ingat mati atau takut mati?



'bekerjalah seolah2 kita hidup selama2nya, beribadahlah seolah2 kita mati esok hari'

seorg sahabatku berpendapat ada sedikit keganjalan dalam ayat ini. seolah mengatakan bahawa bekerja dan ibadah adalah dua perkara berbeza, ibarat minyak dan air yg tidak mungkin bercampur, padahal Islam itu umpama sabun yg mencampurkan kedua2nya. dunia dan akhirat adalah dua perkara yg seiring. dunia itu perjalanan menuju akhirat. dunia itu peluang mengisi akhirat. bukan dua perkara yg berbeza.

'harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama'

maka bertanyalah seorang sahabat, "adakah menjaga kesihatan dan berubat itu dapat memanjangkan nyawa?"

subhanallah. panjang dan pendek umur itu bukan tergantung pada hitungan usia. ajal itu tetap, tidak lambat atau cepat barang seminit. panjang dan pendek umur itu diukur dengan keberkatan hidup. berkat itu yg 'menambah' hidup. bolehkah berkat (barakah) itu diukur?

"boleh!" sambut seorg lagi sahabat. ini fungsi pahala, untuk mengetahui sama ada hidup kita ini penuh berkat. semakin banyak pahala insya-Allah hidup bertambah berkat. hidup singkat yg terasa panjang. baca Quran dua helai rasa macam berjam2. solat lima minit rasa dah lenguh kaki. alhamdulillah. rasa lama masa nak habis.

buat dosa rasa sekejap, jadi tak puas, buat lagi maksiat. cepat sangat masa berlalu. sebab berkat hidup tak ada. sudahlah buat dosa tuh sekejap, di atas dosa itu tertanggung pula bala, hidup jadi sibuk pula mengurus bala. nauzubillah. rasa cepat sangat masa berlalu.

itu satu bahagian. ada pula org yg solat rasa singkat. baca Quran rasa kejap. kalo buat maksiat pulak dia rasa lamaa dan banyaak dosa. ini org bercinta. maka berkat hidupnya diperpanjang di luar ibadah fardhu ain. umur dia dipanjangkan untuk fardhu kifayah. bagaimana kita menilai umur kita sendiri?

"adakah rasa lama ketika sakit itu berkat?" tanya sahabatku.

bila sakit kita akan rasa syukur bahawa kita pernah sihat. sepertinya lapar itu tanda kita pernah kenyang. miskin tanda kita pernah kaya. alhamdulillah. Tuhan panjangkan waktu kita supaya kita lebih lama ingat Dia. sakit, lapar dan miskin buat kita lebih kyusu doa dan lebih banyak usaha. itu semua ibadah. bukankah kita sering sebut bahawa sakit itu sebahagian dari kafarah dosa2 kita. makna Tuhan ampunkan dosa2 kita. syukur sangat dosa terampun.

"sakit nih waktu berehat," kata seorg sahabat aku. bila sakit tak buat kerja2 berat. buat ibadah fardhu pun mana yg mampu. ada banyak keringanan. Tuhan bagi kita rehat. bila tak buat kerja kita banyak zikir dan doa. handai taulan pun datang ziarah, dapat jumpa kawan2, kalo sihat susah nak jumpa semua org tuh.

kita kena baik sangka dengan Tuhan. jangan bila ditimpa kesusahan kita anggap Tuhan turunkan bala. susah nih buat kita ingat, sebab kita serig lupa bila kita senang. yg jadi bala nih bila susah kita makin jauh dari Tuhan. kita buat benda2 yg Tuhan larang sebab kita nak senang, ini bala. mari kita kaji semula diri kita, sama ada kesusahan yg diuji keatas kita selama nih bala atau berkat.

maka bertanyalah sahabatku lagi, "jika begitu mengapa kita menjaga kesihatan dan berubat?"

sihat itu berkat hidup. jaga kesihatan dan berubat itu ibadah. jaga kesihatan supaya ibadah kita lebih baik, lebih sempurna, lebih tenang. ada rasa syukur. sihat itu atas izin Tuhan. masa kita sihat kita kena ingat nikmat sihat yg Tuhan bagi, maka kita jaga sihat kita. bila sakit, makna Tuhan tarik nikmat sakit, Tuhan uji kita, maka kita berubat. bukan berubat sebab tanak sakit tapi berubat sebab nak sihat, sebab nak ibadah kita lebih baik. tapi jangan pulak cari penyakit ;)

sama dengan jadi tua. bila jadi tua maknanya makin dekat nak balik kepada Tuhan. makin rindu jadinya. makin seronok. makin kuat kita siapkan diri. makin jadi sibuk. umpamakan kita sedang musafir dan dua hari lagi kita akan pulang ke rumah menemui anak isteri kita. saat2 rindu pun dah jadi dendam. tak sabar2 nak bertemu. kita sibuk kemaskan baju2 kita. kita kelam kabut nak cari buah tangan utk orang2 yg kita cintai. nampak itu beli nampak ini beli. seolah2 nak beli semua utk berikan pada keluarga. sebab kita sayang, kita cinta, kita rindu.

'mengingati mati itu menjaga hati'.

maka mengingati mati itu adalah mengingati tempat pulang kita. bila kita hijrah jauh merantau kita jadi sayu teringat kampung halaman, terutama bila hari raya. teringat bahagia bersama keluarga. begitu juga dengan mengingat mati, rasa sayu dan rindu membayangkan kita dapat kembali mengadap Tuhan setelah menjalani hidup di dunia. rindu bila membayangkan dapat berjumpa Rasulullah saw di syurga, dapat jumpa kaum keluarga, sanak saudara, handai taulan dalam kehidupan yg lebih baik di syurga. itu tujuan perjalanan kita.

dengan sebab itu kita mempersiapkan diri kita. takut tak dapat jumpa diorg kat syurga. kalau masuk neraka, kita jadi sibuk dgn diri sendiri. dan kita pun nak kaum keluarga, sanak saudara dan handai taulan kita masuk syurga juga, kita pun buatlah kerja2 membina akhirat nih di dunia. ini kerja kita dalam perjalanan nih.

kita jaga hati kita, kita jaga hati org2 yg kita sayangi. kita bimbing diri kita dan kita ajak sama org2 yg kita sayangi. insya-Allah tujuan kita supaya bertemu semula dalam kehidupan yg lebih baik dan kekal. dunia nih persinggahan sahaja. menumpang untuk mencari bekal.

'ingat mati atau takut mati?'

persoalannya sekarang nih, kita ingat mati atau takut mati? nih soalan yg kita kena tanya tiap2 hari dalam setiap muamalah kita. umpamakan kita nih nak bersara dan menetap di kampung, kita akan kemas barang2 yg kita nak bawa balik, atau adakah kita sibuk kumpulkan barang yg kita nak tinggalkan? adakah kita akan sibuk kumpulkan harta benda untuk kita tinggalkan pada org yg tidak akan kita temui lagi? adakah kita seronok nak tinggalkan rumah banglo dan kereta mewah kita? atau kita kelam kabut uruskan permit utk bawa keter mewah tuh balik kampung dan jual rumah tuh supaya kita ada bekal nak buat rumah baru di kampung?

umpamakan kita nak berhenti kerja. apa yg kita buat? makin sibuk kerja nak naikkan nama dan keuntungan syarikat? atau kita buat perancangan apa yg kita nak buat setelah berhenti? nih semua perumpamaan yg Tuhan tunjuk kat kita. bila kita ingat mati, makna kita kena sibuk dgn amalan kita. sama macam kita dok merancang apa kita nak buat bila berhenti kerja nanti. dan bersiap sedia buat simpanan dan kumpul harta utk bekalan waktu bersara, atau yg seramnya bila kena berhenti kerja, dibuang kerja atau syarikat bankrap.

ada pula yg takut nak berhenti kerja. kenapa? org dok sebut 'comfort zone'. kita takut berhenti kerja sebab kita tak pasti akan dapat kerja lebih baik atau tidak. tak pasti sama ada hidup kita makin senang ker makin sengsara. ini sama perumpamaan dgn hidup nih. ramai dari kita takut mati. sebab kita tak pasti kita masuk syurga ke tidak. kita tak yakin sebab kita tau apa yg kita buat. kita seram pasal kita tau bekalan kita tak cukup. soalannya ialah 'berapa cukup yg benar2 cukup?'

aku tak cadangkan kita berhenti kerja utk faham benda nih. hanya bayangkan saja dan kenali apa perasaan kita mengenai apa yg kita fikirkan. aku juga tak cadangkan org tak yg tak takut mati tuh buat benda2 yg merbahaya. kita ingat mati bukan cari mati. sama macam nak bersara, kita pun kena buat perancangan utk mati. kena kumpul 'harta' utk bekalan bersara dari hidup. nanti kita buka topik lain utk bincangkan bagaimana nak merancang untuk mati.

sementara tuh kita ceritakan pula pasal jihad. para sahabat Nabi saw dulu, ansar dan muhajirin, berjihad pergi perang sebab nak mati syahid. bukan sebab nakkan harta pampasan. kita pula berjihad cari nafkah untuk keluarga sebab tanak mati. nih apa maksud berjihad cari nafkah sebab nak mati?

harta yg kita dok ada sekarang nih kita kena kaji balik. bekalan utk hidup ker bekalan utk mati? kita takut mati ker kita takut tak mati? dapat tak kita bezakan portfolio hidup dgn portfolio mati kita? bila org datang mintak sedekah, kita tak bagi sebab risau duit kita habis ker atau sebab kita tanak org tuh hidup menipu. nih masuk dlm portfolio yg mana? dan aku juga tak suruh sedekah semua yg kita ada sebab nak penuhkan portfolio mati, sebab sedekah juga harus kena pada tempatnya kalau tidak tak jadi pahala.

mari kita sama2 kaji semua hidup kita nih. hidup nih sementara. hanya persinggahan. sama macam menunggu bas. sementara kita dok tunggu bas tak datang, apa yg kita buat? kita termenung buang2 masa saja atau kita penuhi masa kita? apa yg kita buat dan apa yg boleh kita buat? sama macam antara maghrib menunggu isya', pendek waktu tuh, apa yg kita buat? ker bas dah satang pun kita buat2 tak tahu sampai terlepas bas? salah naik bas gie tempat lain pulak, kan?

hidup kita hanya kita yg tahu. apa yg kita buat dan apa yg ada dalam hati kita. mati kita juga hanya kita yg tahu. kita yg corakkan hidup kita sendiri. takut tuh tanda tak bersedia. soalannya kenapa tak sedia? sebab tak tahu? manusia memang takut atas benda yg dia tak tahu. ibaratkan kerja kita sekarang, bila bos kita suh kita buat kerja, apa perasaan kita? kita yakin bila kita tahu kita boleh buat. kita jadi seriau bila kita tak yakin. bila seriau apa yg kita buat? buat tak tahu? nanti kena buang kerja. sama macam hidup kita.

kita takut mati sebab kita tak tau boleh masuk syurga ke tidak. mmg kita tak tahu sebab itu Tuhan punya kerja, tapi kalau kita dah buat semua yg Tuhan suruh, kita yakin tak Tuhan akan beri syurga? ini iman kita. padahal kita tahu mati itu pasti. atau kita tak yakin Tuhan akan matikan kita? atau mungkin kita tak yakin Tuhan tuh ada? nauzubillah. mungkin sebab kita dah terbiasa dgn keadaan kerja kuat2 pun tak naik gaji? kita kerja sebab naik naik gaji ker sebab ibadah? ada kena mengena ker rezeki bertambah dgn kerja kita? yg penting kan kita buat kerja. kalau kerja kita bagus mesti kita yakin naik gaji. fokus kita kat mana?

About this entry

  1. nak tambah sket.. ada satu hadis Nabi saw yg ceritakan perihal umat Islam akhir zaman yg hanya umpama buih di lautan, banyak tapi takder makna.. sebabnya adalah penyakit wahan..

    maksud wahan tuh adalah cinta dunia dan takut mati.. maka ingatlah mati bukan takut mati..

    wallahualam..

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008