beyond racisme..


nih saja nak menyibuk.. bila citer psal parti politik dan 'argument' zaman berzaman 'Islam vs Melayu' tiba2 rasa nak citer psal pulau pinang..

Parti Gerakan Rakyat Malaysia ditubuhkan untuk mengambil bahagian dlm pilihanraya 1969.. dan mereka menang besar..

parti itu yang sangat menyokong pengurangan atau penghapusan hak istimewa org melayu.. satu pecahan daripada parti buruh yang diharamkan..

parti itu yg buat perarakan kejayaan di kuala lumpur yang menyebabkan peristiwa 13 mei.. menjadi satu titik sejarah tanah melayu..

parti itu skrg yg dikuasai oleh bukan melayu dan menguasai pulau pinang.. 'mengusir' melayu ke belakang pulau..

yg kita lupa ialah parti itu ditubuhkan oleh seorang melayu bernama Syed Hussein Alatas.. antara anak melayu yg dengan lantang menggugat pendapat barat yang mengatakan 'melayu malas'.. dan menerbitkan berbagai buku yg mengupas 'melayu' dengan baik..
great wall of china
kita mungkin boleh memulakan tapi jika kita tidak mempertahankan maka kita akan dipergunakan.. kita mungkin boleh bina asas tapi jika tidak kita perkuatkan maka bangunan lain yg akan terbina di atasnya..

ini tanah kita dan ini bangsa kita.. tak peduli di landasan mana kita berada, darah yg mengalir dlm urat nadi kita adalah darah melayu.. pas dan umno hanya sebuah kenderaan yg mengangkut kita ke destinasi.. mungkin warna dan pemandunya berbeza tapi penumpangnya adalah sebangsa dan seagama dgn kita..

tujuan kita sama.. kita nak bangsa melayu kembali gemilang di tanah melayu di atas paksi Islam.. apa pun wadah kita jangan sekali kita lupa, kita bukan musuh.. cubit peha kiri yg kanan terasa jua.. jangan kita menepuk air di dulang dan meludah ke langit.. fokuskan perjuangan kita.. siapa jua yg memimpin..

mesej ini mungkin kedengaran rasis.. tapi bukan aku menggalak kebencian hanya mahu menguja rasa kasih.. kita hanya boleh membenci jika kita tak pernah merasa disayangi.. bagaimanakah kita mahu disayangi jika kita tak pernah menyayangi.. bagaimana negara ini mahu mempertahankan kemakmurannya, jika bangsa yang memperjuangkannya merempat di tanah sendiri..

wallahualam..

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008