american idols vs junior masterchef australia



american idols datang lagi. musim ke sepuluh. juri baru. sejujurnya, aku jarang menonton idol nih, aku bukan peminat mana2 rancangan realiti tv dan aku rasa aku juga takkan menonton rancangan nih sampai habis. walau bagaimanapun, aku suka menonton bahagian audisinya. tapi aku bukan nak merepek pasal rancangan nih.

aku kagum melihat betapa ramainya remaja yg menghadiri ujibakat. bayangkan jika mereka berusia 16 tahun sekarang, dan mereka mengatakan bahawa mereka telah menonton rancangan ini dari musim kedua, bermakna mereka sudah mempunyai impian tersebut sejak dari umur 7 tahun. mereka membesar dgn impian tersebut. cara hidup dan sikap mereka telah dibentuk sejak itu. mereka benar2 tahu apa yg mereka lakukan dan melakukannya dengan hebat. walaupun impian itu bukan untuk semua org, namun mereka benar2 berusaha melakukan apa yg perlu mereka lakukan dgn rasa yakin diri dan bangga.

dan bukan hanya mereka, keluarga dan kawan2 juga menyokong mereka, walaupun beberapa dari mereka tidak mencapai tahap yg dijangkakan, namun tanpa ragu mereka tetap memberi sokongan yg padu. sebahagian bahkan sanggup menemani calon2 ujibakat ini tidur di kakilima di luar tempat ujibakat, seakan itu juga impian mereka. walaupun mereka menyedari bahawa tidak semua juara idols mencapai impian yg mereka harapkan, tetap juga mereka mengharungi semua itu kerna satu alasan, satu tiket peluang ke hollywood.

satu lagi rancangan realiti yg menarik ialah junior masterchef australia. anak2 kecil sekitar umur 8-12 tahun memasak masakan yg kelihatan lazat, bukan masakan anak2 melainkan masakan yg wajar dihidangkan di restoran2 terkemuka. dan dihakimi pula dgn pujian oleh tukang masak professional bertaraf dunia. satu2nya masakan yg pernah aku masak sendiri ketika dalam umur mereka ialah bubur kacang ketika perkhemahan pengakap, dan itulah satu2nya masa aku memasak dlm jangkawaktu usia tersebut. dan apa yg lebih mengkagumkan ialah anak2 ini benar2 tahu apa yg akan mereka lakukan dalam waktu 10-15 tahun lagi.

mari kita balik semula ke alam realiti yg sebenar, hidup kita. sebelum melihat anak2 kita, mari kita tanya diri kita dahulu, bilakah waktu pertama kali kita benar2 mengetahui apa yg mahu kita lakukan dalam hidup kita? adakah apa yg kita lakukan sekarang merupakan impian kita ketika kita kecil? mari kita ingat kembali apakah cita-cita kita di zaman sekolah kita? dan tanya anak2 kita apakah cita2 mereka, adakah jawapan mereka mirip dgn jawapan kita dahulu? adakah mereka benar2 tahu impian mereka? adakah kita membentuk mereka selari dengan minat dan keinginan mereka? atau adakah kita yg menyediakan jalan utk mereka meraih impian kita sendiri?

kebanyakan dari kita masih berpegang pada doktrin 'sekolah pandai2, nanti dapat kerja bagus, hidup senang'. dan ini jugalah inti dalam kecemerlangan yg kita mahukan dalam bidang akademik, semua A, nomor 1, dan pelajar terbaik. adakah semua ini masih relevan? atau kita mahu memastikan semua ini masih relevan? walaupun kita telah melihat betapa ramai anak2 muda yg tidak begitu cemerlang dlm akademik, malah yg tidak menghabiskan pengajian akademik, menjadi jutawan dan lebih berjaya dalam hidup dari pelajar2 terbaik semasa sekolah.

pernah beberapa waktu dulu, ketika bersembang2 dgn sahabat2 mengenai anak2 mereka yg bersekolah di sekolah internasional. tentang betapa berbezanya sudut pandang mengenai cita2 mereka. betapa pula anak2 sahabatku ini yg bercita2 menjadi penulis, pelukis, tukang masak, tukang jahit, jutawan, perekabentuk model kereta, dan tidak ada satu pun menyebut kerja2 yg tipikal kita dengar dari anak2 seumur mereka yg bercita2 mahu menjadi guru, doktor, peguam dan seumpamanya. mereka tidak melihat pekerjaan hanya sebagai suatu yg biasa, ada ghairah dlm cita2 mereka. dan ketika ditanya bolehkah itu menyara hidup mereka, mereka mampu menyebut nama2 yg telah berjaya dlm bidang2 tersebut. adakah kerana anak2 kita tidak didedahkan secukupnya dgn situasi dunia yg sebenar?

teringat kisah seorg sahabat tentang kata2 gurubesarnya, "saya tidak mahu kamu semua jadi pandai, tapi saya mahu kamu jadi bijak. hanya orang bijak yg mampu menyelesaikan masalah."

berapa kerap kita memerhatikan perkembangan anak2 kita? apa yg mereka sukai? apa yg menimbulkan ghairah dalam hidup mereka? dalam sistem hidup dimana anak kita ke sekolah dari pagi hingga petang bersambung tuisyen di malam hari, atau duduk2 menonton tv bersama, dan hidup kita juga yg sama sibuknya bekerja sepenuh hari dan terlalu lelah utk melayan mereka setelah pulang kerja, berapa banyak masa yg kita ada untuk mengenali dan memahami mereka dgn lebih dekat? jika bukan kita yg melakukan semua itu, siapakah yg lebih mengenali dan memahami mereka?

aku memahami bahawa keputusan ujian adalah satu cara untuk mengetahui peningkatan dan pencapaian semasa, tetapi aku melihat ada obsesi terhadap hasil berbanding pengisian pendidikan itu sendiri. aku mengerti setiap ibubapa menginginkan kecemerlangan anak2nya, namun aku sering merasakan kekeliruan dan keterpaksaan dlm kesungguhan anak2 ini. aku juga menyedari bahawa kita menganggap anak2 ini terlalu kecil untuk memahami apa yg mereka mahukan, dan kerna itu aku sangat terkesan melihat peserta muda american idols dan junior masterchef australia. andai saja aku mempunyai ghairah dan yakin diri yg sama waktu seumur mereka. ;)

About this entry

  1. i just hafta add this.. since the 'live to dance' already begun, it just remind me about 'got to dance uk'.. so many young talented dancer.. and the winner was the magnificient 10yrs old boy, akai.. these kids doesn't compete with each other but with a heck of professionals dancer..

    it also amazed me in indonesia, theres always a traditional dance competition from time to time for school kids.. and tell me how many of our youngster really know how to dance zapin, inang and such?

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008