2 x 5 = 5 x 2



"Ia tiada kena mengena dengan SPRM, saya tidak melakukan sebarang kesalahan."

Tulisan khidmat pesanan ringkas (SMS) Mohammad Fairus Khairuddin, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, kepada Utusan Malaysia menafikan peletakan jawatan beliau sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 dan anggota Exco Kerajaan Negeri yang akan berkuatkuasa 8 April ini, ada kena mengena dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).





“Secara peribadi saya berpendapat tindakan Mohammad Fairus yang mengatakan wujudnya konspirasi politik dalam parti untuk menjatuhkannya adalah dakwaan yang karut semata-mata"

Ulas Abdul Malik Abul Kassim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, berkenaan dakwaan Timbalan Ketua Menteri 1, Mohammad Fairus Khairuddin tentang wujudnya konspirasi politik untuk menjatuhkan beliau. Abdul Malik yang disebut-sebut sebagai calon paling layak menggantikan Mohammad Fairus.








"Baik tanya Anwar. Saya tidak mahu jelaskan perkara ini kerana ia melibatkan perkara dalaman PKR,"

Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata kepada pemberita apabila ditanya berkenaan dakwaan tentang konspirasi dalaman PKR sehingga menyebabkan Mohammad Fairus Khairuddin meletak jawatan sebagai timbalan ketua menteri I dan anggota Exco berkuatkuasa 8 April.



"Sama seperti UMNO, UMNO pun banyak masalah.."

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor, menyelar pihak tertentu yang membuat spekulasi kononnya Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin meletak jawatan berpunca pergolakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan DAP.

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008