.jpg)


ini contoh realiti budaya masyarakat kita.. sejak zaman berzaman org kita suka 'menganyam ketupat' (baca: mengumpat) hingga berbuah pula peribahasa 'jangan jaga tepi kain orang'..
tapi nanti dulu.. terkini, ada satu program realiti tv indonesia (termehek-mehek) yg terlebih lagi menghiburkan bagi penggemar gosip.. konsepnya ialah mempertemukan dua org yang telah terpisah.. simple but...

ada citer seorg anak yg membenci bapanya kerana meninggalkan dia dan ibunya begitu sahaja, ternyata ibunyalah yang berselingkuh hingga menyebabkan bapanya mengalami tekanan perasaan yang berat.. ada citer seorg anak yg kononnya mencari bapa kandungnya utk menjadi wali pernikahannya, yg berakhir bahawa sebenarnya yg dicarinya ialah pensyarah playboy anak tiga, yg menjadi kekasih gelapnya, yg tiba2 menghilangkan diri..
kita telah berjaya mencapai peningkatan satu tahap lagi dalam genre 'ketupat' mengungkap aib orang yang kita halalkan atas sebab konon 'agar dapat menjadi pedoman'.. bermakna segala latihan 'ketupat' melihat kebobrokan masyarakat dalam drama2 tv bukan lagi satu thrill.. adventure yang sebenar ialah menggarap kisah sebenar dengan org2 sebenar..
dan rasanya ini semua bukanlah satu masalah masyarakat zaman ini.. malah kita anggap semua itu perkara biasa.. yg berlaku itu perkara biasa.. menyingkap aib org lain itu juga perkara biasa..
adakah kita terlupa akan teguran keras Nabi saw?
"sesungguhnya org yg menceritakan keburukan saudaranya itu adalah seumpama memakan daging saudaranya sendiri.."
atau mungkin makan daging saudara sendiri juga bukan sesuatu yang luarbiasa.. yang itu kita citer dalam hikayat yang lain..
Post a Comment