beberapa hari lalu, aku dapat emel dari sorg trainer/motivator berbunyi, "manusia cerdik bukan kerana belajar tapi manusia jadi cerdik kerana berfikir..belajar pada mulanya,berfikir datang sesudah akal mencerna apa yg di ajar..orang bodoh kalau diajar macam mana pun kalau malas berfikir dia takkan jadi cerdik."
membaca kata2 tuh, teringat kat anak2 aku. masa diorg mula sekolah, aku selalu menguja diorg untuk bertanya. maka anak2 aku ni suka bertanya. sampai cikgu kat sekolah pun komplen kat aku. mama dia pun komplen kat aku. sebab diorg akan bertanya tentang sesuatu sampai dia rasa puas dgn jawapan yg dia dapat. selagi dia rasa ada yg dia perlu tau, dia akan tanya.
dan sebab dia banyak bertanya nih, diorg selalu komplen pulak pada aku bahawa banyak soalan dia yg cikgu dan mama dia tak jawab. maka aku pulak laa kena jawab semua soalan diorg. dan aku memang suka melayan soalan2 diorg dengan jawapan yg kadang2 diorg anggap terlalu mudah berbanding soalan mereka. kadang2 aku saja bagi jawapan salah utk uji diorg sama ada diorg benar2 tahu apa yg diorg nak tahu.
aku kata ini fasa pertama utk belajar, iaitu 'bertanya'. ini utk melatih sifat ingin tahu dan mahu tahu dgn lebih baik. aku ajar diorg supaya menjadi lebih kritis dgn persekitaran dan maklumat yg diorg dapat. dan biasanya jawapan aku akan mengaitkan dgn persekilingan mereka, dgn harapan mereka akan mampu mengaplikasi maklumat dalam aktiviti seharian mereka.
awal tahun ini aku tukar strategi. setiap kali anak aku bertanya aku kata diorg bertanya soalan yg salah. maka diorg akan mencari cara lain atau soalan lain utk bertanya. hingga diorg pula yg rasa penat kerna terpaksa memikirkan soalan-soalan yg betul. dan bila diorg tanya soalan yg betul, aku hanya senyum kata, "itu soalan yg tepat!" tanpa memberi jawapan selanjutnya. sekali lagi diorg rasa tertekan sebab tak dapat jawapan yg diorg nak.
aku sebut ini fasa kedua utk belajar, iaitu 'mencari'. ini aku buat utk melatih sifat mahu faham dan ingin faham dgn lebih baik. aku ajar diorg supaya menjadi lebih analitikal dgn semua maklumat yg diorg ada. dan aku tidak memberi jawapan kerna faham itu perlu dicari dan dijalani, dgn harapan maklumat yg mereka dapat menjadi ilmu.
dalam mencari soalan yg tepat diorg harus melihat dari berbagai perspektif. ini tujuan aku supaya diorg boleh melihat setiap perkara tidak hanya dalam satu persepsi. kerna jawapan dari org lain akan bergantung pada persepsi mereka sendiri. dan ini juga dasar kenapa aku tak beri jawapan, kerna mereka seharusnya mencari jawapan dalam persepsi mereka sendiri bukan dalam persepsi org lain. dgn ini mudah2an diorg akan lebih mengenali jati diri diorg sendiri, bukan membentuk diri mereka dgn pandangan2 org lain.
aku juga berharap dengan memahami ini, diorg akan memasuki fasa ketiga dalam belajar, iaitu 'menjalani'. dgn menerapkan maklumat yg dicerna menjadi ilmudalam kehidupan seharian diorg. diorg tahu persis apa yg diorg lakukan, kenapa, mengapa dan bagaimana. bukan sekadar hanyut mengikut arus di sekeliling mereka.
dalam fasa inilah mereka akan melakukan 'trial and error'. mudah2an mereka akan melakukannya dgn asas yg lebih baik, dan bukan sekadar bergantung pada sifat ingin tahu seperti aku dulu ;) dan semoga 'perjalanan' akan berakhir pada fasa 'faham' yg lebih baik tanpa perlu melakukan banyak kesilapan dan kerosakan. i believe you know what i mean by that ;)
wallahualam.
nota:
ini bukan cadangan, hanya dokumentasi utk diri aku sendiri supaya aku tidak terlupa apa, kenapa dan mengapa aku melakukan semua itu kepada mereka. just in case they ask about it in the future. ;)
Post a Comment