wife factor

persoalan dibangkitkan oleh zabat69 )(15hb Januari 2005)..
(Topik:Melayu Suka Besar?:Antara Melayu Kaya dan Cina Kaya...Melayu Kaya Mudah Dicam)

"Ini satu pemerhatian pembuka topik saja. Kita munkin biasa bertemu dengan kesah Melayu jadi kaya raya secara sekelip mata,melalui main saham,dapat harta pusaka,naik pangkat dll.Biasanya Melayu seperti ini akan berubah serta merta dalam selera kegemaran,kemahuan atau secara ringkasnya nafsu mereka berubah.Rumah yg dahulu kecil diubah menjadi besar,kereta yg dahulu kecil ditukar kepada kereta besar,office yg dahulu kecil ditukar kepada office besar....biasa juga berlaku isteri yg dahulu sorang ditambah menjadi penuh quota (dengan isteri muda atau gadis gadis muda).Adakah pemerhatian tuan rumah ini betul?"

emm.. kalo aku punya perspektif yg mudah kita cam nih melayu yg baru nak kaya ataupun melayu yg rasa dah kaya.. sebab byk jutawan melayu yg aku observe semua macam tin penuh, ketuk tak berbunyi, ataupun macam resmi padi, makin kita tak tahu dia jutawan..

dalam keadaan biasa yg byk buat benda tak tentu hala nih yg kaya terkejut.. so macam ada culture shock.. almaklum dulu cuma berangan tapi sekarang dah ada peluang.. tuh yg byk tak sedar diri.. baru untung sekali, cara hidup berubah 180 darjah..

org umah aku penah tanya bab org kalo dah kaya mesti nak kawin lagi.. tapi aku terangkan kat dia pada perspektif aku, org kaya justeru yg lebih setia.. kerna dia tahu bahawa harta dan bahagia itu kerna isterinya yg setia.. tapi dia tanya balik, kan byk kita lihat kat suratkhabar tuh org kaya dok sibuk ada skandal sana-sini.. dia sebutlaa beberapa nama.. so aku belikan dia buku 'Orang Kaya Malaysia'.. suh dia baca..

mengapa ada org kaya yg hilang arah? kita lihat dlm konteks rumahtangga.. seorg lelaki yg berjaya bermula dari rumahnya.. kalo rumahnya tak tenang maka dia mmg berjaya bukan kerna kekuatan kasih sayang isterinya.. bila org lelaki tahu dia ada tempat utk mengadu, bersukaria, bertenang dan mengeluh.. dia tak perlu gie ke tempat2 lain seperti kelab malam ataupun kelab siang.. kalo dia tahu bahawa dia boleh sebut apa saja pada isterinya.. maka dia tak perlukan perempuan lain..

di sini faktor isteri berlaku.. jika kita lihat suami kita ada potensi tapi asik terhalang atau susah nak maju.. makan lihat dalam diri kita sebagai isteri bagaimana kita boleh menjadi vitamin utk suami menjadi seorg yg berjaya.. sama juga kalo suami tuh cam hilang arah dan berjinak2 dgn maksiat, kita cari dalam diri kita bagaimana kita boleh menjadi dorongan agar suami kita kembali ke jalan yg lurus..

sekali lagi perkahwinan itu satu kompromi.. mmg dlm keadaan normal kita akan lihat isteri byk menjadi mangsa.. tapi cuba kita kaji balik adakah kita yg memerlukan pertolongan atau suami kita yg lebih memerlukan bantuan.. walaupun kelihatan seperti isteri yg menjadi mangsa.. dianiayai, ditinggalkan, dibiarkan, etc.. tapi dlm beberapa kes, suami yg lebih perlukan bantuan bukan isteri.. malah bantuan yg suami perlukan itu adalah solely mesti dari isteri..

sebab itu kita sebagai org luar, perlu melihat permasalahan rumahtangga org dgn lebih teliti sebelum membuat kesimpulan sendiri.. kerna mungkin saja kita akan jadi lebih zalim dari mereka.. wallahualam..

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008