lampiran 6.
ada satu perkataan, 'seorang isteri punya suami, dan seorang lelaki punya sahabat.' seorang yang sedang menjalin cinta sentiasa bermohon agar Dia menganugerahkan seorang sahabat padanya. Sahabat yang pandai menenangkan ketegangan, pintar menghangatkan kesunyian, piawai memecahkan persoalan, dan akan selalu berusaha memberikan kedamaian.
tidak ada seorang manusia pun, walau yang paling kuat dan paling pintar, yang sanggup menangani semua persoalan dan urusan tanpa bantuan orang lain yang mampu melihat dirinya, yang mempunyai keahlian dan keterampilan yang diperlukan. kerna itulah seorang manusia memerlukan seorang sahabat yang sanggup ketawa bersama dalam bahagia dan menangis bersama dalam kedukaan.
bagaimana kita menjadi sahabat adalah bergantung pada diri kita sendiri. bergantung pada bagaimana cara kita bersikap pada teman kita, memberi ketika dia memerlukan dan menyimpan ketika bukan waktu dan tempatnya. juga bergantung pada bagaimana kita mengendalikan sikap tersebut, mengetahui mengapa, kenapa dan bagaimana.
seorang yang jatuh cinta dan tidak mempunyai sahabat, tanpa kemampuan dan kekuatan diri yang tinggi, akan melakukan satu antara dua perkara yang akan merugikan; meremehkan pendapatnya sendiri atau menceritakan rahsianya pada orang lain. mereka akan hidup dalam kesepian, gemar menyendiri, menjauhi keramaian, bercengkerama dengan bayangan cinta, berbicara dengan alam, dan melakukan hal-hal seumpamanya, yang dia rasa dapat memberikan kedamaian, sedangkan kedamaian itu ada dalam cintanya.
keadaannya akan tak ubah seperti orang sakit yang merintih dan mengaduh kerna kesakitannya, atau orang yang melepaskan kesedihan dengan meratap dan mengeluh tentang kedukaannya. hingga sunyi menghilangkan damai dalam hatinya, mengosongkan jiwa dari raganya, dan cinta menjadi racun dalam hidupnya.
bila sedih menumpuk di dalam dada, hati menjadi sempit. jika rintihan dan keluhan tidak diluahkan maka bertambah sesaklah jiwanya, hingga tak kurang orang yang binasa dalam kesedihan, atau mati bersimbah duka.
biasanya dikalangan kaum wanita sifat saling mendukung ini sangat dipraktikkan, berbanding kaum lelaki. sukar mendengar wanita menjaja rahsia percintaan sahabatnya, kecualilah di antara wanita-wanita yang sudah tidak mempedulikan lagi masalah cinta, sehingga mereka tidak lagi berkongsi rasa dengan sesamanya.
banyak sifat yang terpuji dalam perempuan tentang percintaan, kemampuan memberi kebahagiaan tentang percintaan orang lain. tetapi tiada kurang juga yang kehilangan sifat-sifat terpuji tersebut.
ada yang berpendapat terdapat satu penyakit dalam diri wanita yang boleh menghilangkan sifat-sifat terpuji iaitu kebiasaan mengkhayal hubungan badan dan segala perilaku yang berhubungan dengannya, begitu pula senda gurau dan segala jenisnya, dan bermesraan dalam segala bentuk.
semakin parah lagi keadaan tersebut apabila kaum lelaki tidak memperhatikan pasangannya, kerna kesibukan dalam mengumpul harta, kewalahan dalam mendekati lingkaran kuasa, bersungguh-sungguh dalam mencari ilmu, bekerja keras memenuhi keperluan keluarga, dan segala macam kegiatan.
pernah diceritakan padaku akan kisah raja-raja Sudan, bagaimana mereka memberi kepercayaan kepada wanita untuk mengerjakan banyak pekerjaan penting. mereka juga mengenakan cukai kepada wanita dan sebahagian daripada pekerjaan mereka dalam menyulam dan memintal bulu binatang. sehingga ada wanita yang harus bekerja hingga tua. Adapun para raja berbuat sebegitu dengan alasan bahawa jika seorang wanita dibiarkan tanpa kerja, maka satu-satunya kegiatan yang akan mereka lakukan adalah berkhayal, merindukan kaum lelaki, dan merengek-rengek minta dinikahkan.
begitulah banyak yang perlu diketahui tentang wanita, dan begitulah sukarnya memahami, malah oleh mereka sendiri. hingga ada yang berpendapat untuk mengetahui banyak tentang wanita maka bersangka buruklah tentang arah hidup mereka. maka kerna itu janganlah sanggup mengharungi lautan asmara tanpa yang boleh menjaga bahtera dan memberi akal, sementara kita memegang kemudinya.
jakarta