Man: we are the king of the house

ini ditujukan khas buat para lelaki.. sama ada bujang, beristeri satu, dua, tiga dan empat.. persoalan asas bahawa kita sebagai lelaki harus jadi raja di dalam rumahtangga kita.. sub question dia.. pada pendapat anda para lelaki yg budiman dan bijaksana, bagaimana kita nak jadi raja, bagaimana nak behave as a raja dan apa sepatutnya kita lakukan? seterusnya dimanakah kedudukan kita sekarang?

berapa ramai dari kita, para suami, yg boleh keluar malam tanpa sedikit pun risau isteri kita membebel atau ambik hati? berapa ramai dari kita yg boleh keluar berhari2 atas urusan sendiri dan isteri tak tanya pun? berapa byk dari kita boleh kata tidak dan isteri tak argue?

berapa byk pula dari kita yg bila buat keputusan teragak2 sebab isteri? berapa ramai dari kita yg risau tak tentu hala dgn mood isteri? berapa byk dari kita yg sering berpura2 semata2 utk menyenangkan hati isteri?

dan lagi.. adakah isteri kita sentiasa merendahkan suaranya dgn kita? sentiasa senyum dan sabar walaupun kita melakukan sesuatu yg salah? tidak pernah menyalahkan kita bila sesuatu yg buruk berlaku, walaupun silap itu berpunca dari kita?

nak simple lagi, adakah isteri kita yg masak ikut selera suami bukan ikut senang masak? adakah isteri kita akan layan kita secara maksimum walaupun dia penat giler? adakah isteri kita memulangkan baki duit belanja yg lebih kepada kita? adakah isteri kita menghormati semua tetamu kita walaupun dia tak suka? adakah isteri kita akan mempertahankan kita dan memberi sokongan setiap masa tanpa ragu?

byk org lelaki datang mengadu.. susah nak handle isteri.. (aku jg dlm proses mendidik ) buat apa serba tak kena.. padahal kalo ikut perbandingan secara average, dia dah behave above par.. yg membolehkan isterinya berbangga dan bersyukur punya suami yg baik.. tapi tetap hidup sentiasa dalam kerisauan dan rimas tak tentu hala..

minggu lepas aku duk dgn sorg lagi member aku yg fixed marriage oleh family dia.. dia dah exceed phase 15tahun kawin.. dia kata dia takder masalah kalo nak keluar or buat apa yg dia suka.. isteri dia tak pernah nak tanya panjang2.. aku tanya how you do that?

jawapannya sama seperti yg aku jangkakan.. dari awal pernikahan dia dah set standard.. dia buat semua keputusan.. dia yg handle semua konflik.. dan paling syahdu dia advice..

"org pompuan nih kalo kita manjakan dari awal, susah kita nak bentuk dia balik.. biar kita keras dulu bila semua dah ikut aturan baru kita lembut.."

banyak org lelaki buat silap bila awal2 berkahwin manjakan isteri.. almaklum barang baru.. apa yg diorg nak semua bagi.. makan pun bersuap.. tidur pun didodoikan.. ini hanya boleh dilakukan pada wanita yg spesis spes i a l saja.. bukan kebanyakan wanita..

bila dari awal suami dah ikut cakap isteri.. itu tak kisah.. ini abg ikut awak.. sini sukahati awaklah.. sana abg sayang awak.. secara tak kita sedari kita telah melakukan satu kesilapan dalam mendidik isteri.. tak terkejutlah bila byk isteri yg berani jeling suami.. berani muncung berdepa2 depan suami.. sedangkan diorg paham itu one way straight to hell.. sapa rugi? kita org lelaki juga yg rugi..

adakah kita sudah terlambat utk memperbaiki kedudukan kita sebagai raja dalam rumahtangga kita? aku ada satu lagi case study dimana kedudukan suami diperbetulkan dipertengahan pernikahan..

sorg kawan aku lagi berjaya mendidik isterinya agar tidak terlalu dependant pada dirinya.. tapi dgn susah payah laa.. deligate urusan rumah pada isteri.. biar dia handle semua.. bayar hutang, bayar bil, uruskan perbelanjaan.. tapi bagi duit laa beb.. jgn suh pkai duit diorg lak.. dan biarkan dia handle semua tuh.. hanya tolong kalo dia mmg dah buntu.. kalo tak biarkan dia uruskan rumahtangga dan anak2.. dan he's the man now...

aku paham lelaki mmg susah nak citer bab rumahtangga diorg secara terbuka kecuali pada teman yg dipercayai.. tapi aku buka topik ini utk para bakal suami dan suami2 muda yg bakal dan sedang memulakan pelayaran rumahtangga.. set the standard from the very beginning.. raya balik umah siapa.. cara nak keluar masuk rumah.. responsibility delegation dsb.. show them that we're the king in the house.. threat the king well, king will bring the nation to prosperity..

azlal quote:
kerana ramai diantara kita hari ni yg ...... takut bini......

exactly my point.. ramai dari kita nih takut bini.. takut bini membebel laa.. takut bini susah hati laa.. takut bini buat keje giler laa.. takut bini tak bagi laa.. padahal kita belum penah buat salah pun..

mulanya aku rasa its about seduction.. mmg byk org lelaki merasakan mereka yg melakukan pujuk rayu utk mendapatkan sesuatu tapi end up sebenarnya dia membiarkan dirinya terperangkap dlm perangkapnya sendiri..

then aku rasa its about power.. salah kita org lelaki juga.. membiarkan org perempuan menguasai diri kita.. mmg betul diblkg kejayaan seorg lelaki itu ada perempuan.. tapi jgn lupa diblkg kejatuhan seorg lelaki itu juga adalah perempuan.. ianya ttg kekuasaan..

bila sebut bab kekuasaan, org dgn sceptic akan hubungkan dgn autokrasi, kuku besi, zalim dan kejam.. mengapa org mempermainkan isu begini? org Islam lemah kerna mereka terlampau sibuk menguruskan rumahtangga sendiri dan lupa tanggungjawab dalam masyarakat.. ini adalah virus halus yg menulari pemikiran byk lelaki masa kini.. kita disogokkan dgn sifat gentleman ala barat, ladies first, etc.. sedangkan jelas budaya kita lelaki berjalan di depan..

jgn terpedaya dgn alasan zalim dan kejam.. seorg lelaki harus melakukan apa yg dia harus lakukan.. kerna fitrah dan tanggungjawab sebagai lelaki.. jgn termakan pujuk rayu perempuan.. sayang bukan bermakna kita harus melupakan tanggungjawab kita yg lebih besar.. kita punya byk tanggungjawab sebagai hamba-Nya..

bila aku tanya keluar rumah tanpa risau.. sebagai lelaki kita punya sebab mengapa kita harus bagitau kemana kita pergi.. tapi bukan kerna isteri bertanya.. isteri tak perlu bertanya dan mempersoalkan priority kita.. persoalan hati adalah masalah diri sendiri.. mengapa isteri perlu risau at the first place?

kita sebagai lelaki adalah kata pemutus.. walaupun decision kita akan kelihatan berat sebelah atau menuju kesilapan.. kita juga sebagai raja harus cerdik dan pintar dalam mengambil pendapat, merenung pilihan dan membuat keputusan.. tapi itu bukan persoalan buat masa ini.. buat masa ini adakah kita telah menyediakan isteri kita utk hidup tanpa kita sentiasa berada disamping mereka.. bukan isteri terlalu independence tetapi reliable dan bersyukur mendapat suami seperti kita..

tapi sebelum itu kita harus jadi lelaki terlebih dahulu.. atau adakah pendapat aku salah?

buat window shopping buku2 kat kedai2 buku.. byk jumpa buku psal nak kaya.. dan intinya hampir semua sebut kalo nak kaya kena behave macam org kaya.. kalo nak miskin maka behave cara org miskin.. kemudian kuau lak citer definisi miskin dan kaya.. apa maksud kaya yg sebenar.. dan mengapa org miskin tetap miskin.. sama gak dgn maksud bersara.. ada org rasa dah bersara tapi sebenarnya belum, etc..

then sebut psal lelaki dan perempuan.. suami dan isteri.. bapa, ibu dan anak2.. sebut psal pemimpin, khalifah, etc.. tapi bila sebut raja.. semua jadi skeptikal.. kenapa? adakah menjadi raja itu disamakan dgn menjadi kaya.. raja dan kaya itu adalah org2 jahat dimata kita? raja yg kaya adalah seorg yg sombong, kedekut dan zalim? sebab tuh ramai dari kita yg tak mahu jadi raja dan tak mahu jadi kaya?

bila org sebut jadi raja.. macam semua dlm kerajaannya adalah hamba abdi.. in one sense betul juga camtuh.. sebab semua org kena serve raja.. tapi serve yg macammana.. bergantung pada kedudukan masing2.. adakah raja hanya duduk dan bagi arahan? tidakkah kita perasan bahawa zaman dulu lagi raja yg kena lead perang.. raja yg kena turun tangan bila ada masalah dlm pentadbiran.. dan raja sebenarnya yg lebih byk serve rakyat.. sebab itu rakyatnya jadi setia dan sanggup mengabdikan diri turun temurun..

setiap lelaki adalah raja dalam rumahtangga.. org arab sebut khalifah.. org melayu sebut ketua.. dlm buku2 tulis nakhoda, pemimpin, etc.. kalo kita tak anggap kita raja bagaimana kita nak mentadbir? adakah kita tak mahu memikul tanggungjawab? sesungguhnya menjadi raja itu bukan setakat makan bersuap dan berak berlap.. tapi tanggungjawab sebagai raja.. aku pkai kata raja tk menekankan kekuatan sebagai lelaki dalam pemerintahannya..

aku paham mmg byk lelaki yg tidak menjadi raja dalam pemerintahannya.. sukar membuat keputusan dan tidak mampu mentadbir kerajaannya.. mmg byk lelaki skrg ada masalah pengurusan.. sebab tuh masyarakat kita jadi tak kelam kabut.. dan dunia jadi kacau bilau..

so balik pada persoalan aku.. lupakan bab perkataan 'raja'.. kalo tak selesa bolehlaa ubah jadi pemimpin, ketua or whatever.. tapi bagaimana cara kita mentadbir rumahtangga kita dgn lebih baik? setiap lelaki tahu kelemahan dirinya.. so mungkin ada cara mengatasi dan menjadikan kelemahan itu satu kekuatan.. kita kongsi2kan sesama lelaki.. insya-Allah..

Maizana quote:
Betul ke oranglelaki TAKUT BINI?... I rasa lelaki ni bukan takut bini... tapi malas nak melayan karenah isteri...

byk org pikir camtuh.. dia akan kata bukan takut tapi malas nak layan.. ini akan end up dgn dua benda.. either mmg lelaki tuh takkan layan bini dia, dan bila dia dah menyampah dia akan berkasar secara lisan mahupun perbuatan.. atau dia akan jadi takut pada bini..

jgn terpedaya bila lelaki kata dia malas nak layan.. itu utk cover ego dia saja.. aku bagi contoh aku dgn bapak aku dulu.. mmg masa aku membesar bertekak tak abih dgn bapak aku nih.. asik buat hal jer anak dia tuh.. sampai satu tahap aku try avoid.. tanak makan sama.. keluar rumah bila aku tahu dia nak balik, etc.. bila mak aku tanya aku kata malas..

satu hari sorg kawan bapak aku sembang dgn aku.. dia kata aku takut dgn bapa aku.. aku tanya kenapa dia cakap camtuh? dia kata sebab aku melarikan diri.. aku defend kata aku malas nak dgr bapa aku membebel.. dia kata aku takut dgr bapak aku membebel sebab benda yg bapak aku sebut tuh betul, hanya aku takleh terima.. so sebab aku tahu betul tapi aku tak ready utk berubah maka aku melarikan diri.. sebab takut dan malas itu hanya cara aku mempertahankan ego aku sendiri..

lama aku pikir.. satu hari aku tgh tgok tv kat ruang tamu.. aku dengar bapak aku balik.. aku rasa nak belah seperti biasa.. tapi hari tuh aku teringat cakap kawan bapak aku tuh.. so aku tanya diri aku kenapa aku nak larikan diri.. so aku stay.. bila bapak aku masuk rumah mmg aku rasa berdebar2.. bukan sebab aku malas tapi mmg benar aku takut.. takut dia membebel.. dlm hati berdoa tak abih2 spy dia tak komplen aku tgok tv dan tak baca buku..

sama gak kita suami isteri.. kita rasa malas nak dengar tapi sebenarnya kita takut.. sama ada kita takut pada isteri kita atau kita takut pada diri sendiri.. byk lelaki yg punya isteri membebel nih rasa berdebar2 bila balik umah.. dok doa2 byk2 jgnlaa bini aku buat hal..

masalah takut nih.. kita dapat extra energy.. dan byk org yg takut end up jadi marah dan ganas.. sebab tuh aku pernah sebut org yg pukul dan maki isteri ini adalah org yg penakut.. sebab org yg berani sangat tenang kerna bila lelaki boleh handle emosi dia maka dia akan jadi berani.. yg penakut nih yg tak tentu arah..

Ani7 quote:
cuba pulak orang lelaki jadi isteri satu minggu suruh dia masak , mandi kan budak, bawak anak kesekolah, basuh baju, sidai baju, cuci pinggan dan mangkuk dan kemas satu rumah . Bila isteri tengok dan bertanya apa ayang buat satu hari nanti dengar lah omelan suami tak percaya cuba lah tengok macam mana suami merungut lagi teruk dari perempuan

itu hanya andaian.. org lelaki boleh buat semua tuh.. byk bapa tunggal yg survive dan mendidik anak jadi berjaya.. jgn undereatimate org lelaki .. instead cuba tanya kalo isteri yg cari makan sara hidup keluarga.. handle semua masalah dari sekecil2 masalah anak.. sampai masalah mak bapak dan mertua, biras dan ipar duai, jiran dan teman2, termasuk masalah remeh temeh yg memerlukan quick and right decision.. dimana semua keputusan itu sama ada betul atau salah dan implikasinya adalah tanggungjawab anda.. then kita tgok sama ada isteri boleh handle bila balik umah suami membebel yg tak tentu hujung pangkal..

rumahtangga bukan hanya berkongsi tapi kompromi..

Arman754 quote
:
Dalam media massa maupun internet ramai ibu yang suka ungkit2 jasa dan pengorbanan mereka terhadap anak2 berbanding ungkitan dari ayah......ataukah ayah tidak pernah berjasa ?Ramai isteri selalu mengungkit pengorbanan dan jasa2 mereka berbanding suami......ataukah suami memang tiada jasa lalu tiada apa2 untuk diungkitkan?

nature pompuan mahu dihargai dan disayangi sepanjang masa.. sebab tuh kita sambut hari ibu.. tak apalah org tak sebut jasa org lelaki.. kita tak perlukannya pun.. sama dgn ungkapan sayang.. pada mereka perlu tapi pada kita lebih mahal ciuman kasih tuh dari kata2.. itu perbedaan antara lelaki dan perempuan..

pada aku sendiri.. kalo apa2 berlaku biar anak2 aku pertahankan mama diorg dlm keadaan apa sekalipun.. itu tanda kasih kita.. org lelaki tak perlukan penghargaan kerna mmg tanggungjawab.. itu maksud aku dlm konteks king of the house.. kita bagi pengiktirafan pada org yg kita sayang.. kita tak perlukan pengiktirafan sebab memberi pengiktirafan itu hak org lelaki..

kita puji isteri dan anak2 kita.. itu untuk menghargai mereka dan memberi dorongan supaya mereka menjadi lebih baik.. thats is part of the power control.. kita besar2kan jasa dan pengorbanan mereka supaya mereka rasa berharga.. tapi jangan lupa tanpa kita yg memberi pengiktirafan mereka bukan apa2.. itu mentaliti raja.. kita beri mereka harta dan kemewahan supaya mereka bersenang2.. kita bagi apa yg mereka perlukan and they will serve us much better.. thats what we call being in power..

dan kita sebagai lelaki.. kita tahu siapa kita dan tak perlu org lain ingatkan.. hanya kita sesama lelaki yg arif dan bijaksana..

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008