mdc inbox: cinta

emel 2:
Cinta
i**m*
Dihantar pada 27hb Oktober 2005, 09:30:06 pagi

############ Mesej asal #############

Assalamualaikum...
Pak Usop.. terpanggil saya untuk menghantar PM nih.. Saya kini saban hari berendam air mata.. menyelami pengertian cinta.. InsyaAllah.. saya akan bertunang pada 6hb ni. Dengan orang yang saya belajar untuk menyintai dan menyayangi... dan kini saya masih belajar....

Tapi.. baru2 ini... 21.10.05.. insan yang pernah saya cinta dan sayang.. hadir, menyatakan hasrat untuk menikahi saya. Dia terkedu bila saya nyatakan perihal pertunangan.. dia bercerita ttg apa yg dah jadi.. apa plan dia.. tak disangka dia telah selidik kesemua latar belakang saya.. cuma tunggu masa dan ketika- sehingga ada kerja tetap - dan ingin menyunting saya sebgai suri...

Diri rasa berdosa pada bakal tunang saya... bila difikir... penerimaan saya padanya adalah kerana saya rasa boleh didik hati untuk menyayangi dan menyintai...

Saya buntu... Saya tahu, takde apa yg boleh saya lakukan... dan mungkin saya terpaksa mngorbankan rasa hati demi membahagiakan org lain...

Dapatlah kiranya pak usop.. berikan sedikit kekuatan untuk saya terus bertahan... Yakin dengan pilihan.....

Wassalam

--------------
~ aKu TeTaP AKu ~

############ Mesej asal #############

ada yang berpendapat, temuilah orang yg kamu cintai kalau kamu mahu memberi kebahagiaan, tetapi carilah orang yang mencintai kamu kalau kamu ingin hidup bahagia. pilihan tetap berada dalam kebijaksanaan kita.

ikut hati mati, ikut rasa binasa, maka tenangkan hati dan tundukkan rasa, gunakan akal kurniaan Tuhan. kadangakala kita hanya merancang tapi segalanya dalam ketentuan Tuhan.

pahamilah kedudukan seorang pencinta dan seorang yang dicintai. kenalilah kita berada di posisi yang mana. tiadalah dosa dalam cinta, kerna bahagia seorang pencinta adalah memberi yang terbaik pada kecintaannya, walaupun bukan untuk bersamanya.

ada satu konsep tentang masalah sedih dan takut, konsep bungkus. bukanlah dibungkus dengan kain atau kertas, tetapi bungkuslah kesedihan dan ketakutan kita dan serahkan pada Tuhan. insya-Allah setelah berusaha, kita bertawakal sepasrahnya pada Tuhan.

kadangkala apa yang kita mahukan bukanlah sesuatu yang kita perlukan. kerna itu urusan jodoh, rezeki dan maut itu dibawah kekuasaan Tuhan. Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. maka syukurlah dengan nikmat dan sabarlah dengan setiap kesusahan.

jika benar sesuatu urusan itu baik untuk kita, insya-Allah Tuhan akan beri jalan. fikir, usaha, doa dan tawakkal. insya-Allah.

############ Mesej asal #############

alhamdulillah.. terima kasih pak usop..
minda berfikir, hati berdetik.. berkecamuk memendam rasa.. akhirnya.. segala ketentuan diserahkan padaNya..

saya cuba untuk beristikharah.. saya tahu kedua2nya menyintai saya..
moga Allah memberikan kekuatan untuk saya terus dgn pilihan.. sekarang... saya cuba mengembirakan dia yg terlambat hadir...
kami telah boleh menerima... hakikatnya.. hanya DIA yang tahu.
Dia ingin yg terbaik untuk saya, andai kata saya gembira.. begitu juga dia

bak kata org.. tak semestinya apa yg kita suka, sayang adalah yang terbaik untuk kita...
moga segalanya dipermudahkan...

terima kasih pak usop.....

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008