skip to main |
skip to sidebar
kali nih kite 'corner' sket laa yaa.. dah tersebut psal nik aziz, org utan dan kelate nih.. aku pasan gak satu benda.. aku penah diskas nih dgn kengkawan..
secara umum, pada pendapat aku bahasa kelate nih bahasa paling lembut.. kalo kita tak paham bunyinyer sedap jer.. lembut dan jarang yg menjerit.. kalo menjerit kita jadi lawak dengar..
tapi kalo kita paham2kan balik cakap kelate nih, isinya kasar kalo kita 'tafsir'kan dalam dialek2 lain.. nih nik aziz panggil 'org utan' rasanya pada org kelate taklaa kasar tapi lebih kepada berjenaka.. sebab aku mmg biasa dengar apa sket kelate sebut 'nate beghuk'.. hanya saja org kelate nih rapat dgn alam semulajadi agaknya.. terutama dengan binatang2.. sekolah beruk yg 'top' pun kat kelate kan?
jadi bila nik aziz panggil 'org utan' itu mungkin cara org kelate berjenaka 'kasar' sket.. sama cam melaka sebut 'celaka/hawau'.. org melaka tak marah kena 'maki' secara terbuka dan kuat2 sebab pada mereka itu hanya jenaka.. tapi rasanya kalo org kelate kena 'celaka' mau bertumbuk..
jadi nak amik ati dgn tak amik ati nih individu.. kalo jenis 'telinga nipis' mmg panas laa sampai ke dalam.. kalo jenis 'muka tebal' kena maki betul2 pun dia buat dak saja.. maka aku rasa terpulang individu.. nak bagi penjelasan panjang mana pun kalo dah terkecik hati mmg tak leh nak 'settle'..
maka bila korg gie ceramah mat sabu.. dia org kedah mmg cakap macam tuh.. sembang kedai kopi.. mmg jenis jenaka sentuh peribadi.. mungkin org selangor tak sesuai.. mungkin org negeri sembilan naik angin..
kampung bapak mertua aku kat selangor, org dia kalau bercakap mmg terjerit2.. kat kedai kopi bersembang macam nak bergaduh.. tapi takder apa sebenarnya.. hanya saja mereka tuh org laut, dah biasa cakap nada camtuh.. kalo org perak datang mungkin tak jadi duduk kat kedai kopi tuh..
ini namanya kepelbagaian kaum.. menunjukkan bahawa setiap dari kita nih unik.. bila kita yg duk kat pekan nih bercampur dgn org dari serata negeri, kita jadi lain pulak.. kita jadi lebih berhati2 takut org sebelah salah faham.. ini org yg konon 'educated'.. kena jaga 'standard' diri..
hanya saja kalo kita mahu memahami dan tidak berprasangka, aku rasa setakat cakap2 nih takkan jadi maslah.. tapi secara tipikal, melayu nih jenis yg cepat terasa hati.. kejap hati jadi kecik, kejap jadi besar.. lagipun bila org politik bercakap kita kena tgok juga..
yg kena jadi org utan pun saja2 gak memperbesarkan benda yg kecik.. mungkin malu pada diri sendiri.. jadi kena pindahkan fokus pada org yg bercakap.. strategi nak kontrol situasi.. takpa laa.. makna kalo terasa nanti dia berubahlah hendaknya.. insya-Allah..
pada pendapat aku laa..
Read On
siapa kita? adakah kita org yg kita lihat di cermin semalam? pagi tadi? atau apa yg kita akan jadi 5-10 tahun lagi? atau kita adalah diri kita sekarang? yg mana satukah diri kita sebenarnya?
adakah kita segunung dosa yang kita pikul selama ini? atau adakah kita hamparan lautan pahala masa depan yg belum kita kumpul? atau adakah kita hanya sekadar hembusan nafas sekarang?
seberapa pentingkah harta warisan yang ditinggalkan oleh datuk nenek kita? adakah longgokan harta yang bakal kita kumpulkan lebih penting? atau adakah niat dan usaha kita sekarang?
setiap manusia meniti takdirnya sendiri.. apa yg sudah berlaku itu pelajaran.. apa yg akan berlaku itu harapan.. tapi apa yg kita ada adalah hari ini.. benarkah?
perbuatan yg kita lakukan.. kata-kata yang kita ucapkan.. niat yg kita lintaskan.. apakah makna? dimanakah ilmunya?
antara dulu, sekarang dan masa hadapan.. antara prasangka, hipokrasi dan angan-angan.. dimanakah duduknya kita, bila kita menutup diri dari nasihat.. sedang ada cerdik pandai berkata "jika mahu tau akan kebenaran ttg dirimu bertanyalah pada musuhmu, kerna sahabatmu tidak akan mengatakannya.." jujurkah kita pada diri kita sendiri?
Read On
nih saja nak menyibuk.. bila citer psal parti politik dan 'argument' zaman berzaman 'Islam vs Melayu' tiba2 rasa nak citer psal pulau pinang..
Parti Gerakan Rakyat Malaysia ditubuhkan untuk mengambil bahagian dlm pilihanraya 1969.. dan mereka menang besar..
parti itu yang sangat menyokong pengurangan atau penghapusan hak istimewa org melayu.. satu pecahan daripada parti buruh yang diharamkan..
parti itu yg buat perarakan kejayaan di kuala lumpur yang menyebabkan peristiwa 13 mei.. menjadi satu titik sejarah tanah melayu..
parti itu skrg yg dikuasai oleh bukan melayu dan menguasai pulau pinang.. 'mengusir' melayu ke belakang pulau..
yg kita lupa ialah parti itu ditubuhkan oleh seorang melayu bernama Syed Hussein Alatas.. antara anak melayu yg dengan lantang menggugat pendapat barat yang mengatakan 'melayu malas'.. dan menerbitkan berbagai buku yg mengupas 'melayu' dengan baik..
kita mungkin boleh memulakan tapi jika kita tidak mempertahankan maka kita akan dipergunakan.. kita mungkin boleh bina asas tapi jika tidak kita perkuatkan maka bangunan lain yg akan terbina di atasnya..
ini tanah kita dan ini bangsa kita.. tak peduli di landasan mana kita berada, darah yg mengalir dlm urat nadi kita adalah darah melayu.. pas dan umno hanya sebuah kenderaan yg mengangkut kita ke destinasi.. mungkin warna dan pemandunya berbeza tapi penumpangnya adalah sebangsa dan seagama dgn kita..
tujuan kita sama.. kita nak bangsa melayu kembali gemilang di tanah melayu di atas paksi Islam.. apa pun wadah kita jangan sekali kita lupa, kita bukan musuh.. cubit peha kiri yg kanan terasa jua.. jangan kita menepuk air di dulang dan meludah ke langit.. fokuskan perjuangan kita.. siapa jua yg memimpin..
mesej ini mungkin kedengaran rasis.. tapi bukan aku menggalak kebencian hanya mahu menguja rasa kasih.. kita hanya boleh membenci jika kita tak pernah merasa disayangi.. bagaimanakah kita mahu disayangi jika kita tak pernah menyayangi.. bagaimana negara ini mahu mempertahankan kemakmurannya, jika bangsa yang memperjuangkannya merempat di tanah sendiri..
wallahualam..
Read On
[quote="Giggs"]
Aku sayangkan UMNO dan juga PAS..
Pelik bunyinya , tapi itu realiti sebab dua2 parti inilah yg menentukan kesinambungan kekuasaan Melayu Islam di bumi Malaysia.
Tapi, sebagaimana kita sayangkan isteri, begitulah juga halnya dgn sayangkan 2 parti ni..
Ada benda2 yg dua dua parti ni buat yg aku kurang berkenan.
Nak tunggu UMNO dan PAS bersatu, aku rasa odds nya negative.
So, biarlah salah satunya menjadi Gov, dan salah satunya menjadi Oppostion...asalkan atas dasar kepentingan Islam dan bangsa Melayu didahulukan.
emm.. interesting.. aku suka perbandingan Gigs tentang antara berbini dan berparti dua.. selama nih org melayu mmg cukup pantang dengar berbini banyak nih.. tapi, as Gigs said, org melayu memang semulajadi ber'bini' dua.. umno dan pas..
seperti lumrah dua bini, maka tiap satu mesti kata dia lebih baik dari yg satu lagi.. dan macammana pun org melayu akan lemah sket kat bini pertama, walau camna baik sekalipun bini kedua.. dan menceraikan bini pertama kerna bini kedua mmg dah jadi 'dosa besar' pada org melayu.. kalo mengabaikan bini kedua org melayu tak amik kisah sangat malah mem'padan-muka'kan bini kedua.. ini sikap melayu..
pkr takleh kira bini melayu, sebab parti tuh bukan parti bangsa melayu.. itu parti malaysia sama cam dap, prm, gerakan, ppp, pbs, dsb. so takleh kira pkr nih bini nomor tiga.. tapi mungkin lebih sebagai 'skandal nakal' melayu..
balik pada citer berbini dua tadi, maknanya kita kena 'handle' dua parti melayu nih sama camna kita kena 'handle' dua bini.. bila dua2 keras kepala nak menang sendiri, mmg betul kita yg pening pala.. apa yg terjadi bila dua2 bini tanak mengalah?
kebiasaannya, org melayu akan malas nak duk umah.. mula tanak amik tau hal rumah.. mula buat skandal luar.. rasa2 bini dah nak tido baru balik umah.. malas nak dengar bebel sang bini.. tak peduli apa bini cakap.. secara dasarnya mula lupakan kebajikan rumahtangga.. buat apa suka saja.. served marriage only as a duty..
org melayu nih tak ramai yg ada ilmu poligami.. tapi kita tgok jugalah pada org2 yg berjaya dlm poligami nih.. ada yg tenang.. semua bini berbaik2 dan tolong menolong.. ada bukan takder.. camna nak buat nih?
aku tak byk contoh yg berjaya, tapi ada sorg yg aku tanya jawabnya bergantung pada ketegasan sang suami.. toleransi kena ada tapi kena tegas.. adil tuh bukan sama rata tapi sama rasa.. pokok pangkalnya suami, bukan bini2 sekalian.. jadi bini2 nih akan memantau antara satu sama lain..
balik pada kes dua parti nih, kalo ikut pendapat kawan aku tuh, bermakna org melayu sendiri kena tegas.. ada masa bini nomor satu betul, ada masa bini nomor dua betul.. yg penting kita tak melatah.. kita kena tahu mana yg betul dan mana yg tak betul.. dan yg penting melayu yg 'direct' diorg.. bukan main ikut saja telunjuk parti.. sat ke sana sat ke sini..
boleh ker camtuh?
Read On
apa akan jadi kalo melayu ditekan sepenuhnya?
kalo kita tengok sejarah, org melayu nih bukan jenis melawan kerana bangsa.. masa kerajaan terdahulu, org melayu hanya bangun kerana mempertahankan raja.. masa malayan union, org melayu bukan pertahankan melayu tapi hanya nak pertahankan raja.. masa 13 mei, org melayu melawan kerna rasa dirinya terancam..
semuanya bukan kerna bangsa.. bangsa melayu tak pernah melawan untuk pertahankan bangsa melayu itu sendiri.. sebab tuh bila ditekan oleh penjajah british, orang melayu leh pasrah saja..
persoalannya, dalam situasi kita sekarang, dimana hak org melayu digadaikan satu persatu oleh para pemimpin melayu sendiri dengan berbagai alasan, apa yg akan diperbuat oleh orang melayu?
kalo kita tgok sejarah, org melayu hanya akan buat satu anatara dua perkara.. pasrah atau lari..
masa melaka ditawan portugis, melayu lari ke johor, kat johor merajuk lari ke pahang, negeri sembilan, kena serang dengan acheh lari ke selangor, perak.. bila kena tekan kat bandar2, melayu lari ke kampung2.. yg professional, rasa tertekan kat malaysia, gie keje luar negeri.. semuanya melarikan diri..
yg takleh lari, pasrah.. portugis jajah pasrah.. belanda jajah pasrah.. siam jajah pasrah.. jepun jajah pasrah.. siam bagi kat british pasrah.. 'quote' yg paling tipikal, "apa lagi kita nak buat, timun takkan nak gelek durian".. bila dah pasrah kita pun jadi talibarut.. atas nama 'survival'..
yg aku nak citer nih ialah melayu tak penah ada revolusi.. org melayu umpama air hanya mengalir mengikut arus sungai.. maka jika satu hari kelak melayu kembali merempat di tanah melayu sendiri.. tidak akan ada apa2 yg akan dilakukan oleh orang melayu.. yang ada hanya cakap2 kedai kopi.. masa kopi panas mmg berasap.. bila dah sejuk org pun balik..
apa yg boleh kita pelajari dari sikap melayu yg ini? melayu perlu revolusi? apakah jenis survival yg perlu melayu ada? apakah bentuk melayu yang kita nak wariskan pada anak cucu kita? macammana nak memperbaiki sikap nih? ini persoalan yg perlu kita jawab sebagai generasi penggerak dlm zaman ini..
Read On
On Feb 10, 2008 at 12:02 AM, hhabib71 wrote:
I think the issue here is teachers are not ready to teach in English... kalau org kampung yang mak bapak tak tau English camner ye???
On Feb 11, 2008 at 7:19 PM, uya wrote:
You are right la Limah. Some of the teachers are not ready tapi terpaksa rela to do it. But for me, we must look at the bigger picture, just imagine 10 years from now...budak2 yg kekurangan dari segi exposure to English and their parents who also kekurangan - the children will be better off in English then others who may not have the same curriculum. Walau pun tak sempurna dan kekadang menjengkelkan, I do support whatever they are trying to achieve.
Kalu macam anak2 kita ni yg okay intheir english, tak ketara sangat the results la but for the others ya la kot.
On 2008/2/12 hhabib71 wrote:
Setuju... tapi jgn politicisekan sistem pendidikan... kang dapat menteri baru kang lain pulak citer dia.. yang paling aku menyampah sekali pasal Bahasa Malaysia vs Bahasa Melayu. Bendanya sama, Bahasa Melayu tu Bahasa Malaysia, bahasa kebangsaan, apa la masalah diorg tu, buat org confuse! Embarassing!!
Tapi Uya, ko bayangkan budak sekolah kampung, budak2 tu tak pandai cakap org putih, mak bapak pun sama, pegi sekolah, Cikgu tak pandai cakap org putih kena ajar dalam bahasa org putih... macammana tu?? Ada kemajuan ke tu???
Cuba kita ambik contoh lain pulak. Katalah budak2 ni sekarang kena belajar Math and Science in Arabic. Camner tu? Kita tak tau Arabic, Cikgu pun out tapi syllabus in Arabic... Jeng jeng jeng... sapa nak tolong sapa ye? Bila English kita rasa ok sebab kita paham English...
emm.. byk isu kak limah nih..
bahasa melayu vs bahasa malaysia
pada pendapat aku laa ye.. isinya sama tapi penglabelan tuh.. kenapa mesti pakai nama "bahasa malaysia" sedangkan bahasa kebangsaan tuh bahasa melayu? ini cara org nak hilangkan identiti melayu dan ganti dgn identiti malaysia.. bahasa malaysia tuh bukan hanya bahasa melayu tapi juga bahasa cina dan india.. sama gak dgn bangsa malaysia dengan bangsa melayu.. beza bukan sekadar pada nama.. ini yang dipertikaikan oleh kumpulan pejuang bahasa melayu.. dan org melayu..
kalau kita tgok lebih jauh lagi, skrg nih pun duk sibuk promosi bangsa malaysia.. bangsa malaysia tuh sapa? org melayu yg mengaku bangsa malaysia, bangsa lain tetap mengaku bangsa cina dan india.. tapi benda nih dipolitikkan.. tuh yg susah nak citer panjang2.. cuma rasanya tujuannya ialah nak kelirukan jatidiri melayu, bila semua dah mengaku bangsa malaysia, apaguna hak istimewa melayu lagi kan? tapi skrg pun mmg tak berapa berguna pun.. heheh
bab cikgu tak berapa putih ajar dlm bahasa omputih..
ini terpulang kita nak tgok dari perspektif mana.. dari satu segi elok gak bahasa omputih nih rosak daripada rosakkan bahasa melayu.. camna pun aku cukup teruja dgn sorang kawan aku yg cakap omputih dlm lenggok melayu.. mula2 dengar kelakar jugak, tapi lama2 aku rasa macam patut pulak dia kekalkan identiti melayu dlm lenggok bahasa tuh.. india cakap omputih dlm lenggok india, cina pun camtuh, australia pun.. cuma bab cakap omputih dlm lenggok kelate tuh aku rasa org kelate je yg paham.. hihi..
macam kata uya-yg-cantik, kalo cikgu2 tuh lama2 cakap omputih berabuk lama2 berlendir gak bunyinya.. aku dulu pun tunggang terbalik gak tapi aku peduli apa sebab mat salleh yg cakap dgn aku lagi tunggang terbalik.. janji sama2 paham udah..
bab silibus arab..
pandangan peribadi aku laa.. bahasa dan ilmu nih berkait rapat.. sebab tuh bila nak belajar ilmu Quran lebih afdhal kalo pandai bahasa arab.. sebab tahu benar akan maksud asal perkataan2 tuh.. dan sebab itu juga byk istilah dalam ilmu tertentu tuh diambil dari bahasa asal penemuan ilmu tuh.. bila ilmuwan Islam dan buku2 tentang peradaban sains dihancurkan dek anak cucu genghiz khan di zaman khalifah Abbasiyah dulu, sains nih mulai kurang diberi penumpuan oleh ilmuwan Islam yg terkemudian kerana perbezaan keperluan di zaman tuh.. maka yg dok sibuk mengkaji dan mempopularkan sains nih byk dari barat, maka diorg nih mula terbitkan teori2 baru dengan istilah2 bg baru ttg sains..
yg kita dok belajar kat sekolah pun kesinambungan dari ilmuwan barat nih, mungkin laa itu sebabnya diorg rasa lebih baik diajar dlm bahasa asal ilmu tersebut.. walalupun aku tak berapa setuju, tapi sekurang2nya perkara nih telah mengurangkan caca marba dlm pengistilahan semula istilah2 sains nih dlm bahasa melayu.. mmg kesian tgok para ahli bahasa dipaksa utk menterjemahkan istilah2 baru dlm bahasa melayu.. almaklum org melayu mana ada mengkaji sains, maka istilah sains yg dimelayukan jadi tak tentu arah.. apa pun itu pendapat aku saja laa..
emm.. panjang pulak aku ye.. petualangan baru telah bermula.. haha
Read On
Penggerak: (Dato') Senu Abdul Rahman
Dimulakan : 1968: Dibukukan : 1970
Jawatankuasa Revolusi Mental:
Pengerusi: Ali Hj Ahmad
Setiausaha: (Allahyarham) Hj Hamzah Alang
Setiausaha Penyelaras: Abdullah Hj Ahmad
Definisi asal:
"Revolusi Mental bertujuan mengubah cara berfikir, pandangan dan sikap anggota2 masyarakat bagi menyesuaikan diri dengan kehendak2 semasa untuk mendorong mereka berusaha lebih giat lagi merebut kemajuan dalam segala bidang kehidupan."
"Revolusi Mental adalah merupakan suatu gerakan perubahan. Gerakan ini akan dilancarkan bagi menggerak dan menggegarkan setiap lapisan dan setiap sendi masyarakat Melayu dengan tiada pengecualian. Perubahan dalam masyarakat Melayu akan membawa keselamatan dan keutuhan masyarakat Malaysia seluruhnya, dan begitulah sebaliknya.- (Dato')Senu Abdul Rahman"
Prinsip Asas:
i) sikap mencari kejayaan untuk diri sendiri
ii) menanamkan semangat usaha individu
iii) melupuskan pergantungan hidup/usaha pada orang lain/kerajaan
iv) jumlah kekayaan individu adalah secara kolektif merupakan kekayaan bangsa/negara
v) penekanan terhadap hasil yg dikumpulkan sebelum dapat dibahagikan
vi) mengenal diri dan pembentukan peribadi/jatidiri
vii) mengenalpasti sasaran dan matlamat
Keperluan untuk mengubah sikap:
a) fikiran kritis
b) sikap realistik
c) sikap positif
d) kesungguhan
e) memahami konsep takdir dan usaha
f) percaya diri
g) memberi dan menerima
h) pengurusan waktu dan tugasan
i) disiplin
Perkara pokok yang ditekankan:
1) kemajuan pelajaran
2) tradisi membaca
3) miskin wang tidak menyekat kemajuan
4) pekerja yang baik
5) falsafah kewangan
6) berhutang
7) ekonomi rumahtangga
8) Islam dan ekonomi
9) moral dan kemajuan
salaam..
pada saat revolusi mental dilancarkan persoalan asasnya ialah seputar sikap orang melayu yang berserah takdir, mengharap bantuan dan kurang berusaha. org melayu menggunakan alasan agama dan tekanan bangsa asing sebagai alasan untuk mempertahankan sikap dan kemunduran mereka.
secara umumnya, setiap bangsa di Tanah Melayu ini memahami bahawa perpaduan dan kedaulatan negara ini hanya akan dapat dipelihara jika dapat dilakukan penyelarasan pembahagian hidup terutama dalam keseimbangan ekonomi, pendidikan dan sosial. dan secara keseluruhannya, setiap bangsa di Tanah Melayu ini menginsafi bahawa punca sebenar bukanlah terletak pada bangsa lain atau kerajaan, akan tetapi di tangan orang Melayu itu sendiri. perubahan besar dalam orang Melayu hanya akan berlaku jika terdapat perubahan dalam cara pemikiran orang Melayu itu sendiri.
keadaan hidup orang Melayu yang mencorakkan keselamatan dan keharmonian masyarakat di Tanah Melayu. inilah yang harus difahami tentang mengapa berbagai bantuan diberikan kepada orang Melayu supaya dapat diwujudkan keseimbangan masyarakat. ini adalah jawapan kepada pemikiran sempit yang mengaitkan bantuan-bantuan kepada orang-orang Melayu dengan sensitiviti perkauman.
ini asas utama yang harus disedari oleh semua bangsa yang ada di Tanah Melayu, bahawa keamanan dan kestabilan politik hanya dapat dikecapi dengan lebih baik sekiranya ada keseimbangan ekonomi antara orang-orang Melayu dengan bangsa-bangsa lain.
jangan terpedaya dengan dakyah sentimen perkauman seperti 'ketidakadilan kaum', 'penindasan kaum', 'Melayu bangsa subsidi', dsb. kerana keamanan Tanah Melayu ini bergantung pada keseimbangan ekonomi orang Melayu. ini yang menjadikan kerajaan Melayu Melaka gemilang dan inilah juga yang menyebabkan runtuhnya penjajahan british.
perlu disedari dengan jelasnya bahawa membantu orang Melayu meningkatkan ekonomi bukanlah atas dasar cemburu kepada kejayaan kaum-kaum lain, tetapi adalah satu strategi dalam mengekalkan kestabilan dan keamanan di Tanah Melayu.
dengan menginsafi situasi ini, maka kerna itu perlunya perubahan secara besar-besaran pada orang-orang Melayu. seperti mana yang pernah ditegaskan oleh Dato' Senu, perubahan yang paling signifikan adalah dengan cara merubah pola pemikiran orang Melayu.
merenung secara perbandingan kepada apa yang telah dibentangkan dalam Revolusi Mental 1970, bagaimanakah pula pola pemikiran orang Melayu di zaman ini? apakah kejayaan yang telah kita capai? dan apa pula yang harus terus kita perjuangkan? ini persoalan yang perlu kita fikirkan..
Read On
About me |
Author Contact |
Powered By Blogspot | © Copyright 2008