menjadi hamba yg lebih taat



ada sorg kawan aku kata kahwin nih keje gila org lelaki. kenapa perlu kahwin? berbaloikah susah payah cari duit buat harta dan beri macam2 hanya untuk puaskan hati org pompuan. dah lah penat2 di tempat kerja bila balik kena pulak jaga hati dan urus keperluan org pompuan. bila buat silap kena bebel. nak bergerak pun asik kena tanya. padahal org lelaki yg sedia dan siapkan semua utk org pompuan. anak2 pulak diajar lebih sayang ibu dari bapa. semua yg org pompuan buat diperbesar2kan. baik takyah kawin katanya.

pastuh bila org pompuan kena buat keje2 yg org lelaki buat, org lelaki pulak yg dikatakan menyusahkan org pompuan dan kurang bertanggungjawab. bila org pompuan buat silap, org lelaki kena jadi pemaaf yg lebih besar. dia sambung lagi, sejak dari kejadian Hawa dah tunjuk dah betapa pompuan nih hanya akan menyebabkan org lelaki rebah tersungkur. tapi tetap yg salah org lelaki. bila masuk bab nih mesti dok kata org pompuan mmg fitrahnya lemah dan org lelaki yg kena jaga dan didik org pompuan. mana ada penghargaan yg signifikan utk org lelaki dalam bab2 macam nih?

aku hanya tersenyum dan berkata, "justeru itulah maksud dan fungsi kejadian pompuan. supaya kita memahami akan erti sebuah penghambaan terhadap cinta. jika kita org lelaki merasa berat dalam penghambaan cinta kepada seorg manusia, apalagi seorg jasad perempuan yg merupakan bahagian dari dirinya sendiri, maka akan lebih berat lagilah dalam penanggungan menghambakan dirinya kepada Tuhan."

jika kita merasa berat dipersalahkan atas setiap perkara, maka periksalah ikhlas dalam setiap yg kita lakukan. jika kita merasa marah ketika dipertanggungjawabkan atas setiap kesilapan, maka periksalah takabbur dan ujub yg hinggap dalam hati kita. ketika kita merasa susah hati, sedih, rindu dan sepi, maka periksalah syukur dan cinta kita kepada Tuhan. adakah begitu yg kita rasakan dalam mengingatinya.

hari ini adalah awal dari sebuah hijrah yg seterusnya. setiap org mahu memulakan harinya dgn perkara baik, namun jika kita sudah diuji pada hari pertama, maka insya-Allah hari yg mendatang kan menjadi lebih baik. kata anakku, nak dapat nomor satu tuh senang, yg susah ialah mempertahankannya pada setiap pertandingan. bila kita merasa diri kita pandai, maka pertumbuhan kepandaian kita akan agak mendatar, berbanding ketika kita merasa diri kita bodoh, maka kita akan melihat graf pertumbungan kepandaian menjadi lebih merangsang.

maka awal dari tahun yg baru ini, marilah kita kosongkan diri kita agar di tahun ini kita mampu mengisinya dengan lebih banyak perkara2 baik, perkara2 yg lebih baik, menjadi semakin baik, dan terbaik. menjadi lebih ikhlas, menjadi lebih syukur, menjadi hamba yg lebih baik. bukankah itu tujuan penciptaan manusia, 'menghambakan diri kepada Tuhan.'

wallahualam.

selamat tahun baru 1432.

About this entry

  1. Anonymous said...

    ringkas, tepat dan padat! intipati yg jujur..no arguments! thx for sharing soP. siapalah kwn yg malang tak moe kawen tu..dia lom jumpa lg pompuan yg dpt mencairkan hatinya lagi kot..;)

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008