Sang Guru dan Pelajar: antara nilai dan adab..


dari perspektif pelajar, antara salah satu adab ialah menghargai guru.. walaupun banyak cara utk menghargai guru, salah satu yg popular di zaman ini ialah hadiahkan wang utk kebajikan sang guru menutup keperluannya.. disini salah satu berkah ilmu yang diterima.. kalo kita masih teragak2 dalam memberi hadiah pada sang guru, masih menghitung2 mintak diskaun dan sebagainya.. hilang adab, kurang berkah ilmu yg kita ambil, sebab kita kotorkan hati kita..

dari perspektif guru, antara adab ialah tidak mengharap balasan.. rezeki Tuhan yang beri, bukan manusia yg beri.. kita usaha ajarkan ilmu untuk pembangunan insan dan meninggikan agama.. disini berkah ilmu yang kita ajarkan.. pahalanya berterusan walaupun setelah kita mati, kalau sang pelajar mengamalkan apa yg kita ajar.. kalo kita ajar org tak amal pun tak guna..

bila sang guru meletak nilai pada dirinya maka dia meletakkan nilai pada ilmunya.. org bayar gaji alhamdulillah.. hanya saja pada zaman ini bukanlah org meletak nilai pada ilmu, asal mula kita letak harga untuk memudahkan sang pelajar yang tak tahu nak bagi berapa.. kita letak nilai tuh supaya tidak dibayar berlebihan.. malah kalo ada yang tak mampu pun kita akan ajar percuma saja.. kalau lebih kita guna untuk sang pelajar lain yang tak mampu.. sang guru yang patut lebih paham dalam adab nih.. sebab tuh guru ada hak nak ajar atau tidak, atas sebab yang mereka sendiri mengerti..

cuma janganlaa buat apa kerja pun kita kira duit dulu.. ini nak sebut bukan pada guru sahaja tapi pada semua bidang kerja.. malah dalam berniaga pun kita bukan semata2 sebab nak untung.. kita meniaga untuk membantu masyarakat, menyediakan khidmat utk masyarakat.. jangan cuba jual benda yang tak perlu pada masyarakat.. meniaga pun ada adab.. untung atau tidak bukan semata2 atas ikhtiar kita melainkan dengan izin Allah..

semua yang kita buat kerana Allah..
termasuklah sebab kita menulis kat sini.. insya-Allah.
Read On 0 ulasan

Ikhlas tok guru


aku tak kisah hadiah RM300 sebulan pun untuk org ajar anak aku.. seribu sebulan pun aku insya-Allah ikhlas hadiahkan untuk seorang guru yg mengajar ilmu.. konsepnya hadiah.. ikhlas.. ikhlas beri ikhlas terima..

realitinya.. kita jemput ulama datang bagi usrah, bila dia tgok dapat sikit, kurang dari RM3000, lain kali dia mengelak2 nak datang lagi..ini realiti.. ulama yang bila kena gertak kena buang kerja terus sokong walaupun benda tak betul.. kena ban dari masuk tv dah menjerit2.. kata org tak suka Islam.. masuk politik org tak sokong kata org tak sokong Islam.. ini realiti.. mana ikhlasnya?

kita pandai sebut semua bergantung niat.. nih apa niat jadi tok guru.. takyah jauh.. cuba buat kajian kat cikgu2 sekolah dah cukup.. lebih dari 2/3 mengeluh duit gaji cikgu sket.. nak naikkan nama, ajar budak2 pandai2 saja.. bila mintak buatkan tuisyen utk budak2 miskin, mengeluh kata takder masa, tapi bila budak2 kaya kata sanggup bayar, takder masalah pulak.. adab guru dah hilang..

bila buat buku, tulis meleret2 sampai org tak paham.. sebab nak bagi tebal buku, boleh jual mahal sket, untung sket.. nih apa? ulama dulu buat kajian bertahun2 bagi free jer kat org.. jgn lak kata dulu org tak pakai duit..

ini yg kita citer nih org alim.. org berilmu.. bukan org yg belajar dgn dia.. kalo yg mengajar tak ikhlas.. camna berkah ilmu? sama dgn kita keje.. kita keje pun byk sebab duit.. dapat bonus keje ikhlas.. gaji tak naik keje tak ikhlas.. buat keje tapi hati dan mulut merungut.. ada saja tak kena.. mana berkah rezki?

sama laa dgn meniaga.. tak sabar nak kaya.. tuh yg tipu2 sket.. subahat sket takpa.. tutup satu mata.. pekakkan telinga.. tebalkan muka.. nak cepat kaya jadi penyanyi.. jerit2 loncat2 atas pentas sebut nama Tuhan.. kat bawah tuh bukan main gesel2 lelaki pompuan.. bila datang bala Tuhan bagi pakat2 laa sponsor kondom free.. nih mana fungsi alim ulamanya?

bila ekonomi kita merudum.. pandai pulak pass kat pakar ekonomi.. alim ulama nih takder yg pakar ekonomi ker? takkan pandai ajar mukaddam saja? kan kerja utama dlm hidup nih cari ilmu.. nak contoh?

Ibnu Sina.. org kenal dia sebagai bapa kedoktoran.. tapi dia tulis buku psal politik (Risalah As-Siyasah).. dia buat kajian dalam bidang kimia, geografi, malah juga tentang musik, kitab al-Musiqa..

lagi? Al-Khawarizmi yang terkenal dengan Al-Jabar nya.. ilmunya juga meliputi bidang astronomi, malah merupakan ketua sekumpulan 70 ahli gegrafi yang buat peta dunia dan tulis kitab geografi (Suratal-Ard)..

belajar dan mengajar tuh wajib.. toksahlaa citer psal duit.. insya-Allah Tuhan bagi rezeki.. kalo kita dah betul2 ajar sebab kita nak org paham dan pandai.. insya-Allah Tuhan tuh Maha Adil.. siapa yang tolong Tuhan, Tuhan akan tolong dia.. itu kan janji Tuhan.. janganlaa jadi tok guru sama taraf dgn pengemis mengaji kat pasar malam.. mengaji psal nak mintak sedekah.. mmglaa kita bagi tapi apa taraf al-Quran tuh.. ikhlaslah.. jangan buat semata kerana dunia..

quote kawan aku.. rezki tuh janji Tuhan.. kita ikhtiar saja.. Tuhan bagi alhamdulilah.. Tuhan tak bagi sabar.. kalo tak sabar mana nak paham syukur.. sebab tuh kena sabar.. sebab Tuhan dah janji.. tak percaya janji Tuhan? tak percaya Tuhan ker?
Read On 0 ulasan

Melayu dan Tanah Melayu


merenung jauh ke dalam sejarah malaysia, kemasukan org melayu jauh lebih lama dan merupakan bangsa yang mewujudkan tamadun kenegaraan di tanah melayu.. sudah jauh lebih lama memakmurkan tanah melayu hingga berbagai kerajaan melayu sendiri merupakan kerajaan2 hebat yang terkenal di rantau ini.. jauh lebih lama sebelum datangnya tamadun barat dan penjajahannya.. ini faktor asas melayu dianggap bumiputera..

pada dasarnya mmg diperakui bahawa terdapat penduduk asal yang kita kenali sekarang sebagai org asli.. golongan mereka ini tinggal dalam ruang lingkup hidup mereka.. menjauhi ketamadunan.. dan bukan retorik jika kita susur semula bagaimana rapatnya hubungan org melayu dan org asli yang saling menjagai dan menghormati antara satu sama lain bak saudara seibu sebapak, cubit paha kiri, paha kanan terasa juga.. dan bagaimana org asli menjaga saudara melayunya ketika di hutan, dan org melayu pula memperkenalkan peradaban moden kepada saudara aslinya.. hubungan harmonis yang menjadikan kita sebagai bumiputera..

penjajah yang datang semulanya memperakui kehebatan org melayu di setiap bidang perekonomian mahupun pentadbiran.. org melayu telah membuktikan ketrampilan mereka dalam membina peradabab melayu mereka sendiri.. ini sangat difahami oleh para penjajah.. dan penjajah ini juga sangat memahami akan permasalahan internal org melayu.. hanya saja setiap permasalahan mereka itu tidak menjadi besar kerna hormatnya org melayu kepada sistem beraja.. laksana sistem khilafah dalam tamadun Islam.. malah sebenarnya kerajaan2 Melayu pada zaman itu sememangnya mempunyai hubungan langsung dengan khilafah Othmaniyyah yang berpusat di Turki..

sistem pecah-dan-perintah oleh penjajah sangat berkesan bukan hanya dalam menjatuhkan kerajaan melayu malah juga menghancurkan sistem tamadun melayu.. salah satu teknik yang paling berkesan semasa penjajahan british, ttg bagaimana berlakunya kemasukan besar2an etnik cina utk perlombongan dan etnik india utk perladangan.. strategi ini digunakan utk memisahkan melayu dari perekonomian.. maka melayu khusus digula2kan sebagai golongan yang menguasai pentadbiran.. ini juga hanya kerna penjajah menyedari akan fungsi sistem beraja.. sehingga mereka melakukan eksperimentasi malayan union.. bermain api padah membakar diri..

peninggalan penjajah pada zaman merdeka terlihat jelas dengan kasta melayu di bahagian pentadbiran, kasta cina di bahagian ekonomi dan kasta india di bidang perladangan.. ini sangat sinonim dengan keadaan pada abad tersebut dimana melayu sangat berminat dengan politik berikut rangsangan2 dari timur tengah.. manakala cina yang mmg teruja dengan kekayaan ketika datang ke tanah melayu menguasai bidang ekonomi dari segenap segi.. manakala india agak sedikit pasif kerna lokasi mereka yg ditempatkan di ladang2 yang jarang sekali berhubungan dengan dunia luar, maka mereka tenggelam dalam dunia mereka sendiri..

inilah sistem yang mewujudkan perkauman.. sedang di zaman kegemilangan kerajaan melayu tiada wujud akan masalah perkauman sehingga kalau kita sedar terdapat pembesar istana yang dilantik dari kaum lain.. malah di zaman itu setiap kaum menikmati kemakmuran yang wujud tanpa berlakunya jurang ekonomi dan sosial.. malah punya hubungan dan dasar luar negeri yang mantap dengan kerajaan2 yang lain.. begitulah cantiknya sistem peradaban timur..

dalam zaman pasca-merdeka ini kita merupakan satu negara yang penuh dengan peninggalan sistem caca-marba penjajah.. pengwujudan DEB merupakan salah satu natijah dari tanggal merah 13 Mei.. ini yang mewujudkan kouta melayu dalam segala bidang, guna untuk menaikkan melayu supaya berhenti berpesta dan dapat sama2 bersaing, menginsafi bahawa jika org melayu, yang masih majoriti, tidak berupaya bersaing dalam setiap bidang, maka akan terjadilah ketidakseimbangan sosial, yang bakal dengan mudah memicu satu lagi 13 Mei.. dan ekonomi hanyalah salah satu daripadanya..

apabila kita menyebut tentang hal meritoktrasi, maka jenguklah singapura sebagai contoh.. mulai daripada bagaimana mereka bermain politik, mengkhianati perjanjian, dan seterusnya sistem yang cantik di luar tapi pincang di dalamnya.. kejayaan bukan sekadar dari ukuran nilai material dan pembangunan, tetapi kemajuan itu dinilai dari masyarakatnya sendiri..

mengintai perbedaan ketara antara negara maju dan negara membangun adalah dari sikap masyarakat.. negara maju sudah melepasi permasalahan keperluan asas dan tindakan mereka mengarah kepada keselesaan hidup, sedang di negara membangun kita masih lagi memerah tenaga untuk mengisi keperluan asas.. kerna itu walaupun kita punya menara kembar teringgi di dunia.. walaupun kita sudah boleh mendaki puncak tertinggi di dunia.. walaupun kita sudah mulai pandai membuat kereta sendiri.. walaupun nanti kita sudah berupaya menumpangkan angkasawan kita ke bulan.. kita tetap saja masih negara membangun.. kerna kita belum lepas dari persoalan mengisi keperluan asas..

melihat semula dalam konteks malaysia, adakah benar kita sudah bersedia untuk mengimplikasi sistem meritrokrasi? kalau di zaman dahulu sistem ini dikenali sebagai "siapa kuat dialah kudrat".. cuma di zaman ini diinterpretasikan siapa yang punya hubungan kuat dialah yang dapat.. dan nanti dengan meritokrasi, siapa yang paling pandai dialah yang kaya.. tamadun kita berundurkah?

adakah kehebatan itu milik kita seorang? adakah kekayaan itu milik individu? apakah yang kita mahukan sebenarnya? atau adakah semata2 kita melayan nafsu dengki kita dengan bertopengkan racisme? buruk bertopeng buruk.. malah melayu sendiri yang dipertahankan dalam DEB mulai kabur matlamat..

marilah kita sama2 menilai semula akan tujuan asal DEB.. akan tujuan asal mengapa kita mahu melayu berdiri sama tinggi dengan bangsa lain.. bukan kerna kita mahu melayu menjadi lebih baik daripada bangsa lain.. bukan kerna kita mahu melayu menjajah bangsa lain.. bukan kerna kita rasa kita lebih hebat dari org lain.. bukan juga kerna kita merasa tanah ini tanah milik kita..

bukan kerna supreme melayu.. tapi kerana menginsafi bahawa kestabilan sosial, ketenangan dan kemakmuran hanya boleh dicapai jika kita dapat sama2 melakukannya.. bukan dengan cara bermalas2an.. menginsafi akan maksud melayu itu sendiri.. menginsafi akan maksud mengapa nenek moyang kita dari berbagai destinasi berkumpul di tanah yang bertuah ini dan mengaku melayu.. menginsafi bahawa kita diwasiatkan kepada tanah ini.. bukan untuk memilikinya tetapi untuk menjaganya.. warisan leluhur.. sesuai saka melayu yang diperturunkan kepada kita..
Read On 0 ulasan

Hero Merdeka II


QUOTE (aiyakaramba @ Nov 17 2006, 11:18 AM)
sedara meluahkan perasaan mual ttg UMNO hendak menjadi hero merdeka.apa yang saya pasti adalah UMNO itu sendiri membawa kekuatan melayu.adakah sedara usop mempertikaikan melayu sebagai bangsa yang memerdekakan Malaysia?


maaf saudara.. sememangnya bangsa melayu memimpin untuk memerdekakan tanah melayu.. bangsa melayu itu bukan umno.. paham tak sifir nih.. umno tuh melayu tapi melayu tak semestinya umno.. umno hanya subset melayu..

dan kalo kita perhalusi perjuangan asal umno bukan untuk kemerdekaan.. perjuangan asal umno adalah untuk menentang malayan union.. malayan union nih ditentang untuk mempertahankan hak ketuanan org melayu.. contohnya tidak mahu mengiktiraf bangsa pendatang sebagai warganegara mengikut jus soli.. bukan nak halau british..

raja2 melayu pun sokong umno nih bukan psal nak merdeka atau apa.. diorg sokong sebab lepas malayan union tetap ditubuhkan.. baru raja2 nih perasan bahawa british nih menipu.. mereka dah takder byk kuasa.. pendapatan pun dah berkurang.. dah tak bebas buat sesuka hati.. itu yg raja2 baru nak sokong umno.. perjuangan asal hanya untuk mempertahankan raja2 melayu dan menghalang pengiktirafan bangsa lain sebagai warganegara.. kemudian dari itu baru citer nak merdeka.. selepas mendapat desakan org melayu dalam setiap mesyuarat pekembar..

ini berbeza dengan kumpulan2 asal melayu seperti KMM dan PKMM.. mereka nih dari awal mmg memperjuangkan kemerdekaan.. bukan memperjuangkan bangsa.. dalam konteks citer kita nih psal bangsa ker psal merdeka?

kalo hanya psal bangsa maka mmg kena terima kasih pada umno.. tapi jangan pula lupa pada mca dan mic.. british bagi merdeka sebab penjajah nih nampak parti perikatan.. walaupun merdeka tapi tetap terpecah.. masih sesuai dgn strategi klasik mereka pecah dan perintah.. walaupun merdeka tetap juga terjajah.. kesimpulan aku.. bukan hanya melayu yang memperjuangkan kemerdekaan.. melayu memimpin, betul.. tapi yg memerdekakan tanah melayu itu adalah perpaduan semua bangsa..

nak citer jadi hero merdeka buleh.. cuma janganlah berlebihan.. macam citer hindustan.. kdg2 over sangat golek2 terperasan tak logik.. nih bila citer merdeka mulalah buka citer melayu supreme.. jangan lupa yg pegi britain merayu2 mintak merdeka tuh bukan umno tapi perikatan.. perjuangan kemerdekaan bermula lama sebelum umno wujud.. umno tukang close tender saja.. janganlah menidakkan sumbangan org lain.. kalo nak cerita kat jiran anak kita pandai, silakan.. tapi janganlah pulak citer sampai kata anak org lain tak pandai.. dahlaa mual, bertambah pulak sakit hati..

umno membawa kekuatan melayu nih kdg2 lebih kepada retorik.. darurat diisytiharkan sejak british seawal tahun 1948 hingga komunis menyerah diri dalam tahun 1960. sebab utama darurat ialah british nak menghalang gerakan2 merdeka.. bukan sekadar PKM tapi seluruh gerakan melayu yang dikategorikan sebagai radikal dan yang paling ke depan menentang jepun diharamkan.. utk memadamkan gerakan nasionalis..

maaf yaa kalo ada yg terbuat kesimpulan bahawa kekuatan umno adalah dalam mengumpulkan org2 melayu utk menyelamatkan raja2 mereka, sepertimana kekuatan yg mereka tunjukkan dalam menyelamatkan ketua2 mereka sekarang, tanpa rasional..

dan lupa nak bagitau satu lagi.. selepas british bersetuju membatalkan malayan union.. umno pernah kata hanya menyokong dan menerima kemerdekaan malaya hanya jika hak pemerintahan diberikan kepada org melayu..

dan sukalah aku nak ingatkan bahawa aku bukan bertujuan memperlekehkan umno.. umno adalah salah satu wadah politik org melayu yg mmg perlu kita pertahankan dalam konteks situasi zaman kita nih.. tapi janganlah sampai tutup mata dan tak mau terima fakta sejarah.. dan jangan pula sampai kita lupa diri ditampuk kuasa sampai takleh nak ditegur.. wallahualam..
Read On 0 ulasan

UMNO: Hero Merdeka?


1930, parti politik pertama di Malaysia, Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan.. membawa gerakan anti-imperialis - melawan penjajah british.. umno belum ada..

1937, ditubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) dipimpin oleh Ibrahim Yaacob.. gerakan ini dah melaungkan slogan MERDEKA.. umno belum ada..

1945, Mokhtaruddin Lasso dan Dr Burhanudin Helmy tubuh Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). dalam parti ini ada Angkatan Pemuda Insaf (API) , Angkatan Wanita Sedar ( AWAS), Baris Tani Se-Malaya (BATAS), Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya ( MATA). ini semua nasionalis melayu yg menuntut kemerdekaan dari british. umno belum ada.. Hizbul Muslimin pun ditubuhkan pada tahun tuh.. pas pun belum ada..

1947, PUTERA-AMCJA dah membentuk Perlembagaan Rakyat, draf perlembagaan yang dibuat bersama2 dengan parti nasionalis melayu yang lain dan parti-parti bukan-melayu.. umno lebih suka ikut lord reid..

pada pemahaman aku, british bukan bagi kita merdeka dengan mudah.. dia dah cantas semua parti2 yg lawan penjajah.. jadi yg tinggal ialah parti2 yg ikut telunjuk penjajah.. itulaa yg tinggal umno, mca, mic.. parti2 awal tak memainkan isu perkauman dan keagamaan.. parti2 yang tinggal nih yg diiktiraf oleh british.. walaupun bagi merdeka tapi british dah pastikan semuanya menguntungkan buat mereka.. kalo tak apa guna komanwel kan?

yg aku citer kat atas tuh semua adalah fakta sejarah.. yang diceritakan dalam buku teks sejarah di sekolah2 tak sampai satu muka pun.. yang panjang berjela2 citer psal umno melaungkan merdeka tahun 1957.. hanya saja kita lupa malaysia ditubuhkan tahun 1963.. mungkin ada kebenaran bila sukarno kata malaysia itu adalah satu penjajahan.. terhadap persekutuan tanah melayu.. sebab kalo nak masukkan sabah sarawak dan singapura pun, apa salahnya pakai nama persekutuan tanah melayu? malaysia tuh benda apa? haa.. yg nih kita citer bab lain laa pulak..

mungkin sekarang kita tak paham rasional dato onn keluar umno sebab usul dia nak buka ahli pada bukan melayu ditolak, sebab kita dah lama direndam dalam air jeruk perkauman.. sepertimana juga yang berlaku pada cina dan india, direndam dalam perkauman mca dan mic.. tapi pada zaman itu pemimpin kemerdekaan yg sebenar dah paham dan masyarakat ketika itu pun paham.. apalagi kita nak memahami fakta penting dalam perlembagaan rakyat yang mengatakan "sesiapa sahaja yang mengakui dirinya sebagai warga negara Perseketuan Tanah Melayu maka dia akan diterima sebagai Melayu". lagi laa kita meloncat2.. tapi kita takyah bincang bab nih.. tak relevan dah utk zaman nih.. kena lalu byk zaman lagi sebelum leh balik kepada mentaliti nih..

nak citer psal pas pulak? asal usulnya dari sayap PKMM yg dipanggil MATA.. 1948, tubuh Hizbul Muslimin (Parti Orang Muslimin Malaya).. ulama dalam umno berpecah buat persatuan sendiri tubuh pas.. tapi masa bertanding pilihanraya 1955 guna nama Pan-Malayan Islamic Party (PMIP).. tukar pakai nama pas nih zaman asri muda tahun 1970an.. tulis semula sejarah pas.. nih pun org pas akan marah kata fakta sejarah aku tak betul.. terpulanglaa..

parti2 baru yg kecik2 tuh takyah citer laa.. tak relevan dengan citer psal merdeka.. nak tau psal dap.. itu citer lain pulak.. kena sungkit singapura.. lain kali kita buka bab lain..

tutup citer aku.. sebab tuh aku mual bila umno sibuk nak jadi hero merdeka.. aku tak kisah laa.. mmg betul pun susah payah tunku satukan org melayu.. hanya raja yg leh satukan melayu.. cuma menyampah aku nengok generasi umno skrg dok sibuk jadi juara merdeka.. nih zaman pengisian.. merdeka dah sudah.. ke depannya lebih mantap laa sket.. belajar sket apa dah jadi pada zaman dulu.. jangan angguk2 geleng2 saja.. jangan sampai sejarah tok janggut dihukum bunuh berlaku lagi.. tok janggut dihukum bunuh bukan psal lawan penjajah tapi sebab tuduhan derhaka pada sultan kelantan.. sebab sultan kelantan masa tuh makan gaji dengan british.. jangan sampai presiden umno jadi cam raja-raja sebelum merdeka pulak.. nauzubillah..
Read On 0 ulasan
 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008