poligami: neverending issue

Persoalan dimulakan oleh batagolek (16hb Okt 2004)
(POLIGAMI : KENAPA SUAMI TERPAKSA CARI LAGI )
http://www.melayu.com/sembang2/mesej.php?2.0000002388

BENARKAH SI SUAMI SUDAH BOSAN DENGAN KARENAH ISTERI DAN INGIN MENCARI YANG LAIN KERANA ISTERI ;
1.ASYIK MEMBEBEL
2.MAKAN MINUM SUAMI ASYIK TERBIAR
3.ISTERI BERSIKAP 'QUEEN QONTROL'
4.SELALU MENOLAK AJAKAN SUAMI UNTUK BERSERONOK- SERONOK DI LUAR.
5.MELAWAN CAKAP SUAMI
6.MENENGKING SUAMI
7.TIDAK MENGHORMATI KELUARGA SUAMI
RENUNG-RENUNGKANLAH...

emm.. persoalan batagolek.. benarkah? benarkah suami bosan dgn karenah isteri? benarkah busan hungga ingin mencari yg lain? apa yg dilistkan oleh batagolek adalah sifat2 isteri yg derhaka.. kalo tanya aku bukan setakat cari yg lain malah hendaklah org lelaki meninggalkan isterinya yg berperangai seperti yg disenaraikan.. kalo tidak pun didiklah dia dgn cara2 yg sesuai sebagai pengajaran buatnya.. simple takyah renung2 sebab dah sahih salahnya..

dan satu lagi sebagai lelaki, kita tidak pernah 'terpaksa'.. kita hanya lakukan apa yg patut kita lakukan.. takder 'ter' dan takder 'paksa'.. tapi aku lebih tertarik pada citer maira..

Maira quote:
Ada satu kes ni..lelaki ni bahagia dengan anak isteri..sentiasa bertolak ansur dan menyayangi anak-anak tapi nak gak tambah bini lagi satu...alasan dia...sebab keluarga dia bahagia la dia berani tambah lagi satu kalau tak bahagia dia tak mau tambah, nanti lagi kucar kacir...so camne nih...tenkiu..

in one sense, mmg betul tindakan lelaki tuh.. poligami adalah solusi bukan escapisme.. dan aku percaya isteri lelaki yg ko ceritakan itu juga akan sangat bersetuju dgn tindakan suaminya.

sekali lagi aku tegaskan poligami adalah rahmat buat isteri dan nikmat buat suami.. kebahagiaan berpoligami bukan hanya tanggungjawab suami malah isteri juga memainkan peranan yg tak kurang pentingnya.. sebab itu lebih baik kalo kedua2nya memahami akan maksud dan hikmah dalam berpoligami sebelum berpoligami..

menginsafi kompleksnya persoalan ini dalam zaman sekarang, maka tidak byk lelaki digalakkan berpoligami kerna lebih byk fitnah akan terjadi.. setiap permasalahan ada solusinya sendiri.. bukan semua persoalan mempunyai jawapan yg sama..

sembang bab insan.. aku cuit bab jiran sket.. kalo jiran kita lapar kerna kita masak makanan yg berbau sampai rumah sebelah.. boleh dosa kita kalo kita tak beri kat dia.. dan memberi haruslah yg terbaik dari diri kita.. begitulah halusnya Islam..

balik pada bab poligami.. yg pertama adalah hubungan suami-isteri.. sejauh mana sayang dan ikhlas kita utk mendapatkan yg terbaik buat pasangan kita? kita citer diri kita dulu..

dan kalo kita dipihak yg menerima.. adakah wajar kita menerima semua sayang dan keikhlasan yg diberi pada kita? dimana pula sayang dan ikhlas kita pada pasangan?

Liz_Dee quote:
tapi bosan2 isteri, takleh kawin dua tiga. ye tak.. hehe

liz..
quote ko buat aku teringat kata2 member aku..

"kalo cerai tuh kat tangan pompuan, mau sehari berbelas kali aku kena cerai"
apa lagi kalo boleh kawin byk.. semua penuh jer laa..

apapun.. berbahagialah dgn kejadian kita.. itu adalah yg terbaik buat kita.. dulu aku pernah terpikir kalau aku jadi pompuan macammana laa agaknya.. pikir punya pikir last sekali aku kata.. emm.. mmg elok aku jadi lelaki.. kalo jadi pompuan boleh jadi rosak dunia..

rusila69 quote:
tapi aku rasa, terlalu ramai pompuan lain yang lebih baik dari aku di luar sana...malah aku tak dak kelebihan pun...cuma perasaan dia masih pada aku....

rusila..
aku tak betul2 tahu situasi rumahtangga ko skrg.. apa yg ko citer dlm MDC nih aku masih rasa cuma surface saja.. aku rasa ko lebih memahami apa yg berlaku..

tapi sebagai org luar, sebagai sahabat jauh, apa yg aku nampak adalah sikap ko menyalahkan diri ko sendiri.. dan ko nak melarikan diri dari hidup ko.. ko nak mulakan hidup baru.. dan ko takleh nak buat semua tuh dgn semua org yg terlibat masih ada disekeliling ko.. ko perlukan environment baru utk mulakan totally new life..

atau ko nak hukum diri ko sendiri.. ko rasa apa yg hubby ko buat tak cukup menghukum diri ko.. ko rasa salah ko lebih besar dan tak terampun.. ko mahu hukuman yg lebih berat.. ko takleh tanggung rasa bersalah.. ko perlukan hukuman..

semua org kalo boleh nak button reset dalam hidup.. tekan button dan boleh ulang balik hidup.. ubah mana2 yg tak betul etc.. aku ada satu citer agak gila sket.. aku guna citer nih utk sorg dari kawan aku yg bermasalah dgn memulakan semula hidupnya..

pernah dengar dejavu? dejavu itu adalah keadaan dimana ko rasa ko pernah lalui keadaan tuh.. pada aku dejavu adalah second chance dalam hidup.. dan setiap dari kita mengalaminya hampir tiap hari.. cuma adakah kita perasan kita dalam dejavu atau kita tak rasa apa2..

berkemungkinan Tuhan dah makbulkan doa kita utk reset hidup kita tapi kita buat salah yg sama dan kita end up dgn jalan citer yg sama.. bagaimana kita nak ubah semua tuh? bukan ubah semalam atau esok.. ubahlah apa yg kita nak ubah sekarang.. ketika dan detik ini.. digest hidup kita dan buat keputusan serta tindakan yg sebaiknya.. sekarang..

kerna mungkin saja jika kita tidak berbuat yg sepatutnya selepas itu kita akan masuk dlm circle dejavu kita dan ulang semula semua kesilapan kita.. pernah rasa tak yg kita rasa lamanya sesuatu hari atau sesuatu kejadian.. dan ko rasa cam dah penat sangat.. rasa cam dah buat semua yg ko nak buat tapi still hidup ko cam ada yg tak kena..

mungkin.. aku kata mungkin.. hidup ko sebenarnya menunggu ko melakukan perubahan.. walaupun perubahan dalam bentuk melihat sesuatu kejadian dari perspektif yg berbeza.. atau mengubah perasaan dan hati ko.. hanya selepas itu barulah hidup ko akan bergerak semula.. mmg tak ramai yg perasan bahawa satu perubahan kecil yg kita buat dalam diri kita boleh merubah semua org disekeliling kita.. selagi kita yakin pada diri dan berdoa.. yakin itu iman dan doa tuh umpama senjata masa perang.. macammana nak perang kalo takder senjata.. senjata org Islam adalah doa.. berusaha dan berdoalah.. insya-Allah..

rusila69 quote:
aku ni ibarat telan mati mak, luah mati bapak...bila pandang anak-anak, pandang suami...aku terasa nak meraung...dan sedikit aje perubahan pada diri aku, akan bahagialah rumahtangga ini...akan bahagialah suami aku...walau aku tak sesempurna orang lain... Tapi..sampai bila aku boleh menipu diri sendiri? Sampai bila aku boleh bertahan? Dan satu hari...kebahagiaan itu akan bergolak lagik...

hukuman yang diberi oleh suami aku ialah, melayan aku dengan baik, turutkan apa kehendakku, menjaga hatiku, sedangkan yang bersalah ialah aku...ko tak fikir itu kerja gila ke? Sepatutnya aku yang bersembah berlutut mencium kakinya... apa yang aku inginkan, ialah rasa kesal yang benar2 kesal...rasa taubat yang benar2 taubat...tapi kalo dia melayan aku bak permaisuri...aku tak terasa salah yang aku buat tu adalah salah besar...walau pun dia seringkali ingatkan aku...apa yang aku buat bukan perkara kecik... Kerana itulah aku memohon perpisahan...walau dia kata, aku akan menyesal kali kedua kalo teruskan dengan niat aku...Memang...memang kesal itulah yang aku inginkan...aku ingin benar2 merasa kesal...aku ingin sangat...

Memang aku ada terasa berada dalam keadaan dejavu tu...tapi tak dapat mengubah hidupku...dan aku juga terasa, betapa panjangnya masa ketika aku berada dalam keadaan begini...aku nak ianya segera berakhir...

emm.. aku rasa ko bohong bila kata ko sayangkan suami dan anak2.. ko tak sayangkan diorg.. aku yg silap tengok ko.. ko hanya sayangkan diri ko sendiri.. ko bohong kata ko rasa bersalah sedangkan sebenarnya ko tak betul2 rasa bersalah.. ko tau ko buat salah tapi ko tak peduli sebenarnya.. kesal, taubat, meraung,etc tuh hanya sandiwara ko saja..

ko hanya cari alasan untuk dapatkan apa yg ko nak.. ko nak lepaskan diri ko dari beban suami dan anak2.. suami dan anak2 adalah beban yg ko takmo pikul lagi.. ko dah penat dan ko mahu bebas dari tanggungjawab..

mmg betul kata ko.. suami ko tuh patut ceraikan ko.. tapi aku rasa suami ko tak patut ceraikan ko.. tapi gantung ko tak bertali.. jadikan pembantu rumah dan dia harus cari pompuan lain yg lebih layak menjadi isterinya dan menjadi ibu pada anak2nya..

rusila69 quote:
malam tadi, aku tak dapat tidooo...asyik teringat apa ko cakap...pagi ni naik pedih mata aku...akhirnya...dalam keadaan terkebil-kebil tu...aku dah jumpa satu jawapan yang selama ini memang aku dah nampak..cuma buat-buat tak nampak...mungkin benar ko kata, aku pentingkan diri sendiri dan aku hanya nak melepaskan diri aku sendiri tanpa memikirkan perasaan orang sekeliling yang turut sama menerima akibat perbuatan aku,...suami, anak-anak, mertua, keluarga dan masyarakat... Memang selama ini perasaan aku terasa sempit kerana aku tahu, pilihan aku sebenarnya bukan kehendak aku sangat...jadik, walau apa aku buat, aku tidak merasa tenang...dan malam tadi, bila keputusan itu kubuat, selepas sunat taubat, istikharah dan berdoa...aku benar2 tenang... Mungkin keputusan aku ini adalah keputusan yang tepat...tak tahu pula bagi ko dan orang lain... Cuma apa yang aku perlu buat, seperti kata Donna, aku perlu mencuci diri...membuang segala yang buruk dalam diri...

eyzlyn (20hb Okt 2004 )
POLIGAMI : KENAPA SUAMI CARI LAGI (PART 2)
http://www.melayu.com/sembang2/mesej.php?2.0000002398.30

aku jawap persoalan maira ttg quote aku yg aku sendiri berselerak..

usoPkuChai quote:
balik pada bab poligami.. yg pertama adalah hubungan suami-isteri.. sejauh mana sayang dan ikhlas kita utk mendapatkan yg terbaik buat pasangan kita? kita citer diri kita dulu..

dan kalo kita dipihak yg menerima.. adakah wajar kita menerima semua sayang dan keikhlasan yg diberi pada kita? dimana pula sayang dan ikhlas kita pada pasangan?


apa maksud aku? aku citer sebagai isteri.. kita melihat hubungan kasih sayang yg teramat pada suami.. kita mahu semua yg terbaik buat suami.. hingga kita sanggup buat apa saja.. dan kalo kita tak boleh buat yg terbaik, kita cuba belajar dan melatih diri.. tapi dalam satu extent kita sedar dan paham bahawa ada sesuatu yg masih kurang dalam memenuhi keperluan suami.. ini bukan suami yg komplen tapi diri kita sebagai isteri yg menyedari dan memahami..

dalam konteks poligami, kita sebagai isteri sanggup mencari calon isteri yg lebih baik demi utk memenuhi semua kebahagiaan suami.. malah sebelum dia berfikir utk beristeri lagi.. sebelum dia terasa akan kekurangan kita.. semuanya telah kita siapkan utk suami kita.. segala pelan dan strategi.. proaktif..

kemudian aku sambung lak pada pihak yg menerima.. aku citer sebagai suami.. oleh kerana kecintaan isteri kita yg mendalam terhadap kita hingga sebelum sempat kita terjumpa kelemahannya sudah ditutup dgn segala macam pelan utk memperbaiki dan meningkatkan kebahagiaan.. dalam keadaan ini sebagai suami kita pula berfikir adakah wajar kita mendapat semua itu? adakah apa yg kita lakukan selama ini mewajarkan kita utk mendapat seluruh nikmat tersebut?

dalam situasi ini ada dua jalan keluar buat lelaki.. menerima cadangan isteri tetapi memahami bahawa dia juga perlu meningkatkan kemampuan iman dan dirinya.. kerna tanggungjawab juga bertambah..

aku pendekkan citer.. dah nak gie buka laa plak.. jalan keluar kedua adalah menginsafi akan tidak wajarnya menerima cadangan isteri.. tapi sebaliknya dgn memahami akan kecintaan isteri tersebut.. suami akan insaf betapa dia perlu juga memperbaiki dan meningkatkan kemampuan iman dan dirinya..

usoPkuChai (22hb Okt 2004)
Poligami : Kenapa Suami Cari Lagi (PART 3)
http://www.melayu.com/sembang2/mesej.php?2.0000002403

aku suka tajuk nih..
kenapa suami cari lagi?
biasanya org pompuan sebut..
kenapa suami cari lain?

redlip (22hb Okt 2004)
Poligami : Kenapa somi cari lagi (Part 4)
http://www.melayu.com/sembang2/mesej.php?2.0000002406

redlip quote:
balik pd tajuk....awat yg nak p cari len...hmmm..tpkan org lelaki ni..kalau bini depa baru jer meninggai...mmg cepat depa cari ganti...heran..org pompuan dak pulak...ingattttt kat anak...tak mau anak dpt pak tiri....kalau org lelaki...depa habaq...kesiannnnn...pakai minum takdaq sapa nak jaga...rasanya tu bkn alasan..hmmm..apa kata yg len?..

salah satu sebab adalah dari segi fitrah.. org pompuan bila dah ada anak, dia ada seluruh dunia dan tidak memerlukan org lain.. sebab itu kalo laki buat hal pun dia boleh bertenang dgn adanya anak.. manakala org lelaki tidak mampu bersendirian.. terutama bila dia ada tanggungan seperti anak2.. aku citer nih secara makro.. secara mikro, setiap induvidu unik..

tapi mmg benar, kalo kita mati dikala isteri kita masih muda, tidakkah terasa zalim meninggalkan wasiat agar isteri kita tidak berkahwin lagi..

satu lagi lupa sebut tadi.. cuma aku rasa org pompuan susah sket nak terima.. almaklum.. fitrah pompuan..

byk org lelaki cari lagi(ikut istilah topik kita nih) bukan kerna mencari pengganti.. tapi mencari sesuatu yg tidak ada..

kalo lelaki mencari pengganti, sebab isterinya skrg, maka bila dah dapat pompuan lain, dia sanggup menceraikan isterinya..

kalo lelaki mencari sesuatu yg tidak ada, bukan kerna kekurangan isteri tetapi kerana sesuatu yg tidak ada pada isteri (paham ker maksud aku antara kurang dan tak ada?).. sebab itu dia tidak mahu melepaskan isterinya..

utk yg kedua tuh.. bukan makna tak sayang.. bukan ada kurang.. tapi sesuatu yg tidak ada padanya.. bukan psal jemu lauk ikan nak makan daging, etc.. tapi sesuatu yg berlainan yg hampir mustahil isteri ada..

sebab kalo isteri ada, isteri akan jadi org lain.. isteri tuh dah cukup atas apa yg dia perlukan pada isterinya.. yg ini lain.. bukan penambah rasa tapi totally something different..

org lelaki biasanya cepat paham.. org pompuan cuba tanya apa yg tak paham..

eyzlyn (26hb Okt 2004)
Poligami : Kenapa suami cari lagi (part 5)
http://www.melayu.com/sembang2/mesej.php?2.0000002414

aim98 quote:
setiap lelaki yang normal berkeinginan untuk kawin lebih dari satu....setuju ke..

aim..
setiap lelaki normal mahu dipenuhi keinginannya.. bukan bermakna satu dan bukan juga bermakna banyak.. its about fulfilling..

ezylyn quote:
pasai lelaki ader kuota sampai 4. betul tak? kalau takder kuota, depa ni tak kawin nyer..

eyzlyn..
ady quote: "lelaki dah dapat isteri baik pun lelaki nak kawin lagi.."
ko quote: "lelaki berkahwin kerna dia ada kuota 4.."
aku tanya: "kenapa Tuhan bagi lelaki kouta 4?"
cuba ko jawab soklan aku tuh..

ady quote:
saya rasa kan Pak Ucop...lelaki ni Allah bagi kuotanya 4 sbb cam contoh citer kat TV3 tu... dia tak dapat menghalang dan menafikan dirinya terpikat dgn org lain... walaupun tiada apa yg kurang pd isterinya... jadi lelaki ni mudah terpikat, terusik hatinya... dan kalau diikutkan 1 nafsu yg ada pada si suami susah nak dikawal tanpa iman - 9 akal yg ada.. tu sebab dibenarkan kawen 4..

Tapi dari cerita tu saya tgk si suami tak pernah memikirkan kesan dan akibat masa hadapan... dia teruskan juga apa yg dia mahu tanpa rasa cuak dgn masa depan, bersalah atau sebagainya....

masalah dlm masyarakat kita adalah labelling.. poligami dah zaman berzaman dilabelkan sebagai perkara yg tidak patut.. poligami sudah turun menurun dilabelkan sebagai 'kejahatan' org lelaki.. sebab itu dah sinonim kata 'poligami' tuh dgn 'kesengsaraan isteri'..

memahami poligami bukan bererti kita harus berpoligami.. ada hikmah mengapa poligami diperbolehkan dalam Islam.. menginsafi akan maksud poligami boleh membuatkan hubungan suami-isteri lebih berkah.. sebab tuh aku selalu kata rahmat buat isteri dah nikmat buat suami.. bukan bererti selepas berpoligami baru dapat rahmat dan nikmat. tetapi memahaminya sendiri byk hikmahnya.. wallahualam..

ady1661 quote:
Dihalalkan lelaki untuk berkahwin lebih untuk ujian nafsu namun jika tidak ditimbang oleh kekuatan Iman(ie:tidak berlaku adil) maka ujian akan cacat dan gagal..

Sama dgn perempuan..dihalalkan untuk dimadukan sebagai ujian iman namun jika tidak ditimbangi oleh nafsu (ie: nak rebut hak suami) maka ujian akan cacat dan gagal..

very interesting quote ttg poligami dari ady..
1)utk lelaki, sebagai ujian nafsu..
2)utk pompuan, sebagai ujian iman..

dan ady berpendapat ramai yg gagal dan sukar berjaya kerna..
1)lelaki gagal utk adil
2)pompuan gagal menerima diri

penyebab utama kegagalan diatas..
"kelemahan lelaki adalah pujuk rayu wanita"

pastuh dia bertanya dua soklan..
1)Benarkah isteri yg baru lebih baik dari yg lama??
2)Benarkah layanan prostitute tu lebih baik dari isteri??

dan dia tak setuju dgn soklan nomor (2) dgn alasan..
Bukankah dah itu kerja dia dan dia tak perlu duduk serumah dgn si suami utk melayan segalanya...melayan karenah suami, karenah anak, memasak, mengemas etc... jadi sudah tentu dia dapat berikan yg terbaik utk 'layanan'... mana kenal erti 'letih' dan dah memang kerjaya- utk mencari sarahidup...

poligami sebagai ujian..
melihat pada konteks masyarakat skrg nih mungkin bolehlaa kita jadikan quote ady tuh sebagai panduan serba sikit.. tapi seperti biasa mari kita lihat dari perspektif yg lain.. bagaimana kalo utk lelaki sebagai ujian iman dan utk pompuan sebagai ujian nafsu.. kenapa aku cakap macam tuh?

atuk aku pernah quote, tak sempurna iman seorg lelaki selagi dia tidak berkahwin.. sebab dgn berkahwin, lelaki mempunyai tanggungjawab yg besar utk dunia.. menyeimbangkan diri dgn tanggungjawab dunia dan tuntutan akhirat adalah satu cabaran besar buat org lelaki.. kalo gagal juga memahayakan iman, kalo berjaya juga membahayakan iman.. menjadi seorg lelaki bukan semudah yg kita sangkakan.. ianya lebih dari sekadar apa yg terlihat tapi juga mentadbir hatinya.. yg lebih payah mentadbir nafsunya.. disitu kekuatan iman seorg lelaki..

mengapa pula poligami menjadi ujian nafsu pada pompuan? kita dah kerap kali dengar akan nisbah nafsu:akal antara lelaki dan perempuan.. mengapa byk isteri tak mahu di madu? byk yg sebut kerana takut.. takut apa? takut dianiayai suami.. takut tidak mendapat sepenuh perhatian.. tidak mahu berkongsi.. etc.. adakah hidup di dunia ini yg kita cari? bukankah kita semua merindui akhirat? jadi mengapa kita jadi takut dan tamak? bukankah itu semua nafsu? maka tidaklah lebih tepat kita katakan poligami itu sebagai ujian nafsu buat isteri?

kegagalan poligami..
dari perspektif aku, mmg byk poligami gagal kerna lelaki gagal utk adil.. terutamanya utk bersikap adil pada dirinya sendiri.. byk dari lelaki berpoligami hanya utk menambah beban padanya.. terpaksa membiarkan dirinya terperangkap dalam pertelingkahan dua isteri.. membiarkan dirinya dianiayai oleh dirinya sendiri.. ini tidak adil pada diri sendiri.. seorg yg tidak dapat berlaku adil pada dirinya sendiri bagaimana mungkin berlaku adil pada org lain.. lelaki perlu paham akan hak dan kedudukan suami dalam poligami.. mentadbir diri sebelum mentadbir isteri2..

penyebab kegagalan..
aku agak bersetuju.. dan aku relatekan dgn pendapat aku yg terdahulu.. poligami sebagai ujian iman utk mentadbir kelemahan diri dan seterusnya berlaku adil pada diri dalam mengurus pujuk rayu.. ketahui hak dan kedudukannya.. insya-Allah..

layanan yg lebih baik?
dua soalan nih mempunyai jawapan yg sama.. persoalan lebih baik adalah sangat relatif.. ada byk sebab org berpoligami.. selain dari sebab yg tak senonoh cam gatal dan sengaja berlaku zalim, etc.. ada org berpoligami bukan kerna yg baru lebih baik, tetapi yg baru punya sesuatu yg tiada pada yg lama.. dalam konteks nih kita takleh nak kata salah seorg lebih baik dari satu lagi.. kedua2nya adalah yg terbaik dalam situasi mereka sendiri..

ini sama macam kita kata aktor terbaik itu lebih baik dari aktress terbaik.. salah kan tanggapan tuh.. mereka baik dalam kategori mereka masing2.. sama juga antara ibu dan isteri.. dalam diri lelaki kedua2nya sama penting.. cuma hak ibu dan hak isteri berbeda.. itu tidak menjadikan salah seorg itu kurang penting dari yg satu lagi.. cuba pahami apa yg aku sebut nih.. aku pun amik masa utk paham..

sama juga dgn soklan 'adakah layanan pelacur lebih baik?'.. mari kita sembang bab nih dalam konteks yg lain sikit.. pelacur layanan tip-top kerna profesion.. kalo itu argumentasi kita bagaimana pula dgn profesi isteri? apa profesi isteri? mengapa isteri tak tip-top? bukankah profesi isteri itu melayani suami lahir dan batin.. malah kalo kita boleh bandingkan.. job spec isteri lebih lengkap dr job spec pelacur dalam mengisi keperluan lelaki.. tapi mengapa soklan ini diajukan? cuba kita pikir lagi..

adakah yg haram itu seronok? in one sense, mungkin.. tetapi adakah ianya fulfilling dan satisfying? emm.. kita kena tengok lebih details.. aku pernah sebut 'naughty thought' org lelaki.. mari kita cuba jalinkan dgn pendapat 'haram itu seronok'..

sifat semulajadi manusia adalah sukakan suatu kelainan.. setiap yg haram ada jalan yg halal.. haram kerna bertentangan dgn hukum.. ianya lain.. berhubungan dgn wanita bukan muhrim.. haram.. kalo berkahwin.. jadi halal.. kita amik contoh org simpan pompuan.. mengapa ada yg rasa seronok? sebab ada 'rahsia'.. rahsia itu yg membentuk kelainan.. dan ini mengisi 'kenakalan'..

cuba kita buat juga dgn isteri kita.. wujudkan 'rahsia' berdua.. ada yg tak pernah masa lunch, jumpa isteri secara menyorok2 di hotel? takder kengkawan tahu.. ramai yg akan kata buang masa dan konyol.. kan ada rumah sendiri.. baik drive balik umah.. kalo kita ikut cara itu maka takder 'kelainan'.. takder 'rahsia'.. takder 'nakal'.. excitement bercinta secara sorok2.. its a game..

ini sama juga dgn hobi hantar bunga kat opis kat isteri.. atau isteri hantar kad pada suami dgn signature 'secret admirer'.. padahal bukan suami tak kenal tulisan isteri.. tapi inilah 'permainan' yg meremajakan perkahwinan..

Oops! almaklum bulan posa.. so quote psal bab ujian tuh dari abede.. dan yg lain2 tuh mmg original dari ady.. takpe.. sama gak jawapan aku..

sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.. tidak mungkin Dia menganiayai hamba-Nya.. mungkin ada hikmah yg belum ko temui dan mungkin ada rahmat yg bakal mendatangi ko.. insya-Allah.. Tuhan sentiasa punya cara istimewa dalam mengungkapkan kasih-sayang-Nya pada kita..

dynn73 quote:
kalau mampu,adil dan boleh bertanggunjawab sepenuhnya...bukan ikut hawa nafsu..

kadang2 kelihatan mampu, adil dan bertanggungjawab itu juga kerna mengikut hawa nafsu.. cabaran besar pada org lelaki adalah mentadbir hatinya sendiri dan menundukkan nafsunya..

eyzlyn (04hb Nov 2004)
POLIGAMI : Kenapa suami cari lagi (part 6)
http://www.melayu.com/sembang2/mesej.php?2.0000002448

dPj quote:
memang betul. lelaki yg amalkan poligami tak ramai.tgk je la ofismate kita.
kat ofis aku dlm staff seramai 90 lebih cuma 2 org sahaja yg poligami.

tapi ramai jg yg berpoligami hati..

ada org kata takut tuh macam gatal.. walaupun secara hakikatnya gatal tuh kerna saraf sakit tapi sedap betul digaru.. kengkadang saja cari mana2 tempat yg gatal.. yg tak gatal pun digaru buat2 gatal.. sama macam takut.. tutup mata tapi tanak tukar channel..

eyzlyn quote:
setiap lelaki normal mempunyai keinginan untuk beristeri lebih dari satu.. betul tak? yg bezanyer, dia tu mampu ker tak

tak betul.. hanya kebanyakan lelaki normal berkeinginan beristeri lebih dari satu.. bukan setiap lelaki.. malah ada yg tanak berpoligami juga berpoligami.. org pompuan jgn skeptikal.. ada byk sebab org berpoligami selain dari yg org pompuan pikirkan..

bezanya bukan dia mampu atau tidak.. tetapi dia sanggup atau tidak.. semua org 'lelaki' mampu berpoligami.. hanya org pompuan tidak mampu dipoligamikan..

naim_222 quote:
....TAPI KINI KENAPA MAU CARI PENGGANTI??
DAN MENGAPA HARUS ADA PENGGANTI??

lupa lak.. sekali lagi.. poligami bukan bertujuan utk cari pengganti.. kalo nak ganti maknanya kena cerai.. ini yg byk org pompuan tanak paham.. bukan pengganti tapi pelengkap.. pompuan mana yg kat sini boleh mengaku dia sempurna sebagai isteri? kalo dah tak sempurna mengapa biarkan suami tersiksa? lebih baik laki tersiksa dari diri sendiri tersiksa kan? its ok tapi jgnlah sebut cinta pompuan lebih hebat dari lelaki..

maizana quote:
Ditujukan khas buat usop..
Kalau diberi peluang..nak tak tambah cawangan?

maizana..
for now, kalo ada peluang pun aku tanak tambah.. sebab belum ada keperluan..

sekafu quote:
Aku tak suka berpoligami.Dan aku selalu (kalau boleh) anak aku (perempuan )bila kawin nanti tidak dijodohkan suami yg ada niat untuk berpoligami. Kerna nanti aku sebagai bapanya, suka tak suka kena tanggung pula masalah menantu yg nak berpoligami.

Aku memang tak setuju lelaki berpoligami.........kecuali sebab-sebab yg tertentu sahaja.

sekafu..antara tanggungjawab seorg bapa adalah mencari jodoh yg terbaik buat anak perempuannya.. selebihnya kita serahkan kembali pada Tuhan.. itu dah bukan kerja kita..

dan aku sangat bersetuju 'lelaki' berpoligami.. tapi sayangnya dizaman yg serba moden nih tak byk 'lelaki'.. yg bersepah jantan keberet..

LoneStarLady quote:
Tapi kalau berdebat pasal poligami dengan Usop, memang kau orang boleh kalah. Maaf cakap lah ya, bila aku banyak membaca disini, aku rasa Usop berat sebelah. Melebihkan pada pihak lelaki. Cubalah tengok dari sudut orang perempuan pula macamana.

quote nih pun aku suka.. tapi aku kena bagitau jugak.. ini bukan persoalan menang atau kalah.. asal kita bersembang psal poligami nih pun utk memahami dari perspektif lelaki dan perempuan.. aku jawab sebab ramai pompuan yg nak tau kenapa lelaki berpoligami.. so bab berat sebelah tuh sebab aku menulis dari perspektif lelaki.. dan dah ramai org pompuan dlm diskusi nih menulis dari perspektif pompuan.. maka diorg lak tak berat sebelah? cuba lonestar tulis dari perspektif lonestar lak.. pakcik berminat sangat nak dengar..

satu lagi.. org lelaki pun byk yg tak paham maksud poligami.. so kalo ramai org lelaki tak paham, aku juga tak jadi heran bila org pompuan lagi tak paham.. so kita paham2 sajalah..

teringat pesan atuk aku dulu.."ciri2 seorg isteri yg solehah adalah bila suami pandang akan menyenangkan hati suaminya.. menggugurkan resah dan menenangkan perasaannya.."

wassalam..

sriputri quote:
Yang ni sri nak tanya sket... kalau macam tu lelaki tu sempurna ke sebagai suami? Kalau dah tak sempurna, kenapa perlu dia mencari pelengkap kepada ketidaksempurnaan isterinya sedangkan isterinya redha dan menerima dia seadanya... tak boleh ke dia jugak menerima isterinya seadanya dan bersyukur dengan apa yang ada? Wajar ke lelaki rasa tersiksa kalau dia berkahwin dengan perempuan yang memang dicinta, dipuja... ke masa sebelum kawen je wujud istilah cinta dan puja tu... bila dah kawen yang dicinta dan dipuja tulah yang muak kat bijik mata?

aku hutang soklan nih dekat dua bulan.. fitrah lelaki dan fitrah perempuan berbeza.. begitulah Maha Bijaksana Tuhan Yang Maha Mengetahui akan kejadian manusia lelaki dan perempuan.. mengapa Adam as diciptakan.. mengapa Hawa diciptakan dari rusuk Adam as.. mengapa pula manusia yg seterusnya dilahirkan oleh Hawa..

kita halusi persoalan sri.. adakah lelaki sempurna sebagai suami? secara fitrah lelaki sempurna sebagai suami.. sebab itu telah dijelaskan bagaimana mencari suami/isteri dalam Islam.. bagaimana telah diperawikan bahawa perempuan yg baik itu utk lelaki yg baik.. vice versa.. so adakah suami kita sempurna buat kita? jawapan itu ada dalam diri masing2.. melihat ke dalam diri sendiri mampu menjawab persoalan tersebut..

kalo suami tidak sempurna mengapa mencari pelengkap pada ketidaksempurnaan isteri? sempurna atau tidak lelaki itu bergantung pada isterinya.. jika isterinya menjadi pelengkap pada dirinya maka sempurnalah dia sebagai insan.. selagi tidak maka tidak sempurna seorg lelaki.. poligami bukan shortcut utk menyempurnakan diri.. sebaliknya didiklah pada isteri.. jika tidak ia akan jadi satu kesilapan yg tiada henti..

jika isteri redha dan boleh menerima suami apa adanya.. itu adalah kerna fitrah perempuan itu sendiri.. apabila suami merasa kekurangan dalam rumahtangga bukan bermakna tidak bersyukur.. aku paham kalo ada yg berpendapat bahawa pernyataan ini bias.. tapi pada pendapat aku memahami kedudukan lelaki dalam kehidupan bukanlah semudah melihat keadaan luarannya sahaja.. kerna redha isteri berada ditangan suami.. dan isteri juga yg memudahkan perjalanan suami ke syurga..

wajar atau tidak merasa tersiksa? bila lelaki rasa tersiksa maka haruslah diperiksa rumahtangganya.. mengapa perlu rasa tersiksa.. bila tersiksa maka bukan poligami sebaliknya penceraian lebih baik.. bukankah pernikahan itu utk menenangkan hati.. kalo tiada ketenangan maka itu bukanlah satu pernikahan.. tapi bukan semudah itu utk lelaki membatalkan pernikahannya kerna masih ada tuntutan2 lain dalam penceraian yg lebih berat dari poligami..

sebelum kawin cinta selepas kawin muak dibiji mata.. ini tugasan utk org perempuan utk mengkaji mengapa itu semua berlaku.. seorg isteri yg solehah tidak akan memuakkan biji mata suaminya.. kalo suami tak tentu hala maka kajilah diri.. mungkin ada sesuatu yg tidak dapat memenuhi keperluan suami.. cari apa yg diperlukan.. redupkan terik mentari.. dinginkan panas suasana.. sesungguhnya kebahagiaan org lelaki itu ditangan perempuan.. penuhi keperluan lelaki maka rumahtangga kita akan damai dan makmur.. insya-Allah..

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008