Topik: Kelemahan Org Melayu!
Dibuka oleh musal (Tue Sep 26, 2006 12:43pm)
aku nak citer psal bangsa aku jer, walaupun aku tau bangsa lain pun duk kutuk bangsa dia sendiri, berpuak2, dengki, dsb.. lagi teruk.. tapi itu aku tak peduli sebab bukan masalah aku makanya aku nak citer psal bangsa aku jer..
melayu nih bukan terdiri dari satu kumpulan sahaja.. semua yang datang ke tanah melayu sanggup lupakan citer dahulu kala dan jadi melayu sebab melayu itu merupakan bentuk perpaduan.. (kompius lak aku dgn tulisan aku sendiri)..
apa pun.. kita takleh anggap semua org berfikir dan bertindak sama dgn kita.. walaupun kita rasa pendirian dan tindakan kita betul, tak bermakna perbuatan org lain itu salah..mungkin salah di mata kita hari ini, belum tentu hati kita masih menolak di hari esok.. semuanya bergantung pada macammana kita melihat sesuatu yang berada di hadapan kita..
mmg org melayu suka bercerita.. dari cerita dewa-dewa, binatang bercakap, sampai laa kepada cerita psal jiran tetangga.. bercerita nih adalah satu cara mendidik dalam budaya melayu.. sebab tuh mereka pentingkan nilai dalam cerita bukan cerita itu sendiri..
maka dalam bercerita nih terbahagi dua bahagian, baik dan buruk, disampaikan dengan dua niat juga, baik dan buruk.. contoh melayu yg duduk tepi pantai dia mmg cakap kuat2, jadinya bila bercerita agak 'nakal', buruk pada pendengaran org darat, tapi niat mereka baik..
bila wujud perbezaan begini, yang penting bukan perbezaan itu, tetapi bagaimana menghargai perbezaan.. setiap individu dan komuniti itu unik.. org yg biasa makan pakai tangan kekok bila pakai sudu.. tapi masuk kandang kambing mengembeklah.. dimana bumi dipijak disitulah langit dijunjung..
bila perbezaan ini kita tak hargai, kita nak semua org jadi sepesen macam kita jugak, maka bertembunglah pendapat.. yg bercakap kuat dikata marah, yg cakap perlahan dikata mengumpat.. semuanya hanya salah paham.. sebab kita tanak paham.. kita hanya nak org paham.. sebab kita rasa yg kita paham itu saja yg paling betul dalam dunia.. walhal kita tak keliling dunia lagi untuk jumpa paham yg lain..
kalau zaman dulu bila salah paham org melayu bertikam, sapa kalah mati.. tapi belum tentu benar terbela.. hanya beradu kuat sahaja.. zaman sekarang org bertikam juga.. tikan lidah, bunuh imej dan maruah org.. sama gak belum tentu yg benar terbela.. hanya saja kebenaran jualah yg sentiasa akan timbul.. macammana nak atasi masalah nih?
pendapat aku, pikir positif.. walaupun itu kelemahan, pikir positif, jadikan kekuatan.. contoh org melayu meniaga kedai runcit.. bangsa lain dah bertahun meniaga, dia dah paham akan maksud "sales and marketing", paham akan maksud "customer service".. org melayu baru jer nak meniaga semula.. pelan2 kena bertatih2.. tapi boleh jugak kita tuntun supaya cepat berjalan..
bila org melayu jual lebih seringgit dari kedai lain.. apa gaknya sebabnya? meh kita pikir buruk.. nak cepat kaya, cepat naik haji.. pikir positif.. dia dapat dari pemborong harga tinggi.. cepat naik haji? bagus jugak.. ini aku cerita yg mudah2 laa ek..
jadi apa pilihan yg kita ada? sama ada beli jugak lebih seringgit atau beli kat kedai org lain.. apa jadi pada melayu yang meniaga tuh? selain tak jadi kaya dan lambat naik haji.. dia takkan pernah dapat harga murah dari pemborong, sebab takleh nak beli secara pukal, yg ada dlm kedai pun tak laku lagi.. apa tindakan kita?
tak laa aku nafikan mmg ada yg suka mengambil kesempatan.. ini kita kena hati2.. sama cam memilih jodoh.. kalo kita tak suka jangan cakap macam2.. tolak saja pinangan dengan halus dan baik.. jaga air muka org.. melayu kaya dengan adat.. adat memelihara maruah..
yg aku lakukan ialah tengok balik dalam diri aku.. wajarkah aku menilai org lain sebelum aku menilai diri aku sendiri? aku nih dah yakin betul luar dan dalam ker sebelum aku tengok tepi kain org..
bila org kata benda tak baik pada aku.. mungkin saja org tuh nak tolong aku.. mungkin saja Tuhan gerakkan org tuh utk sedarkan aku.. aku leh terima ker? aku leh dengar ker? ker aku dah tutup diri aku dari kebenaran selain dari kebenaran yg aku rasa benar? bila tengok dan dengar org buat jahat? mungkin petunjuk, aku pun buat benda yg sama mungkin cara jer lain.. bila org buat benda baik, aku ikut tak? atau aku kata diorg menunjuk2 sebab nak lindung ego dalam diri aku?
atuk aku penah pesan, "belajar kenal diri org lain, untuk kenal diri sendiri"..
Post a Comment