sembang pagi


bpr naik gaji

kawan aku kata dia baca surat pembaca kat berita harian tulis org bpr naik gaji RM68-RM98 saja, tak berbaloi banding kena keluar duit belanja rakan dan saksi yg sekitar 10-20 org per kes.. patutlaa kit siang kata ada org bpr pun br jugak.. nih sama laa kes keje polis, keje jaga, keje bank, dan segala aneka keje yg berkaitan dengan duit.. yg cukup nak bagi gaji diorg nih berapa?

aku tanya gaji diorg sekarang berapa? keje lain gaji baper?


dania danielle tangguh PLKN

penat dengar kawan aku merungut katanya, dua hari kelmarin dania, hari ini aliff pun bagi sebab yg sama, takut kalau ikut PLKN kontrak batal dan karier budak2 belasan tahun ini hancur.. andaikata semalam malaysia bernasib sama dengan palestin, agaknya apa keutamaan kita sebagai warga muda negara? ironinya, di tahun2 awal PLKN, ada anak org miskin kena tangkap tak datang PLKN sebab kena cari duit tolong keluarga..

aku kata mungkin benar org miskin tidak tahu hak, protokol dan prosedur..


tambang bas naik 30%

mengeluh kawan aku kata persatuan pemandu bas sekolah nak naikkan tambang dalam RM9 kalau diesel tak turun jadi RM 1.. mentang2 kementerian kata tak payah bayar pibg awal tahun.. bukan tak payah langsung, cuma tak payah awal tahun..

aku bisik harga barang pun tak berapa turun jugak..

Read On 0 ulasan

maal hijrah 1430


dua sahabat..
meredah sembilu di daun pintu
mengetap airmata menahan bisa
dalam satu perjalanan panjang
awal dari sinar gemilang..
Read On 0 ulasan

IJN: kapitalis menjerit

selamat bangun tidur!
ini dunia kapitalis dan kita semua kapitalis..
tapi kapitalis kita kapitalis cencorot yg makan dari sampah dari dapur kapitalis buncit perut..
kita kapitalis melarat yg gagal bersaing dgn kapitalis keparat..
marah bila tiada yg percuma sedang kita pun sama berkira2..

mari cerca caci maki sampai lupa diri..
ayuh demonstrasi saman sana sini..
eh! tapi kita kan tak mau subsidi?
cuma minta naik gaji tinggi
sesuai prestasi goyang kaki..

ini kapitalis lupa diri..
menunggu hujan di tepi perigi
Read On 0 ulasan

pesan buat org yg berdosa..

syahadan berkatalah seorg sahabat kepadaku..

"maka segala pahala yg kita perbuat itu tidaklah menjamin masuk syurga kita ke dalamnya.. hanya redha-Nya menghantar kita ke dalam syurganya.."

"kalau begitu apakah gunanya berbuat pahala ketika hidup? bagaimana pula meraih redha-Nya?" musykil menerpa dlm benakku..

setenang bayu sore itu dia menjawab, "perbaikilah ikhlas dan kyusu dalam ibadahmu.. itu jiwa ibadah yg bakal menggapai redha-Nya.. tiadalah kita berbuat apa melainkan kerna kemahuan mengabdi pada-Nya.. Tuhan sekalian alam.."

semakin jauh aku merenung ke dalam kelam hatiku..

"ampuni aku Tuhan.."
Read On 0 ulasan

PSMI : to be or not to be?


status bahasa inggeris

pembelajaran math dan sains dalam bahasa inggeris, dulu sebelum buat kecoh dan sekarang lepas keluar keputusan UPSR generasi pertama pun kecoh.. apa yg kecoh sangat sebenarnya? benarkah pelajar2 sekarang tersiksa? benarkah legasi budaya terhakis?

bahasa inggeris ini statusnya ialah bahasa rasmi kedua, makna tarafnya bawah sedikit dari bahasa melayu.. bahasa mandarin, tamil dan arab tak dapat taraf nih.. walaupun jadi bahasa pengantar sekolah2 khas.. maknanya juga bahasa inggeris nih adalah bahasa yang kedua harus digunapakai oleh warganegara malaysia selepas bahasa melayu.. bukan bahasa lain.. maknanya juga jika nak belajar bahasa lain kena fasih dulu bahasa melayu dan inggeris..

flashback 2001

maka bila kementerian pendidikan memperkenalkan sistem pengajaran sains dan matematik dalm bahasa inggeris pada tahun 2001 tuh, kena jugalah pada tempatnya.. tapi waktu tuh aku sendiri pun antara setuju dengan tak setuju, tapi lagi waktu tuh pendapat aku berkisar sekitar kedaulatan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi malaysia.. dan tapinya aku juga bersetuju dengan berat hati setelah menilai caca-marba pengistilahan terma2 teknologi yg cuba dipopularkan oleh dewan bahasa.. jadi kacau apabila ahli bahasa yg tiada latar belakang teknologi mencipta istilah baru mengikut kesesuaian bahasa dan bukan praktis penggunaaannya.. umpama bunga dedap, cantik tapi tiada harumnya..

waktu itu aku terpaksa setuju juga kerna tidak berupaya untuk tidak melihat bagaimana ketinggalannya pelajar2 melayu di ipt kerna kesukaran menelaah buku rujukan yg kebanyakannya dalam bahasa inggeris, dan kepayahan graduan muda melayu bersaing mendapatkan pekerjaan disebabkan kononnya lemahnya dalam bahasa inggeris.. malah dalam sektor pekerjaan dlm negara sendiri, anak2 melayu dipandang rendah kerana tidak berupaya berbahasa inggeris dengan baik.. semua ini menunjukkan ketika itu betapa masayarakat memandang tinggi bahasa inggeris melebihi bahasa rasmi sendiri..

aku juga dengan berat hati bersetuju dengan harapan, satu hari nanti anak2 melayu dapat menghadam segala ilmu yg hampir seluruhnya ditulis dalam bahasa inggeris dan melahirkan teknologi sendiri dan mendefinisikan teknologi dalam bahasa melayu dengan lebih baik dan praktis.. selama ini kita tidak punya istilah teknologi dlm bahasa melayu kerna kita tidak punya teknologi sendiri.. ini hakikat.. walaupun kita punya ribuan pakar namun semuanya hampir tidak mampu memelayukan ilmu yg mereka ada dan lebih berbangga dengan bahasa yang lebih global..

bantahan berterusan

kembali semula kepada persoalan pengajaran bahasa inggeris dalam math dan sains di sekolah rendah.. walaupun statistik UPSR tidak menunjukkan apa2 permasalahan pada penerimaan murid2, namun yg harus diakui adalah bagaimana 90% pelajar cina masih memilih untuk menjawab dalam bahasa mandarin.. dan sekali lagi berbagai persatuan dan kumpulan memulakan siri bantahan terhadap kerajaan berkenaan dengan isu ini..

antara sebab utama bantahan mereka ialah keberkesanan sistem itu sendiri.. sejauh mana pengajaran dalam bahasa inggeris dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam dua subjek tersebut.. kelompok membantah menganggap para pelajar mendapat kesukaran dalam memahami bahasa soalan dan bukan kerna tidak boleh menjawab soalan.. keadaan ini lebih parah pada pelajar cina dan pelajar luar bandar.. soalan seterusnya ialah bagaimanakah kita mengukur prestasi mereka?

sejak zaman aku sekolah lagi pelajar cina dianggap jaguh dlm matematik.. malah terdapat trend sebilangan org melayu yg lebih memilih untuk menghantar anak2 mereka bersekolah di sekolah cina supaya anak mereka jadi lebih pandai terutama dalam matematik.. seorg rakan cina sekelas aku dulu pernah membuat tawaran mahu mengajar aku matematik dengan syarat aku mengajar dia membuat karangan yg baik dlm bahasa melayu.. ternyata method yg dia gunakan adalah berbeza dan aku perasan dia menyebut method itu dlm bahasa cina sebelum menterjemahkannya kepada aku.. walaupun pada permulaannya rasa nak pengsan sebab aku terpaksa memahami dan menterjemah ajaran dia, namun mmg aku mendapati ianya sangat efektif.. dia pernah menyebut bahawa matematik lebih mudah dipelajari dalam bahasa cina.. matematik itu adalah keperluan dalam budaya meniaga mereka.. bermakna mereka mempunyai teknologi dlm matematik kerna budaya meniaga dalam masyarakat mereka..

dari kelompok melayu pula, isu utama mereka ialah kedaulatan bahasa melayu.. tetapi ini juga menjadi sebahagian dari isu utama kelompok bukan melayu, yg melihat legasi bahasa asal mereka terhakis kerna keperluan bahasa inggeris dalam sistem pendidikan vernakular mereka.. aku sangat mengerti sentimen ini tetapi aku melihat satu perspektif yg tidak jelas.. apakah langkah2 yg akan dilakukan untuk memperkasakan kedaulatan bahasa kebangsaan ini jika penghapusan sistem ini hanya untuk mengadaptasi sistem lama yg tidak progresif berbanding kemajuan ilmu dan teknologi global.. soalan seterusnya ialah apakah sistem pendidikan yg akan kita gunapakai?

bahasa ilmu dan ilmuan bahasa

sistem penterjemahan kita masih jauh dalam mentafsirkan ilmu teknologi dengan berkesan.. penerbitan buku2 ilmiah masih hanya menjadi tanggungjawab universiti2 sahaja.. sangat kurang untuk mendapatkan buku2 ilmiah dalam bahasa melayu yg mencakupi berbagai bidang ilmu.. tidak banyak penerbit tempatan yang mampu menerbitkan buku2 teknologi dlm bahasa melayu.. jika ada pula penterjemahannya sangat lemah.. lihat saja terjemahan sarikata di televisyen yg dibuat seperti melepas batuk di tangga..

walaupun ramai yg bersikap skeptik tetapi aku mahu membawa kita melihat kepesatan penterjemahan buku di indonesia.. bahasa indonesia berevolusi dengan banyak terma2 baru yg lebih praktis.. mereka punya banyak buku yg diterjemahkan dalam bahasa indonesia mungkin kerana bahasa inggeris (atau dlm konteks indonesia, bahasa belanda) bukanlah dianggap bahasa kedua penting.. walaupun benar ramai org indonesia tidak mampu berbahasa inggeris dengan baik, malah kedengaran lebih indonesia ketika berbahasa inggeris, tetapi buku2 terjemahan mereka digunakan dengan meluas di alam melayu..

aku berpendapat untuk mampu mempunyai teknologi adalah perlu ilmu itu menjadi budaya.. kita masih difasa memahami ilmu, masih belum mampu menjadikan ilmu itu budaya, kerna memahami ilmu itu sendiri kita dalam konflik apa bahasa yg perlu kita gunakan.. mengadaptasi ilmu org lain ke dalam bahasa sendiri akan menyebabkan kekalutan pengistilahan.. ini pernah berlaku.. apabila adaptasi bahasa inggeris langsung ke dalam bahasa melayu akan dianggap melacurkan bahasa melayu itu sendiri maka bagaimanakah kita mahu menyelesaikan masalah ini? kebanyakan dari kita merasa lebih mudah memikulkan tanggungjawab tersebut kepada dewan bahasa sahaja.. lalu apakah yg kita bantah sekarang ini?


Read On 2 ulasan

alam pemikiran kontemporari melayu

trend dan musim

tiap kali aku beli suratkhabar macam2 benda berlaku.. dulu masa aku sekolah rendah suratkabo nih aku baca tiap2 hari.. abah aku melanggan utusan malaysia.. antara yg aku akan baca dulu ruangan kartun2 pendekar oleh zoy, ruang pojok awang selamat (dan sblm tuh ada satu lagi nama pena aku lupa) dan forum surat dari pembaca.. kalo hari ahad lagi aku suka sebab ada kolum2 mingguan.. mmg kalo sehari tak baca suratkabo rasa hidup tak lengkap hari tuh.. cuma sejak beberapa banyak tahun lepas rumah aku dah tak langgan suratkabo.. dan sejak kebelakangan nih kadang2 rasa pening dan serabut bila baca suratkabo.. aku masih beli dan baca utusan malaysia (walaupun kerajaan negeri dah haramkan), disamping akhbar2 lain, terutama hari jumaat (sebab ada sisipan mega yg khusus ada rencana tentang pertanian) dan hari ahad (aku masih baca kolum2 mingguan walaupun makin byk pendapat yg aku pertikaikan)..

begitu juga bila tgok rancangan tv.. baik yg percuma mahupun saluran kabel yg berbayar.. jadi kompius pun ada jugak, kadang2 rasa macam sedang bersantai di indonesia.. agaknya dah trend skrg nih ngetop sinetron indo.. dulu org sibuk dok tgok hindustan sampaikan semua tv siar citer hindustan pada waktu yg sama.. ada satu masa tuh citer cina, tiap2 petang org bersidai depan tv menengok drama cina.. ari tuh sekejap citer latin.. dulu citer2 nih takder alihbahasa dan sarikata pun org tengok jugak, boleh paham lak tuh apa citernya.. hebat org melayu.. skrg nih citer indo pun ada sarikata melayu.. dah tak susah dah.. yg susahnya bila nengok berita dan iklan2 yg ditaja oleh kerajaan.. aku teringat citer bapak aku zaman lepas merdeka dulu, waktu tuh org kaya jer ada tv, hitam putih lak tuh, selalu kuau iklan kerajaan terbitan filem negara malaysia.. psal muhibbah laa, komunis laa, mengundi laa.. mmg itulah peranan media, menyebarkan informasi..

yg aku nak sentuh disini ialah trend berfikir org melayu yg bermusim.. betullah berfikir mengikut keperluan.. tapi betapa sembang warung kopi itu berubah topik meninggalkan isu yg terdahulu sebelumnya tanpa kesimpulan.. umpamanya penjaga gol menggelecek bola hingga ke kawasan gol lawan kemudian dia kompius sama ada dia sendiri perlu menjaringkan gol atau membuat hantaran lintang kepada kawan2 sepasukan yg lain, akhirnya bola direbut pihak lawan atau dia buat2 terjatuh untuk mendapatkan penalti.. org melayu diajar untuk berusaha keras mencari kejayaan dan gigih merebut peluang tetapi setelah itu apa? org melayu diajar menghargai kesusahan dan keperitan hidup tetapi tak ramai dari kita yg mengajar anak2 tentang bagaimana cara menikmati dan mengurus kejayaan.. paling2 yg kita ajar ialah jangan itu dan jangan ini.. kita diajar dan mengajar bahawa org kaya itu kedekut dan bakhil manakala org yg berkuasa itu sombong dan angkuh..

contohnya, aku membaca dan mendengar byk versi tentang kisah bukit antarabangsa.. ada yg mengeji dan ada juga yg bersimpati.. tetapi yg aku pahami ialah setiap komen itu menunjukkan perlambangan latar belakang dan 'mental picture' org yg memberi komen.. misalan catatan pyanhabib yg aku kirimkan ke teman2.. mengenali pyanhabib sebagai seorg yg sederhana dan merapat dengan marhaen, tidak sukar memahami mengapa pyan menyentuh isu yg satu itu.. aku tidak mengatakan pendapat pyan salah, hanya saja itu sebuah kisah dalam satu hikayat yg lebih besar.. tidak aku menolak pendapat bahawa mmg ada hartawan yg kelihatan sombong dan angkuh, berbanding dengan keadaannya jika yg sama berlaku pada penduduk setinggan.. hanya saja terpulang pada cara mana kita melihat sesuatu peristiwa..

sebagai contoh boleh saja aku melihat yg berbeda dari perspektif pyan, misalnya mengapa pasukan penyelamat tidak boleh membaca keadaan bahawa bukit antarabangsa merupakan kawasan elit yg mana apabila berlaku apa2 terhadap kediaman mereka sudah tentu mereka2 ini mempunyai bukan sebuah rumah atau sekurang2nya akan terus berpindah ke hotel atau sudah tentu saudara mara atau sahabat handai mereka punya rumah banglo besar, yg mempunyai bilik tetamu yg jauh lebih selesa, akan lebih segera menawarkan budi.. bagaimanakah kita boleh terfikir bahawa tan sri, datok dan selebriti ini akan sanggup bermalam di balairaya atau dewan sekolah beramai2? hanya saja kita rasa mereka sepatutnya manusia yg berpikiran seperti kita dan akhirnya kita kecewa apabila menyedari bahawa mereka tidak seperti kita lalu kita jadi tersinggung?

bukan persoalan perbezaan taraf yg cuba aku lihat di sini tetapi lebih kepada tanggungjawab mereka dalam memastikan keselesaan keluarga mereka merupakan keutamaan mereka.. kerna mereka ada pilihan sedangkan jika kita yg menjadi mangsa maka tiadalah kita pilihan selain berkhemah dimana sahaja.. begitu juga golongan ini pada kebiasaannya mengetahui akan hak mereka, apa dan bagaimana, berbanding dengan kita yg akan terus bersyukur kerana masih hidup.. perlu kita insafi bahawa mereka2 ini tidak akan berada pada kedudukan mereka sekarang jika mereka hanya mengetahui apa yg kita tahu..


kelompok dan prasangka

maka meluatlah org mendengar perkataanku seolah mempertahankan org2 kaya lagi ternama di kawasan tersebut.. namun bagi aku apa yg benar itu tetaplah benar dan apa yg salah itu tetaplah salah.. hanya yg menjadi permasalahan kita ialah prasangka kita terhadap org yg berada di luar kelompok kita.. adakah kita merasakan bahawa hanya org miskin sahaja yg perlu kita perjuangkan dan kita menidakkan org2 kaya yg menyumbang sedikit sebanyak kepada kemakmuran org miskin.. org miskin itu nikmat bagi org kaya.. bukan kerna nikmat mahu bermegah2 dgn kekayaannya tetapi nikmat kerna dapat memberi kepada org miskin.. tanpa org2 kaya ini kemanakah org2 miskin mahu bekerja menafkahi keluarganya? tapi kita mahu lebih dari itu..

ketika rida (skrg mara) mendapat peruntukan utk membangun ekonomi, yg berlaku ialah para pemimpin tidak mahu memberikan bantuan pada kelompok yg mmg sudah berniaga untuk membesar dan memajukan lagi perniagaan mereka dengan alasan bahawa dana tersebut adalah untuk org miskin.. namun apa yg berlaku ialah dana tersebut habis gontai kerna bereksperimen mahukan org miskin terus menjadi kaya tanpa menyediakan mereka terlebih dahulu.. sedang yg sudah berniaga ini gulung tikar kerana tidak mampu bersaing lagi.. andai saja sentimen bukan panduan membuat keputusan..

suatu ketika seorang sahabat mengatakan pada aku bahawa org kaya itu sombong dan angkuh, dan aku katakan kemabali padanya bahawa org miskin itu lebih sombong dan angkuh.. kita ambil misalan akan pekerjaan kita.. kita yg memohon pekerjaan kepada yg sudah tentunya org kaya.. jika kita tidak diambil bekerja kita akan mengatakan org kaya tidak mahu menolong org miskin.. jika kita diambil bekerja kelak nanti bila kita disuruh2 dan diberi berbagai peraturan kita mengatakan org kaya itu menzalimi kita sedangkan awalnya kita yg menyanggupi menghambakan diri.. kita minta naik gaji saban tahun, kalo naik sedikit kita merasa dianiaya.. benarlah sorg pekerja itu harus dihargai dan disantuni sewajarnya tetapi ketika itu kita berfikir kalau kita yg kaya.. realitinya kita bukan hamba dan kita punya pilihan untuk berhenti dan berpindah kerja, tapi kita takut untuk menghadapi kemungkinan nilai kerja kita itu tidak laku pada org kaya yg lain.. demi untuk mempertahankan satu2nya pilihan yg kita ada, kita mencaci cerca dan memburuk2kan org yg memberi peluang kepada kita menafkahi keluarga kita.. bukankah kita juga telah menjadi sombong dan angkuh?

lihat saja persoalan setinggan.. semua faham dan mengerti akan maksud setinggan itu ialah menduduki tanah yg bukan miliknya.. maka selama dia berumah di tanah itu dia tinggal tanpa dikenakan apa2 bayaran malah mengecap untung tanpa diganggu-gugat, selama tuan milik tanah itu tidak punya perancangan.. yg menjadi masalah org2 miskin seperti kita ialah setelah beberapa waktu kita melakukan sesuatu, kita merasakan bahawa itu adalah hak kita.. bukankah memunyakan sesuatu yg bukan milik kita itu satu pencabulan hak? maka bila kita dihalau dari kawasan setinggan yg wajar ialah kita memohon waktu untuk mencari tempat berlindung yg lain atau boleh saja kita merayu budi bicara tuan milik tanah utk memberikan kita pilihan kawasan lain buat kita berteduh.. tetapi yg menjadi kewajaran pada masa ini ialah jika setinggan itu mahu dihalau maka tuan tanah wajib menyediakan penempatan alternatif malah wajib juga memberi pampasan.. pampasan? bukankah seharusnya tuan tanah meminta ex-gratia daripada penduduk setinggan kerana menggunakan tanahnya sebelum itu?

ini cara berfikir org melayu.. jika mercedes berlanggar dengan basikal, tetap saja mercedes itu yg salah walaupun hakikatnya penunggang basikal itu yg tidak berhati2.. jika yg berbadan besar melempang yg kecil, yg besar jualah yg salah walaupun matanya telah lebam terlebih dahulu.. maka walau bagaimana hak org kaya itu hanya akan terpelihara setelah hak org miskin dituntaskan.. sebagaimana dlm keluarga walau bagaimana salah pendapat si ayah tetap jua si anak yg harus meminta maaf.. walau bagaimana apa pun yg berlaku dlm sesuatu perkahwinan tetap jua si suami yg harus bertanggungjawab.. ini kesantunan org melayu dlm kononnya menjaga kebajikan org yg lemah.. maka dlm keadaan sebagaimana sekali pun org kaya tetap salah tetap sombong tetap angkuh berbanding org miskin..

bukan pula aku bermaksud memperlekehkan org miskin, tetapi aku cuba untuk berhenti sebentar dan merenung bahawa disebalik semua ini segalanya bergantung kepada apa yg berlaku dlm hati dan benak kita.. tentang bagaimana kita bersangka2 terhadap org lain terutama terhadap org yg berada diluar kelompok kita.. bukan sekadar miskin-kaya, tetapi juga antara yg berbeda bangsa dan berlainan agama.. sikap prejudis kita terhadap sesuatu yg berlainan dari kita..


logika akal dan rasa hati

maka baca suratkhabar dan tonton tv kadangkala membongkar ironi masyarakat kita yg tidak konsisten dlm bersikap dan jumud kita dalam memihak.. dari satu sudut, ketelitian masyarakat sudah dipicu dgn sumber maklumat yg berbagai, hanya bergantung pada dogma yg kita pilih untuk menapisnya.. org melayu sudah tidak lagi sekadar mengikut.. sudah ada yg keluar dari tempurung pemikiran sehala walaupun setelah itu hanya kepalanya saja yg keluar dari kepompong..

sesungguhnya yg benar itu adalah apa yg kita percaya walaupun tidak selari dengan pendapat org lain.. yg penting ialah keterbukaan kita dalam menghargai perbezaan pendapat.. cuma yg menjadi kekangan ialah cara kita memihak.. dalam bahagian ini kita masihlah bersikap seperti melayu.. walau apapun kita tetap akan menyokong pentafsiran kelompok kita sendiri.. kita merasa ada keterbukaan jika ada kelompok lain cuba memahami kita tetapi kita sendiri tidak mahu membuka diri untuk melihat dan mengakui kemungkinan ada sebutir intan dipantai kaca.. ini mmg sikap melayu sebagai hamba yg taat setia pada rajanya..

jika kita berani melihat kekurangan dalam diri kita nescaya kita juga akan jadi berani utk melihat kebenaran dalam diri org lain.. melihat kurang diri bukan untuk menghina.. melihat kelebihan org lain bukan makna memuja.. tetapi untuk saling melengkapi dan berdiri sama tinggi dalam memperteguh langkah seterusnya.. dan sekali lagi yg menjadi halangannya ialah perasaan kita.. sentimen org melayu yg dimanipulasi oleh spekulasi dan emosi.. tapi mungkin juga itulah kekuatan melayu.. kadangkala yg kita sangka kelemahan itu adalah sebenarnya kekuatan.. hanya kerana kita melihat sesuatu itu tidak mungkin tetapi tidak mustahil yg didepan mata kita itulah yg kita cari..

dlm cara pemikiran zaman ini, kita diajar dengan logika akal dlm memahami sesuatu perkara namun dalam banyak segi kita diasuh mengikut intuisi rasa hati.. ini kekuatan panglima melayu dahulu, intuisinya lebih tajam.. dengan menggunakan logika akal, kita mencongak apa yg akan berlaku, melihat2 muslihat dan berandai yakin mengikut pengalaman dan pemerhatian kita dimasa lalu.. jika sesuatu yg diluar jangkauan logika kita berlaku, akal mudah menjadi buntu.. dengan rasa hati kita sentiasa waspada dan bersikap terbuka sambil sentiasa bersedia untuk menghadapi sesuatu yg tidak tersangkakan.. mungkin inilah penyebab mengapa ramai menganggap org melayu itu terlalu berhati2 dan lambat bertindak..

permainan dalam gelanggang zaman ini ialah logik.. org melayu semkin tumpul rasa hatinya.. kalau dulu kita mampu menentukan jantan betina dengan melihat sekilas ikan di air tetapi kini kita tidak akan yakin selagi tidak kita menangkap dan membelek ikan tersebut.. limpahan maklumat boleh saja membuatkan kita muntah dgn analisis menjadikan kita tahu dan ingat tetapi tidak menjadi ilmu dan amalan.. logik kita ialah bila kita yakin dengan pendapat kita maka segala org2 yg membantah itu bodohlah semuanya.. kerna kita rasa kita tahu apa yg mereka tidak tahu.. sebab kita rasa org lain itu berdosa dan masuk neraka.. ironinya kita terlalu takut untuk mati kerna rasa hati kita mengatakan kita juga mungkin masuk neraka bersama2 org2 yg kita anggap bodoh, bebal dan zalim itu.. hati kita masih waspada dan bersedia mungkin2 kita juga salah.. tidak yakin penuh jualah kita terhadap pendapat kita sendiri.. dan mereka2 itu tidaklah jua bodoh sepenuhnya.. mungkin juga kita yg tidak mengerti atau sengaja tidak mahu mengerti..

wallahualam..
Read On 0 ulasan

daulat tuanku!

hikayat dua pindaan

ada org bertanya pada aku pasal pendapat aku tentang isu raja2 melayu nih, perlu ker kita bagi balik kekebalan kepada raja2? org nih tanya sebab masa kes tahun 93 dulu, aku antara org yg risau bila kerajaan nak hapus kebal raja2 melayu.. sorg dua tanya aku tak komen tapi bila dah empat lima org aku rasa dah sampai keperluan untuk aku komen.. maka beginilah..

adapun isu raja nih ada dua kali pindaan yg kita kena paham dulu sblm kita berpanjang cerita..

satu, pindaan tahun 1983 yang berbunyi, ""Rang Undang-undang akan dikuatkuasakan sebagai Undang-undang apabila ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong. Jika di atas apa-apa sebab Rang Undang-undang itu tidak ditandatangani di dalam tempoh 15 hari selepas Rang Undang-undang itu disembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Baginda dianggap telah menandatangani Rang Undang-undang tersebut dan Rang Undang-undang itu berkuatkuasa sebagai Undang-undang." ringkasnya ia berkenaan dengan kuasa meluluskan undang2..

dan yg kedua, pindaan tahun 1993, yg kesimpulannya (aku short-cut sbb byk bhgn yg dipinda) membawa maksud bahawa raja2 melayu tidak akan didakwa atas apa2 yg dibuat atau yg tidak dibuatnya berkenaan dengan undang2 sahaja, dan membolehkan tindakan mahkamah dibuat, dengan kebenaran peguam negara, dan satu mahkamah khas, dimana majlis raja2 boleh melantik dua dari lima hakim, boleh ditubuhkan untuk mendengar pendakwaan tersebut. pendeknya ia menghapuskan immuniti raja2..



asbabun hikayat

kemudian dari itu, kita kena sorot semula apa yg telah terjadi sehingga berlakunya pindaan perlembagaan..

asbabun 1983 tuh konon asal kisah antara tok perdana menteri dengan yang dipertuan agong.. asbabnya konsesi balak pahang.. dalam tahun 1981, yg pro kata raja2 nih suka2 hati bagi konsesi balak kat negeri dia pada siapa dia suka sampai habis hutan dan kemudian bila parlimen dah lulus raja pulak tak nak terima sebab, kata yg kontra, merasa itu hak baginda ke atas negeri baginda.. maka ketika itu terma raja berpelembagaan, yg bermaksud rakyat yg mengurus raja memerintah, dianggap mulai kesasar..

sebermula citer 1993 tuh pula dikisahkan berkenaan jurulatih hoki bernama douglas gomez dan istana johor dipenghujung tahun 1992.. dan merentet sampai ke mana2, semua keaiban terbuka memfokuskan salahguna kuasa dan keangkuhan raja2 dan kerabatnya.. hinggalah pada jan 1993, kerabat raja didakwa mencederakan penjaga gol hoki bernama mohd jaafar selvaraj.. maka pemimpin bangkit bertegas dan rakyat seperti terluka tiada mahu lagi raja yg dianggap zalim dilindungi..

walaupun terdapat kepentingan rakyat pada kedua2 kisah tersebut tetapi aku tercuit melihat kepentingan melayu dan Islam, kerana raja2 melayu ini kita kekalkan atas daulat bangsa melayu dan agama Islam.. kerna itu kedua2 perkara ini berkait rapat dengan musabab kenapa kita masih mempertahankan kedudukan raja2 melayu di singgahsananya.. maka waktu itu aku bersetuju dengan berat hati..



tersurat dan tersirat

syahdan bila ketua yang mengaku memimpin pakatan rakyat, yg dahulunya menyokong kuat pindaan 1993, mengatakan mahu mengembalikan kekebalan raja, aku rasa mengapa hanya kebal (pindaan 1993) saja mengapa tidak kuasanya (pindaan 1983) juga.. dan mengapa berlaku tawaran ini hanya setelah seorg lagi kerabat, yg ayahandanya disaman oleh pelakon amerika, membuat kenyataan akhbar, sedang selama ini baginda senyap sunyi bila melayu dan Islam diperlekehkan?

ini yang membuatkan aku, sepertimana isu2 terkini yg lain, bermenung panjang.. perlu dan tidak perlu..

dari perspektif umum, dlm kekalutan polemik perihal melayu, terlihat akan keperluan memartabatkan semula kedaulatan raja2 melayu dlm perlembagaan, untuk menegas kata dan menegap tindakan.. agar raja2 melayu dapat bersuara bebas mempertahan daulat bangsa dan agama.. begitu juga dlm menguat pendirian dan mengalirkan semula semangat dlm jiwa org2 melayu.. kerna bersatu melayu itu dan besar jiwanya bersandar harapan pada pandangan jauh dlm naungan rimbun kasih rajanya.. bak pepatah 'raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah'..

namun melihat kepada gerakan ini yg berpaksikan kepada kepentingan survival politik sebahagian dari pimpinan, maka aku merasakan sedikit hilang keikhlasan dalam perjuangan.. sepertimana jua keletah politik dlm isu2 yang lain.. di sini letaknya dilema berprinsip bila ada 'udang disebalik batu' walaupun org banyak mengatakan aku 'serkap jarang' bila berpendapat mereka 'sudah terang lagi bersuluh'..

kekeliruan ini berlaku dlm umum masyarakat melayu.. isu2 sebegini bukan sekadar retorik tapi mencari yg tersirat dalam yg tersuratnya lebih sukar dari 'menarik rambut di dalam tepung'.. namun aku berpendirian berfokus pada isu sahaja tanpa melihat muslihat mahu berprasangka terhadap yang membawa usul.. org putih kata 'give someone the benefit of the doubt'..



kekuasaan atau kekebalan?

maka aku berpendapat bukan kebal yg melayu perlukan tetapi kuasa.. atas sebab itu aku lebih bersetuju jika pindaan 1983 itu yg dimansuhkan berbanding pindaan 1993.. hanya dengan kuasa meluluskan sebarang rang undang2 maka melayu benar2 mempunyai benteng pertahanan terakhir kerana sebarang undang2 tidak boleh dipaksakan kepada raja2 melayu.. seperti nantinya apabila rang undang2 menghapuskan semua kuasa sultan dan menjadikan negara ini sebuah republik tidak memerlukan kebangkitan besar2an org melayu seperti yg pernah berlaku suatu ketika dahulu..

akan kekebalan itu pula pada pendapat aku masih selari dengan keperluan demokrasi berparlimen yang tidak meletakkan sesiapa saja di atas undang2.. walaupun hakikatnya hanya raja2 melayu sahaja yg tidak mempunyai immuniti sepertimana raja2 lain di seluruh dunia.. namun aku optimis raja2 melayu bukan sebarang raja yg mahu berlaku sesuka hati kerna itu tiada perlulah kekebalan jika tiada kesalahan.. namun jika berlaku mungkar maka tiadalah raja itu diangkat sembah org melayu melainkan dicari jua penggantinya..

akan tetapi jika masih jua kita merasa perlu akan raja itu kebal, maka aku lebih suka berpendapat bahawa kita runtuhkan saja sistem demokrasi yg kita junjung ini dan kita serahkan semula segala kuasa total kepada raja.. jika kita menganggap perlu raja itu diatas segala undang2 maka lebih baik raja itu sendiri menjadi undang2.. kerna sistem kesultanan melayu itu tiada cacat-celanya melainkan kerna nafsu tamak haloba dan angkuh manusia itu sendiri, baik pada raja, pembesar negeri mahupun rakyatnya..

maka begitulah adanya aku berpendirian.. wallahualam..

Read On 2 ulasan

perdana camry kompressor

i. perdana beli murah (tanpa cukai) selenggara mahal
trengganu habis setahun 16k selenggara perdana exco
perak habis 27k lebih setahun selanggara perdana exco n mb

ii. maka trengganu beli 14 kompressor bajet 3.4jt
perak pilih camry 16 biji cuma 2jt
iii. rasanya kalo mmg betul nak murah
baik beli jer proton saga yg baru tuh
ker takder class dan standard?
nak save bajet ker apanama tadi?

Read On 2 ulasan

disuatu pagi yg normal..

pagi tadi masa aku kat stesen mengisi minyak keter,
aku rasa cam lama pulak.. padahal aku isi RM50 jer..
pastuh bila start engine keter atoz kompressor aku,
jarum meter minyak aku bukan main pulas sampai F..

emm.. aku tau.. minyak turun harga lagi..
tapi apsal roti canai kedai mamak pagi tadi masih harga baru RM 1.20..
ooo.. dia belum sempat guna minyak yg murah nih.. cis!
Read On 0 ulasan

sepasang sepatu buat seorg anjing..



"this is a farewell.. you dog!"

"you killed the Iraqis!"
-Muntadhar Al-Zaidi-

Read On 0 ulasan

free no more

dua hari lepas, dalam damai angin sepoi2 bahasa, aku singgah di warung ketapang dan terdengar perbualan org kampung.. pada malam hari raya aidiladha kemaren hujan turun dengan lebat tanpa henti sehingga air2 di parit sepanjang jalan di kampung itu dipenuhi air hingga melimpah menyebabkan banjir kilat hingga ke paras lutut..

maka berkisah mereka akan parit yang tidak terurus dipenuhi semak samun dan sampah sarap hingga menyebabkan aliran air terganggu.. itulah musabab banjir kilat yang menggendalakan urusan penyembelihan korban tahun ini.. tiadalah siapa peduli akan keadaan parit itu kerna berpendapat sepatutnya ada kontraktor yg dipilih oleh majlis daerah untuk membersihkannya..

bermenung aku sambil menelan sejuk nyaman air cendol memikirkan betapa semua pekerjaan yang dahulunya dilakukan sebagai tanggungjawab, kini semuanya berkisar tentang duit.. tiada apa yang dilakukan secara percuma sekarang ini waima membersihkan parit di depan rumah sendiri..

teringat pulalah aku perbualan di gerai mamak suatu masa dahulu bagaimana segolongan lelaki separuh umur mempertikaikan kegiatan gotong-royong yang dianjurkan oleh cawangan parti politik di kawasan tersebut.. katanya mengapa perlu dikerah segala org memperlakukan pekerjaan tersebut sedangkan sudah ada kontraktor dilantik oleh majlis perbandaran untuk melakukan semua itu.. apa gunanya membayar cukai pintu, cukai sampah, dan segala macam cukai yg lain jika diakhirnya org2 yg membayar itu juga yang akan melakukannya..

ada kebenaran dalam suara2 tersebut, di pekan mahupun di desa.. hanya saja aku merasakan kehilangan nilai dalam masyarakat apabila segalanya hanya berkisar seputar nilai duit yg dibayar..

begitu pula perihal tabung khairat kematian, dimana kemudahan akan diberikan kepada mereka yg menyertai tabung tersebut.. jika tidak menyertai maka mereka harus pula membayar harga penyelenggaraan yg mahal.. benarlah mahu berlaku adil kepada yg membayar tetapi bukankah fardhu kifayah menguruskan jenazah itu berlaku pada seluruh warga kampung..

disini berlakunya konflik dalaman dalam zaman keliru ini.. seorg guru Quran meletakkan harga untuk mengajar anak2 membaca al-Quran, demi menyara hidupnya, sedang jelas hadis Nabi saw mengatakan bahawa tidak boleh menggunakan al-Quran untuk mencari keuntungan..

kalau guru2 dahulu, mengajar Quran ini percuma hanya saja ibubapa yang menghantar anak2nya utk belajar memberikan hadiah buat guru anaknya.. sekolah2 pondok hanya mengenakan biaya makan minum pelajar2nya, sedangkan sekarang sekolah agama telah menjadi satu profesion yang menguntungkan.. para ustaz dan pak imam dibayar lumayan sesuai dengan statusnya.. ibubapa pula semakin yakin menghantar anak2 mereka ke jizrah arab agar pulang nanti dapat menggapai jawatan di jabatan kerajaan atau sekurang2 menjadi pendakwah bebas yang berpendapatan mencecah RM10,000 sebulan bergantung pada popularitinya..

dibarisan kepimpinan pun begitu juga ceritanya.. pejuang2 bangsa dahulu hampir semuanya adalah wartawan mendapat kesedaran setelah merakam peristiwa2 yg berlaku, dan para guru yang cedera hatinya melihat nasib anak bangsanya.. kerna itu perjuangan mereka bukan kerna duit.. mereka puas melihat anak bangsa mereka bebas dan tidak ditindas, puas melihat anak bangsa mampu berdiri dan berprinsip.. maka perancangan mereka berasaskan pada kemahuan melihat kemajuan dalam diri, kemajuan dalam berfikir, kemajuan dalam memajukan diri sendiri dan menggapai impian yg selama ini hanya angan2..

namun zaman ini kita dipimpin oleh ahli ekonomi yang merupakan ahli2 korporat.. maka segala pengkisahan tidak jauh dari kemajuan dalam bentuk kekayaan, meningkatkan bangsa itu dengan kekuatan material dan cita2 menjadi jutawan.. lihat saja apa yg berlaku pada org2 politik yang merebut jawatan prima.. semuanya bersusur galur kepada mencari kemewahan.. walaupun ada tetapi boleh dikira wakil rakyat yang hidup sederhana dan tidak berharap pada imbuhan jawatannya..

dahulu org dihormati kerana buah fikirannya dan ketajaman mata hatinya.. jauh sebelum itu kita sudah sering mendengar 'siapa kuat dialah kudrat', zaman dimana penghormatan itu diberikan kepada kekuatan kerna kekuatan badan itulah yang dapat memelihara kesejahteraan.. dan sekarang org yg dihormati ialah org2 yg berharta dan hidup mewah..

mudah sahaja untuk mengenalpasti trend ini dengan hanya menonton drama2 melayu yg saban malam menunjukkan gaya hidup mewah di kota besar, kereta besar dan rumah banglo dipinggir bukit, dengan para pelakonnya berpakaian indah.. walaupun apa yg ditunjukkan ialah konflik org2 kaya, tetapi kekaguman terhadap cara hidup mereka itu ditanam tiap malam dibenak org2 melayu.. (sic)

Read On 0 ulasan

isu aqidah mazhab melayu

aneka rupa ketuanan melayu

umumnya org melayu risau psal ketuanan melayu nih sebab mereka rasa ketuanan melayu nih ada kena mengena dengan survival melayu dengan segala macam hak keistimewaan org melayu.. maksudnya kalo melayu dlm kesusahan makna kerajaan kena tolong lebih dari tolong bangsa lain.. maksudnya bangsa lain kena hormat bangsa melayu dan kerajaan kena beri perhatian pada org melayu.. maka kalo org melayu nih tenteram dan makmur maka tanah melayu nih pun akan tenteram dan makmur..

raja2 melayu bersahut pula mengukuhkan keistimewaan melayu dan institusi raja bukan sekadar wujud sebagai simbol tapi sebagai hak kuasa melayu di atas kuasa eksekutif yg dipilih rakyat.. makna kalo terjamin institusi beraja nih maka terjamin jualah kuasa org melayu di atas tanah melayu..

bila umno sebut ketuanan melayu maknanya dia rujuk pada kuasa politik melayu.. bagi umno kuasa politik melayu ialah umno sebab umno kata dia yg perjuangkan melayu dari zaman malayan union lagi.. maka ikut definisi umno, ketuanan melayu ialah umno.. pertahankan umno maka pertahankan ketuanan melayu..

maka sambut pkr pula, ketuanan melayu nih retorik umno untuk mengukuhkan kekuasaan.. nama saja tuan tapi hidup kelas ketiga.. maka pkr kata ketuanan melayu nih tak relevan sebab negara berbilang bangsa kena ada keadilan sosial.. hak sama rata atas semua kaum.. bila semua kaum rasa tak didiskriminasi maka org akan hormat melayu..

namun pas pula kata ketuanan melayu nih tak betul.. yg betul ialah ketuanan Islam.. perjuangan bangsa nih tak patut.. sebab yg patut ditegakkan ialah Islam bukan bangsa.. Islam nih syumul mempertahankan hak setiap manusia muslim dan kafir.. maka yg patut diperkukuhkan ialah Islam bukan ketuanan bangsa..

warna ketuanan melayu pada mata bukan melayu

wakil org cina, mca, gerakan dan dap, setuju sangat dgn pendapat pkr.. terlebih dap yg lebih elegan dgn laungan 'malaysian malaysia'nya sejak dari zaman pap lagi.. maka semua kaum mempunyai hak yg sama dan hak keistimewaan melayu tuh dah patut dimansuhkan.. tanpa diskriminasi kaum barulah perpaduan dapat direalisasikan.. baru negara jadi maju dan kuat..

parti2 kaum cina terlebih lagi menambah bahawa ketuanan melayu nih tak relevan sebab org melayu bukan tuan di tanah melayu kerana pada mereka dari segi pensejarahan moden dan sosio-ekonomi, yg memerdekakan dan membangunkan negara nih bukanlah melayu semata.. dan lagi org bukan melayu juga punya hak untuk bersuara dan bukan hanya menurut saja suara melayu..

wakil org india, mic, pula tak kata banyak sangat.. mungkin sebab masih merasa suara minoriti dlm majoriti.. tapi jika org cina dapat hak maka mereka berpendapat hak org india juga dah termaktub dalam perlembagaan.. maka itu suara mereka senada dengan wakil org cina..

sebagai tambahan, wakil cina dan india nih tak setuju dengan pendapat pas, sebab bagi mereka ketuanan melayu mahupun ketuanan Islam nih tetap mendiskriminasi hak mereka dan mereka berpendapat semua itu adalah satu kaedah menghapuskan identiti dan budaya mereka.. maka itu mereka lebih setuju konsep bangsa malaysia.. mereka rasa keadilan sosial tuh kena melampuai bangsa dan agama..

mazhab melayu

kembali pula kepada org melayu, maka semakin kabur pada mereka akan maksud ketuanan melayu nih apalagi menghadam keharusan wujud maksud ketuanan melayu.. akhirnya melayu berpecah mazhab.. ada yang memegang mazhab umno yg memegang melayu-Islam.. tak kurang yg memegang mazhab pkr yg berpaksikan keadilan sosial.. dan semakin ramai yg memegang mazhab pas yang berslogan 'Islam for all'..

dalam keadaan org melayu berpecah iqtikad dalam masalah siasah nih, org bukan melayu bersatu dibawah satu persefahaman bersama dan parti-partinya sudah senada seperti permintaan org2 yang mereka wakili dalam pru12..

pada pandangan kebanyakan pemerhati, isu ketuanan melayu nih yg kalah jadi abu dan yg menang jadi arang.. yg untung tukang bakar dan tukang perati.. tipikal org melayu bila dah berserabut dia akan buat tak tahu sebab malas nak pikir.. yg kemudiannya dia ikut ialah yg mana bersuara paling lantang dan tegas, maksudnya mana2 yg dapat memanipulasi hati dan perasaan mereka sahaja..

'aqidah' ketuanan melayu

hujung2nya, melayu tetap akan terus berperang sama sendiri mempertahankan 'aqidah' melayunya sedang yg jadi keutamaan dlm pembangunan ekonomi dan siasah tetap dijarah.. jika ada yg berkata lupakan dahulu soal 'aqidah' melayu dan perkasakan dulu kedudukan melayu, maka akan berkata salah seorg lagi, kalo 'aqidah' dah sesat, sudah barang tentu kesudahannya sesat sebab itu kena usut yg asas dulu..

begitulah kisah melayu dan ketuanannya.. bila nanti nasi sudah menjadi bubur, melayu akan merajuk mencari batu belah batu bertangkup, akhirnya kisah melayu umpama keris tamingsari yang tenggelam bersama buaya putih di sungai melaka.. menunggu terhantuk baru nak terngadah.. apa nama?.. takkan melayu hilang di dunia?

Read On 0 ulasan

harut marut melayu


harut dan karut

harut marut diceriterakan sebagai malaikat yg diturunkan ke dunia bersifat seperti manusia dan memiliki nafsu sebagai dugaan Tuhan terhadap kaum tersebut.. tidaklah Nabi saw mengiyakan atau menidakkan israiliyat ini..

karut pula sinonim dgn budaya kampung melayu namun budaya bandar tidak menolak falsafah marut yg sebati dlm diri org yg dipanggil melayu, seliberal mana pun pegangannya..


mistik dan kurafat melayu

seorg lelaki separuh yang badannya sihat dan tegap, sejak dari muda menjadi perkasa di mata masyarakat, mampu membuat pekerjaan yang tidak tersiapkan oleh org lain, tiba2 pada suatu malam dikatakan batuk darah.. reaksi spontan hampir semua yg melihat kejadian itu membuat diagnos awal batuk darah itu adalah sebab santau.. menambah terhadap kesangsian itu ialah diagnos para doktor di hospital kerajaan yang mengatakan semuanya normal.. mungkin ada masalah paru2 dan masalah hidung..

percaya atau tidak, ada kebenaran didalammnya tetapi sikap berlebih2an org melayu mempercayai mistik melebihi keyakinan terhadap perubatan moden.. yg tertakluk dlm kisah tersebut tapi tidak didiagnos oleh pakar perubatan warung kampung ialah realiti lelaki tersebut yang kuat merokok dan membuat pekerjaan yg terdedah pada risiko pendarahan dalaman..

ironinya, diagnos doktor hospital itu dianggap lebih karut dari diagnos dukun kampung yang berjaya mengeluarkan dua jin dari ibu jari lelaki tersebut dengan menggunakan 20 biji telur ayam, memasukkan ke botol dan meminta lelaki tersebut membuangnya ke laut.. doktor tidak tahu apa yg dukun kampung itu tahu..


benda ajaib dan mitos melayu

org melayu paling suka benda pelik dan aneh, yg kemudian disebut ajaib.. kisah tulisan kalimah Allah dan syahadah di badan ikan, batu permata, akar kayu dan sebagainya.. pun cerita kucing bertanduk, lembu berkaki lima, bayi bermata satu dan sebagainya.. ini semua sensasi org melayu.. hingga sanggup bergolok gadai mendapatkan benda2 yg dikatakan istimewa seperti keris terbang, geliga lipan, azimat kebal dan sebagainya..

begitu juga saban tahun berlegar kisah kafarah dosa pengalaman peribadi haji dan hajah yg meremangkan bulu roma dan menggegar jiwa sahabat-handai dan saudara-mara yang mendengarnya.. dari kisa suami-isteri tidak bertegur sapa dan hilang hinggalah ke tragedi sakit teruk, sewel dan tak tentu arah.. adapun kisah2 itu diceritakan dengan niat baik untuk memberi kesedaran dan menerbitkan insaf..

akan tetapi suatu niat baik itu tidak semestinya memberi natijah baik terutama jika pengkisahan itu dibuat secara berlebihan.. hinggakan ada org kampung yg takut hendak pergi haji kerana takutkan dosanya dibayar tunai di mekah, sedangkan sepatutnya yg paling berdosalah yg lebih patut bertaubat di tanah haram, moga dosa2nya terampun sebelum ajal menutup kisah hidupnya..


kasihan dan penting diri melayu

diantara bangsa di seluruh dunia, boleh dianggap melayu merupakan bangsa yg paling mudah kesiankan org lain.. bila dengar citer sedih, meleleh air mata kasihan.. mendengar kisah org dianiaya, terbeliak mata marah.. seolah org melayu inilah pahlawan yg sedia mempertahankan hak dan menjaga kebajikan sejagat.. namun kebanyakan kasihan itu hanya mulutnya..

melayu menderma ikhlas itu harganya RM1.00.. memberi hadiah kondangan walimatulurus sebanyak RM10 itu mengharap mendapat balas budi yg sama.. kasihan anak yatim itu jika nampak betul2 di depan matanya di waktu itu sahaja.. tapi org kesusahan ditolong jika ada kepentingan atau terpaksa.. malah membantu kerja2 ringan itu tidaklah lagi percuma..

ini hakikat melayu, selepas hampir 500 tahun dijajah dan lebih 50 tahun merdeka.. makin jauh berteguh hati kerna adat tidaklah suatu yg penting.. makin hilang budi bahasa kerna istiadat menjadi kurafat.. kita hukum label dan kita buang nilai moralnya.. hingga kita sendiri keliru apa itu melayu..



Read On 0 ulasan

international hill..slide


disaster? tragedy? catastrophe?
Read On 0 ulasan

vernakular: lagu lama lirik baru

1951: laporan barnes kata patut ada dua sistem, satu sekolah melayu dan satu lagi sekolah inggeris.. kalo ramai cina dgn india nak belajar bahasa diorg sendiri, boleh bukak kelas bahasa diorg.. bahasa melayu wajib kat sekolah inggeris, bahasa inggeris wajib kat sekolah melayu.. sekolah vernakular patut tukar jadi sekolah kebangsaan..

1951: laporan fenn-wu kata laporan barnes tuh dianggap bertujuan menghapuskan bahasa dan budaya org cina.. patut dibenarkan wujud sekolah vernakular.. nih asas ordinan pelajaran 1952..

1956: penyata razak kata sistem pendidikan patut jadi wadah mengeratkan perpaduan antara kaum, mengurangkan jurang perbezaan antara kaum, mewujudkan masyarakat yg bertoleransi, liberal dan progresif.. aku amik short-hand.. penyata razak ikut laporan barnes untuk model sekolah kebangsaan.. nih asas ordinan pelajaran 1957..

1961: aminuddin baki, penasihat pelajaran negara, mencadangkan kementerian pendidikan mewujudkan sekolah satu aliran. Matlamat atau agendanya adalah satu iaitu perpaduan kaum. beliau telah menjangkakan masalah perkauman pasti akan timbul di kemudian hari berikutan setiap kaum mendapat pendidikan di sekolah yang berlainan.

1970: laporan rahman yaakub, menteri pelajaran, mengarahkan pertukaran sekolah inggeris jadi sekolah kebangsaan dan guna bahasa melayu sebagai bahasa pengantar.. vernakular tadak perubahan..

2000: sekolah wawasan yg pertama dibuka di Lurah Bilut, tiga jenis sekolah ditempatkan di satu tempat yg sama.. konsep ini diperkenalkan ke seluruh negara tetapi ditentang oleh kaum tiong-hua atas alasan tidak yakin pada kerajaan untuk mempertahankan identiti setiap sekolah tersebut..

2008: mukhriz, calon ketua pemuda umno, cadangkan agar diwujudkan hanya satu sistem pendidikan dan dihapuskan sekolah vernakular untuk membentuk perpaduan antara kaum..

2008: gabungan persatuan guru-guru sekolah cina malaysia (UCSTAM) dan persekutuan persatuan-persatuan lembaga pengurus sekolah cina malaysia (UCSCAM) dalam kenyataan bersama kesal dengan kenyataan Mukhriz itu yang disifatkan boleh menjejaskan perpaduan. "Kami meminta agar kerajaan mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab ini bagi mengelak perkara sedemikian berlaku lagi pada masa depan"

2008: samy vellu, presiden mic, menganggap sistem pendidikan yang membenarkan kewujudan sekolah yang berbeza-beza aliran berdasarkan kaum yang sedia ada sudah dapat memenuhi hasrat semua kaum. dalam kenyataan akhbarnya menggesa peguam negara mengambil tindakan ke atas mukhriz yang didakwanya mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan. "cadangan mukhriz itu juga telah mencabuli hak-hak kaum lain di negara ini yang terpelihara dalam perlembagaan persekutuan"

2008: chua soi lek, timbalan presiden mca, tidak bersetuju dengan cadangan tersebut memandangkan ia sering diperdebatkan selama ini. "ramai kata saya mahu tunjuk hero untuk kaum cina tetapi siapa sebenarnya yang nak tunjuk hero sekarang ini"

2008: lim si pin, ketua pemuda gerakan, menggesa mukhriz menarik balik cadangan tersebut memandangkan sistem sekolah vernakular telah dipraktikkan di negara ini sejak merdeka serta terpelihara dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan.

2008: lim kit siang, pengerusi dap, menulis, "mukriz should should realize that it was razak who amended the malaysian constitution in 1971 to make it an offence of sedition to propose the closure of Chinese and Tamil primary schools."

2008: lim guan eng, setiausaha agung dap, kata, ""berdasarkan perlembagaan, kita ada hak dan rakyat Malaysia bebas untuk belajar menggunakan bahasa ibunda mereka. Saya tidak fikir ia boleh menjejaskan perpaduan di negara ini kerana silibus yang diajar masih mengikut garis panduan Kementerian Pelajaran, cuma bahasa pengantarnya sahaja yang berbeza."

2008: nurul izzah, wanita pkr, berpendirian bahawa adalah wajar memperkasa sistem pengajian sekolah kebangsaan di samping mempertahan dan meninggikan sistem sekolah Rendah Jenis Kebangsaan. hal ini kerana hanya dengan menghormati hak kaum masing-masing untuk mempelajari bahasa ibunda dan menggalakkan perkembangan pelbagai kebudayaan serta kesenian di negara ini, akan dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu.saranan mukhriz berniat politik.

2008: teressa kok, ahli parlimen dap, persoalkan kenapa dia, raja petra dan chua soi lek disoal siasat polis tetapi mukhriz tidak

2008: hishammuddin, menteri pendidikan, menyatakan jika sistem sekolah aliran seperti SJKC dan SJKT dihapuskan, bermakna sekolah bantuan agama kerajaan (SBAK) juga perlu dilenyapkan.

2008: najib, timbalan perdana menteri dan bakal presiden umno, pula berkata bahawa SJKC dan SJKT akan tetap wujud selagi ada permintaan.


usoP: gua tak kacau lu, lu jangan kacau gua.. so stop bullshitting..

Read On 0 ulasan

snippet to tun blogger

salaam..

tun strike one bird with multiple stone..
may lead most of us to losing focus..

1-pak lah's 3-months-reform
i'm not sure if anybody bought this propaganda.. but to me, its simply a bullshit..

2-foreign business deal
its already a common joke that 'government has no money' means 'they didn't get any money'.. and i'm not laughing..

3-controlling najib
who said 'the change' is for better? its merely changing from one bullshit to another.. i wanna see if najib dare to sack muhyidin when he face tun previous situation..

bottomline.. this is the price we hafta pay for experimenting democracy in pru12.. don't expect much until next election.. its only re-positioning in progress..

[in reply to ABDULLAH'S MARCH in chedet.com ]

Read On 0 ulasan

high sky smile




when the jupiter (left) meets venus (right)..
moon perfectly create the night..

but the sky didnt smile on europe and us..
i wonder why...
Read On 0 ulasan
 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008