weekend with UMNO - part.3


REAKSI SPONTAN



"Ni orang UMNO juga ka?"

"Melayu Pulau Pinang."

Gurauan spontan antara Datuk Badruddin Amiruldin, Timbalan Pengerusi tetap UMNO, dan Datuk Musa Sheikh Fadzir, Ketua Bahagian Bukit Mertajam, yang mewakili UMNO Pulau Pinang mengundang keriuhan ketawa seluruh Dewan Merdeka.




REAKSI TERHADAP UCAPAN DASAR PRESIDEN


"Pemutihan ahli-ahli UMNO adalah satu perkara asas."

Datuk Razali Ibrahim, Naib Ketua Pemuda UMNO yang baru, ketika membentangkan Usul Ucapan Dasar Presiden.


"Kita ada kuasa, gunakanlah kuasa yang ada."

Kata Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir, perwakilan bahagian Bukit Mertajam, ketika menjadi pembahas pertama usul pada Perhimpunan Agung UMNO ke-59.


"Biar Pengerusi Tetap dan Majlis Tertinggi sahaja yang bermesyuarat sesama mereka."

Ikrar Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir, perwakilan bahagian Bukit Mertajam, jika UMNO tidak melaksanakan cadangan ketika perhimpunan agung dalam masa setahun, ketika menjadi pembahas pertama usul pada Perhimpunan Agung UMNO ke-59.

"tanya siapa yang patut berubah? Sebenarnya soalan itu untuk diri kita sendiri."

Shahanim Mohd Yusoff, Naib Ketua Puteri UMNO yang baru, mengulas mengenai perubahan yang dicanangkan oleh UMNO sepanjang persidangan UMNO ke-59.

"Tanpa UMNO siapalah kita dan tanpa orang melayu apalah UMNO?"

Tengku Razaleigh Tengku Hamzah, Ketua Bahagian Gua Musang, ketika mengulas Ucapan Dasar Presiden.



"namun janganlah terputus dengan yang lama."

Datuk Seri Syed Hamid Albar, calon Naib Presiden UMNO, mengulas ucapan dasar presiden mengenai perubahan dalam UMNO.


"Apabila tak ada jawatan pula, orang tak peduli."

Tan Sri Aziz Tapa, veteran UMNO, mengulas mengenai pelantikan ketua sayap menjadi ahli kabinet.



REAKSI YANG KALAH



"Kalah menang adat pertandingan tapi keputusan itu sangat diragui"

Saarah Ali, calon Ketua Puteri UMNO, mengulas kekalahannya dengan mendapat undian terendah, hanya 3 undi, dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Puteri UMNO, mengesali wakil calonnya dari Marang, yang sepatutnya memantau proses dan pengiraan undi, tidak menghadirkan diri sepanjang tempoh pengiraan undi.





"Keputusan pemilihan Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi malam tadi adalah suara politik UMNO semasa walaupun bukan suara demokrasi yang ideal."

Kata Datuk seri Rais Yatim, calon Naib Presiden UMNO, ketika mengulas kekalahannya dalam perebutan jawatan Naib Presiden UMNO.



"Bagi saya, apabila tidak dipilih dalam MT UMNO, ia seolah-olah saya tidak menunjukkan prestasi cemerlang dalam barisan kabinet kerajaan. Justeru, saya menawarkan untuk meletak jawatan seiring dengan peralihan kuasa Presiden UMNO pada awal bulan April nanti."

Kata Datuk Shahrir Abd Samad, calon MT UMNO, ketika ditemui selepas pengumuman keputusan pemilihan UMNO.





"Mereka sudah buat keputusan, jadi kenapa perlu komplen"

Datuk Seri Syed Hamid Albar, calon Naib Presiden UMNO





REAKSI YANG MENANG


"Tetapi saya kecewa sedikit kerana daripada enam calon wanita yang bertanding hanya saya yang berjaya."

Komen Datuk Dr Norraesah Mohamad, calon tunggal wanita yang memenangi jawatan Majlis Tertinggi UMNO, mengharapkan lebih ramai wanita yang menduduki jawatan MT.




"Saya sendiri tidak menggunakan wang, oleh itu dakwaan bahawa imej UMNO dicemari politik wang adalah tidak betul."

Kata Datuk Seri Idris Jusoh, yang memenangi kerusi ahli Majlis Tertinggi UMNO.








"Perlu diingat, Melaka satu-satunya negeri yang tiada calon UMNO tewas pada pilihanraya umum lalu. Kita mempunyai rekod baik."

Datuk Idris Haron, mengulas kemenangannya sebagai calon tunggal yang menjadi MT dari Melaka.








"Keputusan ini diharap mampu memulihkan semangat UMNO Kedah dan memberi kekuatan untuk merampas kembali Kedah daripada tangan pembangkang."

Datuk Seri Mahadzir Khalid, mengulas kemenangannya sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO.






"Ini merupakan satu sejarah kepada Sabah dimana seorang rakyatnya diberikan peluang untuk membarisi kepimpinan tertinggi UMNO. Ini merupakan petanda bahawa UMNO menerima semua orang Melayu tidak kira dimana mereka berada."

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Naib Presiden UMNO yang baru, mengulas mengenai kemenangannya.




REAKSI KEHADIRAN TUN MAHATHIR


"Kehadiran Tun adalah satu endorsement kepada kepimpinan Datuk Seri Najib"

Datuk Seri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO, ketika mengalu-alukan kedatangan Tun Mahathir ke Dewan Merdeka.


"dalam darah beliau adalah darah UMNO."

Datuk Seri Najib Tun Razak, Presiden UMNO, cuba mentafsirkan kehadiran Tun Mahathir ke persidangan UMNO ke-59.


"Lebih manis, saya juga mencatatkan sejarah tersendiri kerana saya memegang tangan Pak Lah dan Tun Mahathir sekali gus waktu sesi bergambar di atas pentas itu tadi."

Datuk Seri Shahidan Kassim, bekas MT UMNO, berkata kepada wartawan selepas persidangan.

About this entry

  1. gua sendiri ppun tak tahan.. so gua komen quote yang last sekali.. LU PEHAL MAT?!

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008