Topik: Dimana Lebih Islam? : Orang Bukan Islam Lebih Islamik...Mengholor Bantuan,Kesedaran Siviks Dll.
by zabat69 on 15hb Januari 2005, 08:01:43 pagi
Kalau kita buat tinjauan diserata dunia terutama selepas berlakunya malapetaka tsunami baru baru ini,sejumlah besar bantuan (kewangan dan peralatan) datang dari negara yg bukan Islam,seperti Amerika,Jepun,Australia dan lain lain lagi (kecuali Malaysia sendiri), walau pun hampir lebih tiga suku jumlah mangsa adalah terdiri dari orang2 Islam.
Kenapa negara negara Islam yg kaya raya tidak tampil kedepan mendahului negara negara bukan Islam? Begitu juga dalam hal bersopan santum dijalan raya rakyat drp negara2 ini (yg bukan Islam) lebih Islamik dalam tindak tanduk mereka.
aku rasa agak berlebihan kalau kita kata negara2 Islam atau badan2 Islam tidak peka.. agak berlebihan juga kalo kita kata rakyat Malaysia yg beragama Islam kurang Islamik dlm tindak tanduk mereka di jalan raya..
satu, negara2 Islam aku rasa lebih realistik dlm memberi nilai jumlah utk bantuan kewangan.. byk negara2 besar hanya sebut saja sekian juta tapi byk yg tak sampai.. aku lihat di saudi juga ada dibuat pengumpulan dana secara besar2an yg melibatkan ulama2 mereka.. di mana2 banyak badan2 Islam melakukan perkara yg serupa.. malah pengumpulan dana utk bantuan masih aktif dilakukan oleh berbagai badan2 Islam.. hanya perkara ini tidak dipublisitikan secara besar2an.. mungkin agak lambat tapi sampai.. bukan sebut cepat tapi tak sampai2.. byk yg bagi bantuan pun dlm bentuk pinjaman..
dua, sapa kata negara Islam tak mendahului negara lain.. team dari sebuah negara Islam, Malaysia, sampai dulu.. dan dalam membantu kita pun kena realistik.. kalo dah tak reti jangan buat2 reti.. nanti jadi tikus membaiki labu.. aku lihat banyak badan Islam yg membantu contohnya di Acheh.. membantu dibatas kemampuan.. dan sekali lagi apa yg badan2 Islam ini buat tidak dipublisitikan secara besar2an.. realitinya memang tidak ada negara Islam yg mempunyai kapal perang sebesar kapal Amerika tuh..
tiga, aku rasa tidak perlu kita skeptikal dgn bantuan dari kafir.. realitinya bantuan mereka sangat diperlukan walau apapun tujuan tersirat mereka.. dan insya-Allah badan2 Islam yg aktif itu sentiasa memantau keadaan di sana.. malah ketika cubaan untuk membawa ratusan anak2 Acheh ke luar dapat dipatahkan oleh badan Islam..
empat, aku rasa kita juga tidak perlu merasa terhina atau marah dgn segolongan org Islam yg menderma benda2 yg tidak sepatutnya.. itu ikhlas dari mereka.. biarlah kita juga menerima dgn ikhlas.. kalo kita rasa tak perlu maka kita jgan hantarlah.. sebaliknya kita cuba nasihatkan mereka apa yg patut mereka dermakan.. contohnya waktu mereka kata lebih baik dermakan wang kerna sudah tidak ada ruang utk penyimpanan.. harusnya kita rasa bersyukur atas keperihatinan org ramai..
lima, bila kafir buat sesuatu yg kita rasa lebih Islamik.. itu adalah tanda bahawa agama Islam itu syumul.. agama yg sebenarnya.. sebab itu tidak kira dia kafir atau tidak, nilai2 Islam sentiasa ada dalam kehidupan.. org yg tak kenal Islam pun akan mempraktikkan nilai Islam kerna Islam itu adalah kebaikan.. bila kita rasa kita tidak Islamik apa maknanya? bawa keter sambil berzikir.. itu Islam.. bawa keter sambil dengar lagu atau kisah2 yg mengghairahkan.. itu tidak Islam.. kita terpaksa mengelak sambil beristighafar bila org potong kita secara merbahaya.. itu Islam.. kita maki hamun.. tidak Islam.. lihat dalam diri kita sebelum kita lihat ke org lain.. dan kalo boleh kita elakkan generalisasi..
wallahualam..
Mengejar Bintang di penghujung Dunia
-
Ia adalah tempat yang sentiasa menjadi kegemaranku di suatu masa dahulu.
Papa hampir tidak pernah gagal untuk membawaku ke sana pada setiap malam
ming...
5 hours ago
Post a Comment