Risalah Cinta: Hakikat Cinta


lampiran 1.

Adalah diketahui manusia berasal dari zat yang tenang, sebab itu manusia bersungguh2 mencari ketenangan, dalam menuju ke alam tenang yang berkekalan. Dan cinta adalah suatu yang mendamaikan jiwa manusia. Maka manusia mencari2 cinta disepanjang perjalanan hidupnya. Begitulah besarnya kesan cinta pada manusia.

Ada yang mencari cinta tapi tidak bertemu, ada pula sentiasa menemui cinta. Dalam cinta, mula-mula kita bermain-main dan akhirnya sungguh-sungguh, kerna persoalan pencarian dalam hati. Antara mencari orang yang kita cintai dan orang yang menyintai diri kita.

Cinta adalah urusan hati, dan hanya Allah yang mengetahui hati manusia. Begitu juga kita tidak mengetahui hati orang lain melainkan kita mengenali hati kita sendiri, mendalami kecintaan kita dan belajar menyintai.

Banyak pendapat tentang cinta, Ibn Hazm berpendapat yang mengatakan bahawa cinta itu adalah pertemuan dua jiwa yang terpisah. Dua jiwa yang asalnya satu, dipisah untuk saling mendamaikan antara keduanya, dan bertemu untuk kedamaian abadi.

Rahsia dari persamaan dan perbezaan setiap makhluk adalah al-itthisal (ketersambungan) dan al-infishal (keterpisahan). Satu bentuk akan mencari bentuk lain yang serupa dengannya, seseorang akan merasa tenang bersama orang yang mempunyai kesamaan dengannya. Ramai dari kita berkumpul kerana persamaan, tetapi lebih ramai yang melihat perselisihan sebagai perbezaan yang memisahkan. Apakah yang berlaku dalam jiwa manusia?

Wujud jiwa adalah berada pada suatu realiti yang bening dan sunyi. Maka dia mampu berubah mengikut raganya, cenderung untuk mengikut, melencong, merindukan sesuatu, menginginkan nafsu, dan melarikan diri. Jiwa mewarnai setiap gerak geri manusia yang selalu mencari ketenangan.

Allah berfirman:
"Dialah yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan darinya Dia menciptakan isterinya, agar dia merasa tenteram kepadanya."
al-A'raf[7]:189

Tuhan menciptakan perempuan dari bahagian laki-laki, untuk dirinya, supaya dapat memberinya ketenteraman. Ada pendapat mengatakan cinta itu laksana wujud sebuah sinar yang bulat, dipisahkan sebelum diturunkan ke dunia. Maka bila dua bahagian ini bertemu dan bergabung semula, laksana tenang dan damai yang saling mensejahterakan sesamanya.

Cinta yang paling utama adalah cinta dua orang kerana Allah, baik kerana sama2 ingin meningkatkan amal kebajikan, kerana ada kesamaan agama, atau kerana salah satu pihak memiliki pengetahuan lebih yang telah dikurniakan Allah kepadanya. Tidak mampu kita menyintai Tuhan jika kita sendiri tidak mengenal apa itu cinta, sedangkan cinta antara manusia adalah fitrah kurniakan Tuhan.

Cinta tulus adalah cinta kasih yang tanpa alasan apa pun selain ketersambungan dua jiwa. Semua cinta yang tumbuh kerana suatu sebab akan segera musnah seiring dengan hilangnya sebab, akan semakin bertambah kuat seiring dengan semakin kuatnya sebab, akan terus berkurang seiring dengan berkurangnya sebab, akan semakin mendalam ketika alasan cinta terasa sangat dekat, dan akan mengendur ketika alasan cinta terasa jauh. Tidak ada cinta abadi kecuali cinta kasih yang tulus yang keluar dari kedalaman jiwa.

Cinta adalah bayangan indah yang tertanam kuat dalam benak dan paduan kasih yang terukir di kedalaman hati. Yang membuatkan seorang tua lupa akan uzurnya, bila mengingati saat2 indah dalam hidupnya. Segalanya menjadi satu kebahagiaan, walaupun sebelumnya menjadi kehinaan. Membuatkan semuanya mudah, sedangkan sulit dikerjakan sebelumnya.

Tidak akan menemukan dua orang yang saling mencintai kecuali di antara keduanya terdapar keserupaan karakter dan sifat2 alamiah. Pasti ada kesamaan di antara keduanya, betapa pun sedikit kadarnya. Ini yang mempertemukan jiwa dan mewujudkan cinta.

Sabda Rasullullah saw:
"Jiwa-jiwa manusia adalah laksana pasukan bersenjata. Yang saling mengenal di antara mereka akan bersatu, sedang yang tidak saling mengenal akan berpencar."

Bilamana cinta tidak terbalas, hanyalah kerna yang satunya masih tidak mengenali kerna jiwanya tertutup tabir keduniaan. Kesibukan mencari menjadikan dia mengalpakan sesuatu yang sudah ditemuinya. Menolak kerna ketamakan mahukan yang lain atau untuk menutup ketakutan dalam hatinya, sedangkan hatinya mencari damai, dan damai pula yang ditinggalkannya.

Cinta adalah penyakit, dan obatnya ada pada sejauh mana seseorang mahu bergaul, mendatangi tempat yang disukai, dan melakukan sesuatu yang digemari. Orang yang terpanah cinta takkan mahu melepaskan panah itu. Anehnya, orang yang sihat, sentiasa ingin dijangkiti penyakit cinta.

jakarta

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008