muslim harus kaya?



semalam seorang sahabat mengingatkan aku satu hadis yg pernah menyentuh hati aku setahun yg lalu. ketika itu aku bertemu dgn seorg sahabat yg sudah lama terpisah sejak zaman sekolah. ternyata pertemuan itu bukanlah secara kebetulan melainkan satu rahmat Tuhan mahu menyentuh hatiku untuk melihat semula kekacauan yg sedang berlaku dlm hatiku ketika itu.

beliau merupakan seorg yg hebat dalam akademik ketika bersekolah dan melanjutkan pelajaran ke luar negeri selepas sekolah. setelah pulang ke tanahair, beliau ditawarkan pekerjaan dari pelbagai institusi perbankan kerna kecemerlangan akademik dan jaringan sahabat dan saudara-mara. namun beliau memilih untuk tidak bekerja dlm sektor perbankan, kerna pegangan beliau tentang ancaman yg terdapat dalam surah al-baqarah ayat 279. maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu.

beliau hanya senyum ketika di'bongok'kan oleh kawan2, di'bodoh'kan oleh saudara-mara malah hanya tunduk tidak menjawab ketika ibunya marah2 kerna mem'bazir'kan ijazah yg dipegangnya. seterusnya beliau memilih utk bekerja sebagai pegawai biasa di sebuah syarikat seorg sahabat sambil berjinak2 dgn perniagaan kecil2an.

ketika aku bertemu dgnnya, maka bertukar khabarlah kami, saling bercerita mengenai perjalanan hidup yg sedang kami lalui. beliau sudah bernikah, isterinya adalah kenalannya ketika menuntut di luar negeri, mempunyai ijazah namun tidak bekerja. tinggal menyewa di sebuah rumah teres. berulang-alik kerja dgn motor yg dibelinya ketika mula bekerja dulu. hidup yg sangat sederhana. namun aku melihat bahagia dari sinar matanya. tenang dan lembut.

hinggalah sampai ke topik kewangan. memang pernah ada sahabat2 lain bercerita mengenai beliau padaku sebelumnya, semuanya menyampaikan khabar simpati melihat keadaan beliau. namun petang itu aku dapat merasakan bahawa beliaulah yg bersimpati dgn aku.

aku masih ingat kata2nya ketika aku mencuit perkara menjadi jutawan dan meninggalkan kemiskinan. beliau hanya berkata, "kita kerja nih ibadah. rezeki itu Tuhan dah tetapkan. jika mmg takdir aku miskin, aku sangat bersyukur, kerna bermakna Tuhan sangat menyayangi aku dan mahu aku masuk syurga 40 tahun lebih awal berbanding jika Tuhan mentakdirkan aku kaya-raya di dunia."

subhanallah. malam itu aku tidak dapat tidur memikirkan kata2nya. dan semalam seorg sahabat mengingatkan hadis itu semula padaku. sangat tepat waktunya utk aku diingatkan semula.

miskin itu yg utama. namun bukan bermakna kita harus bermalas2an. kerna jika kita bermalas2an bermakna kita tidak menjalankan fungsi kita sebagai hamba, yg wajib menyembahnya. menjalani hidup itu adalah bentuk penyembahan pada Tuhan. memberi nafkah dan mencari rezeki itu kewajipan sebagai manusia. berniaga, mendapat keuntungan, bekerja, mendapat upah, dan segala usaha mencari harta adalah satu bentuk penyembahan pada Tuhan.

hanya saja mencari harta itu bukan utk dikumpulkan, sebaliknya untuk diberi semula utk menyelesaikan masalah ummah. para sahabat banyak yg kaya-raya, namun mereka tidak mengumpul harta. Khalifah Abu Bakar ra dan Khalifah Umar ra sendiri telah menunjukkan contoh yg terbaik dalam berlumba2 utk bersedekah. ketika Umar ra menginfaqkan sebahagiandari hartanya utk ummah, Abu Bakar ra menginfaqkan keseluruhan hartanya. ini bentuk kekayaan dalam Islam. bukan apa yg dikumpulkan tetapi apa yg dikeluarkan.

terbaliklah pegangan kita di zaman ini yg mengakui bahawa kekayaan itu diukur dgn jumlah harta yg terkumpul. sesungguhnya itulah org yg miskin. menjemput datang cinta dunia dan menyebabkan lambat 40 tahun utk masuk syurga. andai saja ibadah kita tidak dilalaikan oleh harta tersebut, jika alpa maka lebih lambat lagilah kita menggapai rahmat syurga Tuhan. inikah yg kita kejar?

apabila mencari keuntungan dan mengejar upah tidak sinonim dengan pengumpulan harta, maka terjadilah sekurang2nya dua perkara.. pertama, meniaga dan bekerja itu ikhlas tanpa memberatkan keuntungan pada diri sendiri melainkan untuk melayan ummah dan menyembah Tuhan. kedua, ketika melihat kelemahan dan kekurangan dalam ummah tidak merasa sukar melepaskan harta dari genggaman demi melihat pembangunan dan kekuatan ummah. sebagaimana ansar tidak merasa rugi ketika membanjirkan madinah dengan memecahkan harta2 dan perniagaan dlm gudang mereka ketika turunnya firman Tuhan mengharamkan arak. tanpa ragu akan janji Tuhan.

ini merupakan inti pada pembangunan Islam. saling mengumpul harta untuk diberikan kepada jemaah. sedia memberi nafkah pada janda2 yg kematian suami dan anak2 yatim. tanpa ragu menginfaq utk menyediakan prasarana pendidikan, membiayai para pelajar, menggalakkan pengkajian ilmu, gerakan dakwah dan fasilitas perubatan. demi menyediakan pembangunan insan dalam jemaah, supaya generasi yg dibawah menjadi lebih baik dan tamadun tidak terhambat.

maka setiap org Islam harus kaya, dalam cetakan cara Islam. kekayaan seorg muslim itu dicerminkan oleh jemaahnya, bukan oleh dirinya sendiri. setiap muslim harus berusaha untuk menjadi lebih baik dalam melayani jemaahnya dalam jalur menyembah Tuhannya. ini makna kaya yg sebenarnya.

wallahualam.

About this entry

  1. The money that a true believer needs to support himself with is comparable to the donkey that he rides, and the carpet that he sits on - nay, rather the toilet that he relieves himself in - for he has a need for these things, but they do not occupy a status (in his heart).' Shaykhul Islaam Ibn Taymiyyah

  2. subhanallah.. itulah kebenarannya ;)

  3. Anonymous said...

    Good Afternoon

    Thanks for writing this blog, loved reading it

  4. Anonymous said...

    Wow all I can say is that you are a great writer! Where can I contact you if I want to hire you?

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008