"no plastic bag day!"
bunyinya sangat mesra alam.. namun sejauh mana keberkesanan mendidik dan impak dalam perubahan sikap masyarakat? adakah hanya sebuah lagi retorik politik?
seorang kawanku berpendapat ia adalah satu langkah positif dalam mendidik masyarakat mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.. bag plastik memang merupakan salah satu bahan yang palingsukar untuk dilupuskan dan hampir tidak mungkin untuk dikitar semula..
seorang lagi kawanku pula berpendapat ianya tindakan yang hanya menguntungkan peniaga, maka kerna itu ia sangat disokong.. sedangkan jika benar mahu menjaga alam sekitar bag kertas harus diperkenalkan sebagai alternatif.. tapi adakah para peniaga akan menyokong tindakan tersebut jika mereka terpaksa menggunakan bag kertas, yg kos agak lebih mahal dari bag plastik?
rasional kawan aku tuh ialah amat tidak praktikal jika kita membeli beberapa barang kecil di hari sabtu dan terpaksa memegangnya atau terpaksa membayar 20sen/50sen utk mendapatkan bag plastik.. bag kertas kitar semula perlu 'dipaksakan' kepada peniaga untuk menerapkan kesedaran alam sekitar.. jika semua pekedai menyediakan bag kertas kitar semula, sudah tentu akan menidakkan terus penggunaan bag plastik yang tidak mesra alam..
dibalas pula oleh kawanku yg satu lagi bahawa memupuk kesedaran masyarakat perlu bertahap.. hanya satu hari.. satu langkah kecil.. perubahan sikap perlu dilakukan secara perlahan-lahan..
kawanku pula menjawab, perubahan sikap boleh 'dipaksakan' oleh pihak yang mempunyai kuasa.. jika program itu mmg betul2 berguna dalam menjaga alam sekitar, apa bezanya memperkenalkan kempen 'no plastic bag day' dgn memberi pilihan pada pengguna sama ada menggunakan bag kertas yang diberi percuma atau membayar utk bag plastik? mengapa perlu buat langkah kecil jika 'harga' yang patut dibayar sama seperti melakukan langkah besar?
"aku tak nampak ini aspirasi rakyat kecil melainkan hanya menguntungkan para peniaga.." sambung kawanku, sambil mengatakan "kedai tetap memberi bag plastik jika kita membeli banyak barang di hari sabtu.. kalau nak buat, buatlah betul2, jgn bazir duit buat poster dan segala macam untuk program yg tak efektif.."
aku diam jer.. aku rasa kempen nih akan jadi cam kempen alam sekitar yang lain2 juga.. hanya tinggal bau kentut saja sudahnya..
Post a Comment