Rajuk dan Pujuk




"Saya tidak rasa dipinggirkan. Mereka nak pilih Shahrizat saya tiada masalah."

Komen Tan Sri Rafidah Aziz, bekas Ketua Wanita UMNO, ketika ditanya berkenaan keputusan perwakilan tidak memilihnya selepas lama berkhidmat.





"Selama 30 tahun, saya tak kenal ketua yang lain selain Tan Sri Rafidah Aziz."

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Wanita UMNO, merakamkan penghargaan kepada Tan Sri Rafidah Aziz dalam ucapan kemenangannya.





"Saya sudah tiada tempat, jadi tak payah datang."

Komen Tan Sri Rafidah Aziz, bekas Ketua Wanita UMNO, ketika ditanya mengapa beliau tidak hadir ke PWTC ketika ucapan dasar Presiden UMNO.





"Masih ada tempat."

Kata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Wanita UMNO, menawarkan kedudukan dalam Wanita UMNO kepada Tan Sri Rafidah Aziz, bekas Ketua Wanita UMNO, selepas memenangi perebutan jawatan Ketua Wanita UMNO.


"Tidak. Bila saya tiada lagi jawatan di dalam pergerakan itu saya tidak campur. Itu sikap saya."

Jawab Tan Sri Rafidah Aziz, bekas Ketua Wanita UMNO, ketika ditanya sama ada akan menerima jika ditawarkan sebarang kedudukan dalam Wanita UMNO.


"Saya faham bahawa sesiapa jua yang ambil alih kepimpinan Wanita UMNO selepas Tan Sri Rafidah Aziz ibarat berat mata memandang lagi berat bahu memikul."

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Wanita UMNO, ketika memberi ucapan penggulungan di persidangan UMNO ke-59.





"Sekarang ada perwakilan yang tidak langsung menepati kehendak akar umbi apabila mereka diberi kepercayaan mengundi sebagai perwakilan, sedangkan di peringkat bahagian sebulat suara mencalonkan seseorang."

Tan Sri Rafidah Aziz, bekas Ketua Wanita UMNO, mengenai kekalahannya dalam perebutan jawatan Ketua Wanita UMNO.


About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008