak2 den hanyut dan tergoda dlm dunia hiburan...sebab tu bagi den lebih baik den mencegah dengan menekankan NILAI2 ISLAM dlm diri mereka bermula umur mereka sekarang ni...
--(cut)--
[/quote]

kalo anak aku ada yg nak terlibat dlm showbiz dah tentu aku akan restui.. itu pilihan mereka.. mereka tahu apa yg mereka nak buat.. so nak buat apa aku kongkong kreativiti mereka? kenapa aku takut diorg hanyut jika aku dah ajar diorg kemudi hidup? unless aku tak preparekan diri diorg utk hidup.. then nak jadi ustaz pun aku akan tak restu sebab aku takut..

bila org sebut dunia showbiz, pemikiran org akan sangat stereotype.. memandang showbiz sebagai satu dunia yg penuh maksiat, riya', etc.. itu sebab kita mmg nak pandang dunia tuh camtuh.. tapi kita curi2 tengok, baca, ambil tahu..

lets face the reality.. qari tuh sama dengan penyanyi.. bukan nasyid jer lagu.. byk bahagian dlm Islam boleh jadi part of the showbiz.. bukan sekadar forum, ajar mengaji dan ceramah.. sayang slot membina diri yg disiarkan selepas subuh kat tv tuh tidak diulang tayang lagi dlm waktu lain..

pernah tgok cable tv yg khusus utk kristian? 24jam.. its all about christian.. mana channel muslim? channel arab ada laa.. di malaysia sendiri mana channel yg full citer psal Islam 24jam? dari segala genap segi, berita, mengupas Quran dan hadis, berzanji, budaya masyarakat Islam seluruh dunia, sejarah, ekonomi, kekeluargaan, kanak2, etc..

world is exactly as the way we wanna see it.. the reality that we wanna live in.. cuma kita dah semakin terbudaya dengan kalimat "wait and see".. kita cuba play safe... penghujungnya sama ada kita selamat atau kita ketinggalan.. adakah kita sebuah bangsa pemerhati sahaja?

About this entry

  1. Anonymous said...

    Assalammualaikum,

    Baru kini berkesempatan membaca U'r Blog...impress dan terharu kerana masih simpan lagi artikel di MDC suatu tika dulu. My koleksi...semuanya hancur, tidak dapat diselamatkan.

    Am I Wrong ? NO...U're NOT !

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008