jangan cari jawapan!


seorang sahabat menemuiku untuk meminta pendapat dalam membuat pilihan.. secara mudahnya aku akan beri pendapat aku dengan meletakkan diriku berada dalam 'kasut'nya.. aku dah sering buat begitu sepanjang diriku.. namun aku dapat merasakan bahawa tindakan sebegitu tidaklah memudahkan dia membuat pilihan.. malah buat dia jadi pening dan kena digest lebih banyak lagi sebab dia kena paham mengapa aku berkata seperti yg aku katakan..

aku paham bila org datang kat aku untuk mintak pendapat.. sebab diorg nak aku beri pandangan dari sudut yg berbeza.. dan aku dah banyak selesaikan macam2 masalah sahabat2 aku dengan solusi yg aku berikan pada mereka..

tapi ada satu ketika, aku merasakan tindakan aku itu tidaklah sepenuhnya membantu mereka.. sama ada mereka akan terus datang meminta aku menyelesaikan masalah mereka.. bukan maksud aku rimas atau tak suka, malah aku mmg suka selesaikan masalah.. cuma aku merasakan aku tidak membantu dengan cara yg betul dan efektif..

dulu, org tak minta nasihat pun aku tetap menyibukkan diri nak tolong.. pantang dengar org ada masalah, aku akan cari jalan nak selesaikan masalah diorg.. sampai masalah dlm kain pun aku tolong selesaikan.. the wishmaster.. aku tak mahu org lalu jalan susah macam yg aku dah alami..

dan aku dah belajar satu perkara, ada org yg mmg tanak masalah diorg selesai.. diorg bercerita dgn aku hanya nak minta aku jadi pendengar, which is i gotta admit than i'm a good listener, dan bukan nak minta aku selesaikan masalah.. silap aku selalu beranggapan setiap masalah ada penyelesaian.. benar tapi aku tidak melihat dari satu sisi masalah itu berlaku bukan semata2 untuk diselesaikan.. sekarang aku hanya bantu org yg mahu dibantu..

memberi pendapat adalah mudah.. tapi sekarang aku cuba utk tidak memberi pendapat utk menyelesaikan persoalan.. kerna aku percaya setiap soalan itu sendiri adalah jawapannya.. jika jawapan itu tidak ada, maka kita tidak akan bertanya.. dan kebanyakan soalan berkenaan diri kita itu mempunyai jawapan dalam diri kita juga..

aku dah paham bahawa kita tak boleh menyelesaikan masalah org lain.. hanya org itu sendiri yg boleh dan perlu menyelesaikan masalah mereka sendiri.. apa yang perlu aku lakukan ialah membantu sahabat2ku mencari jawapan itu dalam diri mereka.. seringkali kita tak sedar apa yg kita tahu.. dan kita tak sedar betapa besar nikmat dalam maklumat dan ilmu yg dipunyai oleh diri kita..

atas sebab itu aku sudah jarang memberi jawapan.. jika org bertanya, maka aku akan bertanya semula pada mereka.. bagi aku cara ini lebih efektif.. aku akan terus bertanya hingga aku menemui soalan yg tepat.. jika aku dapat bertanya soalan yg tepat, maka org itu akan memberi jawapan yang dapat menyelesaikan masalah mereka..

kita hidup dalam budaya rendah diri.. kita sentiasa melihat orang lain lebih baik daripada kita.. tak ada yg salah dalam budaya nih, hanya saja kita terpesona dgnnya secara berlebihan.... kita terus2an mencari jawapan dalam diri org lain..

maka dengan kesempatan ini, aku mahu berkongsi dengan para sahabat sekalian.. jika anda punya maslah, carilah soalan yang tepat bukan jawapan yg sesuai.. jika tidak menemui soalannya, carilah org yang boleh menemukan soalan tersebut.. jangan berpuashati dengan jawapan sebaliknya harapkanlah soalan dari jawapan yg kita temukan.. dihujung setiap jawapan sentiasa ada persoalan.. dlm persoalan itu ada jawapannya.. dan perjalanan ini masih tersangat panjang..

dan ramai sahabat terdekatku bertanya mengapa aku suka bersusah payah mencari masalah dan menyelesaikannya.. hanya satu jawapanku, aku mahu memahami org lain supaya aku memahami diriku.. untuk menjawab satu soalan yang aku temukan ketika aku mulai mengerti maksud 'mengenali diri sebagai satu jalan mengenal Tuhan'.. dan soalan itu ialah 'siapa aku?'.. moga aku akan terus mendapat soalan yg lebih tepat dan memahaminya sebelum aku menemui-Nya .. amin.
Read On 2 ulasan

menafkahi keperluan?

[moved: i-Planning ]
Read On 0 ulasan

Koperasi HPA umum dividen 14%

[moved : i-Planning ]
Read On 1 ulasan

Thriller of Neverland


"No joke. King of Pop is no more. Wow,"
SMS from new york city relaying news about the death of Michael Jackson.

Read On 1 ulasan

you have a bad day?


it was a slow week.. nutting much to do.. nobody to talk to.. nowhere to go.. no plan.. no fren.. left me stuck with HBO in hotel preventing myself doing something that i don't wanna do.. guess what? great old movies on tv..
front of the class
based on real story about Bred Cohen who stuck with his 'tourette' since 6 years old.. difficult situation, difficult time, and difficult world.. for brad, people saw his tourette syndrome as disability, but he take it as a loyal friend and a great teacher..

lesson learned:
its ok to be difference and don't let your disability run your life..

kita selalu nampak cacat dan kekurangan org, dan kebiasaanya kita nampak sebab itu seab kita nak tutup cacat dan kekurangan kita.. kita lihat apa yg kita nak lihat dan percaya apa yg kita nak percaya.. kita lebih baik dari org lain..

dan sebahagian dari kita pula, mengalah pada kekurangan dan cacat diri kita sendiri.. kita tak mahu melihat semua itu sebagai cabaran sebaliknya mencari2 alasan utk tidak berbuat apa2 dan mengelak dari menghadapinya..

semua ini kerana kita hidup diatas jalan org lain dan melihat dari mata org lain.. hidup kita diatur oleh pendapat org lain dan bukan apa kata hati kita.. kita jadi penakut yang meneruskan hidup dalam ketakutan, berharap org lain tidak tahu akan ketakutan tersebut.. kita tipu diri kita sendiri.. sebab kita sentiasa berharap dan percaya bahawa org lain lebih baik dari kita.. tapi bukankah Tuhan memberikan kita peluang yg sama?

pay it forward
based on a book written by Catherine Ryan Hyde whom inspired by getting help from stranger in her near-death accident.. the movie was about a 12 year old boy who have a big idea of social mlm for his assignment to save the world..

lesson learned:
life is not a total disapointment, but when you quit, everybody else lose

apabila kita melihat kesusahan org lain, kita kasihan dan kita membantu tapi hanya 'sekadar yg kita mampu'.. pernyataan ini sangat kabur.. kerana kita mahu menolong tetapi kita mahu masalah itu tetap masalah mereka dan kita bukanlah sebahagian daripadanya.. bagus kalo kita dapat membantu tapi itu bukan tanggungjawab kita..

lebih menyedihkan lagi ialah perasaan kasihan kita itu hanya sekadar mahu menjadikan masalah org lain sebagai bahan untuk menyenangkan hati kita, sebagai bahan mengumpat dan juga sebagai satu kaedah merasa baik dgn apa yg kita ada.. dan kasihan itu juga bersifat sementara..

sejujurnya, kita tak peduli org miskin tak makan, kita tak peduli anak yatim mintak sedekah, kita tak peduli kalo janda2 bersusah payah membuat kerja apa saja, dan kita tak peduli kalo anak org lain jadi jahat.. asalkan tidak menyusahkan kita.. ini wajah sebenar kita disebalik topeng manusia yang kita pakai..

sejauh mana kita mahu bantu org lain? adakah kita tunggu org lain mula dulu? sedangkan apabila kita mengalah, keseluruhan jemaah kita akan runtuh.. bukankah muslim itu umpama batu-bata yang membentuk dinding.. lemah satu lemahlah semuanya..


frequency
its a fiction, sort of time-travel.. a son get connected to his 30 years dead father through a radio link connection.. the son tries to save his father's life but then must fix the consequences..

lesson learned:
you can change your future by changing your life now..

bila kita renung masa silam kita, semua org mahu peluang kedua.. ini adalah asas hampir kesemua kisah pengembaraan melalui masa.. keinginan mahu mengubah apa yg telah terjadi dengan harapan untuk mendapatkan hidup yang lebih baik.. namun hidup bukanlah sentiasa berakhir dengan bahagia seperti di dalam filem..

kita tidak boleh mengubah masa lalu.. dan tidakkah agak terlambat utk menyesali hidup kita sekarang? jadi apa pilihan yg kita ada? masa depan juga bukanlah dibawah kekuasaan kita.. apa yg kita ada adalah hari ini.. hari ini adalah peluang kedua kita.. melepaskannya begitu sahaja bermakna kita menidakkan peluang kedua yg diberikan pada kita.. bukankah begitu?

Tuhan menjadikan takdir itu rahsia, supaya kita memilih tadbir.. jika kita terus tenggelam dalam kelam masa lalu atau hanyut dalam angan-angan masa depan, kita melepaskan apa yang paling penting yg kita ada.. hari ini.. sudahkah kita perhalusi hari ini? adakah semalam itu bermakna jika esok itu bukan milik kita? hari ini adalah penentunya.. hari ini adalah titik kita merubah hidup kita.. dan hari inilah saja peluang yg kita ada..

kata temanku.. "life too short to be filled with grouse"..

well.. its not totally a bad day for me huh? ;)
Read On 0 ulasan

'ketupat': suatu anjakan paradigma


beberapa bulan lepas kecoh satu malaya kes norman hakim dgn abby.. kisah itu jadi panas bila tv3 (melodi) menyiarkan adegan abby mengganyang norman di lokasi pengambaran.. satu paradigma baru dalam genre gosip.. seumpama program realiti.. org suka tengok laki-bini bergaduh sebenarnya..

bila aku sampai jakarta dua minggu lepas, kecoh kisah lagenda manohara yang dinikahkan ketika dibawah umur oleh ibunya kepada kerabat diraja kelantan.. walaupun kisah ini tidak panas di malaysia tetapi telah menjadi satu isu nasional di indonesia.. manohara telah menjadi selebriti yang setiap hari entah berapa kali keluar tv..

tiba2 kisah manohara jadi dingin apabila muncul pula kisah cici faramida meng'kantoi'kan suaminya, ahmad suhaebi, bersama perempuan lain.. saling tak tumpah citer norman-abby.. dengan tambahan, ketika suaminya cuba melarikan diri dari kepungan, sang suami terlanggar pula isterinya.. maka kecoh pula satu indonesia bila cici faramida membuat sidang akhbar dengan muka yang luka2.. mmg org suka.. hampir setiap stesen tv dan hampir setiap hari ada citer yg sama..

ini contoh realiti budaya masyarakat kita.. sejak zaman berzaman org kita suka 'menganyam ketupat' (baca: mengumpat) hingga berbuah pula peribahasa 'jangan jaga tepi kain orang'..

tapi nanti dulu.. terkini, ada satu program realiti tv indonesia (termehek-mehek) yg terlebih lagi menghiburkan bagi penggemar gosip.. konsepnya ialah mempertemukan dua org yang telah terpisah.. simple but...
the twist are always great.. semuanya membuatkan penonton tidak berganjak mahu melihat kesudahan setiap cerita.. dan ini bukan drama berskrip tetapi realiti yang mempunyai pelakon sebenar, jalan cerita sebenar dan keadaan sebenar, hingga pengacara rancangan sendiri menjadi terkejut dengan kesudahan penyiasatannya..

ada citer seorg anak yg membenci bapanya kerana meninggalkan dia dan ibunya begitu sahaja, ternyata ibunyalah yang berselingkuh hingga menyebabkan bapanya mengalami tekanan perasaan yang berat.. ada citer seorg anak yg kononnya mencari bapa kandungnya utk menjadi wali pernikahannya, yg berakhir bahawa sebenarnya yg dicarinya ialah pensyarah playboy anak tiga, yg menjadi kekasih gelapnya, yg tiba2 menghilangkan diri..

kita telah berjaya mencapai peningkatan satu tahap lagi dalam genre 'ketupat' mengungkap aib orang yang kita halalkan atas sebab konon 'agar dapat menjadi pedoman'.. bermakna segala latihan 'ketupat' melihat kebobrokan masyarakat dalam drama2 tv bukan lagi satu thrill.. adventure yang sebenar ialah menggarap kisah sebenar dengan org2 sebenar..

dan rasanya ini semua bukanlah satu masalah masyarakat zaman ini.. malah kita anggap semua itu perkara biasa.. yg berlaku itu perkara biasa.. menyingkap aib org lain itu juga perkara biasa..

adakah kita terlupa akan teguran keras Nabi saw?
"sesungguhnya org yg menceritakan keburukan saudaranya itu adalah seumpama memakan daging saudaranya sendiri.."

atau mungkin makan daging saudara sendiri juga bukan sesuatu yang luarbiasa.. yang itu kita citer dalam hikayat yang lain..
Read On 0 ulasan

poverty: new wave entertainment


kebiasaannya, drama 'soap-opera' menunjukkan kehidupan mewah orang2 kaya yang mendapat rating tinggi di tv.. maka invidu2 kelas menengah dan bawah dapat berfantasi akan kehidupan yang begitu dan melupakan kesukaran hidup mereka.

untuk beberapa waktu ini, kemiskinan merupakan satu program realiti yang popular.. mungkin saja baik untuk menimbulkan sikap perihatin atau mungkin saja membuatkan mereka merasa hidup mereka tidak terlalu sukar berbanding org2 miskin yang dipertontonkan..

persoalannya, adakah org2 miskin ini benar2 terbantu atau hanya sekadar manipulasi sosial? atau sekadar memberi 'keseronokan' dgn cara tersendiri dgn melihat kesengsaraan orang lain..

di indonesia, bermacam program realiti tv di indonesia yang menonjolkan kemiskinan yang terkadang memberi kesan membodoh2kan org2 miskin..

ada org miskin diberi duit yg byk tapi harus menghabiskan dalam masa tertentu (cth : rejeki nomplok) yg membuat org ketawa terbahak2 melihat kekalutan si miskin memilih barangan yg terkadang kita dapat merasa kebodohan dlm pilihan mereka..

ada org miskin yg dihadiahkan majlis pernikahan besar2an secara percuma dan diberi pakej bulan madu di hotel berbintang (cth: nikah gratis) yg membuat org geli hati melihat gerak kekok kedesaan mereka menurut apa saja yang disuruh oleh pengacara program..

ada pula org miskin diberi kejutan dengan cara memperbaiki rumah mereka (cth: rumah idaman) yg membuat org tersentuh melihat 'kegembiraan' mereka hingga menganggap pengacara rancangan umpama malaikat..

itu sekadar beberapa contoh, dan pada setiap akhir program tersebut, pengacara akan cuba memancing emosi si miskin ini supaya memberi satu perlakuan yang bombastik.. wajar mereka menangis gembira mendapat sesuatu yang tak pernah mereka impikan akan menjadi kenyataan tetapi adalah perlakuan sebegitu boleh mengubah hidup mereka?

walaupun dari satu sisi, org2 miskin ini mendapat juga keuntungan dari manipulasi tersebut tapi.. sad but true.. ramai dari kita juga merasa 'terhibur' dengan melihat kesengsaraan dan airmata org miskin..


terkini terdapat pula pelancongan mengenai kemiskinan.. Jakarta Hidden Area Tour

memberikan satu pakej lawatan ke pusat kemiskinan di jakarta yang didiami oleh setinggan2 yg tinggal di 'rumah kotak' disepanjang sungai dan rel keretapi..

pelanggan mereka pada awalnya ialah seniman2 dari luar negeri yang mahu berhubung terus dengan kemiskinan disebalik kota gah jakarta.. realiti jakarta yang dirahsiakan.. ini museum hidup indonesia..

adalah tidak mengherankan jika nanti, selepas kejayaan musem hidup rumah panjang di sarawak, kita akan 'memaksakan' org2 asli untuk terus hidup seperti keadaan mereka dahulu, atas nama 'mempertahankan budaya', supaya kita boleh menonton mereka ini utk hiburan kita..

dan ini tidaklah terlalu aneh, kerana sekarang pun pihak2 barat beriya2 mempertahankan hutan tropika dan budaya timur.. 'memujuk' kita untuk melihat sisi buruk pembangunan, sedangkan mereka telah pun 'maju' dengan mengorbankan hutan mereka, supaya nanti mereka boleh datang berlibur menikmati indah negara kita.. dan kita pula, yg haus ekonomi dan mengharap kemakmuran dari pelancongan, sentiasa bersedia melayani apa sahaja kemahuan mereka..

bukankah ini merupakan bentuk 'perhambaan' zaman baru yang sangat menghiburkan? atau hanya sebuah paranoia peribadi?

Read On 2 ulasan

Are you done?



'I advise husbands everywhere to follow my husband's type of patience.'

Datin Seri Rosmah Mansor said after launching a new book on Najib titled Najib Perdana Menteri ke-6 at the Defence Ministry on 9th June 2009 cited the example of how she felt left out due to Najib’s constant meetings with officials during their visit to China week before.

Read On 1 ulasan

bila mengeluh itu satu jenayah..


emel dibawah telah menyebabkan penulisnya didapati bersalah atas tuduhan memfitnah dan dikehendaki membayar gantirugi sebanyak Rph 261juta.. tidak berhenti setakat itu, beliau dituduh pula melanggar hukum dan dipenjara sehingga dihadapkan ke mahkamah..

ini hanya satu contoh yang luarbiasa.. kita masih memahami jika isunya ialah sensitif seperti perkauman, agama atau politik.. tersangat aneh dan mengelirukan apabila, pada zaman demonstrasi jalanan sudah diterima umum, cubaan bercerita mengenai pengalaman sendiri pula menjadi satu kesalahan jenayah.. bukankah pengguna berhak menyalurkan rasa tidak puas hati terhadap barangan dan layanan para kapitalis? inikah masa depan yang kita mahukan?

persoalannya : apa maksud sebenar 'kebebasan bersuara' dalam sebuah negara demokrasi?


detik.com
Sabtu, 30/08/2008 11:17 WIB
RS Omni Dapatkan Pasien dari Hasil Lab Fiktif
Prita Mulyasari - suaraPembaca

Jakarta - Jangan sampai kejadian saya ini akan menimpa ke nyawa manusia lainnya. Terutama anak-anak, lansia, dan bayi. Bila anda berobat berhati-hatilah dengan kemewahan rumah sakit (RS) dan title international karena semakin mewah RS dan semakin pintar dokter maka semakin sering uji coba pasien, penjualan obat, dan suntikan.

Saya tidak mengatakan semua RS international seperti ini tapi saya mengalami kejadian ini di RS Omni International. Tepatnya tanggal 7 Agustus 2008 jam 20.30 WIB. Saya dengan kondisi panas tinggi dan pusing kepala datang ke RS OMNI Internasional dengan percaya bahwa RS tersebut berstandard International, yang tentunya pasti mempunyai ahli kedokteran dan manajemen yang bagus.

Saya diminta ke UGD dan mulai diperiksa suhu badan saya dan hasilnya 39 derajat. Setelah itu dilakukan pemeriksaan darah dan hasilnya adalah thrombosit saya 27.000 dengan kondisi normalnya adalah 200.000. Saya diinformasikan dan ditangani oleh dr Indah (umum) dan dinyatakan saya wajib rawat inap. dr I melakukan pemeriksaan lab ulang dengan sample darah saya yang sama dan hasilnya dinyatakan masih sama yaitu thrombosit 27.000.

dr I menanyakan dokter specialist mana yang akan saya gunakan. Tapi, saya meminta referensi darinya karena saya sama sekali buta dengan RS ini. Lalu referensi dr I adalah dr H. dr H memeriksa kondisi saya dan saya menanyakan saya sakit apa dan dijelaskan bahwa ini sudah positif demam berdarah.

Mulai malam itu saya diinfus dan diberi suntikan tanpa penjelasan atau izin pasien atau keluarga pasien suntikan tersebut untuk apa. Keesokan pagi, dr H visit saya dan menginformasikan bahwa ada revisi hasil lab semalam. Bukan 27.000 tapi 181.000 (hasil lab bisa dilakukan revisi?). Saya kaget tapi dr H terus memberikan instruksi ke suster perawat supaya diberikan berbagai macam suntikan yang saya tidak tahu dan tanpa izin pasien atau keluarga pasien.

Saya tanya kembali jadi saya sakit apa sebenarnya dan tetap masih sama dengan jawaban semalam bahwa saya kena demam berdarah. Saya sangat khawatir karena di rumah saya memiliki 2 anak yang masih batita. Jadi saya lebih memilih berpikir positif tentang RS dan dokter ini supaya saya cepat sembuh dan saya percaya saya ditangani oleh dokter profesional standard Internatonal.

Mulai Jumat terebut saya diberikan berbagai macam suntikan yang setiap suntik tidak ada keterangan apa pun dari suster perawat, dan setiap saya meminta keterangan tidak mendapatkan jawaban yang memuaskan. Lebih terkesan suster hanya menjalankan perintah dokter dan pasien harus menerimanya. Satu boks lemari pasien penuh dengan infus dan suntikan disertai banyak ampul.

Tangan kiri saya mulai membengkak. Saya minta dihentikan infus dan suntikan dan minta ketemu dengan dr H. Namun, dokter tidak datang sampai saya dipindahkan ke ruangan. Lama kelamaan suhu badan saya makin naik kembali ke 39 derajat dan datang dokter pengganti yang saya juga tidak tahu dokter apa. Setelah dicek dokter tersebut hanya mengatakan akan menunggu dr H saja.

Esoknya dr H datang sore hari dengan hanya menjelaskan ke suster untuk memberikan obat berupa suntikan lagi. Saya tanyakan ke dokter tersebut saya sakit apa sebenarnya dan dijelaskan saya kena virus udara. Saya tanyakan berarti bukan kena demam berdarah. Tapi, dr H tetap menjelaskan bahwa demam berdarah tetap virus udara. Saya dipasangkan kembali infus sebelah kanan dan kembali diberikan suntikan yang sakit sekali.

Malamnya saya diberikan suntikan 2 ampul sekaligus dan saya terserang sesak napas selama 15 menit dan diberikan oxygen. Dokter jaga datang namun hanya berkata menunggu dr H saja.

Jadi malam itu saya masih dalam kondisi infus. Padahal tangan kanan saya pun mengalami pembengkakan seperti tangan kiri saya. Saya minta dengan paksa untuk diberhentikan infusnya dan menolak dilakukan suntikan dan obat-obatan.

Esoknya saya dan keluarga menuntut dr H untuk ketemu dengan kami. Namun, janji selalu diulur-ulur dan baru datang malam hari. Suami dan kakak-kakak saya menuntut penjelasan dr H mengenai sakit saya, suntikan, hasil lab awal yang 27.000 menjadi revisi 181.000 dan serangan sesak napas yang dalam riwayat hidup saya belum pernah terjadi. Kondisi saya makin parah dengan membengkaknya leher kiri dan mata kiri.

dr H tidak memberikan penjelasan dengan memuaskan. Dokter tersebut malah mulai memberikan instruksi ke suster untuk diberikan obat-obatan kembali dan menyuruh tidak digunakan infus kembali. Kami berdebat mengenai kondisi saya dan meminta dr H bertanggung jawab mengenai ini dari hasil lab yang pertama yang seharusnya saya bisa rawat jalan saja. dr H menyalahkan bagian lab dan tidak bisa memberikan keterangan yang memuaskan.

Keesokannya kondisi saya makin parah dengan leher kanan saya juga mulai membengkak dan panas kembali menjadi 39 derajat. Namun, saya tetap tidak mau dirawat di RS ini lagi dan mau pindah ke RS lain. Tapi, saya membutuhkan data medis yang lengkap dan lagi-lagi saya dipermainkan dengan diberikan data medis yang fiktif.

Dalam catatan medis diberikan keterangan bahwa bab (buang air besar) saya lancar padahal itu kesulitan saya semenjak dirawat di RS ini tapi tidak ada follow up-nya sama sekali. Lalu hasil lab yang diberikan adalah hasil thrombosit saya yang 181.000 bukan 27.000.

Saya ngotot untuk diberikan data medis hasil lab 27.000 namun sangat dikagetkan bahwa hasil lab 27.000 tersebut tidak dicetak dan yang tercetak adalah 181.000. Kepala lab saat itu adalah dr M dan setelah saya komplain dan marah-marah dokter tersebut mengatakan bahwa catatan hasil lab 27.000 tersebut ada di Manajemen Omni. Maka saya desak untuk bertemu langsung dengan Manajemen yang memegang hasil lab tersebut.

Saya mengajukan komplain tertulis ke Manajemen Omni dan diterima oleh Og(Customer Service Coordinator) dan saya minta tanda terima. Dalam tanda terima tersebut hanya ditulis saran bukan komplain. Saya benar-benar dipermainkan oleh Manajemen Omni dengan staff Og yang tidak ada service-nya sama sekali ke customer melainkan seperti mencemooh tindakan saya meminta tanda terima pengajuan komplain tertulis.

Dalam kondisi sakit saya dan suami saya ketemu dengan Manajemen. Atas nama Og (Customer Service Coordinator) dan dr G (Customer Service Manager) dan diminta memberikan keterangan kembali mengenai kejadian yang terjadi dengan saya.

Saya benar-benar habis kesabaran dan saya hanya meminta surat pernyataan dari lab RS ini mengenai hasil lab awal saya adalah 27.000 bukan 181.000. Makanya saya diwajibkan masuk ke RS ini padahal dengan kondisi thrombosit 181.000 saya masih bisa rawat jalan.

Tanggapan dr G yang katanya adalah penanggung jawab masalah komplain saya ini tidak profesional sama sekali. Tidak menanggapi komplain dengan baik. Dia mengelak bahwa lab telah memberikan hasil lab 27.000 sesuai dr M informasikan ke saya. Saya minta duduk bareng antara lab, Manajemen, dan dr H. Namun, tidak bisa dilakukan dengan alasan akan dirundingkan ke atas (Manajemen) dan berjanji akan memberikan surat tersebut jam 4 sore.

Setelah itu saya ke RS lain dan masuk ke perawatan dalam kondisi saya dimasukkan dalam ruangan isolasi karena virus saya ini menular. Menurut analisa ini adalah sakitnya anak-anak yaitu sakit gondongan namun sudah parah karena sudah membengkak. Kalau kena orang dewasa laki-laki bisa terjadi impoten dan perempuan ke pankreas dan kista.

Saya lemas mendengarnya dan benar-benar marah dengan RS Omni yang telah membohongi saya dengan analisa sakit demam berdarah dan sudah diberikan suntikan macam-macam dengan dosis tinggi sehingga mengalami sesak napas. Saya tanyakan mengenai suntikan tersebut ke RS yang baru ini dan memang saya tidak kuat dengan suntikan dosis tinggi sehingga terjadi sesak napas.

Suami saya datang kembali ke RS Omni menagih surat hasil lab 27.000 tersebut namun malah dihadapkan ke perundingan yang tidak jelas dan meminta diberikan waktu besok pagi datang langsung ke rumah saya. Keesokan paginya saya tunggu kabar orang rumah sampai jam 12 siang belum ada orang yang datang dari Omni memberikan surat tersebut.

Saya telepon dr G sebagai penanggung jawab kompain dan diberikan keterangan bahwa kurirnya baru mau jalan ke rumah saya. Namun, sampai jam 4 sore saya tunggu dan ternyata belum ada juga yang datang ke rumah saya. Kembali saya telepon dr G dan dia mengatakan bahwa sudah dikirim dan ada tanda terima atas nama Rukiah.

Ini benar-benar kebohongan RS yang keterlaluan sekali. Di rumah saya tidak ada nama Rukiah. Saya minta disebutkan alamat jelas saya dan mencari datanya sulit sekali dan membutuhkan waktu yang lama. LOgkanya dalam tanda terima tentunya ada alamat jelas surat tertujunya ke mana kan? Makanya saya sebut Manajemen Omni pembohon besar semua. Hati-hati dengan permainan mereka yang mempermainkan nyawa orang.

Terutama dr G dan Og, tidak ada sopan santun dan etika mengenai pelayanan customer, tidak sesuai dengan standard international yang RS ini cantum.

Saya bilang ke dr G, akan datang ke Omni untuk mengambil surat tersebut dan ketika suami saya datang ke Omni hanya dititipkan ke resepsionis saja dan pas dibaca isi suratnya sungguh membuat sakit hati kami.

Pihak manajemen hanya menyebutkan mohon maaf atas ketidaknyamanan kami dan tidak disebutkan mengenai kesalahan lab awal yang menyebutkan 27.000 dan dilakukan revisi 181.000 dan diberikan suntikan yang mengakibatkan kondisi kesehatan makin memburuk dari sebelum masuk ke RS Omni.

Kenapa saya dan suami saya ngotot dengan surat tersebut? Karena saya ingin tahu bahwa sebenarnya hasil lab 27.000 itu benar ada atau fiktif saja supaya RS Omni mendapatkan pasien rawat inap.

Dan setelah beberapa kali kami ditipu dengan janji maka sebenarnya adalah hasil lab saya 27.000 adalah fiktif dan yang sebenarnya saya tidak perlu rawat inap dan tidak perlu ada suntikan dan sesak napas dan kesehatan saya tidak makin parah karena bisa langsung tertangani dengan baik.

Saya dirugikan secara kesehatan. Mungkin dikarenakan biaya RS ini dengan asuransi makanya RS ini seenaknya mengambil limit asuransi saya semaksimal mungkin. Tapi, RS ini tidak memperdulikan efek dari keserakahan ini.

Sdr Og menyarankan saya bertemu dengan direktur operasional RS Omni (dr B). Namun, saya dan suami saya sudah terlalu lelah mengikuti permainan kebohongan mereka dengan kondisi saya masih sakit dan dirawat di RS lain.

Syukur Alhamdulilah saya mulai membaik namun ada kondisi mata saya yang selaput atasnya robek dan terkena virus sehingga penglihatan saya tidak jelas dan apabila terkena sinar saya tidak tahan dan ini membutuhkan waktu yang cukup untuk menyembuhkan.

Setiap kehidupan manusia pasti ada jalan hidup dan nasibnya masing-masing. Benar. Tapi, apabila nyawa manusia dipermainkan oleh sebuah RS yang dipercaya untuk menyembuhkan malah mempermainkan sungguh mengecewakan.

Semoga Allah memberikan hati nurani ke Manajemen dan dokter RS Omni supaya diingatkan kembali bahwa mereka juga punya keluarga, anak, orang tua yang tentunya suatu saat juga sakit dan membutuhkan medis. Mudah-mudahan tidak terjadi seperti yang saya alami di RS Omni ini.

Saya sangat mengharapkan mudah-mudahan salah satu pembaca adalah karyawan atau dokter atau Manajemen RS Omni. Tolong sampaikan ke dr G, dr H, dr M, dan Og bahwa jangan sampai pekerjaan mulia kalian sia-sia hanya demi perusahaan Anda. Saya informasikan juga dr H praktek di RSCM juga. Saya tidak mengatakan RSCM buruk tapi lebih hati-hati dengan perawatan medis dari dokter ini.

Salam,
Prita Mulyasari
Alam Sutera
prita.mulyasari@yahoo.com
081513100600





DUKUNGAN BAGI IBU PRITA MULYASARI, PENULIS SURAT KELUHAN MELALUI INTERNET YANG DITAHAN

Bebaskan Ibu Prita Mulyasari

Read On 1 ulasan

Achtung mein!




the silent privilege has been revoked!

better watchout for i am coming back again..
Read On 0 ulasan

Maintenance Note : Historisque



salaam..

penataan semula blog ini sedang dilakukan. beberapa blog akan dibina untuk memisahkan topik-topik mengikut genre dan bahagian masing-masing. mengurangkan kekacauan emosi di dalam blog ini.

sehubungan dengan itu 36 topik yang mempunyai tag 'travel' telah dipindahkan ke sebuah fotoblog yang dinamakan 'Historisque'.. bahawa segala gambar itu adalah bahagian dari sejarah perjalanan yang telah berlalu..


ia merupakan arkib bergambar yang dikutip di sepanjang perjalanan.. khusus peristiwa yang lebih jelas diceritakan dengan gambar.. merakam berbagai kisah yang tersirat di dalamnya.. moga ada informasi dan ilmu di dalamnya.. amin.

adapun penataan selanjutnya akan diberitakan lagi kejadiannya selepas berlakunya ia..

harap maklum.
Read On 0 ulasan
 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008