the art of trying


"try cuba test tengok!" ungkapan ritual seorg rakan. mencuba adalah satu teknik untuk kita mengetahui sama ada kita akan menyukai sesuatu atau tidak. namun di dalamnya terkandung pre-supposition yg seringkali tidak kita sedari.

dalam keadaan apa kita akan mencuba? kebiasaannya kita akan mencuba sesuatu yg tidak begitu kita suka, atau sesuatu yg kita ada rasa kita tidak akan suka. bermakna kebiasaannya kita cuba untuk memastikan bahawa kita memang tidak akan suka. kalau kita suka kita takkan cuba, tapi kita terus lakukan.

maka ketika kita mencuba, kita memberi minda bawah sedar kita bahawa memang ada kemungkinan berlaku kegagalan. menyedari akan ada peratus kegagalan ini, kita akan mencari2 sesuatu yg akan menyebabkan kita tidak suka, dan bukan sesuatu yg kita suka. tapi bagaimana jika akhirnya kita suka?

ketika mencuba, kita dah set kita akan cari apa yg kita tak suka dgn perbandingan dgn apa yg kita ketahui kita akan suka. hanya jika sesuatu yg kita cuba itu melampaui tahap apa yg kita suka, maka kita akan menyukainya. sebarang perkara yg hanya mencapai tahap yg sama dgn apa yg kita suka, kita akan anggap biasa2 saja. ini kenapa peratus kegagalan adalah tinggi jika kita mencuba sesuatu. kalau begitu mengapa mencuba?

aku kata jangan cuba. buat saja. ada perbezaan. ketika kita tak mencuba dan kita buat saja, kita akan lebih yakin. sama ada yakin akan berjaya atau yakin akan gagal. namun fokus kita adalah akan berusaha untuk mencari sesuatu yg kita suka mengenainya. pening? ;)

ketika kita cuba, fokus minda bawah sedar kita adalah mencari sesuatu yg kita tidak suka, walaupun kita sebut kat mulut cari yg kita suka. bila kita fokus cari yg tak suka, apa yg mungkin kita suka akan hanya terasa sekadar biasa2 saja, kecuali perkara itu memang sesuatu yg sgt hebat.

apabila kita buat, bukan cuba, fokus minda bawah sedar kita adalah mencari sesuatu yg kita suka. maka sesuatu yg kita suka akan berada di atas par dan jika kita tidak suka maka kita akan tetap cari2 sesuatu yg kita akan suka. peratus gagal lebih kecil.

berapa banyak kali kita guna kata cuba dlm sehari? tatkala kita akan cuba buat hari ini lebih baik, dihujung hari ketika kita menilai hari2 kita, kita akan rasa tidak bertambah baik atau biasa2 saja. bagaimana jika kita tak beri pilihan mencuba, tapi kita akan buat hari nih lebih baik, kita akan rasa lebih syukur ketika kita melihat hal2 biasa itu terasa luarbiasa. kita cuba jadi lebih baik, kita akan rasa biasa2 saja. kita buat yg terbaik, segalanya akan jadi luarbiasa. berhenti mencuba dan hanya lakukan apa yg mahu anda lakukan. apapun kesudahannya anda tetap individu yg hebat dan tak pernah gagal, hanya pembelajar yg mahu menjadi lebih baik.

wallahualam.

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008