dasar dan tujuan DEB jelas.. hanya saja pelaksanaanya yang menjadi masalah.. sepertimana undang2 baru diperkenalkan tetapi sentiasa dilanggar dan dieksploitasi secara berkala.. pada pendapat aku DEB tidak menyusahkan bangsa melayu, malah banyak membantu.. mmg merupakan satu diskriminasi, tetapi positif dalam terlebih lagi dalam mempertahan kestabilan negara..
mendidik bangsa mmg bertahap dan mengambil masa yang panjang.. pada awal DEB, telah ada isu bagaimana bantuan kerajaan membentuk bangsa melayu menjadi bangsa subsidi.. yang hanya bergantung pada bantuan kerajaan.. tiada bantuan tak buat kerja.. buat kerja pun kerna bantuan.. tapi bentuk paksaan ini menumbuhkan org melayu.. daripada tidak tahu kepada tahu.. walaupun niat asal mereka hanya sebab kerajaan bagi..
kita buat quota melayu dalam institusi pendidikan, maka org sebut org melayu masuk universiti bukan kerna pandai tetapi kerna ada quota.. tak pandai pun dapat masuk.. tapi bukan hanya sekadar kita mencipta generasi ilmuan tetapi juga kita memberi pendedahan pada org melayu.. teringat zaman2 awal bagaimana ibubapa menangis2 tidak setuju anak2nya belajar di luar negeri, tapi ibubapa itu jugalah yg tersenyum bahagia melihat kejayaan anak2 mereka.. peluang dan pendedahan..
ada pula quota dalam pemilikan rumah, alhamdulillah ramai org melayu mula bergiat dalam bidang hartanah.. tidak ada suatu kawasan perumahan yang tiada sekurang2nya surau.. dan org melayu mulai terlihat dalam pemilikan hartanah walaupun hanya beli dengan harga bumiputera dan pinjaman kerajaan..
kerajaan adakan pula amanah saham, untuk memicu minat org melayu dalam bidang pelaburan.. alhamdulillah hampir semua org melayu sekurang2nya melabur beberapa ringgit dalam ASN dan ASB.. walaupun menggunakan kemudahan pinjaman.. tapi lihat pula berapa ramai org melayu yg terlibat di bidang investasi dan berjaya..
begitu juga quota yang kita adakan dalam pemberian kontrak kerajaan, kita berikan pada org melayu supaya org melayu juga boleh berniaga.. pandai tak pandai nomor dua.. kita beri peluang dulu.. alhamdulilah dah beribu2 org melayu jadi kontraktor.. adakah kontraktor2 melayu ini boleh bersaing kalau tiada quota melayu itu?
apa yang kita risau dan pertikaikan sekarang adalah eksploitasi segelintir org melayu.. bila kita mulai marah bila ada org tak pandai komputer dapat kontrak komputer, maknanya org melayu skrg dah pandai.. dah faham bahawa skrg bukan zaman bagi peluang lagi tapi meningkatkan kualiti kerja.. alhamdulillah.. bukankah ini kejayaan DEB?
mmg benar org marah dengan penyalahgunaan kuasa dan diskriminasi dalam pemberian kontrak.. tapi berapa ramai pula dari kita yg lebih marah lagi bila kontrak ini di alibaba kan pada bukan melayu.. sekurang2nya bila org melayu beri kontrak pada kawan dia, melayu, maka kawan dia akan upah sedara mara dan kawan2 dia, melayu juga, utk buat kerja2 tuh.. timbulkan industri sokongan, pemborong dan sub-kontraktor, org melayu juga.. hanya kerna kita tidak dapat maka kita marah pada melayu sendiri.. kita tak marah kalau bangsa lain yg dapat pun monopoli juga.. alhamdulillah.. ini kejayaan DEB.. org melayu sedar bahawa keseimbangan bukan hanya perlu utk bangsa melayu berbanding bangsa lain, malah keseimbangan juga perlu antara quota2 melayu di antara org2 melayu..
kita hanya perlu lebih kreatif, kalau selama ini kita bersaing sesama melayu untuk dpatkan kontrak, mengapa tidak kita bergabung dan saling menyokong.. kalau kita tak dapat jadi kontraktor, mengapa tidak kita fokus jadi sub-kontraktor? kalau kita tak dapat kontrak besar, mengapa tidak kita mewujudkan sektor sokongan, yang selama ini masih dimonopoli oleh bangsa lain..
kalaupun ada segelintir melayu yang kaya, apa salahnya.. melayu yg kaya.. kalau ada segelintir melayu yang bercuti main golf di luar negara, apa salahnya.. dulu melayu nak gie mekah pun berikat perut.. jika mereka serakah, tidakkah membina dengki di hati kita itu lebih bahaya.. kita usaha.. rezeki itu kerja Tuhan.. Tuhan beri alhamdulillah, Tuhan tak beri sabar.. kalau benar diorg salah, kita tegur.. tegur tak jalan, kita doa Tuhan sedarkan mereka.. jutawan bangsa lain pun kaya kerna serakah.. lagi banyak monopoli dan eksploitasi kontrak.. kita leh lak sabar.. ada lak yg bangga org malaysia dalam sebarai org kaya di dunia.. tapi heran pulak org melayu yg kaya mesti kroni dan proksi..
pada aku tak salah kroni dan proksi.. mmg kita patut tolong org kita kenal dulu.. kita lebih yakin dgn adik beradik kita dan sahabat2 kita.. kita dahulukan diorg.. org yg tak kenal kena usaha lebih lagi kalo nak minta tolong kita.. itu fitrah manusia.. malah Nabi saw sendiri bagitau bahawa sedekah yang paling afdhal adalah terhadap org yg dekat dgn kita..
walaupun ada kroni dan proksi yang jatuh bankrap, rugi billion ringgit.. kita amik sebagai pengajaran.. sebab ada juga org melayu hasil DEB jadi konglomerat, buat yayasan jaga anak yatim, bina gedung perniagaan besar untuk org melayu berniaga.. ini yang harus kita war2kan sebagai penyebar semangat.. jgn hanya amik teladan yang buruk2 saja.. pastuh kita suh hapuskan.. dah bersediakah kita? jgn buat keputusan ketika sedang marah.. itu pun Nabi saw dah pesan..
melayu masih dalam tahap pembelajaran.. kerna itu aku berpendapat tegas bahawa DEB masih diperlukan.. jika kita melihat kelemahan dalam sistem, kita perbaiki.. bukankah ini suatu proses yang sudah kita kaji dengan teliti akan keperluannya.. mengapa perlu kta membuang sistem yang telah terlihat keberkesanannya hanya kerna kita kecewa pada kemampuan kita.. perbaiki adalah perkataan yang lebih wajar daripada menghapuskan.. kerna kita telah melihat dengan jelas contoh betapa 'mampu'nya melayu bersaing atas dasar meritokrasi di negara jiran kita..