it was a slow week.. nutting much to do.. nobody to talk to.. nowhere to go.. no plan.. no fren.. left me stuck with HBO in hotel preventing myself doing something that i don't wanna do.. guess what? great old movies on tv..
front of the class
based on real story about Bred Cohen who stuck with his 'tourette' since 6 years old.. difficult situation, difficult time, and difficult world.. for brad, people saw his tourette syndrome as disability, but he take it as a loyal friend and a great teacher..
lesson learned:
its ok to be difference and don't let your disability run your life..
kita selalu nampak cacat dan kekurangan org, dan kebiasaanya kita nampak sebab itu seab kita nak tutup cacat dan kekurangan kita.. kita lihat apa yg kita nak lihat dan percaya apa yg kita nak percaya.. kita lebih baik dari org lain..
dan sebahagian dari kita pula, mengalah pada kekurangan dan cacat diri kita sendiri.. kita tak mahu melihat semua itu sebagai cabaran sebaliknya mencari2 alasan utk tidak berbuat apa2 dan mengelak dari menghadapinya..
semua ini kerana kita hidup diatas jalan org lain dan melihat dari mata org lain.. hidup kita diatur oleh pendapat org lain dan bukan apa kata hati kita.. kita jadi penakut yang meneruskan hidup dalam ketakutan, berharap org lain tidak tahu akan ketakutan tersebut.. kita tipu diri kita sendiri.. sebab kita sentiasa berharap dan percaya bahawa org lain lebih baik dari kita.. tapi bukankah Tuhan memberikan kita peluang yg sama?
pay it forward
based on a book written by Catherine Ryan Hyde whom inspired by getting help from stranger in her near-death accident.. the movie was about a 12 year old boy who have a big idea of social mlm for his assignment to save the world..
lesson learned:
life is not a total disapointment, but when you quit, everybody else lose
apabila kita melihat kesusahan org lain, kita kasihan dan kita membantu tapi hanya 'sekadar yg kita mampu'.. pernyataan ini sangat kabur.. kerana kita mahu menolong tetapi kita mahu masalah itu tetap masalah mereka dan kita bukanlah sebahagian daripadanya.. bagus kalo kita dapat membantu tapi itu bukan tanggungjawab kita..
lebih menyedihkan lagi ialah perasaan kasihan kita itu hanya sekadar mahu menjadikan masalah org lain sebagai bahan untuk menyenangkan hati kita, sebagai bahan mengumpat dan juga sebagai satu kaedah merasa baik dgn apa yg kita ada.. dan kasihan itu juga bersifat sementara..
sejujurnya, kita tak peduli org miskin tak makan, kita tak peduli anak yatim mintak sedekah, kita tak peduli kalo janda2 bersusah payah membuat kerja apa saja, dan kita tak peduli kalo anak org lain jadi jahat.. asalkan tidak menyusahkan kita.. ini wajah sebenar kita disebalik topeng manusia yang kita pakai..
sejauh mana kita mahu bantu org lain? adakah kita tunggu org lain mula dulu? sedangkan apabila kita mengalah, keseluruhan jemaah kita akan runtuh.. bukankah muslim itu umpama batu-bata yang membentuk dinding.. lemah satu lemahlah semuanya..
frequency
its a fiction, sort of time-travel.. a son get connected to his 30 years dead father through a radio link connection.. the son tries to save his father's life but then must fix the consequences..
lesson learned:
you can change your future by changing your life now..
bila kita renung masa silam kita, semua org mahu peluang kedua.. ini adalah asas hampir kesemua kisah pengembaraan melalui masa.. keinginan mahu mengubah apa yg telah terjadi dengan harapan untuk mendapatkan hidup yang lebih baik.. namun hidup bukanlah sentiasa berakhir dengan bahagia seperti di dalam filem..
kita tidak boleh mengubah masa lalu.. dan tidakkah agak terlambat utk menyesali hidup kita sekarang? jadi apa pilihan yg kita ada? masa depan juga bukanlah dibawah kekuasaan kita.. apa yg kita ada adalah hari ini.. hari ini adalah peluang kedua kita.. melepaskannya begitu sahaja bermakna kita menidakkan peluang kedua yg diberikan pada kita.. bukankah begitu?
Tuhan menjadikan takdir itu rahsia, supaya kita memilih tadbir.. jika kita terus tenggelam dalam kelam masa lalu atau hanyut dalam angan-angan masa depan, kita melepaskan apa yang paling penting yg kita ada.. hari ini.. sudahkah kita perhalusi hari ini? adakah semalam itu bermakna jika esok itu bukan milik kita? hari ini adalah penentunya.. hari ini adalah titik kita merubah hidup kita.. dan hari inilah saja peluang yg kita ada..
kata temanku.. "life too short to be filled with grouse"..
well.. its not totally a bad day for me huh? ;)
Post a Comment