Revolusi Mental


Penggerak: (Dato') Senu Abdul Rahman
Dimulakan : 1968: Dibukukan : 1970

Jawatankuasa Revolusi Mental:
Pengerusi: Ali Hj Ahmad
Setiausaha: (Allahyarham) Hj Hamzah Alang
Setiausaha Penyelaras: Abdullah Hj Ahmad

Definisi asal:
"Revolusi Mental bertujuan mengubah cara berfikir, pandangan dan sikap anggota2 masyarakat bagi menyesuaikan diri dengan kehendak2 semasa untuk mendorong mereka berusaha lebih giat lagi merebut kemajuan dalam segala bidang kehidupan."

"Revolusi Mental adalah merupakan suatu gerakan perubahan. Gerakan ini akan dilancarkan bagi menggerak dan menggegarkan setiap lapisan dan setiap sendi masyarakat Melayu dengan tiada pengecualian. Perubahan dalam masyarakat Melayu akan membawa keselamatan dan keutuhan masyarakat Malaysia seluruhnya, dan begitulah sebaliknya.- (Dato')Senu Abdul Rahman"

Prinsip Asas:
i) sikap mencari kejayaan untuk diri sendiri
ii) menanamkan semangat usaha individu
iii) melupuskan pergantungan hidup/usaha pada orang lain/kerajaan
iv) jumlah kekayaan individu adalah secara kolektif merupakan kekayaan bangsa/negara
v) penekanan terhadap hasil yg dikumpulkan sebelum dapat dibahagikan
vi) mengenal diri dan pembentukan peribadi/jatidiri
vii) mengenalpasti sasaran dan matlamat

Keperluan untuk mengubah sikap:
a) fikiran kritis
b) sikap realistik
c) sikap positif
d) kesungguhan
e) memahami konsep takdir dan usaha
f) percaya diri
g) memberi dan menerima
h) pengurusan waktu dan tugasan
i) disiplin

Perkara pokok yang ditekankan:
1) kemajuan pelajaran
2) tradisi membaca
3) miskin wang tidak menyekat kemajuan
4) pekerja yang baik
5) falsafah kewangan
6) berhutang
7) ekonomi rumahtangga
8) Islam dan ekonomi
9) moral dan kemajuan

salaam..

pada saat revolusi mental dilancarkan persoalan asasnya ialah seputar sikap orang melayu yang berserah takdir, mengharap bantuan dan kurang berusaha. org melayu menggunakan alasan agama dan tekanan bangsa asing sebagai alasan untuk mempertahankan sikap dan kemunduran mereka.

secara umumnya, setiap bangsa di Tanah Melayu ini memahami bahawa perpaduan dan kedaulatan negara ini hanya akan dapat dipelihara jika dapat dilakukan penyelarasan pembahagian hidup terutama dalam keseimbangan ekonomi, pendidikan dan sosial. dan secara keseluruhannya, setiap bangsa di Tanah Melayu ini menginsafi bahawa punca sebenar bukanlah terletak pada bangsa lain atau kerajaan, akan tetapi di tangan orang Melayu itu sendiri. perubahan besar dalam orang Melayu hanya akan berlaku jika terdapat perubahan dalam cara pemikiran orang Melayu itu sendiri.

keadaan hidup orang Melayu yang mencorakkan keselamatan dan keharmonian masyarakat di Tanah Melayu. inilah yang harus difahami tentang mengapa berbagai bantuan diberikan kepada orang Melayu supaya dapat diwujudkan keseimbangan masyarakat. ini adalah jawapan kepada pemikiran sempit yang mengaitkan bantuan-bantuan kepada orang-orang Melayu dengan sensitiviti perkauman.

ini asas utama yang harus disedari oleh semua bangsa yang ada di Tanah Melayu, bahawa keamanan dan kestabilan politik hanya dapat dikecapi dengan lebih baik sekiranya ada keseimbangan ekonomi antara orang-orang Melayu dengan bangsa-bangsa lain.

jangan terpedaya dengan dakyah sentimen perkauman seperti 'ketidakadilan kaum', 'penindasan kaum', 'Melayu bangsa subsidi', dsb. kerana keamanan Tanah Melayu ini bergantung pada keseimbangan ekonomi orang Melayu. ini yang menjadikan kerajaan Melayu Melaka gemilang dan inilah juga yang menyebabkan runtuhnya penjajahan british.

perlu disedari dengan jelasnya bahawa membantu orang Melayu meningkatkan ekonomi bukanlah atas dasar cemburu kepada kejayaan kaum-kaum lain, tetapi adalah satu strategi dalam mengekalkan kestabilan dan keamanan di Tanah Melayu.

dengan menginsafi situasi ini, maka kerna itu perlunya perubahan secara besar-besaran pada orang-orang Melayu. seperti mana yang pernah ditegaskan oleh Dato' Senu, perubahan yang paling signifikan adalah dengan cara merubah pola pemikiran orang Melayu.

merenung secara perbandingan kepada apa yang telah dibentangkan dalam Revolusi Mental 1970, bagaimanakah pula pola pemikiran orang Melayu di zaman ini? apakah kejayaan yang telah kita capai? dan apa pula yang harus terus kita perjuangkan? ini persoalan yang perlu kita fikirkan..

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008