Risalah Cinta: Bila rindu bertamu


lampiran 5.

berjauhan dengan kekasih merupakan penyiksaan batin yang menjadi kesedihan pada setiap pencinta. hanya sabarlah jadi penawarnya. sesungguhnya sabar itu menenangkan jiwa, mendamaikan fikiran, memperbaharui semangat dan menyegarkan batin. seorang pencinta akan melakukan perkara2 yang menjadi penglipur rasa rindunya.

maka rindu itu menjadi hiburan buat seorang pencinta yang kesunyian. tiadalah dia mahu rindu itu pergi meninggalkannya, waima setelah bertemu, perpisahan seterusnya terus membuahkan rindu, menambah cinta kasih pada kecintaannya.

adalah menjadi keinginan yang sangat dalam buat seorang pencinta yang sedang merindu untuk bertemu dengan kecintaannya. diperkatakan ada dua bentuk pertemuan, pencinta pergi menemui kecintaanya, dan seorang kekasih mengunjungi pencintanya. walau hanya sebentar yang dalam keadaan curi2 pandang dengan isyarat mata dan hanya berbicara untuk mendengar suaranya. maka terubatlah rindu dendamnya.

begitulah juga keadaan seorang pencinta yang dilukai kekasihnya hingga meninggalkan parut, lalu dia mencium2 lukanya dan tiada henti mengelusnya, sehingga dibuat olehnya puisi:

Mereka bilang, dia yang kau cinta telah membuatmu luka
dan aku bilang padamu, sungguh dia tak pernah melukai
justru setiap aliran darahku merasakan kedekatan kepadanya
sehingga setiap bulir darah berlomba keluar mendekatinya


begitulah pula seorang pencinta memandang hadiah kekasihnya dengan penuh keceriaan dan kegembiraan. maka hal itulah yang tidak membunuh rindunya. tak kurang juga yang berkhayal tentang kekasihnya, kerna kenangan yang telah diciptakan.

adapun hal berkhayal ini banyaklah pendapat mengenainya. ada yang berpendapat 'menikahi' bayangan tidak merosak cinta sedangkan 'menikahi' kenyataan mampu menghancurkan cinta. dan ada pula yang berkhayal kerna rindunya tapi tatkala menyedari itu hanya mimpi dan angan belaka, dia memberhentikannya kerana takut akan hanyut dalam arus kesedihan.

terdapat pula pendapat bahawa perjumpaan ruh lebih halus dan lembut ketimbang ketika jasad bertemu, dan bertemu di dalam mimpi. akan wujud mimpi ada beberapa sebab seperti rindu dendam yang teramat sangat hingga mampu mewujudkan bayangan dalam mimpi, atau kerisauan berlebihan tentang perubahan sikap kekasih terhadap dirinya, atau ketakutan yang tersangat akan kehilangan cinta kekasihnya, atau juga terlalu amat berharap pada pertemuan dengan kecintaannya.

tetapi terdapatlah pula kejahatan tentang rindu kerana terburu2 kecewa. mereka menjadikan sesuatu yang lain untuk berkongsi cinta kekasihnya, sehingga menggadai pemilikan abadi dengan nikmat sesaat. pilihan terpulang pada mereka dalam menguruskan cinta mereka.

ketakutan dan kesedihan adalah fitrah manusia. tiadalah boleh manusia menghilangkannya. bilamana datang antara keduanya maka dianjurkan pada seorang pencinta untuk bersederhana dan janganlah berlebihan dengan hatinya hingga berlaku zalim pada orang lain atau pada dirinya sendiri, dan titipkanlah kecintaan pada yang Maha Pelindung.

jakarta

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008