kalo tak demo, tak diakui..




"Bagi saya ia tidak seharusnya berlaku kerana cara demonstrasi jalanan bukan budaya kita. Hanya mereka yang kurang sabar memilih cara itu."

Prof Datuk Dr Ramlah Adam, Rektor Kolej Yayasan Melaka, mengulas demonstrasi 100ribu membantah PPSMI anjuran Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP). (Berita Minggu. 8 Mac 2009)






"Isu PPSMI ini sudah menjadi isu yang besar dan sensitif. Kerajaan mengakui desakan rakyat dan mengambil perhatian terhadapnya."

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata ketika meminta Kementerian Pelajaran mengambil keputusan segera behubung isu PPSMI, setelah berlakunya demo besar-besaran membantah PPSMI yang dianjurkan oleh Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP). (Berita Minggu. 8 Mac 2009)





"Keputusan muktamad bukan dari kementerian ini tetapi pada jemaah menteri."

Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menjawab pertanyaan tentang keputusan Kementerian Pendidikan mengenai isu PPSMI.

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008