dapersoalan dibangkitkan oleh atehpia
(Topik:kecil hati - suami kata bangang)(07hb Januari 2005)..
"saya melepaskan rasa kecil hati dengan husband. mlm tadi mood dia tak baik. masakan tak kena citarasa dia, dia boleh ckp bangang. sedih sangat. kita penat-penat balik kerja masak, basuh baju dengan anak tak diamnya...kadang-kadang hilang sabar rasanya. actually saya ni dulu penyabar orangnya, tapi skrg cepat naik angin. saya baru 3 tahun mendirikan rumah tangga.
saya sebenarnya pun taklah pandai masak sangat. suami ni masakkan yg dia suka memang simple. sayur air, sup,masak kicap. itu aje, cuma semalam tu saya teringin nak makan makanan kegemaran saya, tapi dia memang tak suka masakan tu (kebetulan mood tak baik). tu yg dia marah. before ni pun dia kadang-kadang komplen, itulah inilah tak kena. saya ni jenis cepat terasa dan merajuk. lagi satu,dia tak tahu nak komen cara baik ini main lepas je ckp geram sangat.."
utk lelaki sahaja (utk pompuan belum lagi)
==============================
emm.. dua hari lepas sorg kawan aku ulas satu buku yg dia dah lama beli tapi baru mula baca.. ada satu bahagian yg dia suka sangat..
citer suami isteri bergaduh.. bla bla bla.. dam dam dum.. all the nasty word dah kuau.. bila sampai peak of the heat, hubby nak walk out dari bilik.. isteri dia kata tunggu.. pastuh dia sebut.."bila aku dalam keadaan stabil dan tenang, ko sentiasa menyayangi dan mengambil berat.. tapi bila aku dalam keadaan tak stabil, marah dan tidak tenang.. ko mahu meninggalkanku.."
bila si suami bertanya apa yg dia perlukan.. isteri hanya berkata bahawa dia perlu berada dipelukan suami.. kerna dia akan tenang dlm pelukan org yg disayanginya.. keduanya berpelukan ...and they live happily ever after.. (yg nih aku pandai2 sambung sendiri )..
apa isunya? buku tuh sebut lelaki punya gua (cave) sendiri.. bila ada masalah atau tertekan dia akan memasuki guanya.. sedangkan perempuan akan bercakap utk melepaskan tanggungan jiwanya.. ini perbedaan antara lelaki dan perempuan yg perlu kita insafi.. bagaimana seperti yg aku pernah sebut.. perempuan punya suami dan suami punya teman..
ini yg banyak org lelaki tak perasan.. bila isteri membebel kita akan ambil jalan mudah.. start keter keluar rumah.. tinggalkan isteri yg membebel.. atau paling mudah pekakkan telinga dan baca suratkhabar atau menonton tv.. pernah tak kita duduk depan diorg nih dan dengar betul2 apa yg diorg bebelkan..
aku bagi contoh isteri aku laa.. jgn bagitau dia lak aku citer nih.. sebelum dia bersalin minggu lepas (aku dapat anak pompuan lagi weh! ).. ada masa yg tiba2 dia membebel dan marah2.. aku heran gak.. sepanjang dia hamil dia tenang jer walaupun kitorg hanya jumpa hujung minggu.. semua dia handle sendiri.. tapi tiba2 di satu petang yg tenang dia tertekan..
macam biasa aku pun dengar sajalah apa yg dia sebut tapi aku tak jumpa isu sebenar.. sebab semua yg dia sebut tuh aku dah terangkan sebelum tuh lagi.. akhirnya aku tanya dia apa yg buat dia sedih campur marah sangat.. dgn sedu2 tuh dia sebut dia takut dia melahirkan seorg diri.. takut aku takder masa tuh, etc.. emm.. ini bukan anak pertama atau kedua.. dlm hati aku laa.. tapi aku paham kerisauan dia.. sebab itu juga yg aku risau..
hujan pun turun dipetang yg panas tuh.. dan mmg akhirnya kerisauan kami berdua berlaku atas takdir Tuhan.. buat pertama kalinya isteriku melahirkan tanpa aku di sisinya.. aku baru nak boarding.. tak sompek.. tapi alhamdulillah semuanya selamat.. itu semua takdir Tuhan.. kita hanya merancang..
apa yg aku nak sebut disini adalah perbezaan antara lelaki dan perempuan.. antara suami dan isteri.. byk kali aku sebut bila org pompuan membebel kita kena tengok balik.. sama cam quote member aku yg review buku tuh.. dia kata.. bila kita rasa org pompuan nih nak ubah kita, itu persepsi org lelaki.. pada umumnya dia bukan nak ubah kita totally tapi nak tengok improvement dlm diri kita.. hanya kerna cara dia sebagai pompuan tuh tak match dgn cara lelaki kita kita ambil kesimpulan dgn cepat.. dan yg memburukkan keadaan lagi kita buat kesimpulan dari perspektif kita sebagai lelaki dan tidak mengambil kira perspektif mereka..
kita lelaki.. we are king of the house.. we have to make everything in control.. raja yg baik adalah raja yg dihormati bukan ditakuti.. kita marah isteri, isteri diam.. merajuk berhari2.. muncung berdepa2.. adakah itu sifat raja? raja yg sebenar hanya perlu senyum atau mengunakan lirikan mata utk menegur.. wallahualam..
rumah kita adalah syurga bagi kita.. bila diri kita rasa tertahan atau lebih seronok berada di luar rumah maka lihatlah kembali dalam diri kita dan keluarga kita.. di mana yg boleh kita perbaiki dan tingkatkan.. rumah kita yg berisikan isteri dan anak2 kita seharusnya menjadi tempat yg terbaik utk bertenang dan bergembira.. theres no other place like home.. bila rasa itu dah takder.. kita yg lelaki nih tolonglah check balik.. takut ada yg kita tak perasan.. bukan kuantiti masa yg kita perlukan sebaliknya kualiti masa kita bersama keluarga..
atuk aku selalu pesan.. yg muda hormat yg tua.. yg tua sayangi yg muda.. sama juga suami dan isteri.. isteri hormat suami, suami juga kena sayangi isteri.. banyak dari kita kata sayang tapi kita cakap tak serupa bikin.. psal belacan pun boleh pancung memancung.. bila sorg dah berdamai maka terimalah dgn hati terbuka.. buang yg keruh amik yg jernih.. jgan pulak tunggu jadi tsunami.. bertahun2 tak settle nak bersihkan.. itu semua petunjuk tuh.. jgn sampai jadi tsunami dlm rumahtangga kita..
bila kita marah mulut, kaki dan tangan jangan bergerak.. jangan bercakap kecuali utk meredakan suasana.. kaki berhenti kecuali utk mendekati isteri.. simpan tangan kecuali utk memeluk isteri kita.. nih semua keje org lelaki.. kalo rumahtangga kita tak settle camna kita nak settlekan masalah masyarakat.. byk dari kita lelaki nih tak excell dan perform below level sbb kita byk risaukan hal rumah.. hati tak tenang walalupun ketika kita tak memikirkan hal tersebut..
utk Perempuan
===========
aku sering beranggapan bahawa aku takder hak utk kecik hati atau marah pada mak bapak aku.. kalo hak utk kecik hati dan marah aku takder, mengapa aku perlu marah.. walaupun obvious mak bapak aku yg buat silap tapi aku tak lihat sebagai silap diorg sebaliknya aku yg salah perspektif dlm melihat tindakan mereka..
sebagai isteri mmglah kita hanya manusia biasa yg punya hati dan perasaan.. sedih kena marah dan kena kutuk oleh suami.. tapi bukankah kita sendiri yg setuju utk hidup bersamanya di masa susah dan senang? hanya kita yg lebih kenal suami kita.. kita yg tahu dia marah macammana.. sedih bagaimana.. merajuk kemana.. kalo kita belum tahu maknanya kita kena buat lebih byk homework ttg suami kita lagi..
aku selalu sebut bila kita tak suka dgn sesuatu, kita tukar. kalo kita tak mampu tukar maka tukar persepsi kita.. semua yg berlaku adalah takdir Tuhan.. ada petunjuk utk kita insafi dan hikmah utk kita nikmati.. mungkin dia nak sebut pada org lain tapi dok simpan lama, kena lak kita yg buat hal maka terrrrsebut kat kita.. khilaf..
mmglaa kita terasa hati tapi bukankah kasih sayang kita tersangat hebat utk kita guriskan dgn kecik hati kita.. suami kita adalah org yg paling kita sayang dalam dunia.. kalo dia khilaf maka kita seharusnya jadi org yg pertama memaafkannya sebelum dia meminta maaf sekalipun..
bila suami pulang dgn mood tak baik.. kat muka pintu lagi kita dah tahu.. harusnya sebagai org yg paling dekat kita adalah insan yg paling tahu bagaimana utk membuatkan dirinya tenang.. kalo dia masuk rumah pun masih tak tenang.. emm.. kita kena check apa kurangnya syurga yg kita uruskan tuh... kalo mmg dia nak marah, biar dia lepaskan marahnya.. maki ker apa ker.. biar dia release.. mungkin dia tak tahu nak lepaskan macammana.. kita sebagai isteri yg kena bantu ringankan tekanan jiwanya.. kita cari kelemahan dia kat mana.. dan dari situlah kita bantu suami tercinta tuh mengawal dirinya.. insya-Allah..
kadang2 kita pun lupa bahawa mmg sama2 penat tapi ada masa suami kita itu lebih memerlukan kita daripada kita memerlukan dia.. kalo dulu boleh sabar, skrg boleh lebih sabar lagi.. setiap dugaan yg Tuhan berikan itu tidaklah sia2 melainkan kita tidak mahu mengambil ikhtibar darinya..
satu lagi bab merajuk nih.. toksah merajuk panjang2.. rajuk yg efektif harus selesai sebelum pagi.. sebab tuh kalo merajuk jgn keluar rumah tak balik2.. lebih elok kalo tak keluar bilik sampai selesai.. kalo bergaduh atas katil, jgn turun katil sampai selesai.. byk org tak selesai.. tau2 selesai takder yg mintak maaf atau apa.. so benda nih yg jadi jarum patah yg disimpan di dalam peti..
lagipun kalo merajuk, kita yg lebih byk rugi.. hati tak tenang.. nak buat apa2 susah.. tambah pulak derhaka dgn laki.. dibuatnya ada gempa bumi tak sempat nak mintak maap.. nauzubillah..
jap jap.. lepas klik balas mesej aku rasa mesej aku tuh klise dan tak praktikal.. juga sligthly tak adil pada org pompuan.. emm.. macam nih laa.. dalam zaman moden nih.. kita kawin pun cara moden so kita kena settlekan pun cara moden.. komunikasi.. kalo tak suka bagitau terus terang.. kita tak suka dipanggil bangang.. kalo kita bangang maka dia pun laki bangang.. sebab bangang mmg pasti terjodoh dgn bangang.. dia tak suka makanan kita masak, kita terus kemas semua makanan yg terhidang.. toksah kecik2 hati.. buang masa.. tak suka sudah..
lelaki nih kadang2 bukan boleh diberi muka.. lagi kita bagi muka lagi mengada2.. sekali kita kata ok.. esok lusa macam2 dia buat sebab rasa kita pasif.. kalo dia nak dilayan seperti raja behave like one..
PnAnn quote:
Pada saya.. ada masa suami memang perlu dihormati...ITU PRIORITI..tetapi dalam masa yang sama..suami juga harus hormati isteri... jangan wewenang cakap isteri dengan ayat negatif..isteri ada perasaan dan dialah insan yang telah banyak berkorban untuk rumahtangga...
Isteri tidak pernah minta lebih dari suami....yang mereka minta hanya respek dari seorang suami untuk seorang isteri...
Tolong buktikan.. "tidak bercakap seminggu itu perkara biasa sedangkan di sisi agama adalah salah besar bagi seorang isteri berbuat begitu." Tolong buktikan hadis atau ayat Al-quran mana yang mengatakan salah besar?
Dalam rumahtangga orang lain ~ hanya pasangan itu saja yang tahu perangai pasanganya dan hanya pasangan itu saja yang tahu bagaimana hendak mengajar semula pasangannya (Suami / Isteri).
Orang lain tidak tahu, malahan tidak akan tahu..apa senario sebenar rumahtangga orang yang bermasalah.
Itu sebab dikatakan..nasihat orang memang pandai dan boleh..tetapi bahu yang memikul masalah lebih tahu dan bagaimana merananya perasaan seorang isteri/suami itu.
Anda boleh kata bagaimana anda yang sebaiknya...itu anda..tetapi anda TIDAK boleh baiki bagaimana nak baik pulih rumahtangga orang lain. Rambut sama hitam hati lelain...
Saya adalah kaunselor part time ~ banyak kes rumahtangga sebegitu...bukan sahaja masalah orang lain...bahkan dalam keluarga sendiri...sikap ayah etc.
Kita cuba nasihat dan berikan yang terbaik..tetapi sekadar nasihat...insan yang pikul masalah lebih perit terima hinaan sepanjang rumahtangganya...
Saya pernah kemukakan topik tajuk "Penderaan Batin"..salah seorang mesej dari warga MDC...yang ceritakan (sianak) ibunya selama 23 tahun hidup bersama ayahnya..itulah ayat yang sudah sebati didengar seharian...impaknya amat mendalam...bukan pada anak-anak..malahan isteri...derita batin yang tidak nampak..
Maka samada saya atau pun anda...Anda boleh kata isteri berdosa bla..bla..bla..tak tegur suami sampai seminggu...etc. ?
Tetapi adakah anda tahu atau saya tahu... sejauh mana berdosanya seorang isteri ?
Tiada siapa yang tahu...hanya Allah swt...dia lebih maha mengetahui sejauh mana ikhlasnya hati seorang isteri...
Saya tahu itu memang salah...tapi saya tak boleh cerita lanjut..cukup setakat itu saja....itu soal dalaman rumahtangga kami...ada sebab kenapa saya buat begitu...itu pun setelah saya dapatkan nasihat dari Dr.Seperti yang saya katakan...sejauh mana isteri itu berdosa...hanya Allah swt saja yang maha mengetahui...manusia tidak boleh menghukum sedalam mana atau sejauh mana dosa seorang isteri...
Ann..
mula2 aku nak bagitau yg aku tak refer pada apa yg ko dah buat.. aku sebut dan relate salah tuh secara general.. dan seperti yg aku selalu sebut setiap rumahtangga berbeza.. hanya suami-isteri yg lebih paham antara satu sama lain.. apa yg berlaku dalam rumahtangga ko itu adalah yg terbaik telah ditakdirkan..
aku rasa aku penah citer bab ibu anggap anak derhaka walaupun anak tuh sentiasa mengabdikan diri pada ibunya.. Tuhan Maha Adil dan Maha Bijaksana..
sekali lagi dlm rumahtangga, kita kena kompromi.. bukan hanya kompromi dgn pasangan kita tapi juga kompromi dgn diri dan hati kita sendiri.. byk yg berlaku bila terjadi perselisihan, org akan bertanya salah siapa.. bagi aku tak penting salah siapa.. tapi dimana salahnya..
dalam rumahtangga, bila berlaku sesuatu yg tidak enak dimata dan tidak enak dihati.. salah kedua2 pasangan.. tidak boleh tunjuk menunjuk.. satu salah kerna melakukan dan yg satu lagi salah kerna tidak mampu menghalangnya dari berlaku.. marah dan rajuk adalah asam garam rumahtangga.. tanpa semua itu rumahtangga hambar.. tapi bukanlah bermakna aku suh korg bergaduh..
yang penting adalah apa seterusnya? bagaimana kita nak menuai hikmah? perselisihan paham adalah satu cara untuk mengenali diri pasangan kita dgn lebih baik.. so bila berlaku sesuatu yg meresahkan maka ingatlah bahawa itu adalah satu peluang utk kita mengenali si dia yg kita sangat sayangi.. insya-Allah..
Arman quote:
Rasulullah bersabda: "Wanita yang taat terhadap suaminya, diminta ampun oleh burung di angkasa, ikan-ikan di dalam air, malaikat di langit, matahari dan bulan, selama wanita itu ada dalam kerelaan suaminya. Dan setiap wanita yang derhaka kepada suaminya, maka kepadanyalah laknat Allah, malaikat dan manusia semuanya. Dan setiap wanita yang bermuka masam pada suaminya, ia adalah dalam kemurkaan Allah Ta'ala sampai ia (wanita/isteri) bersenda gurau dengan suaminya dan ia meminta kerelaanya. Dan setiap wanita yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, malaikat melaknatnya hingga ia pulang."
(Riwayat Al Bazzar).
Oleh kerana ada yang meminta dikemukakan hadis inilah hadisnya. Mungkin perkataan "salah besar di sisi agama" tidak sesuai kerana perkataan yang sesuai adalah "dalam kemurkaan Allah" sepertimana hadis di atas. Maaf untuk istilah yang kurang sesuai.
Walaubagaimanapun, para isteri yang tidak bercakap seminggu dengan suaminya tidak perlu bimbang kerana anda tidak termasuk hadis di atas asalkan anda tidak bermuka masam dan anda sentiasa bergurau senda dalam tempoh itu walaupun anda tidak bercakap dengannya. Saya memang tidak tahu situasi isteri yang di sebut bodoh oleh suaminya. Saya cuma menawarkan alternatif bersandarkan apa yang disyorkan oleh Rasulullah lebih 1400 tahun lalu iaitu menjadi orang yang sabar, mudah memaafkan, membuang atau mengurangkan sifat2 ego yang telah menjadikan iblis yang berkedudukan tinggi tersingkir dari sisi Allah.
Mungkin saya patut tegaskan sekali lagi, suami memang salah bila menyebut isteri bodoh. Suami memang patut minta maaf. Tapi bila berlarutan seminggu harus ada pihak yang memulakan proses berbaik2 itu. Oleh kerana suami anda tiada di sini, nasihat itu tertuju kepada anda. Terpulanglah anda ingin menerimanya atau tidak.
Entahlah, mungkin ada yang mengatakan ini tidak adil. suami boleh buat sesuka hati, cakap sesuka hati bla bla bla. Satu perkara kita perlu ingat :Tiada seorang pun yang lepas dari perhitungan Allah baik suami maupun isteri sekiranya dia tidak berlaku adil dalam hidupnya. Apa yang penting, kita ikut apa sahaja yang disyorkan Allah dan Rasulnya sekalipun ianya amat pedih dan memerlukan kekuatan untuk melakukannya. Kalau suami tidak adil, ada balasan untuknya. Apa yang penting para isteri ikutlah sebagaimana hadis di atas tanpa banyak dolak dalik lagi kerana orang yang beriman itu berkonsepkan " kami dengar dan kami patuh"
Usahlah ambil konsep dia boleh kenapa aku tidak, sebab akan tiba satu hari di mana alasan tidak lagi di terima Allah.
Mudah-mudahan Allah memberi kita semua hidayah dan kefahaman.
Wassalam
Arman..
maka benarlah apa yg ko sebut tuh.. sebab tuh tanggungjawab lelaki sangat besar.. sedikit kita kecil hati pada isteri maka isteri berada on straight path to hell..
kita sebagai lelaki kena jaga hati kita, sebagaimana ibu menjaga hatinya utk anak2.. iman itu tipis.. kita salah sebut kita boleh murtad.. begitu juga urusan hati..kita sebagai lelaki sanggupkah melihat org yg paling kita sayangi masuk neraka kerna kita marah atau kecil hati? ini persoalan yg harus kita sentiasa insafi.. kita yg harus lebih sabar kerna kita yg punya kelebihan itu.. org lelaki adalah ciptaan Tuhan yg paling sabar.. sesabar2 Nabi saw sendiri pernah merajuk.. itu yg kita kena teladani dan insafi..
org lelaki kena paham bahawa wanita adalah ciptaan yg tidak stabil dan kurang sabar.. kita kena sabanar dan tenang dalam menghadapi mereka.. kita buat satu silap, mereka akan buat lebih byk silap.. so bila isteri masam, maka kitalah yg kena senyum.. bila ada masalah yg berlarutan maka kitalah yg harus pantas menyelesaikannya.. jgn biarkan isteri yg selesaikan.. sebab kalo kita yg selesaikan jauh lebih sempurna.. almaklum pompuan..
bottomline.. kalo kita nak isteri yg beriman dengar dan patuh pada kita, maka kitalah kenalah tingkatkan iman kita dgn bersikap pemaaf dan sabar.. insya-Allah..
Rusila69 quote:
Aku nak citer pasal 2 orang kawan je kat sini...
Kawan A, (pompuan)
Satu hari dia masak samabal daging..kurang garam, jadik..mestilah kurang kick..suami dia kata, Apa awak masak ni!!! Rasa macam bangsat..!!! Apa dia kata, kalo rasa macam bangsat, makan kat luar..jangan suh saya masak lagik... Sejak tu dia tak masak lagi lebih kurang sebulan..sume dia beli...bila suami tanya, dia kata, tak nak kasi suami makan makanan yang rasanya macam bangsat... peh tu suami dia minta maaf,...baru dapat rasa masakan isteri...Alkisah saya tau, sebab dia bercerita dengan saya dengan lelehan air mata...
Kawan B (pompuan gak...)
Dia ni, tak ada kelulusan jugak....laki dia kata, anak dara kampung...memang saja carik sebab tak nak menyusahkan dia, macam bini orang lain...dari A ke Z laki dia buat...dia cuma dok umah masak dan jaga anak...gi pasau pun laki dia...duit belanja pun dia tak pegang..sebab nak buat apakan... Ajal maut di tangan Tuhan...suami dia meninggal... Hampir 2 bulan dia dok mamai kat umah...tak tau nak buat apa...anak2 paling besar darjah 4... Terpaksa jiran dan saudara mara bagi semangat, ajau gi pasar...ajau bayar bil api dan air...sume yg isteri patut tau, dia kena belajar...tambah lagi dengan kerja suami yang dia memang kena ambil tahu...
Sekianlah adanya kisah yang saya ambil tauladan....
rusila..
bila baca citer kawan B ko tuh.. aku rasa sangat sedih.. maka aku sekali lagi berharap agar para suami dapat menyediakan isterinya utk saat2 seperti itu.. sama spt yg berlaku pasca-tsunami.. kesian lihat para isteri terpaksa memulakan hidup baru dari scratch.. moga Tuhan memberkati kita semua.. Amin..
Atehpia quote:
berkat kesabaran inilah saya masih bertahan... sometimes kenangkan kebahagian bersamanya,kelebihan, kebaikan dan kasih sayang dia terhadap saya dan anak-anak.
saya kecilhati sangat tu sebab ibu bapa saya pun tak pernah cakap macam tu kat saya... tapi kami dah o.k ....
ateh..
alhamdulillah.. begitulah asam garam rumahtangga.. yg masam dan masin tuh laa yg menyedapkan insya-Allah Tuhan memberkati rumahtangga kita semua.. Amin..
sitimania quote:
Kalau ada masalah kat tempat kerja pun, balik rumah dia akan bercerita dgn saya dari A to Z apa yg berlaku. Luahan perasaan la tuh....saya dengar jek..pastu bila dia dah habis citer....dah releks barulah saya buka mulut. Pujuk dia...coolkan dia. Lepas tu baru dia akan ok.
all the hubby..
nih satu lagi laa aku nak share psal pompuan.. terbaca mesej sitimania nih teringat.. bila pompuan bercakap dlm keadaan marah atau komplen atau keadaan yg tak stabil laa.. biasanya dia hanya nak meluahkan perasaan.. kita org lelaki nih sebab mmg dah semulajadi terel akan rasa terpanggil utk ulas dan bagi pendapat yg bernas.. pernah alami tak kita bagi pendapat, kita pulak yg kena balik.. itulah maksud aku.. dia nak kita dengar saja.. bukan nak kita komen.. nih satu kena hati2.. kalo dgn org umah aku sebelum dia start citer aku tanya dulu,.. nih nak meluahkan perasaan ker nak mintak pendapat.. kalo nak meluahkan perasaan aku takkan bagi pendapat apa2.. biasalaa pompuan mana leh tak membebel satu hari.. heheh
aku kongsi lak citer aku bab makan nih.. org umah aku mmg suka masak.. so aku mmg selalu jadi bahan eksperimen.. dia akan tanya tapi dia tahu aku akan selalu jawab sedap walaupun rasa lain macam.. tapi dia tengok aku kuantiti dan cara aku makan.. sama gak kalo dia jemput org makan kat umah.. kalo sedap aku makan banyak, kalo tak sedap aku makan jugak tapi tak abih.. tapi kadang2 sebab aku tgok effort dia masak, walaupun tak sedap aku abihkan jugak.. sebab tuh laa badan aku mengembang jer.. nih dia dlm pantang ada can laa aku kurus sket.. :-)