Tiada bukti rasuah!


"Kalau SPRM dah tutup, takkanlah Lembaga Disiplin nak terus lagi, nak korek lagi."

Ulas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, PM Malaysia, mengenai isu SPRM menutup siasatan 45 kes rasuah politik yang membabitkan pemimpin UMNO atas alasan tiada bukti kukuh. (Suara Keadilan. Bil. 171 / 3-10 Mac 2009)




"Kalau dikumpulkan semua laporan dan bukti-bukti itu, sudah boleh sampai tiga kotak A4"

Badrul Hisham Sharin, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeAdilan yang mengetuai rombongan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), membakar dokumen aduan dan bukti yang pernah dikemukakan di hadapan pintu masuk ke SPRM, Putrajaya. (Suara Keadilan. Bil. 171 / 3-10 Mac 2009)






"It took me six months to be nice, to bribe each and every individual to get back into their good books before our files were attended to.."

Didakwa pengakuan Zaki Azmi, Ketua Hakim Negara, merasuah kakitangan mahkamah, yang terkandung dalam pita rakaman audio 29 minit yang diserahkan pada YDP Agong melalui seorang kakitangan Istana Negara pada 27hb Februari, 2009 oleh karpal Singh, Pengerusi DAP. (Suara Keadilan. Bil. 171 / 3-10 Mac 2009)





"Ini kerana tiada keterangan yang mencukupi untuk membuktikan pertuduhan..."


Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia, menjawab soalan ahli parlimen Wangsa Maju berhubung tiada tindakan ke atas kes Lingam. (Suara Keadilan. Bil. 171 / 3-10 Mac 2009)


About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008