bermula dengan niat, memahami apa yg kita mahu.. harus terperinci dan jelas.. sepertimana niat solat.. berdiri nak buat apa, solat apa, berapa rakaat, jamak, qasar, tunai, berimam atau tidak, kerana apa.. begitu juga dgn niat setiap kali kita bangun dari tidur.. nak buat apa hari nih, kenapa dan bagaimana..
kemudian syukur, ayat pertama al-fatihah bermula dengan alhamdulillah.. makna kena syukur dulu.. sama juga kena tahu syukur pada siapa, syukur kerna apa, rasakan dalam hati, bayangkan dalam fikiran, setiap nikmat yang Tuhan beri pada kita.. bayangkan dan rasakan apa yang Tuhan dah beri pada kita semalam.. syukur sihat lengkap tubuh badan cemerlang pancaindera.. syukur ada keluarga yang menyayangi kita.. syukur ada kawan2 yg tak pernah berputus asa mahu membantu kita.. syukur kita belum pernah lapar lebih dari dua hari.. syukur atas kurniaan rezeki kepada kita.. syukur Tuhan menyayangi kita.. lihat keliling kita dan bayangkan jika kita tidak punya semua itu..
seterusnya usaha, dengan cara melihat segala usaha kita itu ibadah.. keluar rumah mencari rezeki untuk keluarga itu pahalanya seumpama keluar berjihad ke jalan Allah.. maka keluar bekerja itu seperti keluar berjihad.. ada adab dan perlu jaga hati.. kerana Allah.. dapat atau tidak imbalan atas usaha itu bukan kerja kita.. itu hak Allah sebagai Pemberi Rezeki.. kita dapat semua tuh bukan kerna kita kerja tapi kerana rahmat Allah.. Dia Maha Penyayang tidak mungkin menzalimi hamba-Nya.. kita usaha sebab nak beribadah kerna Allah.. itu saja.. maka berusahalah meraih rahmat Allah dari segala usaha kita..
setelah itu doa, supaya kita tak sombong dgn usaha.. doa kena jelas apa yg kita nak, sama macam niat.. kena bayangkan dan rasakan dalam hati.. sebab tuh ada beza antara org yg doa bersungguh2 dgn doa sambil lewa.. kita doa baca dlm bahasa arab, amin bukan main kuat, tapi tak paham apa yg kita mintak.. nak dapat apa? mintak kena spesifik, nak selamat dunia akhirat, jamak betul bunyinya, boleh sebut camtuh tapi kena rasakan perasaan selamat dalam dakapan Allah.. tuh yg buat bila org berdoa nih boleh menangis.. sebab dia dapat bayang dan rasakan.. biasanya doa menangis nih bila susah jer.. bila senang mula doa baca macam keretapi.. dah senang dah kaya pun kena doa.. doa supaya kita boleh buat lebih banyak manfaat pada keluarga dan pada jemaah..
bila dah doa, kena ada tawakal.. kekuatan hidup nih dgn tawakal.. cuma org kita nih bila doa dia yakin, bila tawakal dia tawakal tak yakin.. kita kata tawakal jer laa kalo dapat alhamdulillah, kalau tak dapat sabar.. nih salah tawakal nih.. bila kita tawakal kita kena yakin Allah bagi apa yg kita minta.. bila kita tak kisah maka Allah pun tak kisah juga dgn doa kita.. bila kita yakin Allah akan kurnia nikmat dan rahmat apda kita, maka hidup kita positif.. kita sentiasa dalam keadaan bersedia untuk terima kurnia Allah.. baru kita ada semangat.. bila Allah tak beri dalam waktu terdekat, kita tahu dan yakin bahawa Allah ada rancangan yang lebih hebat untuk kita, dari apa yg kita mintak.. jadi kita kena cari hikmah.. ini tawakal.. berharap dengan yakin.. kerna jika sekalil sahaja kita tak yakin Allah akan kabulkan doa kita, memang Allah takkan kabulkan doa kita.. jika kita tak putus asa dgn rahmat Allah, Allah tidak akan putus asa dengan kita..
maka syukur dan tawakal ini kena sentiasa ada setiap hari.. ini kekuatan para sahabat dan pejuang2 Islam yang terdahulu.. bila kita syukur, kita akan sentiasa merasa bahagia dan menikmati hidup.. bila kita tawakal dengan benar, kita akan sentiasa yakin dengan apa yang kita perbuat.. kita akan terus berusaha kerna kita bahagia dan yakin Allah akan kabulkan.. kita takkan rasa bosan, marah atau sedih kerna kita bersyukur Allah jadikan semua itu untuk kebaikan kita dan kerna kita tawakal bahawa Allah pasti akan menyempurnakan doa-doa kita.. ini kekuatan iman..
Having interest in other people opinion and way of thinking, without prejudice, regardless it is right or wrong in our so-called normal life, is an opportunity to view life from different perspective and try to understand how people made their choices in life. but here its my turn =) i might be wrong but that doesn't mean you right. we all maybe wrong..
kapitalis gila
-
aku ada satu idea gila.
dua minggu lepas aku baca dlm harakah ada iklan nak jual tanah satu lot
RM29ribu (kalau tak salah ingatan aku) sebagai pelabura...
rahsia hidup sihat
-
ada orang yang ajar aku dalam satu sessi senam otak beberapa minggu lalu..
seperti biasa terprovokasi untuk berkongsi.. ;) tapi sebab byk sangat
self-talk ...
Eternal Beauty
-
Dengan 4 teknologi dalam 1 peranti, Eternal Beauty ialah pengurut
kecantikan dan kesihatan yang terulung dan memenangi anugerah di Asia
Tenggara yang meng...
Bapa pukul anak kerana nak pakai tudung..
-
from (Roy)
to "x-snt@yahoogroups.com"
date Mon, Mar 29, 2010 at 3:11 PM
subject [x-snt] Bapa Pukul Anak Kerana Anak Nak Pakai Tudung
Apalah nak jadi dgn du...
Azar
-
[74] Lo! Ibrahim said to his father Azar: “Takest thou idols for gods? For
I see thee and thy people in manifest error.” [75] So also did We show
Ibrahim ...
Post a Comment