bila ibadah hanya ritual dan Islam sekadar kosmetik


aku termenung setelah membaca satu emel dari sahabat aku bertajuk "Trend mengurangkan rasa berdosa".. secara dasar emel itu memperkatakan seputar dunia hiburan di Malaysia..

maka teringat aku akan banyak isu terkini yang diperkatakan berkenaan makanan haram, "reality show", politik kontemporari, isu budaya, aurat, murtad, dan seumpamanya.. betapa kita banyak mengambil mudah dan mencari2 alasan yg munasabah untuk mendapat "ketenangan" dalam apa yang telah menjadi kebiasaan kita..

di zaman Nabi saw, para sahabat sangat bersungguh2 dan mengambil berat akan setiap perbuatan dan pemikiran mereka.. nikmat yang mereka punya ketika itu adalah hidupnya Nabi saw yang dapat menjadi petunjuk secara langsung kepada mereka.. begitu juga di zaman khilafah Islam.. umat Islam berpegang teguh kepada satu tafsiran dan kesepakatan pimpinan ulama.. apa yang berlaku pada zaman kita ini?

semakin zaman mendekati akhirnya, Islam berdebu, samar2 dan berasap.. kalau dulu boleh kita ceritakan tentang bagaimana seorg muslim yang tawadu, sanggup menyusur sungai mencari pokok pada buah yang dikutip dan dimakannya di hilir sungai, meminta agar tuan punya pokok menghalalkan buah yang telah dimakannya.. kini cerita itu boleh diperdebatkan untuk nilai yang menyimpang dari nilai asal cerita tersebut, untuk mendamaikan hati kita kerna memakan sesuatu yang bukan kepunyaan kita..

seperti dalam emel tersebut mengkisahkan ttg bagaimana konsert yg jelas membawa mudarat terhalal hanya kerna si penyanyi telah memberi salam.. tentang bagaimana artis putus cinta pergi mengadu di depan kaabah, sedang bila pulang dia kembali ke penghidupan yg sama sambil bercerita ttg pengalaman di baitullah.. tentang kerisauannya tentang bagaimana ungkapan Insya-Allah, Alhamdulillah, Syukur, Amin, hanya sebatas kosmetik..

mengenang awal mula Raihan menghidupkan kembali nasyid dalam irama kontemporari.. sangat terasa bahawa masyarakat kita dahagakan hiburan yang lebih Islamik.. ttg bagaimana populariti Raihan telah menjana pertumbuhan kumpulan2 nasyid, sehingga nilai2 hiburan jiwa yang dibawa oleh Raihan kembali terarah kembali ke bentuk melalaikan semula.. nasyid yang mendayu2 tentang cintan-cintun, lagu2 menyebut nama Tuhan, menyelitkan bahasa arab ke dalam lagu, tanpa sedar mengheret kita kembali lalai daripada Tuhan..

begitu juga yang berlaku dalam menghidupkan semula budaya Melayu, memang seharusnya budaya Melayu yang sedia ada patut diwangikan semula dengan cara memasukkan unsur2 Islamik bagi mengganti mana-mana bahagian yang tidak sesuai.. budaya Melayu tidak perlu dibuang tapi diperhebatkan dengan nilai2 Islam.. kerna faktor budaya sendiri merupakan satu wadah membangkitkan jatidiri sesuatu bangsa.. tak perlu diarabkan, tetapi tidaklah juga perlu dihidupkan dengan kerosakan yang sedia ada..

terkenang kembali ttg bagaimana Sunan Kalijaga mengIslamisasikan wayang kulit di zaman pemerintahan Islam di tanah jawa.. budaya disanjung dan diperhebatkan dengan Islam.. walau imam yang lain tidak menyetujuinya, Sunan Kalijaga (yang satu2nya merupakan anak tanah jawa di kalangan wali songo) menyedari bahawa imam2 yang lain adalah berketurunan Arab, tentunya tidak menyedari akan pentingnya budaya pada masyarakat tempatan, menyedari akan potensi budaya tempatan, menggunakan kreativitinya utk mengembangkan ajaran dan nilai Islam ke seluruh tanah jawa..

isu murtad dan ajaran sesat merupakan tanda bagaimana masyarakat mulai mencari Tuhan dengan lebih serius.. bosan melihat kemunafikan dan kefasikan yang wujud pada ramai muslim baka.. yang sangat beruntung mewarisi Islam dari keturunannya, tapi mengambil mudah dalam penghayatan dan tindakan.. mereka mencari2 alternatif dan akhirnya terkagum dengan budaya agama dan ajaran lain..

seluruh dunia kagum dengan konsep penerapan nilai2 Islam dan pembangunan masjid di Malaysia.. dan kerap sekali aku mendengar bagaimana negara2 Islam mengagumi Malaysia.. melihat Malaysia sebagai model negara Islam moden.. tapi adakah ini juga sekadar kosmetik?

lihat saja bagaimana org berbondong2 ke masjid waktu solat jumaat, solat terawih dan solat hari raya.. asri pada pandangan kita, sejuk hati melihatnya.. sayang sekali hanya bermusim.. lagu2 memuji Tuhan dan azan berkumandang di media tepat pada waktunya.. malangnya sejurus selepas itu terus sahaja kita terbuai kembali pada kelalaian.. populariti sistem perbankan Islam dan prestasi dana syariah melambung tinggi.. tapi kita masih terkejar2 kekayaan, melakukan pembaziran dan masih teragak2 dalam bersedekah..

adakah kita melakukan ini sekadar utk menghilangkan rasa bersalah terhadap dosa2 kita? adakah dengan telah melakukan ibadah dan menyokong produk Islamik kita merasakan kita boleh melakukan perbuatan yang kita anggap kita tidak punya pilihan dan situasi kita sentiasa darurat?

begitu juga dalam mencari kebenaran, kita dengan lebih mudah mengambil pendapat2 dan memperbandingkannya tanpa kita sendiri melakukan penyelidikan dan menambahkan ilmu.. kita hanya mengikut2 sebagaimana kita mengikut2 menjadi Islam.. kita mengambil hukum dari pendapat majoriti dan tidak konsisten dalam mencari kebenaran dan hak.. dalam hati, kita berharap dan takut pada dunia.. walau mulut kita lebih muluk dengan perkataan2 berbau arab..

ilmu itu pula datang dengan tanggungjawab.. menyampaikan dari yang tahu kepada yang tidak tahu umpama bapa kepada anaknya.. tidak mengkehendaki balasan mahupun terimakasih.. tidak menyimpan nasihat utk hari esok.. tidak menodai kehormatan dengan berterus terang..

sabda Nabi saw,

"barangsiapa bertambah ilmunya dan tidak bertambah petunjuknya, maka dia tidak bertambah daripada Allah, kecuali jauhnya."

tiada siapa boleh mengatakan kita kafir, kerna kita masih beriman dengan syahadah.. tapi jiwa Islam kita semakin pudar.. kita dikelilingi oleh media yang mendakyah berbagai perkara dari segala sudut.. menyerang kita dengan pelbagai ideologi dan doktrin akal yang menyesakkan benak kita untuk menghadamnya.. yakin kita mulai rapuh.. kerna itu kita semakin kurang merasa berdosa atas maksiat yang kita lakukan.. apalagi jika maksiat itu sudah merupakan perkara umum dalam masyarakat..

merenung sejenak quote Imam al-Ghazali yang dipetiknya pada pengakhir emel tersebut:
MEMBUANG RASA BERDOSA KETIKA MASIH MELAKUKAN DOSA ADALAH SEBESAR-BESAR DOSA!

Astaghfirullah.. Nauzubillah..
Read On 0 ulasan

nila dalam sebelanga susu

bila citer makanan haram nih, org akan terus teringat anjing dan babi.. sah haram.. sentuh haram, bekas kalau tak samak pun tetap najis besar.. apalagi kalo bercampur dengan makanan.. sikit pun tetap haram.. cam arak.. 0.001% pun tetap haram.. cam ada satu minuman tuh kata alkohol 0%.. bukan kata takder alkohol.. ada.. cuma sikit jer.. kalau minum sampai dua kontena pun tak mabuk.. tapi tetap ada campuran haram.. maka dah teranglah bab anjing, babi dan arak nih..

macammana pulak dengan makanan yg terkena benda kotor? patut buang jugak ker? contoh kita dah buat air teh letak atas meja.. tiba2 jatuh lalat.. kita celup lalat tuh, buang dan minum air.. bila tgh dok makan nasi terjatuh taik idung keras kita atas nasi, perlukah kita buang semua nasi? membazir kawan setan.. kan boleh buang bahagian yg kena tuh dan sambung makan.. tapi kita geli laa pulak.. taik idung sendiri pun kita geli, apalagi taik idung org.. tapi kalo lepas korek idung, kita korek gigi takpa pulak.. tak perasan.. kata kawan aku..

bila nila jatuh ke dalam susu, rosakkah semua susu? rosak kalau kita biarkan dia berlama2 dalam susu tuh.. nila tuh menyerap tau2 semua susu warna biru.. takkan nak minum susu warna biru kan? kalau kita cepat2 asingkan bahagian kena nila tuh, susu tetap murni.. boleh laa kita minum atau buat kuih..

kita melayu kat malaysia nih ibarat susu dalam belanga.. sebelum nak gunakan kita panaskan dulu.. biar kuman2 yang tak kelihatan tuh mati.. bila kita ternampak ada butiran2 aneh dok terapung2 atas susu, kita colek buang.. takleh biar ternganga2, kang cepat lak tercemar.. susah nak jaga susu sebab fitrah susu berwarna putih.. putih nih org pandai suci.. kalau ada kotoran senang sangat nampak..

nak jaga budaya dan adat kita mmg susah.. bila sebut budaya, kita nampak yg kotor saja.. eloklaa tinggal colek dan buang.. bila sebut adat, kita cepat2 tengok yang bab rosak akidah saja.. alhamdulillah.. aqidah kita tetap..

persoalannya, yang kita nampak sebagai kotoran nih patutkah kita buang atau patut kita murnikan? buang lagi senang.. umpana air dlm sungai, macam2 benda ada.. camna nak minum? daripada kita beli penapis air, mendapkan dan turas semula, baik kita buang saja.. tunggu sampai air bersih keluar dari paip baru kita guna.. kalau tak bersih kita komplenlaa pada kerajaan, sebab kita kata bukan kerja kita salurkan air bersih.. lagipun kita dah bayar bil air.. tapi kalau kerajaan buat tak reti dengan demo yg kita buat.. nak pakai jugak air, terpaksa laa kita beli gak penapis.. kang anak bini kita lak sakit perut..

sama dengan bangsa kita.. kita perlukan bangsa kita.. kita kutuk bukan bermakna kita benci.. kita rasa kita dah penat.. sama penat kalo kita nak kena gie cuci sungai belakang rumah kita.. tapi apa pula seterusnya? mencapai matlamat kah? byk aku tengok jadi makin immune.. macam kerajaan gak, melayu yg kita nak betulkan nih dah jadi immune dgn kutukan dan hentaman kita.. dia buat tak reti gak.. tapi kita tetap perlukan melayu.. macammana? seperti beli penapis untuk kegunaan domestik, kita juga akan berusaha bersihkan melayu nih secara domestik.. di dalam rumah, dan persekelilingan kita..

seperti cerita tapis air dalam rumah.. kalau dah tapis pun masih kotor.. kita tukar tapis lain.. kita cari penapis yg betul2 bagus.. bukan sekadar marah penapis yg ada tapi masih gunakan.. pilihan di tangan kita.. kita takleh guna method yang sama, yg kita tau takkan berkesan, berulang2kali dan mengharapkan keputusan yang berbeza..

mendidik bangsa sama seperti mendidik anak.. kita takleh tendang, maki dan halau anak kita sesuka hati kita kalau dia tak ikut cakap kita.. ada anak yg kita leh marah, ada anak yg kita kena bagi sokongan, ada anak yg kita kena manjakan.. ada yang kita kena biarkan dia belajar sendiri.. setiap anak adalah individu yang berbeza.. ada yang suka kena cium.. ada yg suka kena peluk.. ada yg suka duk atas peha kita.. kita pun takleh paksa dia buat benda yang dia tak suka.. kita kena cari potensi dia dan beri dia petunjuk dan sokongan..

jangan putus asa.. jangan benci.. kalau marah, lakukanlah dengan kasih sayang.. pukul anak pun takleh dalam keadaan marah.. kena tenangkan diri sebelum jatuh hukuman.. kalau tak maknanya kita mendera.. itu pun kalau kita peduli..
Read On 0 ulasan

buruk di mata?


Topik: Kelemahan Org Melayu!
Dibuka oleh musal (Tue Sep 26, 2006 12:43pm)

aku nak citer psal bangsa aku jer, walaupun aku tau bangsa lain pun duk kutuk bangsa dia sendiri, berpuak2, dengki, dsb.. lagi teruk.. tapi itu aku tak peduli sebab bukan masalah aku makanya aku nak citer psal bangsa aku jer..

melayu nih bukan terdiri dari satu kumpulan sahaja.. semua yang datang ke tanah melayu sanggup lupakan citer dahulu kala dan jadi melayu sebab melayu itu merupakan bentuk perpaduan.. (kompius lak aku dgn tulisan aku sendiri)..

apa pun.. kita takleh anggap semua org berfikir dan bertindak sama dgn kita.. walaupun kita rasa pendirian dan tindakan kita betul, tak bermakna perbuatan org lain itu salah..mungkin salah di mata kita hari ini, belum tentu hati kita masih menolak di hari esok.. semuanya bergantung pada macammana kita melihat sesuatu yang berada di hadapan kita..

mmg org melayu suka bercerita.. dari cerita dewa-dewa, binatang bercakap, sampai laa kepada cerita psal jiran tetangga.. bercerita nih adalah satu cara mendidik dalam budaya melayu.. sebab tuh mereka pentingkan nilai dalam cerita bukan cerita itu sendiri..

maka dalam bercerita nih terbahagi dua bahagian, baik dan buruk, disampaikan dengan dua niat juga, baik dan buruk.. contoh melayu yg duduk tepi pantai dia mmg cakap kuat2, jadinya bila bercerita agak 'nakal', buruk pada pendengaran org darat, tapi niat mereka baik..

bila wujud perbezaan begini, yang penting bukan perbezaan itu, tetapi bagaimana menghargai perbezaan.. setiap individu dan komuniti itu unik.. org yg biasa makan pakai tangan kekok bila pakai sudu.. tapi masuk kandang kambing mengembeklah.. dimana bumi dipijak disitulah langit dijunjung..

bila perbezaan ini kita tak hargai, kita nak semua org jadi sepesen macam kita jugak, maka bertembunglah pendapat.. yg bercakap kuat dikata marah, yg cakap perlahan dikata mengumpat.. semuanya hanya salah paham.. sebab kita tanak paham.. kita hanya nak org paham.. sebab kita rasa yg kita paham itu saja yg paling betul dalam dunia.. walhal kita tak keliling dunia lagi untuk jumpa paham yg lain..

kalau zaman dulu bila salah paham org melayu bertikam, sapa kalah mati.. tapi belum tentu benar terbela.. hanya beradu kuat sahaja.. zaman sekarang org bertikam juga.. tikan lidah, bunuh imej dan maruah org.. sama gak belum tentu yg benar terbela.. hanya saja kebenaran jualah yg sentiasa akan timbul.. macammana nak atasi masalah nih?

pendapat aku, pikir positif.. walaupun itu kelemahan, pikir positif, jadikan kekuatan.. contoh org melayu meniaga kedai runcit.. bangsa lain dah bertahun meniaga, dia dah paham akan maksud "sales and marketing", paham akan maksud "customer service".. org melayu baru jer nak meniaga semula.. pelan2 kena bertatih2.. tapi boleh jugak kita tuntun supaya cepat berjalan..

bila org melayu jual lebih seringgit dari kedai lain.. apa gaknya sebabnya? meh kita pikir buruk.. nak cepat kaya, cepat naik haji.. pikir positif.. dia dapat dari pemborong harga tinggi.. cepat naik haji? bagus jugak.. ini aku cerita yg mudah2 laa ek..

jadi apa pilihan yg kita ada? sama ada beli jugak lebih seringgit atau beli kat kedai org lain.. apa jadi pada melayu yang meniaga tuh? selain tak jadi kaya dan lambat naik haji.. dia takkan pernah dapat harga murah dari pemborong, sebab takleh nak beli secara pukal, yg ada dlm kedai pun tak laku lagi.. apa tindakan kita?

tak laa aku nafikan mmg ada yg suka mengambil kesempatan.. ini kita kena hati2.. sama cam memilih jodoh.. kalo kita tak suka jangan cakap macam2.. tolak saja pinangan dengan halus dan baik.. jaga air muka org.. melayu kaya dengan adat.. adat memelihara maruah..

yg aku lakukan ialah tengok balik dalam diri aku.. wajarkah aku menilai org lain sebelum aku menilai diri aku sendiri? aku nih dah yakin betul luar dan dalam ker sebelum aku tengok tepi kain org..

bila org kata benda tak baik pada aku.. mungkin saja org tuh nak tolong aku.. mungkin saja Tuhan gerakkan org tuh utk sedarkan aku.. aku leh terima ker? aku leh dengar ker? ker aku dah tutup diri aku dari kebenaran selain dari kebenaran yg aku rasa benar? bila tengok dan dengar org buat jahat? mungkin petunjuk, aku pun buat benda yg sama mungkin cara jer lain.. bila org buat benda baik, aku ikut tak? atau aku kata diorg menunjuk2 sebab nak lindung ego dalam diri aku?

atuk aku penah pesan, "belajar kenal diri org lain, untuk kenal diri sendiri"..
Read On 0 ulasan

adakah kita sekadar pemerhati?

[quote="aneesa"]saja nak tau.. adakah korang izinkan..

--(cut)--
CUMA NAK TAU,ANDAINYA ANAK2 KORANG NANTI TINGIN NAK CEBURKAN DIRI DALAM DUNIA HIBURAN ADAKAH KORaNG IZINKAN?
--(cut)--
bagi den sendiri,memang den tak izinkan..sebab den begitu takut bila kenangkan dugaan yang ALLAH akan uji nanti...
den begitu takut bila mengingati jika anak2 den hanyut dan tergoda dlm dunia hiburan...sebab tu bagi den lebih baik den mencegah dengan menekankan NILAI2 ISLAM dlm diri mereka bermula umur mereka sekarang ni...
--(cut)--
[/quote]

kalo anak aku ada yg nak terlibat dlm showbiz dah tentu aku akan restui.. itu pilihan mereka.. mereka tahu apa yg mereka nak buat.. so nak buat apa aku kongkong kreativiti mereka? kenapa aku takut diorg hanyut jika aku dah ajar diorg kemudi hidup? unless aku tak preparekan diri diorg utk hidup.. then nak jadi ustaz pun aku akan tak restu sebab aku takut..

bila org sebut dunia showbiz, pemikiran org akan sangat stereotype.. memandang showbiz sebagai satu dunia yg penuh maksiat, riya', etc.. itu sebab kita mmg nak pandang dunia tuh camtuh.. tapi kita curi2 tengok, baca, ambil tahu..

lets face the reality.. qari tuh sama dengan penyanyi.. bukan nasyid jer lagu.. byk bahagian dlm Islam boleh jadi part of the showbiz.. bukan sekadar forum, ajar mengaji dan ceramah.. sayang slot membina diri yg disiarkan selepas subuh kat tv tuh tidak diulang tayang lagi dlm waktu lain..

pernah tgok cable tv yg khusus utk kristian? 24jam.. its all about christian.. mana channel muslim? channel arab ada laa.. di malaysia sendiri mana channel yg full citer psal Islam 24jam? dari segala genap segi, berita, mengupas Quran dan hadis, berzanji, budaya masyarakat Islam seluruh dunia, sejarah, ekonomi, kekeluargaan, kanak2, etc..

world is exactly as the way we wanna see it.. the reality that we wanna live in.. cuma kita dah semakin terbudaya dengan kalimat "wait and see".. kita cuba play safe... penghujungnya sama ada kita selamat atau kita ketinggalan.. adakah kita sebuah bangsa pemerhati sahaja?
Read On 1 ulasan

boikot dengan cara promosi..


[quote="aneesa"]Setujukah anda dengan artikel ini?
Kahwin: Penonjolan media ketepi nilai kemasyarakatan
Oleh Maznah Rais[/quote]


realitinya citer2 camtuh laris manis dipasaran.. sebab org melayu mmg suka gosip.. suka sibuk tepi kain org.. media gembar-gemburkan kisah camtuh sebab itu kisah yg byk org nak tengok.. sama ada tengok dan baca sebab minat atau pun tengok dan baca utk buat modal mengumpat.. tapi itulah realitinya.. org melayu sukakan citer2 camtuh, walaupun kita tak suka..

cuba tanya kedai majalah, apa majalah yg paling laku.. majalah2 camnih laa.. sebab apa? bukan sebab org jual, tapi sebab org beli.. bukan takder majalah2 lain yg bagus tapi secara realiti kurang terjual.. cuba buat kajian berapa byk jualan suratkhabar yg paparkan citer siti kahwin?

media nih org bisnes.. dia jual benda yg akan laku.. citer laa psal tanggungjawab ke apa, tapi hujung2 tetap citer psal jualan dan keuntungan.. adakah wang lebih penting dari moral? sanggup tak yg keje bank tuh berenti keje sebab bank dia amal riba?

kadang2 kita terlalu idealis.. kita nak seluruh dunia jadi seperti dunia kita.. jadi macammana yg kita nak.. sedang selalunya hidup kita pun tak seperti yg kita mahukan.. bila kena kat kita apa kita sebut? takdir?

ada satu cadangan.. camna kalo kita mula beli dan promote majalah yg bagus2.. majalah ilmu, majalah alam sekitar, majalah kewangan, majalah wanita, majalah kesihatan, majalah kekeluargaan, etc.. kita beli dan juga beli utk hadiahkan kat org.. kita cipta hype baru..

jangan cuma boikot, tapi tolong promosi buku dan majalah yg bagus.. bagi alternatif utk tingkatkan budaya membaca dalam bangsa kita.. so kalo ada keluarga kita pegang majalah tuh, suggest dia beli majalah yg lebih baik, yg sesuai dgn minat dia, dia rasa rugi, kita belikan utk dia..

raihan dulu naik sebab org beli banyak.. bila sales naik, diorg akan buat promosi lebih lagi.. tapi kalo kita pun tak beli buku dan majalah yang elok, camna kita nak marah org beli majalah camtuh.. kita pun tak promosi, kita kutuk saja.. kita kena buat sesuatu.. bukan sekadar cakap.. kerajaan bagi pengecualian cukai utk beli buku.. kita guna tak?
Read On 0 ulasan

Rumah Anak Yatim: antara mampu dan kasih sayang..

[quote="cikgureza"]
Maybe pak usop ni ada associated dgn Al-Mansur holdings ni kut...tu yang bela tu.. gurau je pak..jgn marah..tapi kalau betul, saya pulak yang marah!)

Pak usop dah terlari dari maksud thread ni di bukak sebenarnya.. saya tak sangkal ilmu hidup 'hard-knock' jenis walk the talk yang diorang nak bagi tu..tapi jgnlah sampai guna kan bebudak tu untk amik untung!

Dan saya ulangi balik..kalau tak mampu nak bukak rumah kebajikan yang jenis cam ni..jgn bukak! Jgn lah menyusahkan orang lain pulak!

Bak kata undang-undang berpoligami..kalau tak mampu, (atau tak di khuatiri tak mampu) jgn lah berpoligami..

Sama gak cam diorang ni..kalau tak mampu nak sediakan funds, jgnlah sampai bebudak ni di hantar mintak' sedeqah'... [/quote]



:lol: i have no offense.. sama ada dgn pendapat korg mahupun dgn tajuk topik.. walaupun dgn al-mansoor.. aku hanya mencuba untuk memperlihatkan satu lagi perspektif dalam melihat keadaan yang berlaku disekeliling kita.. an option to our thinking.. another posibble reality..

menjaga anak yatim dan janda nih fardhu kifayah.. kalo semua org buat dengan alasan kata dia tak sanggup dan tak boleh, tanpa mencuba.. then kita semua yg tanggung dosa sama2.. some people just need to do what they need to do.. rezeki itu di tangan Tuhan.. itu janji Dia.. mampu atau tidak itu bergantung pada iman kita.. kemampuan mereka mungkin saja bergantung pada bantuan dan sokongan kita..

kalo nak tunggu kita mampu sampai bila pun takkan mampu.. so sementara tunggu mampu nih sapa yg nak bela diorg? even aku pernah lihat rumah anak yatim yg bergantung pada hutang sepanjang tahun, dan hutang tuh hanya langsai bila tiba puasa dan hari raya.. patutkah kita tutup rumah anak yatim nih? kemana hampir 80 org anak yatim tuh nak bergantung? nak gie umah anak yatim yg lain pun sesak2 napas jugak.. lagipun aku belum dengar ada rumah anak yatim buat untung, rumah peyatim dgn simpanan fixed deposit RM100ribu pun aku tak dengar lagi.. aku tak sure pulak psal yayasan persendirian..

its really more easy if we just walk-away from it as its not our damn problem.. its really more easy for us to blame other people mistakes rather than support and give them a helping hand.. and help them find the correct way of doing it.. normally a small act of love and hope, can change a world of somebody else to a better place.. if it dont, it wil make us a better person.. insya-Allah..

itu tujuan aku.. melihat sesuatu yg berlaku depan mata kita dengan kasih sayang, instead of anger and hate.. termasuk nengok remaja yang rosak akhlak.. bila kita tgok mereka dgn marah dan benci, kita akan ignore mereka.. sedang merekalah golongan yg memerlukan pertolongan.. kita lihat dengan kasihan dan kasih sayang, kita akan cuba tolong dan bentuk mereka, dan kita tidak akan berputus asa dgn mereka.. kalo pun nanti kita tak dapat menolong mereka, kita mungkin saja dapat menolong remaja lain daripada menjadi seperti mereka.. ini tanggungjawab kita sebagai individu dan masyarakat, bukan hanya tanggungjawab kerajaan..

bila Tuhan tunjuk sesuatu depan kita, pada aku, maknanya Dia suh kita berfikir, mungkin sebagai satu pedoman atau mungkin saja satu peringatan.. so terpulang apa yg kita nak fikir..

cam aku cakap.. mmg aku tak suka anak yatim mintak sedekah.. tapi macam aku cakap juga mungkin saja sebab kita tak hantar sedekah kat diorg maka diorg kena datang kat kita mintak.. terpulang macammana kita nak pikir..

aku sentiasa sokong org nak buat baik.. aku takmo pertikai agenda belakang dia.. harap2 sangka baik aku jadi doa utk diorg.. itu saja..

sekali lagi aku bukan bangkang cakap korang.. hanya saja sebagai alternative perspective.. kalo korang dapat lihat sesuatu yg baik dalam apa yg aku tulis, alhamdulillah.. kalo aku sebut tuh tak betul, aku minta maaf, terima kasih tegur aku.. aku terima dgn lapang dada.. :)

ps: lang.. semua tulisan aku ditujukan pada diri aku.. sebagai peringatan supaya aku tak lupa tujuan asal aku.. sekurang2nya aku rasa tercabar dgn apa yg nuralisya citer.. walaupun ada sorg kawan aku kata bunyi cam berlagak (nuralisya no offense, jadikan cabaran and just keep on doing it).. so jangan lak anggap yg aku tulis ko aku cakap direct kat korang.. walaupun aku petik statement korg.. alhamdulillah aku buat apa aku termampu, termasuk letih menaip dan habis air liur.. :lol: aku hanya harap redha dan rahmat Tuhan.. insya-Allah..
Read On 0 ulasan

Orphanage : another perspective

maaf ya.. nih bagi pendapat saja.. aku tak kata pendapat korg salah..

[quote="Langsuir80"]
pandangan ni agak subjektif...
negatif pojitif ada betulnya...

pendedahan pada asas perniagaan = + ve
tapi dlm usia budak kecik kalau dicompare dengan bukan anak yatim
patut kuderat mereka ditumpu untuk menimba ilmu dan tumpu pada pelajaran.

kalau anak kita sendiri yg serba cukup disuruh menjual seperti itu dah tentu orang akan pandang negatif.kita pun nak suruh ke anak kita buat begitu?kalau ade pun berapa kerat je semata² nak bagi anak belajar berdikari.

tp kalau ia berlaku pada anak yatim orang akan pandang +ve & -ve...
so takleh nak salahkan pandangan mereka.

-ve mungkin pada padangan mereka yg simpati pada budak² tu
+ve pada pandangan mereka dari sebaliknya.

ape pun bulan puasa dah dekat nih...
lakukan sesuatu...[/quote]

pertama, mengapa pikir yg negatif dulu? rata2 org melayu berpendapat camnih.. nak apply keje, pikir dulu kalo tak dapat camna.. nak meniaga, pikir dulu kalo rugi camna.. nak tolong org, pikir dulu org nih betul2 susah ker? mengapa pikir negatif dulu? pada aku simple, sebab takut.. takut tak dapat keje, takut rugi, takut tertipu.. bukan aku kata tak boleh pikir yg buruk.. boleh.. tapi boleh tak kalo kita banyakkan yg positif dari negatif.. sebab bila pikir negatif, kita tahan diri kita, kita bagi alasan utk diri kita dari melihat dunia dari perspektif yg berbeza..

dua, bila kita kata anak2 kecil nih patut menimba ilmu dan tumpu pada pelajaran.. kita hanya melihat satu realiti saja.. kerna realiti pada kita menimba ilmu tuh gie sekolah dan lulus periksa.. pastuh masuk universiti dan dapat kerja bagus? camna lak dgn realiti beribu2 graduan menganggur? cukupkah pelajaran kat sekolah tuh? itukah pelajaran yg paling penting dlm hidup kita sekarang? wujudkah realiti yg lain?

tiga, bila kita suh anak kita org akan pandang negatif, so what? adakah pandangan org yg tak tahu tentang tujuan kita lebih penting dari melakukan sesuatu yang kita tahu kita patut lakukan? mengapa kita harus hidup atas pandangan org lain? kalo esok2 anak kita susah, org yg pandang negatif tuh akan tolong bagi makan dan ajar anak kita? atau kita sebenarnya yg tak yakin dengan apa yang kita buat dan apa yg perlu kita buat? tak yakin pada diri sendiri? pada kemampuan sendiri? pada plan dan strategi sendiri?

empat, aku tak pernah salahkan pendapat org.. aku cuma bagi pendangan dari perspektif yg lain, supaya kita semua dapat sama2 berfikir bahawa dalam dunia nih wujud byk realiti.. kita jadi seperti kita sekarang kerna realiti yg kita percaya dan mahu percaya.. nak berubah kita kena ubah realiti kita.. kalau realiti yg kita percaya kata kita tak mampu, thats how its gonna be..

[quote="katakhuduh"]apa yg aku kesalkan ialah kenapa mereka dibiarkan berada di stesen tu pada waktu tersebut - waktu solat jumaat. diaorg pandai-2 datang sendiri ke atau ada orang hantar. aku terus cabut sebab aku sendiri dah lambat ke masjid. masa tu dah masuk zohor. aku tak tau. mungkin ada org yg akan ambik mereka dan bawak ke masjid lebih awal. atau mungkin 'ngam-ngam' waktu khatib turun mimbar. atau mungkin 'solat' di stesen tu aja. wallahualam.[/quote]

lima, bersangka2.. bertanya pada diri tuh dah betul.. tapi takder jawapan.. bila tak tahu jawapan, maka kita berandai2.. bila dah ada soalan kenapa kita tak cari jawapan.. bertanya atau buat homework.. kenapa kita lebih suka agak2 dan berandai2.. takder masa? malas? tak penting? so kenapa tertanya2?

enam, nih contoh, kalo dah tahu dah nak masuk waktu solat jumaat, kenapa tak ajak budak2 tuh sekali? sebab kita pun dah tak sempat? sama gak bila napak anak2 tuh tinjau kita dalam kfc, ada kita ajak dia masuk or belikan satu bungkus utk diorg? bila dah napak diorg jual kalender, naper tak offer tolong jualkan kat ofis? bukan keje kita?

[quote="Langsuir80"]mendapat ilmu tu adalah betul..
tp sayang sekali jika ilmu yg mereka dapat itu lebih kepada meraih simpati org utk keuntungan org lain...adakah kita nampak ini?atau mungkin tidak nampak juga. atau buat² tak nampak. kalau begitu buruh kanak² di India juga sudah diberi "ilmu" yg hebat.[/quote]

tujuh, sekali lagi kita mempersoalkan cara.. aku setuju dengan ko.. tak sepatutnya anak2 yatim tuh kena belajar dan meniaga hanya dengan menjual kesedihan.. bapak aku sendiri dulu pernah marah anak2 yatim sampai kata yg diorg pandai buat muka kesian dan cium tangan org, dapat derma.. kita semua patut tolong mereka lebih dari itu.. bukan sekadar bagi tapi contoh kalo kita bisnes sendiri, kita boleh amik diorg nih jadi apprentis kita.. itu sebenarnya tujuan projek anak angkat, bukan sekadar bawa balik umah, kesian dan bagi makan.. mereka perlu lebih dari itu..

ps: anak2 india tuh dijual.. anak2 yatim kita dibela..
anak2 india tuh dah besar pun jadi hamba..
anak2 yatim kita dah besar kena pandai2 jaga diri sendiri..
its no comparison..

[quote="Langsuir80"]atau mungkin...
itu yg perlu dibayar oleh anak² itu bila menjadi yatim piatu bila dibela org...kalau mau makan kerja, kalau mau pakaian kerja...[/quote]

lapan, what we expect? dah kita tanak bela dan org tuh nak bela.. naper kita nak pertikaikan apa yg org tuh buat sedangkan kita sendiri tak buat apa2.. sekadar letih tangan menaip dan abih air liur bercakap.. keadaan anak yatim tuh menyedihkan bukan sebab rumah anak yatim, tapi sebab kita.. sebab kita tanak dan tak sanggup bela anak yatim dan biarkan anak yatim masuk rumah anak yatim.. bela anak yatim lebih dari sebab kesian.. its not an easy task.. its really need commitment and passion.. bukan sekadar jual kalender dan mintak derma.. agak2 kalo penjaga anak yatim tuh yg jual kalender korg nak beli tak?

apa pun sekali lagi, ini hanya pendapat aku.. dari sudut pandang aku.. aku tak kata aku betul.. aku hanya cuba jelaskan dari sudut pandang aku.. mungkin aku salah, mungkin korg salah, mungkin kita semua salah.. cuma macammana agaknya kalo anak2 kita jadi anak yatim? akan begitukah nasib mereka? atau mungkinkah lebih buruk? moga Tuhan merahmati kita semua.. amin.
Read On 0 ulasan

Stuck in system? wheres the way out?

[moved: i-Planning ]
Read On 0 ulasan

lestarikan masjid


emm.. bila org nak buat benda baik nih kita citerlaa benda yang baik2.. yang positif.. melestarikan masjid.. bukan cuma untuk solat dan ceramah agama saja.. patut bertunang, mesyuarat umno, sessi kaunseling, ceramah motivasi, pejabat wakil rakyat (bukan sekadar pejabat imam yg tak pernah ada org), pesta buku, kempen politik, press conference, dan macam2 lagi aktiviti masyarakat patut buat kat masjid.. jadikan masjid pusat masyarakat.. bila buat dalam masjid, cara kita pun mula ikut cara Islam.. takder laa asik terbabas saja.. insya-Allah..

malaysia nih beruntung.. masjid semua besar2.. aku kat jakarta nih solat jumaat tiap minggu kat kawasan parking keter.. masjid yg ada kecik2.. penuh sampai tak boleh nak solat kat tangga pun.. ada masjid2 besar yg 3 tingkat pun penuh.. tiap hari ada saja aktiviti.. alhamdulillah..

bila ada yg buat silap.. kita tegur laa pelan2.. jaga sama hati dan airmuka org lain.. dia nak pantun takpa.. kita ajar laa pantun Islam.. dia bercampur2 laki pompuan.. kita ajarlaa adab masjid.. nak bersanding pun takpa, buat cara tertutup utk sedara mara dia saja..

kita nih kadang2 tak kisah org buat maksiat kalo kat luar masjid.. tapi marah betul kalo ada maksiat dalam masjid.. betul dah tuh.. tapi bila banding cara dia bersanding kat luar masjid, kdg2 aku pikir baik dia bersanding dalam masjid.. mungkin tak jadi pembaziran atau maksiat sebesar yang berlaku.. sebaliknya boleh juga kita jadikan itu sebagai satu kaedah nasihat dan mengajar diorg akan adab dalam masjid.. kat luar masjid tak pakai adab dah..

mungkin juga dah ada keperluan untuk wujudkan event organiser untuk mengimarahkan masjid.. buat event dalam masjid nih byk hikmah dan berkah.. benda kotor celup dalam air, air tak kotor, benda yg kotor jadi bersih.. benda kotor mendap dalam air.. mula2 dia buat silap, lama2 dia paham, lain kali dah elok.. kalo kita sergah dia kang serik lain kali takmo guna masjid.. masjid kosong baik runtuhkan..

dah betul dah tegur mana yg salah.. cuma janganlaa marah sangat sampai nanti org benci kat Islam.. tanggungjawab bukan hanya menegur tapi juga menasihat.. dia tak tahu kita tunjuk cara, jangan halang.. sama macam anak kita panjat gril depan rumah, kita marah dan halang, belakang kita dia panjat, salah langkah jatuh (nauzubillah).. kita ajar dia panjat cara betul, penting untuk jati diri dia, pastuh kita nasihat nak panjat kena bagitau kita, panjat sendiri bahaya, dia paham kita sayang dia..

balik pada citer masjid nih.. pada yg terlibat dgn event organiser atau yg kerja dgn bahagian promotion/launching.. elok juga pikir2 cara buat kat masjid.. takut mengganggu kesucian masjid.. buat kat depan masjid.. dekat2kan juga para kafir kepada masjid.. mudah2an hati dia lembut dan tertarik pada Islam.. kita fikir2 laa apa yang boleh kita buat.. biar masjid tuh penuh dengan orang setiap masa.. ubah tempat, cara pun ikut berubah, hati kita pun sentiasa dekat dgn masjid.. pendapat aku laa.. kalo salah tolong tegur.. jangan marah.. aku takut org marah2..
Read On 0 ulasan
 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008