lampiran 2.
ada sesuatu tentang cinta yang sukar kita fahami. bila kita menyintai seseorang atau suatu sebab yang tertentu, kasih sayang kita akan berkurang dan bertambah seiring dengan meningkat dan turunnya alasan kita menyintainya. kasih sayang yang tulus adalah menyintai tanpa sebab selain kerna mahu menyintai. kerna tanpa adanya keinginan selain menyinta, hati kita disadur tenang yang sangat mendamaikan. maka mengapa perlu kita hilangkan cinta.
biasa kita dengar cinta tak semestinya bersatu. itu dari segi lahiriah, sedangkan cinta itu sendiri sudah bersatu dalam pertemuan hati. memahami bahawa cinta bukan untuk memiliki selain dari memiliki kedamaian hati.
hanya saja dengan keinginan untuk memiliki, tenang dalam hati mengurai dan mengusutkan kedamaian. cemburu dengan kebahagiaan orang lain, ketamakan untuk mengurung cintanya dalam hati kita.
bukan maksudku untuk berbahagi cinta, sedangkan cinta itu sendiri tidak boleh dikongsi. tapi menyedari bahawa menikmati bahagia yang ada adalah puncak keinginan cinta. hanya saja bagaimana untuk menikmatinya.
dalam cinta ada kenangan, yang tak mungkin terpadam. kerna cinta terpahat bukan terlukis. sekali cinta tumbuh selamanya dia mekar, maka mengapa perlu kita meracunnya?
tiada salah menyintai sesuatu yang dicintai orang lain, kerna cinta bukan paksaan, sebaliknya ditemukan oleh persamaan dan perpaduan jiwa. tidak perlu kita memiliki raganya bilamana hati kita telah dimiliki. menyedari akan pemilikan ini tidaklah kita rasa terpaksa untuk melepaskannya, kerna tiada keperluan.
bila sahaja maksud hati sudah dimiliki bukanlah bermakna harus berhenti setakat itu. realiti hidup datang menyambung. merelakan kepergian raga sepertimana meredhakan jiwa yang telah bersambung. maka jangan kau tutup hatimu kerna cinta itu terlalu agung dan suci.
cinta itu untuk membahagiakan bukan untuk menyakiti. jangan bersedih dengan perpisahan raga, kerna nikmat kenangan manis terus bersemadi dalam hati. kita juga harus berbahagia dengan kebahagiaannya.
puncak cinta mencari bahagia, bahagia membawa tenang. melihat kecintaan kita bahagia adalah erti pada cinta kita, walaupun kebahagiaannya itu bukan bersama kita. mudah berkata dari melakukan tapi itulah hakikat pada keinginan cinta.
membawa diri bukan bermakna menjauhkan diri dari cinta, kerna cinta itu sangat dekat dihati kita. membawa diri hanya untuk mencari kebahagiaan. bahagia dengan cara kita sendiri. mencintai hati dan bukan raganya. raga pada cinta adalah bahagia.
mengapa perlu bersedih sedangkan cinta kita mekar dek bahagia. mengapa mekar sebentar sedangkan cinta itu tetap tumbuh sepanjang hayat. hanya kesedihan datang melanda kerna kita menginginkan sesuatu yang lebih dari cinta. apakah erti bahagia jika itu hanya buat kita seorang? bukankah sebagai pencinta, bahagia itu milik kecintaan kita? maka hapuskanlah airmata duka kerna kita membohongi diri mahukan sesuatu yang tidak kita perlukan.
sememangnya bila kita menyintai, kita mahu sentiasa bersamanya. dan tiada perlulah kesedihan kerna sememangnya dia sentiasa bersama kita, di dalam hati kita. mengetahui bahawa sememangnya kita memiliki cintanya.
jangan pernah melupakan cinta kerna itu umpama membuang sukma dalam jiwamu. jangan pernah menolak cinta kerna itu umpama membuang tenang dalam danau damai. sebaliknya pahamilah cinta, kerna dengan memahaminya kita tahu bahagia itu ada dalam hati kita bersama cintanya.
jakarta.
Post a Comment