sama-sama kartun




"Dia buat benda tu macam cerita kartun"
Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir, Menteri Besar Perak, mengulas tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar, membuat keputusan mengadakan sidang tergempar DUN pada 3 Mac 2009.
Read On 0 ulasan

Karpal Singh is Kinng




"Ada 100 laporan polis dan dua peluru saya terima... barang kali ini rekod dalam dunia. Saya mahu tahu di mana Pemuda Umno, celaka ini dapat dua peluru yang dihantar kepada saya."


"Siapa buat semua laporan polis... saya beri amaran kepada Pemuda Umno jangan main-main dengan saya. Saya Singh dan Singh is King"


Ucapan Karpal Singh yang ditujukan kepada Pemuda Umno ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.
Read On 1 ulasan

taboo blockage

"ini yg susahnya nak bercakap dengan org melayu nih.. bila aku tak bagi ayat Quran mintak nas.. bila aku bagi dia suh tanya tok guru pulak.."

"ko jangan amik ati laa.. apa yg dia cakap pun betul juga"

"emm.. aku nih bukanlah kata apa yg dia cakap salah.. cuma kalau awal2 lagi dah bagi ayat knockout nih siapa pun takkan berani cakap apa2.. mmg apa yg dia cakap tuh betul tapi cara dan konteks.. awal lagi dia buat blockage untuk org berbincang susah laa.."

"aku paham ko cuma nak create awareness.. biasalaa org melayu.. kita anggap nih perjuangan laa.. nak buka minda org melayu.. tak leh putus asa.."

"ini labelling tau.. inilaa masalah org melayu.. bila sebut Quran jer semua dah takut nak sebut.. semua kata takut salah tafsir.. padahal ayat tuh jelas.. bukannya aku main kuau2 ayat tuh, aku dah tengok tafsir pun.. mmg itu citer dia.."

"cuba ko citer balik kat aku.."

"surah al-baqarah ayat 240.. lebih kurang makna jika kita rasa kita tak hidup lama kita kena wasiat utk nafkah setahun buat isteri dan isteri kena ada rumah utk duduk selama setahun.. ikut tafsir hamka, maksudnya waris kita kena biar isteri kita duduk rumah yg dia duduk selama setahun dan kena tanggung nafkah makan minum pakai setahun utk isteri kita.. apa yg boleh jadi salah tafsir dlm ayat nih?"

"ayat nih mmg org tak nampak relevan dengan hidup diorg sebab diorg rasa takkan anak2 nak halau mak sendiri.. tapi berapa banyak kes yg anak jual rumah yg mak dia tinggal.. camna pulak dengan isteri nomor dua yg takder anak? kena ingat semua isteri hanya berkongsi 1/8 daripada harta.. and to most melayu, this 1/8 takleh cover pun harga sebiji rumah.."

"ok laa mungkin aku silap tulis perenggan last tuh dengan ayat rock.. tuh pun sebab aku nak lighten up dan nak ajak org berdiskas.. just an approach laa.. tapi bila org suh aku rujuk tok guru, then they missing the whole point.. org tak fokus pada isu yg aku cuba angkat.. the diversion has been made.. berapa org yg tahu surah nih? berapa org yg selama nih menyimpan jadi confuse sebab para sahabat sendiri tak tinggalkan harta utk keluarga?"

"ko nih defensive laa.."

"bukan defensive, just that i'm trying to make a point here.. taboo org melayu bila bincang bab agama.. i'm trying to create awareness among us, hoping that when we start talking about it we will aware how important is estate planning.. ini semua wealth management.. dan crowd yg aku citer pun bukan org miskin, semua gaji besar dan berharta.. mana ada tok guru saja2 nak sebut benda nih, jadi bila kita tahu kita akan bertanya pada tok guru masing2 dan jadi paham.. tapi kalo awal2 lagi dah set the block not to talk about it, it goes nowhere"

"nih kira kecewa laa nih.. dah start cakap omputih.. hehe"

"aku boleh reply lagi but they already missing my point.. so kalo aku explain pun mental block dah ada.. org takkan nak diskas.. dah laa isu nih nak diskas dlm keadaan normal pun susah, apalagi bila dah ada org set the block.. sebab tuh selama nih aku tanak quote mana2 nas sebab aku tahu benda camnih mesti keluar.."

"org melayu laa beb.. ko tengok fatwa.. mana boleh tanya? bukan nak argue or contest pun tapi cuma nak details pun org melayu dah kata kalau tak percaya cakap ulama nak percaya cakap sapa? pastuh dia compare ulama dgn kita.. ulama bukan maksum.. kalau kita kuau persoalan pun kan lebih memantapkan fatwa yg dah kuau.. but no, takleh argue, takleh cakap apa2 lagi, terima jer.."

"haa.. ini laa org melayu main terima saja.. org nih cakap macam nih sokong.. org belah sana cakap macam lain pulak, masuk dek akal dia, dah sokong sana pulak.."

"nih org Islam zaman dulu gemilang bukan sebab kaya raya, tentera kuat dan jajahan besar.. diorg gemilang psal budaya ilmu zaman tuh.. dinasti Islam jatuh pun psal budaya ilmu hilang dalam jemaah.. Nabi saw pun dah sabda antara tanda akhir zaman ialah ilmu ditarik oleh Allah swt.. Nabi saw dah sebut pentingnya majlis ilmu.. berlambak2 citer sahabat dan org soleh yg menekankan kepentingan ilmu.. dah dekat nazak pun sempat panggil org dan ajar.. sampai org melayu pun percaya 'cari ilmu sampai negeri cina' tuh hadis.. but yet, mana budaya ilmu org melayu?"

"org kita nih tuntut ilmu pasal nak lulus peksa.. nak lulus peksa supaya dapat sijil dan dapat kerja.. nikmat ilmu tuh dah takder.. kita hapal tapi tak paham.. baca Quran bukan main sedap tapi tatau makna.. skrg pun dah ada trend hantar anak gie belajar syariah, usuludin, hantar gie mesir, syria.. bagus bukan tak bagus.. tapi org berani hantar bukan sebab ilmu semata tapi sebab org tau skrg nih jadi pendakwah bebas pun, ceramah sana sini, income boleh dapat 10ribu sebulan.. kalo popular lagi laa.. hantar anak buat tahfiz, kurang2 jadi imam masjid, kadhi, pembantu mufti.. Y-factornya balik ke asal.. duit.."

"duit pun penting bang.."

"sapa pulak kata tak penting.. tapi keutamaan kita apa?"

"sebab tuh aku cuba create awareness.. daripada bersembang bab politik yg tak tentu hala, how bout talk about ilmu.. asas ilmu tuh al-Quran.. tapi kalo boleh citer psal ayat Quran dengan tok guru saja, bila tok guru takder nak sembang psal apa? ini maksud aku.."

"kita kena terus bersembang psal Quran.. bila nanti ujung2nya kita tak sependapat atau jadi keliru, then masing2 balik jumpa tanya tok guru masing2, pastuh kita bincang pula pendapat tok guru masing2.. ini proses.. evolusi ilmu.."

"kalau kita tak buat benda nih selalu, takkan jadi budaya.. bila kita tak citer, kita tak tau.. bila kita tak tau, kita tak amik tau.. bila tak amik tau, nih la yg jadi sekarang, kita jadi ignorance.. pastuh kita heran kenapa Islam mundur dan tak bersatu.. camna nak maju kalo nak sebut pun tak boleh.. kalo takder background syariah atau usuludin takleh sebut psal ayat Quran.. no wonder sembang org melayu nih ujung mesti psal keter, bola, politik, gosip.. sebab benda2 tuh takyah tanya tok guru.. so sembang jer laa merapu bila tok guru takder.."

"sabar bang.. inikan perjuangan.."

"ye lah.. aku cuma kecewa sket jer laa.. sebab yg bercakap tuh pun bukan budak sekolah.. dan dia pun tak bagi pendapat tok guru dia psal benda yg aku sebut.. mmg dia cuma cakap hati2 but knowing melayu mentality, dia cuma akan planting perspektif block supaya jgn bincang.. ada cara ada kaedah tapi tak explain apa pun.. tapi takpa laa aku terima apa yg dia sebut tuh.. cuma kesian kat org yg tercuit tapi pun tak berani nak bersuara.."

"bukan semua org kita boleh tegur.. macam nasihatlah.. kita hanya boleh nasihat org yg nak terima nasihat.. yg tanak terima nasihat buang masa jer kita bercakap.."

"ye la.. macammana nak mengaku beriman jika tidak diduga.."

"haa betul tuh.. Nabi2 dulu kena cerca, maki, baling batu, pulau dan macam2.. nih baru kena tegur ko dah susah hati.."

"aku setuju beb.. aku pun bukan nak tunjuk pandai, cuma cuba nak buat sesuatu utk jemaah.. nak initiate benda yg makin takder dlm org kita.. bukan aku dapat duit pun, nak popular pun takder maknanya.. cuma aku harap ada org tercuit utk berfikir dan pass it around.."

"insya-Allah.. itu semua Tuhan punya kerja.. kta buat apa yg kita leh buat laa.. kalo menjadi tuh bonus.. kalo tak jadi pun insya-Allah kita dah dapat pahala.."

"betul tuh.. tenang sket hati aku.."

Read On 0 ulasan

let talk about ASB

[moved: i-Planning ]
Read On 16 ulasan

priority of interest


"ini yg kdg2 aku tak paham org melayu nih.. cuba ko tengok suratkabo nih.."

"apa lagi yg tak kena?"

"nih haa.. ko tengok muka belakang nih.. 1.5juta untuk palestin.. ini baru dakap, belum citer yg lain2 lagi, mercy, nst, tv3.. aku dengar ada yg dapat 8juta.."

"pastuh apa maslahnya?"

"ko buka dlm tengok belakang citer dakap tuh.. sama helai.. ko tengok tuh.. sorg nak 200ribu untuk buat pembedahan dan satu lagi citer psal balu byk anak kematian suami dah takleh sara hidup.."

"nih masalah priority ker masalah tindakan berpilih?"

"ko bayangkan beza jumlah.. 1.5juta.. dengan sorg nak 200ribu dan aku rasa kalo bagi 10ribu kat makcik nih pun dah cukup, dia boleh start buat something.. bela lembu ker, bela kambing ker, bela ayam ker, dah boleh sara hidup dia.."

"derma kat makcik tuh tak glamour kot.. hehe"

"itu laa maksud aku.. aku teringat org parsi marah kat ahmadinejad.. hantar duit juta2 kat palestin sedangkan org iran sendiri byk yg susah nak makan.."

"ko jangan..kang ada org bukak citer burung siram air selamatkan Nabi Ibrahim as.."

"haah.. so kita nih jadi burung laa.. burung tuh takder ikhtiar lain.. kita nih banyak benda yg patut buat kita tak buat tapi dok sebok nak buat benda yg jauh dari kita.. konon for greater cause.. takpa laa benda baik.. buat jer laa.. cuma jangan jadi ignorance benda depan mata.."

"ko tau tak kalo dlm satu kampung tuh ada sorg tak makan, satu kampung berdosa tau.."

"org mana peduli dosa skrg nih.. yg penting hidup dia senang.. kalo tak kaco org lain tuh dah kira org baiklaa.."

"ini yg buat jemaah rosak.."

"susah nak cakap beb.. ko tengok cara diorg menderma pun cukuplaa.. siap buat majlis panggil wartawan.. tapi apapun niat masing2 laa.. kita bersangka baik sudah.."

"somebody should start correting all this.."

"keep your faith bro.. ini semua kerja Tuhan.. kita buatlaa apa yg boleh kita buat.. yg lain2 doa jer.. insya-Allah Tuhan permudahkan dan tunjuk jalan.."

"amin"
Read On 0 ulasan

choosing a battle and winning the war

"ari tuh ko cakap psal fokus kan? maksud ko melayu nih tak fokus camna? bukan ker semua tgh penuh perasaan pada satu-satu isu? tuh bukan fokus ker?"

"haah.. mmg laa fokus tapi fokus ke mana?"

"buang masa, buang tenaga"

"itu sebab kita dok fokus kat benda yg kita takleh nak buat dan selesaikan.. pasal apa kita fokus kat benda yg kita tahu kita takkan boleh buat apa2?"

"kalau kita nak bangunkan bangsa nih.. nak bagi hebat agama Islam nih.. kita kena fokus kat benda yg kita tahu kita boleh buat sesuatu.."

"tuh yg last sekali tengok diri sendiri, buat untuk diri sendiri, keluarga , jiran2, pastuh baru jemaah.. sampai bila pun usaha tak sampai ke jemaah.."

"haha.. maksud aku bukan camtuh.. kita kena fokus kat bahagian yg kita rasa kita leh buat sesuatu.. kalau kita boleh bergerak dlm bidang ekonomi kenapa kita nak pi rembat bab politik? nak buat apa kita dok bercerita psal undang2?"

"betui gak kata hang.. macam la nih aku tengok india2 nih dah conquer bab kehakiman.. berapa banyak lawyer india dok ada kat malaysia nih.. cina pulak dah tentu laa monopoly bab meniaga.. kita org melayu nih dok kecoh bab politik.. kita nih yg dok penuh nak jadi pegawai kerajaan.. selagi org kita dok bawah kerajaan nih, org kita takkan buleh lepas dari kekangan politik.."

"kita tak perlu start besar.. nih org melayu kalo nak buat mesti kena projek raksaksa.. projek mega.. kena panggil habis semua org nak rasmi.. tak perlu.. kita buat apa yg kita boleh buat dan fokus.."

"haa.. jangan dok jadi macam pak menakan dia nih.. org pi juai sate, dia juai sate.. org bukak kolam pancing, dia pun nak bukak.. diversify laa konon.. last sekali habih kampuih semua melingkup.. org kaya, dia dok asik kira rugi sana sini.."

"tak baik hang mengumpat.."

"dak aih.. bagi contoh.. hehe.. hang jangan laa marah.."

"itu maksud aku, kita kena fokus.. benda nih macam perang.. strategi perang nih bukan pi serang semua org.. tapi serang mana tempat yg kita leh menang.. kita kena pilih peperangan kita sendiri.. pilih apa yg kita nak takluk.. kena tahu kekuatan dan kelemahan kita.. bila dah menang satu perang, baru kita pilih perang yg lain, makin lama makin sengit.. but then what we want is to win the war, not only the battle.."

"choose your battle wisely and focus.. jangan dok buat benda mengarut.. org jerit kita jerit, org marah kita marah, tapi kita tak tahu kenapa kita jerit, kenapa kita marah.. bila org nih kata camnih, kita setuju.. org kata lagu tuh, ooo betui juga.."

"nak choose battle nih kena ada ilmu.. sebab tuh jangan malas tuntut ilmu.. kena selalu gie dengar ceramah agama bukan ceramah politik jer.. kena rajin baca buku bukan baca gosip saja.. cari ilmu tuh fardhu ain.. tapi kita nih pengalaman kita sendiri pun kita tanak belajar.. semua main ikut suka talipusat kita saja.."

"Islam dulu tuh jadi gemilang psal dlm jemaah dia ada budaya ilmu.. kita nih hancur tak berguna.. menyalak2 tak bermakna.. sebab dalam jemaah kita tak ada budaya ilmu.. ilmu yg kita duk tuntut ilmu nak menjadi duit.. kalau ilmu tuh tak jadi duit kita takmo tuntut, rogi.. haa.. itu laa org melayu.. tanak rogi langsung.."

"kena spend sikit utk ilmu.. invest.. nih melabur yg betul.. nih dak.. bila tengok buku harga lebih tiga ringgit.. wuih mahai tuh.. beli laa yg lain.. hang pi tengok buku anak hang.. berapa harga buku paling mahai kat rumah hang? buka apa dia tuh?"

"satu lagi aku nak tanya juga, kita dok hantar anak gie tuisyen tuh buat hapa? nak bagi anak kita pandai ka nak bagi anak kita lulus peksa?

nih benda paling tak masuk akai kat malaysia nih.. dua benda.. renovation rumah dan tuisyen budak sekolah.. nih dua2 nih re-work.. psal apa kena wat re-work? nak buat hapa beli rumah kalo kita peruntuh buat rumah baru, baik kita beli tanah.. sama gak tuisyen, adakah itu tanda sekolah yg dok ada kat malaysia skrg nih tadak kualiti dah? kena upah lagi cikgu yg sama pi ajaq pulak kat rumah.. kat sekolah tuh cikgu tak boleh nak concentrate kat anak murid psai apa? nih yg kena perbetui.."

"itu kena tengok balik Y-factor kita apa.. Nabi saw dah sabda setiap perbuatan itu bergantung pada niat.. sama nak perang nih pun kena tengok Y-factor kita apa.. kita nih perang utk apa dan utk siapa.. adakah kita berjuang dalam perang kita atau kita nih berjuang utk perang org lain.. jgn pisang berbuah dua kali.. dulu kita kena tipu dah dengan penjajah.. takkan kita nak buat lagi benda yg sama kan?"


Read On 0 ulasan

harta dan pengurusan cara Islam

[moved: i-Planning ]
Read On 0 ulasan

a lesson from the royal perak circus


"dah jadi cam sarkas dah perak nih.."

"itu patut kawan kita yg menggencat nih yg komen.."

"kan aku dah kata aku tanak komen politik, tapi aku nak cakap jugak psal satu benda.. psal org melayu.. org melayu nih jadi tak tentu arah psal salah fokus.. kita nih suka fokus kat benda yg remeh-temeh.."

"ko tengok apa jadi kat perak, serabut.."

"serabut psal fokus kita tak tentu arah.. contoh perak, apa yg ko tengok?"

"ye laa.. nak sokong mana pun tak tahu.. sultan satu hal, speaker satu hal, umno, pas, pkr dah sah laa ribut, mufti dan ulama pun terheret sama.. semua nih buat org melayu jadi kompius.."

"kompius psal korang tengok benda yg tak penting.. macam gosip artis laa.. sana bercerai sini tuntut nafkah.. yg belum cerai pun tuntut nafkah.. cuma yg kita fokus ialah kekalutan.. kita fokus nak tengok siapa salah.. laki tak betul, bini tak patut.. tapi kita tak nampak semua nih menjurus bukan hanya pada institusi perkahwinan tetapi juga impak dari sistem syariah kita yg tak lengkap, yg boleh bagi hukum tapi gagal dalam melaksanakan.."

"itu tipikal melayu.. janji tau hukum, buat tuh citer lain.. diorg nak tau hukum jer.. nih halal nih haram.. tapi bila bab buat tuh bergantung individu.. contoh kes asb, kejap kuau fatwa harus, sekarang nih kecoh lak surat dari SC kata tak ikut syariah.. yg bestnya komen rata2 akan kata pikirlah apa yg patut anda buat.. kita tak ada firm stand.. kalo dah haram, kerajaan patut buat sesuatu.."

"bab halal-haram nih pun satu.. kita hanya implemen logo halal tapi yg haram pulak camna? yg ada cuma label non-halal, nih maksud non-halal apa? haram ker harus? patutnya kita label saja haram kalo benda tuh dah tak betul.. tapi kita berlembut kata non-syarie, non-halal.. apa kebende? saja nak wat org kompius?"

"macam perak.. tak kisah laa apa yg diorg buat tapi aku nampak kelemahan dalam sistem.. perlembagaan yg ada tak lengkap sebab tuh bertimpa2.. sultan ada prerogatif sendiri, speaker ada jurisdiction sendiri, karpal ada interpretasi sendiri.. yg betul yg mana? aku rasa semua betul.. yg tak betul ialah perlembagaan itu sendiri.. tak lengkap.. nih psal apa perlembagaan tak lengkap? psal org politik tak buat keje dia.."

"keje org politik nih kena gubal undang2.. banyak benda terutama yg berkait dengan Islam nih tak lengkap.. contohnya wasiat.. org Islam tertakluk pada akta faraidh, tapi camna dengan wasiat? hibah? nih semua tak jelas.. cara nak educate rakyat ialah dengan cara buat undang2.. rakyat ikut.. sebab tuh org melayu pandang mudah citer wasiat nih.. apa susah mati kang bagi ikut faraidh laa.. tapi akhirnya harta pusaka jadi harta puaka.."

"takaful pun masalah sama.. mmg akta kata bila mati hanya duit takaful yg tak freeze.. tapi penama tuh maksudnya apa? dah ada fatwa kata penama tuh hanya wasiyy.. hanya pentadbir harta.. maknanya duit takaful kena masuk balik dlm estate simati dan dibahagikan ikut faraidh.. makna penama bukan suka2 leh pakai.. ini hukum.. setakat nih hanya satu takaful jer yg aku tahu bagi pilihan untuk hibah.. tapi still serabut sebab takder akta yg jelas.. ini semua kerja org politik kena tengok benda2 macam nih.."

"sama gak dlm citer perak.. byk grey area.. kena perjelas lah.. ini kerja dewan negeri, kerja dewan rakyat.. bukan buang masa berbalah benda yg ntah hapa2.."

"sama juga macam deb.. semua org tahu deb gagal.. target 30% tapi achieve tak sampai 20%.. tapi adakah dengan cara buang kuota melayu dan buat tender terbuka mampu capai matlamat? kenapa kita set 30% ekuiti utk org melayu? saja2 nak bagi melayu kaya? kena paham apa Y-factor disebalik benda yg dibuat.."

"kita buat deb lepas 13 mei, sebab masa tuh pemimpin2 rasa kekacauan berlaku sebab tak ada keseimbangan ekonomi.. ini Y-factor-nya.. deb dibuat supaya wujud keseimbangan ekonomi antara bumiputera dan bukan-bumi.. kenapa perlu wujud keseimbangan? supaya bila org melayu nih rasa dia tidak ketinggalan maka rasa marah dan sikap prejudis akan mengurang.. dan diwaktu yg sama, golongan non-bumi yg mmg handal dlm meniaga nih akan jadi mentor org melayu.. grow together.."

"tapi apa yg jadi? undang2 kata kena ada kuota 30% pegangan melayu dlm syarikat malaysia.. non-bumi amik org melayu jadi pak pacak saja.. jadi alibaba.. dia bagi duit gaji dan suh duk diam2.. ini kelemahan sistem.. org melayu tak boleh bersaing bukan kerna kuota tapi non-bumi tak buat peranan yg sepatutnya.. yg jadi skrg nih, melayu yg berjaya kena jadi mentor melayu yg baru nak naik.. ini menyebabkan jurang prejudis jadi lebih besar.. semua org melayu berpendapat bahawa cina takkan ajar melayu meniaga, mana ada cina nak tolong melayu kalau dia tak untung.. akhirnya jurang antara melayu dan bukan melayu makin jauh.. api makin membara di dalam sekam.."

"kita tgok halal-hub.. kenapa kita buat benda nih? bagi aku Y-factor halal-hub nih supaya org melayu dapat penetrate global market.. tapi apa yg jadi? org bukan Islam nampak ini sebagai opportunity.. akhirnya diorg jugak yg control halal-hub.. melayu mana? so kita nak buat apa? hapuskan halal-hub? tengok balik statistik berapa banyak syarikat bumi yg dapat sijil halal? kenapa? sebab org melayu buat industri kecil2an, belakang rumah dsb.. mana boleh nak dapat sijil halal sebab tak boleh ikut syarat2.."

"sifir mudah.. kalo ditolong pun melayu tak dapat achieve target, apalagi kalo tak ditolong.. ini yg jadi kegusaran org melayu yg baru nak meniaga.. sebab mindset dia tau kalau kerajaan tak tolong, sapa yg nak tolong dia? dia kata cina lain, ada persatuan yg akan back-up dan tolong.. persatuan melayu hanya jadi elit group yg buat hubungan antara kelompok dia saja.."

(rujuk statistik dalam tajuk Peluang atau Tanggungjawab)

"ini yg kita kena fokus.. camna nak buat supaya industri kecil2an org melayu nih boleh dapat sijil halal dan seterusnya dapat dipasarkan.. ini yg patut jadi fokus kita.. kita tak pandai dalam marketing.. kena train org melayu.. kena promosi supaya org melayu jadi marketer yg bagus.. bukan takder.. berlambak2 org melayu dlm mlm ada pangkat macam2.. gold laa.. platinum laa.. diamond laa.. ini semua marketer melayu.. tapi kenapa produk melayu masih tidak boleh diangkat lebih tinggi

"jadi kat mana fokus kita? kalau nak hapus deb, apa Y-factor kita? adakah kita nak hapus deb sebab marah org2 umno saja yg dapat projek? sebab marah? kalo kita kata nak betulkan, kena fokus kat mana nak betulkan.. apa post-mortem kita? kita tanak melayu jadi bangsa subsidi, kenapa kita tanak? camna nak buat? macam nak pukul anak.. ada beza kita pukul masa kita marah dengan masa kita tak marah.. balik lagi pada Y-factor.. kenapa kita nak pukul anak kita? psal kita marah ker? atau psal kita nak mengajar? kena betulkan hati kita dulu, luruskan niat.."

"nak bubar ppsmi.. kenapa? masa buat dulu apa Y-factor-nya? kenapa majoriti org setuju dulu? adakah kita paham apa maksud che det masa tuh? atau kita main ikut saja? kita bubar nih psal apa? psal anak kita tak jadi makin pandai atau psal kita ikut2 saja? bak kata calon ketua pemuda.. nih aku quote bukan psal aku sokong umno tapi kita melihat perspektif.. dia kata priority kita apa? memperkukuh bangsa dulu atau perkukuh bahasa dulu? sejauh mana daulat bahasa kalo bangsa dipandang rendah? he got a point.. pastuh kita tengok pula pendapat gapena.. nih pun lepas 7 tahun baru pasan tak ikut perlembagaan, gapena 7 tahun dulu buat apa.. yg ini org pertikai.."

"again.. fokus kita kat mana? nak selesaikan masalah atau nak cari salah? kita sibuk dok citer gemilang melaka dan kedah lama.. apa Y-factor-nya? saja2 nak bagi semangat? atau saja2 nak sedapkan hati sendiri? aku rasa dah sampai masa kita buat sesuatu.. aku sendiri rasa kita tak boleh nak betulkan mindset semua melayu.. kalau tiap org boleh ubah mindset sorg melayu pun dah cukup.. kita betulkan fokus org melayu.."

"wahh.. lepas dendam betul ko.. tercabul gencatan.. hahaha"

"eh.. gencatan masih berlaku.. yg aku citer nih bukan citer politik.. citer politik nih macam gosip artis.. takder makna apa2.. semuanya hanya diversion saja.. yg aku cakap nih psal org melayu.. fokus kita kat mana?"

"ok ok.. minum kopi radix ko tuh.. kang sejuk.. hehe"

"kopi radix nih sejuk pun masih sedap.. halalan toyyiban.. dah rasa aiskrim radix?"

"blum commercial launch laa.."

"jadi ahli hpa, baru dapat test.. haha.."

"alaa.. ko pun tak sempat2 lagi nak gie pbc tuh kan?"

"woit! borang hpa mana? kata nak bagi.."

"ok ok.. minggu depan aku bagi.. tak sempat nak gie amik lagi.."

Read On 0 ulasan

ironi org melayu

"aku heran tengok org melayu nih.. benda yg dia tanak itulaa yg dia cari.."

"alaa ko tengok jer kat pasar malam tuh, berapa banyak benda yg dijual tuh sebenarnya tidak kita perlukan.. tapi org beli jugak.. beli makanan macam nak kenduri pastuh sampai rumah tak termakan.."

"mmg pelik org melayu nih.. takut hantu tapi nak tengok citer hantu.. duduk depan tv pastuh tutup mata.. ape ke he? haha"

"cam cabut gigi laa.. cakap takut, sakit, meraung2, tapi yg herannya kaki menendang tapi mulut nganga jugak.. terpaksa-rela.."

"bawak keter macam siput, tapi bila ada org nak potong jer mula laa pecut.. ntah hapa-hapa.."

"tuh laa.. cakap takut mati tapi hidup tak hingat dunia.."

"org melayu nih suka teruja agaknya.. perasaan tuh yg dia suka bukan actual kejadian.."

"cuba ko tengok bila citer psal org, gosip sana sini, suka tuh org melayu dengar.. tapi diri dia pun sikit lebih kurang jer.. tengok drama dia punya marah bukan main tapi realitinya dia pun buat jugak benda tuh.."

"at least aku ada sikit suka laa dengan drama anak betong psal hujung citer tuh kan ada nasyid selawat syifa.. pandai pulak anak2 aku menghapal nasyid tuh.. kalo setiap drama cari nasyid2 doa dan selawat nih jadi lagu tema agaknya boleh hapal macam2 org melayu.."

"nih semua cermin sikap org melayu sendiri sebenarnya.. org melayu nih banyak hidup dalam angan2.. dia teruja dengan benda2 yg dia takder.. bukan psal dia nak tapi sebab dia suka berangan2.."

"kalau dia dapat pun, pastuh dia akan cakap dia nak yg lain pulak.. mengidam bmw 3 siries, bila dah mampu, dia nak bmw 5 siries pulak.. sampai ke sudah.."

"maknanya apa yg org melayu cakap dan apa yg org melayu buat tak sama?"

"camnih laa.. dlm setiap kelompok mesti ada golongan ektremis.. ektremis nih pulak dua golongan.. satu yg ekstrem menentang dan satu lagi yg ekstrem menyokong.. yg org tak pasan the so called extremist nih hanya 20%.. 10% sokong giler dan 10% bangkang apa saja.. baki 80% nih passive follower.."

"jadi passive follower nih akan bergantung kepada pengujaan dari 2 kelompok ektremis nih.. mana2 yg dapat dapat menguja lebih baik, 80% nih akan ikut.. sebab tuh org melayu nih macam air sungai.. bila pasang ke hulu, bila surut ke hilir.."

"bukan sebab takder pendirian tapi kita nih bertindak ikut perasaan.. bila tak dapat kawal perasaan mengamuk.. ini amuk org melayu jer yg pandai.. org lain satu donia tak tau camna nak mengamuk, diorg tiru2 org melayu jer.."

"ironinya org melayu selalu takut org lain mengamuk.. hehe"

Read On 0 ulasan

perancangan harta utk akhirat

[moved: i-Planning ]
Read On 0 ulasan

hujah 3 calon

"senada seirama jer tiga org nih.. kesian pulak aku nengok pengerusinya.."

"one thing in common.. they are all politician.."

"haa.. ada org nak tercabul.."

"bukan nak citer psal isu politik, cuma nak overview calon.."

"satu seperti mewakili org kampung dan mahu menguja perubahan dalam berfikir dan bertindak.."

"yg kedua seperti wakil golongan berpendidikan dan mahu org muda diberi lebih ruang untuk berpendapat dan didengar.."

"org ketiga seperti wakil konservatif yg memberi penekanan terhadap integriti dalam bersikap dan bertindak.."

"bottomline.. berapa banyak perubahan yg boleh berlaku pada kita?"

"kalau mahu mencari mandi, pertama teluk kedua pantai..
kalau mahu mencari pemimpin, pertama elok, kedua pandai.."

Read On 0 ulasan

seed of hatred..

"sampai bila pun org melayu takkan boleh bersatu kalau kita terus macam nih.."

"terlalu banyak benci?"

"kenapa org boikot israel? kenapa boikot barang2 kafir? kenapa semua nih biasanya sekerat jalan jer? kenapa dah boikot ekonomi pun, kita tak juga terangkat2?"

"sebab org kita ada hasad dengki?"

"hasad dengki nih punca dari benci yg dok ada dalam diri kita"

"kita boikot israel sebab kita benci israel bukan pasal kita sayang dengan palestin. kita bukan peduli pun psal palestin tuh tapi kita sokong palestin sebab kita benci israel.. sebab tuh kita tak konsisten.."

"bila kita pandang gambar anak2 palestin, kita bukan sayu pilu rasa nak gie palestin amik budak tuh tapi kita lebih marah rasa nak gie palestin tembak yahudi.."

"agaknya kita merdeka dulu psal kita nak sangat bebas atau psal kita marah bila tau british tipu kita?"

"sama cam kita bagi nasihat dan pendapat, kebanyakannya bukan sebab kita nak betulkan atau mencari benar, tapi kita bercakap sebab kita marah dan sakit hati.."

"kita pertahan pendapat kita bukan sebab kita tahu ianya benar tapi sebab kita geram dan menyampah pada org yg bercakap.."

"kita tak beli barang melayu bukan psal harga atau kualiti tapi sebab kita benci pada bangsa kita sendiri, kita marah pada diri kita sendiri.. bangsa lain boleh tipu org melayu tapi kita berdendam bila melayu tipu kita.. dendam kat sapa? marah kat sapa? impak kat sapa?"

"cuba fikirkan kenapa kita buat apa yg kita buat sekarang?"
Read On 0 ulasan

Y-factor

"apsal ko menggencat?"

"nih kalo aku jawab kira mencabul gencatan tak?"

"aku bukan tanya psal politik, aku tanya psal ko.."

"aku rasa dah sampai masa tak perlu dah beri pandangan pada yg tak mahukan pandangan kita.. tak boleh nak tunjuk pada org yg tanak tengok.. so it freedom of choice.. ko citer camna pun org hanya mahu lihat apa yg dia nak lihat dan dengar apa yg dia nak dengar.. rational is not relevant anymore.."

"tapi kan kita takleh putus asa dlm berjuang?"

"bukan putus asa tapi aku kena buat ikut jalan lain.. kalau selama nih kita dok asik dengan X-factor.. aku rasa skrg nih kita kena tengok Y-factor pulak.."

"benda apa pulak Y-factor nih?"

"its not about what we want and how we want.. but why we want it.."

"maksud ko?"

"selama nih kita dok pikir apa kita nak buat dan apa yg kita cari tapi aku rasa ramai dari kita lupa persoalan asal.. kenapa kita nak cari dan buat benda tuh?"

"macam citer matrix lak ko nih.."

"konsepnya sama jer bang.. kenapa Tuhan cipta manusia? sebab apa kita buat baik? kita cari dan buat pahala sebab apa? kenapa kita nak masuk syurga? simply bila kita citer bab politik pun, why kita berpihak? its all about the Y-factor.."

"betul ker citer aku nih? lain kali sambung laa.. aku nak kena gie meeting laa pulak.. cis.."


Read On 0 ulasan

fitnah akhir zaman?


"emm.. nih yg buat org jadi kompius nih.."

"kenapa?"

"mula2 dato harussani kata kita kena patuh pada pemerintah selagimana pemerintah itu tidak melencong dari Islam.."

"pastuh dato haron din pulak kata kenyataan dato harussani tidak menepati fungsinya sebagai mufti yg hanya wajib memihak kepada Islam dan bukan kepada individu kerna kepentingan politik.. maksudnya apa nih?"

"jadi kita nih nak sokong yg mana? yg Islam yg mana?"

"aku nak kena isytihar gencatan berpolitik laa.."


Read On 0 ulasan

gebang askar pencen

"india kat malaysia nih ada 3 jenis.." marah betul bunyinya veteran perang zaman komunis.. dia pun menarik kerusi untuk duduk bersama2 dengan 5-6 org lagi kawan2 aku yg mulut dah mula melopong..

"yang pertama, india masa zaman melaka.. nih india datang meniaga.. dapat untung dia balik negeri.. ada sikit2 yg dok lama dapat pangkat raja bagi dah mula belajar2 pakai baju melayu dan berasa lebih melayu dari melayu.. kita pancung kepala.. raja mendeliar.. senang.." sengehnya disambut derai tawa org2 muda di hadapannya..

"yang grup nombor dua, british bawak masuk keje estet.. nih macam katak bawah tempurung.. yg dia tau estet dia saja.. mana penah keluor? org putih tak bagi diorg keluor.. tuh yg bila keluor macam rusa masuk kampung.. amboi luasnyaa malaya nih.. mula jadi tak tentu arah.." menggayakan mimik keling estet pegi pekan versi dia..

"yg nomor tiga nih geng askar meriam.. nih british gak yg bawak masuk.. penah dengor askar punjab? haa nih geng karpal laa.. tak sadar diri!" tiba2 tone suaranya berubah.. mimik kelakar mukanya berubah menjadi laksana singa luka yg diganggu..

"kalau aku jadi driver sultan azlan tuh, aku langgor jer budak yg baring tgh jalan tuh.. tuh driver tak tahu tanggungjawab tuh.. boleh berenti pulak.. dia tahu tak yg dalam keter yg dia bawak tuh harta negara.. perbendaharaan paling penting dalam negara.. kalau jadi apa2 kat raja tuh macammana?" begitu semangat askar pencen rupanya..

"takder maknanya org melayu nak apa2kan raja.. kalo sultan turunkan tingkap dan cakap assalamualaikum.. dan-dan org2 demo tuh angkat tangan ampun tuanku.. org melayu mana berani lawan daulat sultan.." sambut seorg leftenan kolonel bersara sambil tersenyum..

"tabik tuan! aku nak antor tebu nih dulu laa.. kalo bercerita sampai subuh tak habis.. hahaha!" ketawa si askar pencen mengangkat punggung menuju ke vannya..

Read On 0 ulasan

Karpal 'the Sivaji'




"Anwar Ibrahim harus bertaubat"


"Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.."
"they also should... bertaubat"
Read On 0 ulasan

juara kepulan awan


"pada suatu zaman yg tidak menentu, sang raja menjemput segala kampung yg bernaung di bawah jajahannya menyertai satu pertandingan konda-kondi sempena hari keputeraan jubli perak beliau.. juara akan menyandang gelaran juara kepulan awan dan dilantik menjadi pemain konda-kondi diraja.."

"nih apa da konda-kondi.."

"ko kena dengar citer nih betul2.. haa.. sambung.."

"ada satu kampung, kampung pinang tak berbatang, mmg punya pemain2 hebat.. nih dream team konda-kondi.. tapi masalahnya pemain2 hero nih berpecah pada dua kumpulan.. satu namanya, united-U dan front-R.."

"pasukan konda-kondi nih harus ada 30 org baru layak nak bertanding.. yg jadi masalah dlm kampung tuh hanya ada 59 org pemain sahaja.. yg jadi pening lagi juara bertahan kampung, united-U hanya ada 28 org pemain sahaja, maka yg layak nak bertanding ialah front-R yg ada 31.."

"sebenarnya takder masalah bagi grup united-U yg kaya-raya nih utk beli pemain2 dlm front-R nih.. cuma yg tuan NR, naib ketua pusat united-U yg mengurus pasukan kebangsaan nih tak suka dgn tuan TR sebab pimpinan pusat merasa kelembapan tuan TR nih la yg menyebabkan ramai pemain2 senior united-U dibuang padang pada kejohanan lepas.. jadi tuan NR tak mahu pulihkan team kampung united-U selagi tuan TR nih yg jadi pengurus.."

"dalam kesibukan tuan TR nih melobi pemain2 front-R, tuan NR menjalankan jarumnya mengacum pemain2 dalam united-U sendiri utk memberi tekanan kepada tuan TR.. begitulah hidup tuan TR mencucuk luka dicucuk luka.. depan dan belakang.."

"tapi dek kerana kejuaraan kepulan awan nih, maka dah jadi satu urgency pula kepada tuan NR, lebih2 lagi bulan seterusnya nanti ada pula kongres konda-kondi peringkat pusat anjuran united-U.. maka tuan NR nih kena buat sesuatu lebih cepat lagi.. ini munculnya faktor tuan NH.."

"di satu hari yg tenang, tiba2 pemain berkaliber united-U, tuan NH, mengumumkan menyertai pasukan front-R, maka gegak gempita segala negeri mengkhabarkan perihal tersebut.. disebalik senyum sengeh melebar pimpinan front-R, keadaan domestik united-U lain pula keadaannya.."

"desakan bertalu2 dari segala penjuru menimpakan lagi tangga ke atas tuan TR yg mmg sudah jatuh terduduk.. akhirnya tuan TR mengakui peletakan jawatannya sebagai pengurus pasukan kampung itu.."

"pucuk dicita ulam mendatang, dengan pantas tuan NR disebut sebagai pemangku pasukan konda-kondi pinang tak berbatang.. walaupun sedikit pelik kerana kebiasaannya wakil kampung jualah yg dipilih memangku pasukan kampung tapi harum tuan NR menutup kisah bagaimana pimpinan pusat pula yg mengurus pasukan kampung.. sudah tidak ada kerja lain gamaknya.."

"sejarum lolos, loloslah semuanya.. maka dengan gah sebagai pemangku, berlakulah apa yg sudah sepatutnya dari awal berlaku.. kehilangan 3 org pemain front-R mula menjadikan pengurus front-R, tuan NJ, gagap dan pimpinan pusat front-R, tuan AI pula semakin senget sengihnya.."

"tak semena2, pimpinan front-R mengatakan taklik pada 2 pemainnya yg mmg bermasalah sedari mula.. maka diminta olehnya persatuan konda-kondi negeri membatalkan lesen professional kedua2 pemain tersebut.. jurucakap persatuan negeri kata ok tapi majlis bertindak persatuan pula berkata tidak.. haru biru, kecoh kelih, caca marba jadinya.."

"melihat kekalutan itu, tuan NJ, mengusul pula kepada sang raja supaya semua kumpulan konda-kondi dalam kampung itu dibubarkan supaya boleh diwujudkan pula kumpulan yg baru yg lebih bebas dari celaru.. sang raja meminta tempoh.. sedang sibuk menyusun acara majlis tari menari agaknya.."

"ditebing sungai pula, united-U mengumumkan pada segala org2 kampung bahawa dia sudah punya pasukan yg cukup untuk mewakili kampung pinang tak berbatang untuk menyertai sayembara konda-kondi dan sangat optimis menjadi juara kepulan awan.. bersorak sorai segala marhaen menonton sandiwara tersebut.."

"maka selepas itu tuan NR pun menyapu duli menyembahkan barisan pasukan united-U nya yg anggun.. tuan NH kembali ke sangkak, dan 3 bekas pemain front-R juga sudah mengikat kontrak sebagai pemain bebas bersama united-U.. berkenanlah sang raja dan menyuruh pula dia front-R membatalkan permohonan menjadi wakil kampung pinang tak berbatang.."

"dengan rengus geram tuan NR tiadalah mahu mengaku titah.. dianggaplaa segala org kampung bahawa menyanggah adatlah dia.. manakan ada melayu derhaka.."

"begitulah kisah sayembara konda-kondi.. yg menang menggapai awan, yg kalah menangisi hujan.. bagaimanakah agaknya kesudahan front-R sedang semuanya ini adalah sebahagian sandiwara dalaman united-U sendiri.. org kampung masih teruja namun apalah makna.."

"wuih.. politik konda-kondi.."




Read On 0 ulasan

bukan melayu jer mudah lupa..

"camna boleh jadi camnih?" tanya sorg kawan aku yg baru pulang dari perantauan, persis soalan seorg ketua pemuda bahagian kepada ahli jawatankuasa di peringkat cawangan..

"aku rasa org bukan marah sangat psal pakatan rakyat nih perintah negeri.. tuh kedah, penang, selangor org tak kisah.. kelantan tak payah citer laa.."

"negeri lain menang lebih selesa bro.. perak nih jer yg mmg tipis bebenor.."

"dah laa tuh citernyer besor duitnya bang.. juta2 aku dengor"

"takkanlaa belum sampai setahun panas berkobar2 masa menang tahun lepas pun tak sejuk lagi dah boleh lak org2 pkr nih kena beli2.. camna pkr pilih calon nih? kalo camtuh sama jer laa umno dengan pkr.."

"ntah2 citer duit tuh pembohong jer.. yg benornya ada yg kecil ati.. org melayu biasanya kalo bergaduh nih psal sakit hati jer.."

"tuh laa bota yg lompat sana pun dah lompat sinun balik.. apa lob?"

dalam keriuhan gegak gempita dua kem melayu sedang mengatur strategi perang seterusnya.. aku lihat biang kerok asalnya menggumam lidah, mengetap taring, menyemat kemas kuku tajam yg selama ini begitu lancang bersuara, mengunyah dan mencakar sehabis upaya mereka.. memasti untung sebaloi pengorbanan mereka..

"aku rasa dap nih tak belajar dari sejarah lah.. gelopoh gelapah dan gelojoh.. tak reti nak sabar2.. kurang2nya belajar laa dari umno makan sikit2.. nih nak kaut semua sekarang jugak.. tak peduli langsung.. tuh yg buat org naik menyampah.. agaknya lah.."

"ko jangan main tangkap kerbau jer bang.. ada asas ker cakap2 ko tuh?"

"simple jer bang.. ko baca tak interbiu naib presiden pkr kat malay mail.. org politik nih kalo tgh syiok bercakap mmg kdg2 dia tak pasan.."

"bila disebut perkataan pakar provokasi ppp yg kata pembangkang tak buat apa pun utk org india, ko tau apa dia jawab.."

"dia kata dia dah beri lebih peruntukan pada sekolah tamil, lebih banyak india dipilih dalam majlis perbandaran dan dicalonkan hingga ke jawatan timbalan ketua menteri, serta lulus tanah utk buat kuil.. tuh baru dlm masa belum setahun.. padahal selama nih bukan sikit pun yg mic push utk tamil nih tapi pkr kata dia dah buat lebih dari mic.. perrghh.. hebat.."

"tuh jangan tanya laa dap dah buat apa.. hahahaa"

"yang paling kecoh tuh psal kampung baru dapat hakmilik 999 tahun.. org kata tak kisah.. walaupun berkias raja muda perak berkisah bagaimana nendanya dulu masa awal2 lagi tak stuju org putih buat tanah tuh jadi kampung baru.. tapi org tak kisah.. itu kisah dulu.. skrg nih kira rezeki dia laa.."

"tuh laa aku pun rasa tak kisah jugak.. kira hapus jer laa taraf rezab melayu.. lagipun tanah nih pun dah ramai yg tak anggap melayu punya.. kita kena belajar bersaing! hatuk dia.."

"hahahahaaaa"

"nih kira bukan melayu jer lah yg mudah lupa.. hehe"

"tuh pun kena sebut betul2.. sama ada org bukan-melayu jer yg lupa dan melayu tak lupa atau bukan-melayu dan melayu sama2 pelupa.. abih tuh sapa yg hingat?"


Read On 2 ulasan

Israel lebih jahat dari Nazi


BAHAGIAN SATU

khuzz

Kekejaman berlaku didepan mata 1.5 BILLION umat Islam....


hairi

Begitulah.. Yahud wan Nasoro berkali-kali disebut dalam Alquran sbg musuh orang islam, kalau Pemimpin Islam taknak ikut Quran dan terus hidup bergantung dgn Yahud wan Nasoro maka janganlah kita harapkan apa-apa perubahan, kekejaman akan terus berlaku tengoklah selang beberapa bulan atau setahun dua mesti jadi lagi dan ketika itu kita akan kembali dgn resolusi lapuk Boikot produk Amerika.


boonchert

what else shud we do? idea plsss..


hairi

Nabi s.a.w. dah bagi solution utk permasalahan yang serupa, tanpa menyemarakkan konflik.


boonchert

itulaa yg aku tanya supaya dapat saling mengingatkan.. silakan tuan..


hairi

Ustaz aku cakap kita takleh lawan orang pakai lastik kalau orang pakai senapang, seterusnya dia cakap kalau musuh pakai bom kita pun kena pakai bom. Tapi musuh kita dah semakin advance, diorang sekarang pakai Mouse je payah nak lawan tu. Maka kalau kita andaikan situasi di Palestine sama seperti tempoh kesukaran para Sahabat semasa di Mekah dulu Nabi s.a.w suruh sebahagian Sahabat berhijrah ke Abyssinia (present day Ethiopia) walaupun Kingnya Kristian tapi dikenali sebagai orang yang baik. Nabi kita sendiri kemudiannya berhijrah bersama remaining Sahabat ke Madinah. Selepas islam berkembang dan tentera islam menjadi dominant di Benua Arab, Nabi s.a.w tetap mengelakkan peperangan. Perjanjian Hudaibiyah merupakan 1 contoh resolusi tanpa konflik. Perjanjian dgn minoriti Kristian Najran pun tanpa konflik jugak.


yusri

Betul tu Joe,

Dah tahu hanya mouse, kenapa berdegil nak lawan pakai lastik...ingat burung kedidi ka Israel tu... Kena ambil iktibar sejarah Rasulullah Hijrah ke Madinah,,,,setiap tahun sambut tp tetap pengajaran tak ambil....susah n degil....mati al katak la....


boonchert

sori bro.. then what r u suggesting?
org2 palestine kena hijrah ke syria dan lebanon?
or org2 palestin kena hijrah ke amerika?
or what?


hairi

Kalau kita tengok Geraf Perubahan Peta Palestine dari 1947 sampai sekarang, kita boleh buat kesimpulan Palestine tu dah tak dapat nak diselamatkan lagi. Lebih baik saki-baki orang Palestine di offer oleh OIC tempat baru - semua negara OIC boleh share the burden for example Malaysia boleh absorb maybe 5,000 orang Palestine kita bukak 1 Bandar Baru khas utk diorang bagi tanah, duit & apa2 yang patut utk memulakan kehidupan baru. Negara besar dan kaya cam Saudi maybe boleh adopt 50,000 lagipun kan tanah diorang tu banyak lagi yang kosong tak pakai. Kalau taknak lepaskan Gaza jugak, biarlah para Pejuang je duduk situ - wanita, kanak2 & warga tua seeloknya keluar jadi takde la Sekolah, Hospital kena bom.


boonchert

interesting point of view..
tapi sepertinya nanti akan jadi seperti masalah pelarian lain di seluruh dunia..
kita yg mmg warga pun byk masalah nak dapat tanah apalagi nak nak bagi tanah kat pelarian..
dan lagi bukankah itu memberi ruang utk israel membedil sehebat2nya padang jarak padang tekukur?
bagaimana pendapat tuan?


hairi

Kalau OIC tu betul2 functional insyaAllah tak jadi masalah pelarian. Para Sahabat yang berhijrah ke Madinah dulu tak jadi pelarian kerana formula kasih sayang yang digunakan oleh Nabi s.a.w. menghasilkan perkongsian harta walaupun para Sahabat datang berhijrah sehelai sepinggang mereka tak jadi Pelarian. Isu warga sendiri ramai belum dapat tanah tu kesan dari korupsi pihak yang memerintah, kalau aku yang memerintah korang semua tak perlu beli tanah utk buat rumah, tak perlu beli tanah utk berusaha samada nak bertani, nak buat kolam ikan atau nak bela ayam cam Mat Yus, semuanya mudah tuan-tuan yang buat susah tu bila manusia yang mementingkan diri sendiri dibiarkan berkuasa. Isu ke2 sapa pukul sapa tu dah lumrah alam, kalau kita lemah orang akan buli kita. Ni 1 lagi kesilapan negara2 islam kerana terlalu bergantung kpd orang putih, rokok nak kena Marlboro, jeans nak kena Levi's. Tapi takpe, dgn kesedaran insyaAllah kita boleh buat perubahan.


boonchert

pokok yg paling asas ialah kesatuan, ekonomi nomor dua..
masjid quba dulu baru pasar ansar kendian baru piagam madinah.. tak gitu?
hanya saja skrg nih berlambak2 piagam kerajaan tapi masjid kosong..

mmg masalah zaman ini adalah pemimpin, aka khalifah..
kita takder khalifah atau yg benar boleh dianggap pemimpin..
kalau dulu kita mendengar betapa sederhananya Umar al-Khattab ra yg hebat..
hingga apabila beliau mendatangi tanah palestin, org2 sampai tersalah anggap..
namun skrg, bukan sekadar kenderaan mereka perlu didahulukan..
malah dalam kongres bersama makan juga berkasta..
tiada mahu yg digelar pemimpin mencemar duli beratur bersama rakyat..
tak perlulah bercerita tentang mahal baju dari bantuan yg diberi pada org kampung..

tapi benarkah kepimpinan merupakan masalah umat Islam terkini?
atau mmg sebenarnya umat Islam keseluruhannya adalah ignorant?


herri

Memang kepimpinan yang sedia ada pun bermasalah dan umat islam itu sendiri pun adalah ignorant...


boonchert

dun tell me the blame game again..



BAHAGIAN DUA

abu

umat islam mmg ramai, tp tiada kekuatan. nabi dh crite dulu lg perkara ni, ramainye org islam cam buih d lautan. unless ada leader br dtg kekuatan. sape nk jd leader angkat tangan...


boonchert

kekuatan wujud bila ada perpaduan.. perpaduan terbina dari persamaan matlamat..
bila matlamat tak jelas, perpaduan hanya dogma dan kekuatan itu sekadar retorik..


herri

Itulah umat islam zaman sekarang, umpama buih...


boonchert

i believe there is something we can do beside whining


fauzi

Setuju tuh (abu)...sebab tu kena tunggu Imam Mahadi datang, tak tau bile tu...Wallahu'alam


boonchert

err.. maksud ko kita skrg nih hanya perlu menunggu pemimpin besar utk lawan yahudi.. selagi pemimpin besar kita nih tak turun, maka kita takkan dapat kumpul kekuatan? kalau begitu mungkin cadangan bro hairi boleh digunapakai.. sementara kita menunggu, maka lebih baik golongan tua, perempuan dan anak2 dihijrahkan, maka nanti bila pimpinan besar ini turun anak2 yg berhijrah inilah yg akan menjadi unsur kekuatannya.. tak gitu?


herri

Baca ayat betul2 bro..


boonchert

1-logiknya, semakin ramai satu2 kaum itu lebih sukar dia nak bersatu, tapi kalau dia bersatu maka dia akan jadi lebih kuat.. dan sedikit itu tidak bermakna lemah.. lupakah kita kisah 313 pahlawan badar?

2-hikmahnya terbuka hijab? hijab apakah yg terbuka lagi? tidak kesampaiankah teguran Allah swt ketika tragedi sabra-shatilla? mengapakah yg kali ini dianggap menjadi lebih dahsyat?

3-dan katakanlah benar hijab itu dah terbuka, maka terkelihatanlah segala buruk, kurap dan panau akan sekalian pemimpin Islam dan pengikut2nya.. maka apakah selanjutnya? adakah kita perlu berbuat sesuatu atau menunggu? itulah dasar soalan aku.. lalu bagaimanakah pula pendapat tuan?


herri

Okay pertama - semua sedia maklum yang kita rakyat jelata ni yang tak berkemampuan untuk mengubah dunia eloklah bermula dengan menanam perasaan benci pada kaum kafir samaada di dalam diri mahupun dalam negara...segala yang related dengan kaum2 kafir ni hendak lah dihapuskan...bersuara dan lakukan perkara2 yang membuat bangsa kafir ni gentar dgn islam agar dorang tak keluar permintaan yang karut2. Masalah kita ni adalah masalah sosial masalah kemanusiaan, dakwah dan tarbiah tak ada.

Kedua - Dia menjadi dasyat pasal terang-terang pemimpin2 Islam masih terikut-ikut dgn agenda yahudi dan kafir ni...sedangkan semua sedia maklum yg hamas itu telah berkuasa sebagai pemerintah mengikut demokrasi dorang tapi diketepikan hak mereka. Malah Mesir pun siap bersekongkol secara nyata lagi. Pembunuhan yang terlampau tiada pembelaan.

Ketiga - Hijab dah dibuka tapi tak ada kesedaran dan keinsafan tunggu je la bala dari Tuhan...bukan setakat tunggu aje pemimpin.

Di Malaysia ni hanya PAS je la yang berpegang teguh dengan dasar Islam dorang apa takde ke NGO2 Islam atau pun kumpulan2 pejuang yang betul2 membela Islam di Malaysia? Yang berani berjuang samaada di dalam negara dan di luar negara...

Masalahnya Malaysia ni aman beb....selesa sampai orang semua terleka...


boonchert

so kita tunggu jer la bala datang? hehe.. i dun think so..
i still believe we can do something beside waiting and whining..


hairi

Aku pernah tanya kat student Universiti Imam Saud few years back, bila Imam Mahadi nak turun ni.. dia jawab balik dgn soalan apakah selagi Imam Mahadi belum muncul kita dok tunggu je tak buat apa-apa. So agree we have to do something on our part walaupun hasilnya mungkin tak seberapa (that's what we are doing now..).



BAHAGIAN TIGA

herri

Hmmm...interesting issue. Kalau wanita, org tua dan kanak-kanak dalam 5,000 dihantar ke Malaysia. Saya nak reserve 4 orang la wanita untuk saya buat tambahkan zuriat pejuang-pejuang Islam di masa depan pulak hehe....

Sebenarnya bukan mudah untuk terima perlarian ni...kerana mereka telah berkorban dan berjuang demi nenek moyang mereka malah agama yg mereka cintai...Sejarah Aqsa membuatkan mereka lebih sanggup mati demi Islam dari melarikan diri ke negara2 lain...kenapa mereka harus mengalah dan takut pada bangsa yahudi? Sedangkan mereka yakin dengan kekuasaan Allah.

Seandainya berlaku kejadian sedemikian di Malaysia, kira tinggal perlis dan kelantan je ada...contoh, takkan kita nak larikan diri...biarkan bumi Malaysia ini jadi padang jarak padang terkukur....lebih2 lagi kalau Aqsa tu berada di Malaysia yang kita nak pertahankan...di mana hak dan maruah kita sebagai seorang muslim? Pejam mata?

"Life for nothing, or Die for something"


hairi

Apa beza kalau saki-baki orang islam yang menjadi buruan berhijrah meninggalkan Aqsa dgn peristiwa Nabi & para Sahabat meninggalkan Kaabah?


herri

Dalam konteks ini ada beza bro. Kenapa tidak kita mengambil sejarah Salahuddin Al-Ayubi? Itulah kebesaran Ilahi yang kita sendiri tidak akan tahu...kenapa Palestin dibiarkan bermasalah sepanjang zaman...Kenapa kita mengambil sejarah Salahuddin sebagai seorang pejuang yang membela Islam selepas zaman Rasulullah dan para Sahabat...

Setelah dia berjaya menawan kembali masjidil aqsa ataupun jerusalem, maka berakhirlah peperangan salib yang telah mengumpulkan segala bala tentera kafir untuk jangka masa yang begitu panjang...Oleh itu hikmah disebalik ilmu sejarah ini bukan untuk kita memikirkan hanya peristiwa Nabi dan para Sahabat sahaja. Dan kita tahu Nabi itu adalah maksum, segala permintaan dan jalan yang dilaluinya mendapat keredhaan Ilahi dan juga melalui firman dari Allah. Itulah mukjizat Nabi.

So, berbalik pada peristiwa yang berlaku ke atas penduduk Palestin adalah satu hikmah yang datangnya dari Allah buat umat Islam di dunia saat ini. Secara tak langsung Tuhan telah membuka hijab kepada setiap muslimin bagaimana kepura-puraan para pemimpin dan orang muslim itu sendiri dalam menangani masalah sejak dari dulu lagi. Kenapa kita harus membangkitkan hak penduduk Palestin untuk mempertahankan negara mereka, instead of kita membela mereka dan tanahair mereka. Walaupun mereka di ganyang dengan teruk sekali tetapi iman dan maruah mereka telah menang. Terbongkarlah sudah bagaimana komplot negara2 Islam dalam menangani isu tersebut. Kita lihat bagaimana Mesir, Saudi dan yang lain-lain yang bertelagah dalam merpertahankan dan memperjuangkan nasib bangsa palestin itu. Kita nampak kepentingan diri telah mengabaikan tanggungjawab kita pada saudara seagama kita sendiri. Even, bangsa venez dan boliv sanggup membela pula rakyat palestin.

Penghijrahan bukanlah jalan penyelesaian apabila pembantaian berleluasa ke atas kota suci yang mereka duduki dan sanjungi. Bukan mereka tidak tahu tentang perangai bangsa yahudi ni...dalam al-Quran pun sudah menjelaskan, dan kenapa mereka tidak berhijrah sejak dulu? Kenapa mereka tidak hijrah masa zaman Salahuddin? Kerana Allah yang lebih mengetahui apa yang manusia tidak tahu. Kenapa kita tak tanya pada diri kita, apa yang aku telah buat untuk saudara seagama aku di sana? Kenapa kita mengkehendakkan mereka berhijrah? Adakah supaya tiada lagi bumi palestin untuk kita bertelagah atau perdebatkan sesama negara dan orang Islam itu nanti? Adakah itu penyelesaian pada permasalahan yang berlaku sejak zaman berzaman?

Selepas hijrah then what? Semua orang boleh tenang dan buat kerja seperti biasa?

Sejarah Nabi itu sebagai satu formula untuk kita masa kini dalam mempelajari cara Nabi membentuk dan mempertingkatkan Islam dipermulaan. Kalau Nabi itu lemah dan tidak bijak adakah kita nak ikut Nabi? Tidak..kan, sebab kita dah diberi ajaran yang Nabi itu adalah sesempurna manusia yang dipilih oleh Allah untuk menjadi Rasul buat umat akhir zaman sebagai pegangan dan panduan. Seandainya Nabi itu lemah dan berhijrah apabila ditindas maka tak lahir lah Islam di dunia ini sebagai pegangan umat Islam. Maka dengan itu penghijrahan Nabi adalah bersebab dan dirancang oleh Allah swt dalam memperkembangkan agama Islam di muka bumi ini.

Dan, takkan kita tak tahu juga sejarah bahawasanya ada juga org Islam yang tidak berhijrah bersama Nabi dan ada juga orang Islam yang dah berhijrah terlebih dahulu dari Nabi.

Walau apa pun haruslah kita berdoa agar kita tidak menjadi mangsa kutukan dari Allah dalam mempertahankan umat dan agama Islam itu sendiri. Kerana sebagai umat Islam kita akan dipersoalkan di akhirat kelak.

Wallahualam.


hairi

Yahudi pun dulu berhijrah jugak, beribu-ribu tahun diorang berhijrah tapi bila diorang dah kuat diorang datang balik. Sebab tu perjuangan bukannya berjuang dgn Lastik bilamana musuh menggunakan Mouse, perjuangan sebenar ialah memperkuatkan diri kita, bak kata Nabi s.a.w perjuangan menentang hawa nafsu adalah lebih hebat dari berperang dgn Pedang - nah sekarang sapa sanggup for a start berhenti hisap rokok Marlboro/Dunfill, berhenti pergi KFC, berenti minum Starbucks & lain2 punca sumber kekuatan ekonomi Amerika/Yahudi - kita start minum Kopi Banting, Ayam Goreng Makcik Pasar Malam dan hisap Rokok Daun. Bila kita dah kuat nanti, musuh pun dgn sendiri akan jadi gerun dan kita tak perlu pun berperang balik utk mendapatkan hak kita, mungkin mereka dgn rela hati akan serahkan balik hak kita.


herri

Wowowo...mereka akan rela hati dan berserah balik hak kita tanpa berperang...tidak sama sekali bro.

Kerana apa, kerana kita di zaman pengetahuan moden ini ada beberibu atau ratusan makmal2 untuk para ilmuan dan saintis membuat kajian. Dan berjaya mendapat pelbagai penemuan yang hampir tak dapat dipercayai oleh sesetengah golongan manusia. Tetapi, satu-satunya yang para saintis dan para bijak pandai ni tak berjaya membuat kajian adalah masalah sosial.

Masalah sosial ini adalah masalah kemanusiaan, dan masalah kemanusiaan ni tak boleh lah nak diperiksa atau dibuat ujian. Even, sains pun tak mampu memberikan jawapan di atas perselisihan dan kebencian yg ada di antara manusia ataupun perbezaan kelas dalam lapisan masyarakat manusia.

Sebab tu para ilmuwan dan sejarawan Timur dan Barat mengiktiraf Rasulullah itu sendiri dari segi kelahiran dan pengasuhannya sejak kematian ibunya dibesarkan oleh datuknya dan kemudian pakciknya adalah suatu yang luar biasa. Penyendiriannya di Gua Hira, kemudian turunnya Wahyu Ilahi, seruannya pada agama, berperang dengan bangsa kafir, penyembah berhala. Ditindas dan pengejaran mereka terhadap Nabi, ketabahan dan kesabarannya dalam mengangkatkan agama Allah. 13 tahun di Mekah hingga hijrahnya ke Madinah merupakan peristiwa2 yang tak terbanding.

10 tahun terakhir di Madinah yang usaha intensifnya dalam berdakwah, penyertaannya dalam setiap pertempuran dengan kaum kafir dan pembebasan terakhir kota Mekah adalah sesuatu yg sekali pandang sukar nak percaya, tetapi semua itu tercatit satu sejarah yang ajaib.

So, peperangan dalam menegakkan agama Allah itu adalah wajib bagi setiap umat Islam dimuka bumi ini dalam menegakkan dan mempertahankan agama dan hak orang Islam itu sendiri.


nazri

bukan ke masa zaman nabi tue x ramai lg org peluk islam? so x cukup kekuatan kalau nak compare zaman sekarang..umat islam ramai..logiknya umat islam boleh bersatu.

kalau ambil jln keluar utk kumpul kekuatan tetapi masih x bersatu pun tak guna juga..adakah kita mengharap akan ada golongan yg mampu melawan

kalau nak berlawan tp semua pakat tengok pun x guna juga..

mcm bro kata, "peristiwa yang berlaku ke atas penduduk Palestin adalah satu hikmah yang datangnya dari Allah buat umat Islam di dunia saat ini. Secara tak langsung Tuhan telah membuka hijab kepada setiap muslimin bagaimana kepura-puraan para pemimpin dan orang muslim itu sendiri dalam menangani masalah sejak dari dulu lagi.."

aku setuju..ini adalah ujian keatas umat islam. mahu tidak mahu kita perlu korban masa, tenaga, wang ringgit utk masa terdekat ini..kalau nak kumpul kekuatan kita perlunya seorg pemimpin yg dihormati..kita sedia maklum yg kita menunggu pemimpin besar utk menghadapi puak yahudi..

percayalah ini merupakan ujianx2 besar buat kita pd masa ini..jika ini tidak mampu kita atasi nescaya ujian yg lebih besar menimpa seluruh umat islam.


hairi

Zaman Nabi umat Islam membina kekuatan di Madinah, by the time Nabi Muhammad turun berunding di Hudaibiyah Tentera Islam pada masa sudah pun mencapai tahap yang jauh lebih dominan dari Tentera Kafir sehingga para Sahabat yang mengikut Rasulullah beria-ria nak berperang kerana kalau boleh diorang nak ambik balik Mekah cara kekerasan tapi Nabi sebagai pembawa ugama suci tidak mahu peperangan walaupun tahu Tentera Islam pasti menang tapi jalan penyelesaian tanpa konflik juga yang dicari Rasulullah (bukannya dia tak ingat dulu Kafir Quraish cuba membunuh dia tapi tiada dendam di jiwa Rasulullah). Adapun peperangan yang berlaku, sentiasa dimulakan oleh pihak musuh contohnya penyerangan Mekah berlaku apabila perjanjian Damai Hudaibiyah dicabul dimana orang2 islam di 1 daerah dibunuh barulah peperangan bermula dan seterusnya adalah Norm dizaman dulu siapa menang perang segala harta musuh akan diambil jadi bila dah menang Mejkah pun diambil kembali, itupun dgn kehilangan jiwa yang minima apabila musuh ditawarkan keselamatan sekiranya tidak menentang dan berkumpul di rumah Abu Sufian sbg tanda meyerah. Jadi part mana yang kita boleh ambil contoh bahawa kita mesti sentiasa berperang utk mencapai matlamat?

Balik kpd zaman sekarang, udah la tu, takde Kerajaan Islam yang akan menyelamatkan Palestine. Bila kita cakap membina kekuatan tu bermakna kita akan juga membina kesatuan tetapi perlu masa, Pakatan Rakyat nak takeover Malaysia pun dah berapa x janji nak menang tak menang-menang jugak. Memang palestine 1 ujian bahkan tanpa 'hijab yang dibuka' semua orang tau Kerjaan2 yang ada pada hari ini semua tak guna. Sebab tu perubahan tu kena datang dari kita sendirim, kita tu maksudnya rakyat biasa cam kita la, Kerajaan yang ada ni jangan diharap la selagi diorang hidup bergantung dgn orang Kafir selagi tu la diorang sama je dgn Lembu.


herri

"Jadi part mana yang kita boleh ambil contoh bahawa kita mesti sentiasa berperang utk mencapai matlamat?"

Okey, masalah kita sepertimana email saya yang terdahulu masalah sosial atau masalah kemanusiaan bla bla bla...semua tu lah...dan mengambil contoh sejarah Nabi tu tak terbanding dek kita di zaman ini...

Jadi apa yang kita boleh buat ialah melebihkan tingkatan ikhtiar kita, kita perbanyakkan solat kita lebih2 lagi solat malam ataupun qiyamulaail...tingkatkan ilmu Islam kita supaya kita lebih tawaduk, lebih khusyuk dalam perjuangan kita. Kita kuatkan iman dan amalan, panjatkan doa banyak2. Kerana kemenangan islam apabila kita rajin mengerjakan solat malam dan tidak meninggalkan solat subuh. Kita kena kuatkan Tauhid kita mempertingkatkan ilmu syariat kita sampai kita benar-benar mengerti akan perjuangan kita.

  • Sentiasa menjunjung dan memuliakan hukum syarak Allah
  • Amalan kita juga sentiasa meningkat dari masa ke semasa malah melebihi kebanyakan orang sesuai dengan peningkatan maqamnya..
  • Memiliki ketinggian dan kehalusan budi-pekerti yang mulia mewarisi peribadi Rasul, Nabi, Aulia Allah dan Sholihin.
  • Mendasari kepada panduan al-Qur'an dan jalan Rasulullah SAW, para sahabat, Aulia Allah dan orang-orang Sholihin.
  • Ikhlas dalam membuat hubungan Allah dan dengan sesama makhluk
  • Bersifat zuhud dengan dunia.
  • Sedikit cakap tapi amal banyak.

Usaha kena ada bro, walaupun kita berjanji yang kita akan tawan Putrajaya tapi kita kena ingat bahawasanya perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Tawakal kena ada, itu harus. Apabila iman kita teguh amalan kita kukuh insyaallah kita pasti akan temui hijab dari Allah, dan pada masa itu kita takkan gentar dan kita takkan goyang dalam berjuang menegakkan agama. Bila iman kita kuat jangan kata Putrajaya, dengan selambanya Israel kita boleh tawan.

Insyaallah bro, bila tahap kita dah sampai ke tingkatan yang tertinggi iaitu ilmu makrifatullah...secara tak langsung sesiapa yang melakukan kemungkaran pasti kita akan tentang hatta kerajaan yang bergantung pada kafir sekalipun.


boonchert

maksud lu apa bro?
kita kena ikut perang sama dengan diorg?
atau kita kena biarkan jer diorg berperang?


herri

Alamak, saya dah explain panjang lebar bro...kena muhasabah diri...kalau hikmah dari Allah kita buat tak nampak...takpe la...


boonchert

i still didn't get your point..
except sayup2 wa dengar the typical cliche "lu pikir laa sendiri"

explain panjang doesnt mean menyampai.. try again..


herri

Ini bukan kira typical cliche "lu pikir sendiri" ke apa ke..masalahnya apa yang orang Islam itu buat dalam mengatasi masalah palestin ni...??

Pertama isu nakkan dorang berhijrah - apa korang ingat orang palestin tu bodoh ke tak belajar agama sampai tak tahu apa yang yahudi tu nak buat? Dorang tak baca al-quran atau hadis ke sampai tak paham maksud ayat yang terkandung...yang mengatakan kejahatan israel then dorang harus blah dari tanahair dorang...

Kedua - walaupun si yahudi dah pakai "mouse" tak nampak ke kumpulan pejuang tu dah upgrade banyak benda dalam senjata mereka...maknanya dorang tu nakkan syahid...still nak mempertahankan tanahair mereka dan agama mereka..

Ketiga - yg korang nak query sesangat, sampai tak ingat masalah dorang ni apa yg korang dah buat? banyak sangat ke duit korang yg support mereka sampai nak salahkan mereka ni yang kononnya tak dengar kata "org suruh hijrah" hijrah je la!! Macam tu...

Penerangan gua tu maksudnya kita kembali pada al-quran dan hadis...ini bangsa kafir tuntut perkataan "Allah" dalam penulisan mereka pun org kita tak mampu nak bertindak kalau melibatkan hak kepentingan pemerintah....Banyak perihal agama kita diam tapi hal lain sampai 100,000 demo pun sanggup...


boonchert

emm.. at least you sound clearer this time.. ;)

anyway bro, kita sambung lagi..

1-camna lak dengan pendapat bahawa perang palestin-israel nih bukan perang agama (yg nih merujuk pada Islam vs yahudi) tetapi adalah hanya perang mempertahankan negara (palestin vs israel)..

2-akan perihal hamas yg bukan saja tidak disokong oleh amerika tetapi juga tidak disokong oleh saudi, mesir dan beberapa negara besar arab, kerna obviously hamas itu adalah saki baki ikhwanul muslimin cawangan palestin ketika intifada pertama.. seolah nasib kita ditangan dajal.. syurga itu jika menyokong mereka sedangkan kebenaran itu adalah bom bunuh diri..


herri

Okay perihal tu kita ada sumber pegangan kita ahli sunnah wal jammah, so kita kena pegang dasar atau manifesto ahli sunnah ni...So ulama sunnah yang tertinggi so far adalah Qardhawi ataupun mana2 yang hangpa tahu la...kita ada dari Malaysia dan kita ada dari Indonesia...kita ambik kata2 mereka samaada betul atau salah...ok contoh tengoklah ulama di Malaysia...setelah PUI haramkan Rotary baru PUM nak haramkan...tunggulah apa kata pemerintah pulak? Ulama di Malaysia tak kuat dan tak berani...Seruan memerangi bangsa kafir sudah dimaklumkan dari dulu tidak kira la dari mana negara dia as long org Islam itu bersaudara...

Ok betul sekiranya Hamas tu saki baki ikhwanul muslimin, apa dorang tak boleh berpolitik langsung ke bilamana dorang tukar ke hamas? Kata demokrasi. Tu maknanya kaum kafir ni penipu ikut kehendak dan kepentingan dorang yang kita pun terikut2 dgn kata2 dorang iu yg masalah. Saudi, Mesir dan negara yg menyokong...biasala dah kena cucuk hidung. Sebab tu bila ada pemimpin yg berani dorang terkejut dan ternganga. Macam keberanian Erdogan dan Mahathir dulu...itu contoh. Melopong dorang hui org Malaysia berani....konon2nya.


boonchert

i hold on my thought on this 'hate' issue which i need more time to digest..

"kita kena benci kafir dan perangi bangsa kafir" which originally i thought "kita bukan benci manusia dan bangsa manusia tetapi kita hanya benci akan kekufuran mereka.."


hairi

Terhadap orang Kafir, AlQuran cakap berbuat baiklah kpd orang Kafir. Jadi amanat yang kita pikul bukan mudah, walaupun amnya kita tak suka orang Kafir tapi kita tak boleh buat sebarangan. Kita tak boleh bom tempat awam, peperangan mesti di Medan Perang. Walaupun tentera Yahudi tak ikut Law dgn membedil orang2 awam, kita pulak tak boleh jadi cam diorang dgn meletupkan bangunan awam pulak samada di Israel atau di New York. Lebih baik kita fokus kpd usaha menyatukan ummat islam.


herri

Bagaimana pulak ayat Al-Quran yang menyuruh perangilah bangsa kafir ataupun kaum musyrikin?

Ayat Allah tu nak guna kena pada tempat dia bro...kalau tidak, takkan berlakunya 313 tentera islam di awal sejarah peperangan islam ni dan seterusnya.


hairi

Ye ke ada ayat Quran suruh kita perangi bangsa kafir tanpa sebab? Setau aku kita disuruh berdakwah kpd orang kafir.

Pasal perang pulak, dalam banyak bacaan aku semua perang yang melibatkan Rasulullah dimulakan oleh orang kafir termasuklah perang Badr tu bukan ke puncanya tindakan Abu Jahal membawa bersama 1000 Tentera Kafir Quraish menceroboh wilayah selatan Madinah.


herri

Betul la tu...mana ada orang Islam yang mulakan peperangan...even zaman sekarang pun....Salahudin pun berperang bila mana orang-orang Islam dibunuh dan disiksa oleh kaum kafir...

Tak pernah pulak gua baca orang Islam tu kejam sampai nak kena serang oleh tentera bersekutu ataupun pakatan kafir quraish dulu...


hairi

Aku just nak make a point bahawasanya kalau pun kita tak suka orang kafir secara peribadi kita kena jugak bawak mandat Tuhan berbaik dgn mereka agar kita boleh menyampaikan dakwah unless diorang buat hal pulak bakar Masjid ke contohnya then barulah kita perangi mereka, itupun kafir yang menyerang sahaja tak boleh pulak semua orang kafir kita pukul 1 Malaya. Aku tak tau secara detail apa bentuk seruan memerangi bangsa Kafir yang dimulakan di Indonesia tu, kita kena berhati-hati agar imej islam terpelihara.


nazrul

talk only no action.....


azmel

biar aku sampaikan sedikit ilmu dr ceramah yg aku dengar ,

Ustaz Dr Asri berkata :

1, Kita tidak boleh mendengar dan mengolah sesuatu dari Media yg bersifat Dajjal. Maksudnya disini, sifat dajjal tu adalah PENIPU DAN PEMBAWA FITNAH. Media Dajjal cam CNN atau media yg asik memburuk-burukkan Islam(utusan meloya @ bhairan pun ada sikit2..), di mana menganggap Israel mempertahankan dirinya dr serangan HAMAS, tak perlu di ambil pakai.

2. Sebelum kita mengulas akan JIHAD bom berani mati, kita hendaklah melihat dan membiarkan diri kita berada ditempat org yg buat itu. Islam memang tidak menyokong akan tindakan Bom Berani Mati@Bunuh Diri, tetapi siapa yg telah membuatkan mereka bertindak begitu. Bagi kita yg sedang bersedap-sedapan menghisap rokok dan kena teh tarik, memang mudah kita untuk katakan TIDAK pada perbuatan tersebut. Tetapi fikir-fikirkan la.. pada pemuda yang isterinya dirogol, ibubapanya di tembak, adik2 nya di bakar.. saudara-maranya di bom!! Jika anda ditempat beliau, apakah yang akan anda lakukan? Bolehkan anda katakan tidak jika anda boleh melakukan sesuatu dengan menjadi pengebom berani mati?? Siapa yg buat mereka hilang pertimbangan tersebut?

3. Sebagai org Islam, benar sungguh kata Joe Hairi. Islam mmg mengesyorkan kebajikan kepada sume.Tidak kira mereka Islam atau kafir hatta kepada binatang dan tumbuh-tumbuhan pun kita wajib berlaku kebaikan. Tetapi, jika seruan JIHAD itu telah dipanggil, maka sebagai umat Islam sejati(Umat yg TIDAK CINTAKAN dunia..) hendaklah memikul senjata mereka dan bersama2 memerangi musuh Islam tersebut. Bukan senang nak dapat JIHAD beb...

4. AKu rasa topik kat atas tu bole di ubah sikit kepada BN lebih kurang sama ngan Israel. Merampas kuasa negeri melalui peras ugut dan rasuah duit kepada ADUN. Aggggghh.. pilihanraya itu sendiri ciptaan yahudi untuk menghapuskan sistem khalifah yg digunapakai oleh Islam. Demokrasi la mengajar pemimpin ber rasuah, menipu, melobi diri dgn tak malunya, jual maruah, mengutuk/mengumpat/memfitnah dan segala yang jahat itu semata-mata nak jadi pemimpin. Pasal dgn majoriti 1 undi pun bole dikira menang dan jadi pemimpin. Dengan demokrasi terpimpin Abdul Wahub.. ADUN2 mangkuk tersebut dengan mudah menerima duit dari memikul amanah. Berbeza dgn sistem Islam dimana majlis syurah akan membincangkan permasalahan tetapi cuma Amir yg akan membuat keputusan walaupun keputusan itu tidak majoriti.

Diaworang nih tak takut ker kena taye kat akhirat nanti ???


boonchert

aiseh bang.. tadi tak sempat nak sembang perak.. jadi aku hentam kat sini lah.. hehe

pada pendapat aku, secara keseluruhannya umat Islam skrg nih berada dalam suasana pemikiran kacau.. kita bercakap topik tumpuk menumpuk, berselirat, mmg semua itu saling berkait, tetapi kita lupa mengurai kekusutan bukan sekadar perlu tenaga tapi juga kekuatan mental.. sebab itu ramai yg jadi kecewa dan putus asa.. ada yg marah2 mahu sesuatu yg radikal dan ada pula yg mencebik 'cakap tak serupa bikin'.. tapi pokok asal permasalahan ini apa?

kenapa kesatuan tidak berlaku dalam ummah? adakah kerna para kafirun itu membunuh dan merogol saudara kita? adakah kerna para kafirun itu mengeksploitasi wanita dan memanipulasi hiburan yg disadurkan pada kita? atau adakah kerna org kafir itu hebat dan maju maka kita tak boleh bersatu? dimana letak dasar kesilapan yg telah berlaku?

kita sibuk citer zaman keagungan Islam yg beratus tahun dulu.. hebat org Islam.. kita kembang2 lubang hidung citer zaman kegemilangan kesultanan melayu yg bertaus tahun dulu.. hebat org melayu.. tapi itu beratus tahun dulu.. yg sekarang nih kita tak habis2 lagi nak salahkan penjajah.. penjajah buat itu penjajah buat macam nih.. penjajah nih dah balik negeri dia dah setengah abad dah.. jadi apa sebenarnya yg kita sedang lakukan sekarang?

perkembangan tamadun itu berevolusi.. adakah tamadun yg kita dok nampak skrg nih dah puncak segala tamadun dah? sekali lagi sifir Nabi saw ialah masjid quba, pasar ansar dan piagam madinah.. perpaduan, ekonomi dan kuasa.. yg pertama dulu baru yg kedua.. antara asas perpaduan nih ialah kesamaan matlamat.. apa matlamat kita nih nak bersatu? tak jelas.. tak spesifik.. zaman Nabi saw dulu jelas.. nak sebarkan Islam sampai jauh2.. zaman nih kita kata nak sebar apa lagi sebab satu donia dah kenal Islam.. maka apa halatuju kita?

dalam perjuangan pun kena ikhlas.. menegur ikhlas.. ditegur ikhlas.. tapi kita nih kdg2 bukan boleh kena cuit sket.. dia punya meloncat bukan main.. sebab asas kesatuan kita adalah rasa benci.. ini sama ada kita setuju atau tidak.. aku tanya rata2 org pas kenapa bersekutu dgn dap.. pkr tuh boleh laa ampun sket.. dia kata asalkan umno tombang.. aa.. aku nih sokong gak pas.. tapi yg nih aku tak berapa setuju laa.. sebab tuh aku mintak mahap banyak2.. eh..

kawan sebelah cuit bagitau, "mana ada org tulis panjang2 kat konok..."
"ye ker takder? sorilaa kalo camtuh..
tapi sebab dah tulis aku send jer laa.. daripada membazir.."


hairi

Masjid quba, pasar ansar dan piagam madinah adalah laluan yang amat sukar bagi orang melayu Umno, diorang prefer jalan mudah - beli kuasa, monopoli ekonomi & seterusnya bayar para Athlete/Angkasawan nyanyi lagu 'Bersatu" kat TV. Orang melayu pun bak kata Bro ramai yang mengamalkan budaya social, payah nak suruh diorang ikut Sunnah maybe for now just promote diorang join PKR je lah - later PAS & PKR boleh streamline matlamat. Aku sendiri selalu promote pembangunan orang melayu, kita dah pun memboikot barangan omputih - aku pernah cite kat korang aku beli Jam Citizen menggantikan jam Swiss aku yang dah rosak tu, recently pun kedai Bally ada sale 50% tapi aku decided tak beli walaupun aku berkenan kat 1 Wallet tu. Cho pun dah pun bukak Ladang Lembu, aku pun pernah plan nak bukak 1 Ladang Lembu dgn 3 orang budak TimeCell tapi terbantut, Yus aku harap akan merealisasikan projek Ayam dia, Along pun dah mempromosikan produk orang islam HPA, lain2 aku tak tau apa diorang punye plan. Walaupun usaha kita ni kecil2an, yang penting kita dah mulakan usaha.


nazri

dalam usaha memilih kerjaya pula cerdik pandai melayu islam ada yg berniat memajukan company melayu islam instead company omputih..

semua niat ikhlas tp kita dpt lihat apa yg jadi pd TIMEdot com sampai dah nak pindah opis ke glemerie sbb nak cut cost..

ada duit lebih boleh try buka franchise RFC..radix fried chicken...Insyallah boleh maju mcm al-baik!


boonchert

just nak perbetul sikit..
RFC bukan franchise.. konsep dia pinjaman perniagaan.. ko bagi dia pinjam duit, dia yg buat meniaga, ko takleh amik riba.. tapi dia akan buat mudaharabah bergantung pada keuntungan semasa.. at the end of the loan term, dia pulangkan semula duit ko.. aku rasa ini konsep pelaburan dlm Islam yg betul..

cuma utk kumpul 1million nak bagi pinjam aku rasa dlm grup nih byk yg lebih prefer bagi idea jer dari bagi duit.. but then ada satu lagi option, join hpa, dia ada koperasi.. korg leh invest dlm koperasi tuh.. minimum rm100, maksimum RM100k.. not bad return gak based pada dia punya previous year performance dan forecast future plan dia..

aku rasa hpa nih salah satu kumpulan yg org melayu semua kena join.. at least sebagai ahli koperasi.. u want pasar ansar rite?


hairi

Memang kita nak pasar Ansar tapi cam keupayaan tu agak terhad.. any suggestion?


boonchert

ummah bergabung bang.. itu caranya..


nazri

Insya-Allah dengan kesedaran yg bertali arus dgn ikatan ukhuwah yg kukuh Insyallah boikot akan nampak hasilnya sampai kat kg. aku petrol station caltex naik banner yg petrol station dia owned bumi muslim...



BAHAGIAN EMPAT

hairi

Jadi berapa orang yang sanggup nak buat usaha ni.. kita target Putra Jaya dulu. Tapi dalam suasana masyarakat yang penuh dgn pelbagai gejala social ni kalau kita tawadduk sangat muka penuh janggut nanti orang lari pulak camana kita nak buat tarbiah?


herri

Ada permasalahan dari segi permikiran org Islam di sini...Nanti saya tanya ustaz lagi bro..adakah Allah melihat orang yang ingin menegakkan agama dan suruhan dia itu semestinya muka penuh janggut? Adakah tarbiah itu dimestikan bermula dengan menyimpan janggut, kena memakai serban dan jubah?

Dimanakah tingkatan keikhlasan kita terhadap Allah dan keikhlasan kita terhadap Rasulullah yang sampai kita ingin memberatkan sesuatu yang tidak di perintahkan.

Kasi gua satu ayat Al-Quran yang mengatakan wajah orang yang ingin mentarbiahkan manusia harus sedemikian? Kalau sunnah Rasul itu menyusahkan pada zaman ini adakah terhentinya akan usaha2 kita seterusnya?


boonchert

bela janggut dan cukur misai tuh Nabi saw yg personally suruh supaya org Islam berbeza dengan org kafir.. bukan masalah dari segi pemikiran org Islam tapi tentang bagaimana kita sudah mulai tidak melihat hikmah dalam sunnah.. hati2 dlm mempertikai sunnah..


herri

Masih ada yang tak paham rupanya...


boonchert

maafkan aku.. yg aku paham... yg wajib itu adalah minimum requirement..

umpama solat.. yg wajib 5 waktu sahaja.. tapi Nabi saw sendiri solat malam sampai bengkak kaki..
umpama memberi nafkah.. yg wajib asal bagi makan saja.. tapi kita sajikan yg paling sedap..

bila kita menjauhi sunnah, apakah lagi yg tertinggal?
bukankah satu2nya jalan yg benar itu ialah jalan Nabi saw?


herri

Ok apa sunnah nabi yang korang dah ikut? Simpan janggut? Kahwin 4? bagaimana yang solat malam? Bagaimana persaudaraan yang nabi tunjukkan? Kenapa tak ikut? Jangan kita cerita sunnah nabi tapi ambik separuh tinggalkan separuh...mengikut kepentingan peribadi atau lebih maklum dengan "matlamat menghalalkan cara"..

Nak cerita sunnah buat semua, belajar hadis betul2...


boonchert

akan perbuatan sunnah itu adalah buat atau tidak saja..
bukan buat satu kena buat semua.. istiqamah mana yg boleh diperbuat.
sunnah ini persoalan iman.. ibadah itu antara manusia dgn Tuhannya..
kalau kita tau itu sunnah tapi tak sesuai dgn kita tetap kita takleh cerca..

ok laa bro.. gua tau lu panas ari nih.. tapi bab sunnah nih kita stop sini..
kang kita melencong jauh tak perasan kita caci maki Nabi saw.. nauzubillah..
gua minta maaflaa bro.. gua nak bincang2 saja bukan nak tunjuk pandai..


herri

Gua pun minta maaf bro, kalau orang asyik mempertingkaikan hal2 agama gua jadi panas sikit sebab rata2 gua tengok bukan setakat dalam email ataupun dalam blog or akhbar kita hanya boleh bertempik dan menyalahkan tapi kita seperti biasa...apa lah salahnya kasi letup sikit ke guiness factory tu ke atau pub2 ke atau bomkan gereja yang nak guna nama Allah tu ke...kasi ajar sikit tengok...


boonchert

in one sense, apa yg ko cakapkan tuh ada kebenarannya.. dan itu jugalah yg menjadi pemikiran ali ghufron, amrozi, imam samudera, dr azahari, nordin mat top dan para konspirator 9/11.. hanya saja yg menjadi persoalan ialah tentang bagaimana kita membuat diversion terhadap masalah yg ada dlm lingkungan ummat Islam dan menjuruskan sakit hati, kecewa dan rasa putus harap kita dengan cara menginterpretasikan semua perasaan itu menjadi kebencian terhadap kaum kafir..

namun bukankah asas Islam itu kasih sayang? bukankah kita harus fokus pada semangat kasih sayang? tiadakah beza didalam hati apabila kita melakukan sesuatu kerana benci atau kerana kasih sayang?

begitu pula perihal kebanyakan dari kita mengharapkan perubahan berlaku tetapi bukan dengan cara kita yg melakukannya tetapi seseorg patut melakukannya.. maka kita mengharap2 datangnya pemuda tamim, imam mahdi atau sekurangnya kita memikulkan pada siapa saja yg sanggup mengaku memimpin..

namun bukankah asas iman itu percaya.. bahawasanya kita sendiri yg percaya.. bahawa sesungguhnya seorg manusia tidak akan menanggung dosa seorg manusia yg lain.. namun yg indah, bahawa neraka itu hanya bergantung pada dosa kita semata2 sedangkan syurga kita mungkin saja kerna pahala org lain.. percayalah akan kekuatan kasih sayang..

maka kalau bukan sekarang, bila lagi kita harus kembali fokus dalam persoalan diri ummah.. ini bukan kerna kafir lebih kuat dan lebih bijak.. tetapi kerna muslim makin longgar dan makin tidak ambil peduli.. andai saja kita mampu menyintai sesama muslim tanpa ragu.. mungkin saja "dua org lelaki yg berjumpa kerana Allah swt dan berpisah kerana Allah swt" yg dimaksudkan itu adalah kita..

i got more but enuff said for a day..


herri

Okay kalau tuan cerita kayak gini gue terima...ini yang sebaik-baiknya...kita kena perkuatkan rasa cinta dan kasihnya pada saudara2 kita....saudara2 kita itu merangkumi satu dunia islam...ibarat cubit paha kira paha kanan terasa...itulah yg sebaiknya.

(Bila mereka kena serang kita bela...samaada di PBB di OIC atau di mana2...bukan kita dok salahkan mereka...duta2 israel semua tu kasi halau apa yang patut...mana2 negara yang bersekongkol macam US tu kasi halau dari negara islam terus...)


PENGHUJUNG BAHAGIAN
Read On 0 ulasan
 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008