jangan cari jawapan!


seorang sahabat menemuiku untuk meminta pendapat dalam membuat pilihan.. secara mudahnya aku akan beri pendapat aku dengan meletakkan diriku berada dalam 'kasut'nya.. aku dah sering buat begitu sepanjang diriku.. namun aku dapat merasakan bahawa tindakan sebegitu tidaklah memudahkan dia membuat pilihan.. malah buat dia jadi pening dan kena digest lebih banyak lagi sebab dia kena paham mengapa aku berkata seperti yg aku katakan..

aku paham bila org datang kat aku untuk mintak pendapat.. sebab diorg nak aku beri pandangan dari sudut yg berbeza.. dan aku dah banyak selesaikan macam2 masalah sahabat2 aku dengan solusi yg aku berikan pada mereka..

tapi ada satu ketika, aku merasakan tindakan aku itu tidaklah sepenuhnya membantu mereka.. sama ada mereka akan terus datang meminta aku menyelesaikan masalah mereka.. bukan maksud aku rimas atau tak suka, malah aku mmg suka selesaikan masalah.. cuma aku merasakan aku tidak membantu dengan cara yg betul dan efektif..

dulu, org tak minta nasihat pun aku tetap menyibukkan diri nak tolong.. pantang dengar org ada masalah, aku akan cari jalan nak selesaikan masalah diorg.. sampai masalah dlm kain pun aku tolong selesaikan.. the wishmaster.. aku tak mahu org lalu jalan susah macam yg aku dah alami..

dan aku dah belajar satu perkara, ada org yg mmg tanak masalah diorg selesai.. diorg bercerita dgn aku hanya nak minta aku jadi pendengar, which is i gotta admit than i'm a good listener, dan bukan nak minta aku selesaikan masalah.. silap aku selalu beranggapan setiap masalah ada penyelesaian.. benar tapi aku tidak melihat dari satu sisi masalah itu berlaku bukan semata2 untuk diselesaikan.. sekarang aku hanya bantu org yg mahu dibantu..

memberi pendapat adalah mudah.. tapi sekarang aku cuba utk tidak memberi pendapat utk menyelesaikan persoalan.. kerna aku percaya setiap soalan itu sendiri adalah jawapannya.. jika jawapan itu tidak ada, maka kita tidak akan bertanya.. dan kebanyakan soalan berkenaan diri kita itu mempunyai jawapan dalam diri kita juga..

aku dah paham bahawa kita tak boleh menyelesaikan masalah org lain.. hanya org itu sendiri yg boleh dan perlu menyelesaikan masalah mereka sendiri.. apa yang perlu aku lakukan ialah membantu sahabat2ku mencari jawapan itu dalam diri mereka.. seringkali kita tak sedar apa yg kita tahu.. dan kita tak sedar betapa besar nikmat dalam maklumat dan ilmu yg dipunyai oleh diri kita..

atas sebab itu aku sudah jarang memberi jawapan.. jika org bertanya, maka aku akan bertanya semula pada mereka.. bagi aku cara ini lebih efektif.. aku akan terus bertanya hingga aku menemui soalan yg tepat.. jika aku dapat bertanya soalan yg tepat, maka org itu akan memberi jawapan yang dapat menyelesaikan masalah mereka..

kita hidup dalam budaya rendah diri.. kita sentiasa melihat orang lain lebih baik daripada kita.. tak ada yg salah dalam budaya nih, hanya saja kita terpesona dgnnya secara berlebihan.... kita terus2an mencari jawapan dalam diri org lain..

maka dengan kesempatan ini, aku mahu berkongsi dengan para sahabat sekalian.. jika anda punya maslah, carilah soalan yang tepat bukan jawapan yg sesuai.. jika tidak menemui soalannya, carilah org yang boleh menemukan soalan tersebut.. jangan berpuashati dengan jawapan sebaliknya harapkanlah soalan dari jawapan yg kita temukan.. dihujung setiap jawapan sentiasa ada persoalan.. dlm persoalan itu ada jawapannya.. dan perjalanan ini masih tersangat panjang..

dan ramai sahabat terdekatku bertanya mengapa aku suka bersusah payah mencari masalah dan menyelesaikannya.. hanya satu jawapanku, aku mahu memahami org lain supaya aku memahami diriku.. untuk menjawab satu soalan yang aku temukan ketika aku mulai mengerti maksud 'mengenali diri sebagai satu jalan mengenal Tuhan'.. dan soalan itu ialah 'siapa aku?'.. moga aku akan terus mendapat soalan yg lebih tepat dan memahaminya sebelum aku menemui-Nya .. amin.

About this entry

  1. `ramainya' blog usopkuchai!

  2. mengurai kekusutan brader..
    supaya tidak 'tersimpul mati'.. ;)

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008