Risalah Cinta: Bersatu dalam cinta


lampiran 10.

cinta itu sebahagian dari nafsu, yang dikurniakan oleh Tuhan, yang bukan untuk dibinasakan sebaliknya untuk dikendalikan. melupakan cinta seumpama menghapuskan rasa dari pancaindera. menghilangkan sayang bak menyuramkan hati dari cahaya bahagia. seolah tiada wujud raga hidup tanpa jiwa cinta.

jika cinta hilang dari jiwa, diri akan kehilangan dorongan dan kekuatan. sebagaimana kita harus mengawal dan menundukkan nafsu, begitu juga kita bertanggungjawab ke atas rasa cinta kita. perlulah kita pupuk dan semai, sirami dan bajai dengan nilai2 yang indah, agar tumbuhnya kelak membunga wangian yang mengharumi hidup kita dan orang2 disekeliling kita.

tiadalah nilai cinta tanpa menjaga kemuliaan diri. akan terpadam cinta jika diri penuh dengan kecelaan. pudarlah warna dikelopak mawar yang berkembang hingga tiada kumbang sudi bertandang. ibarat mulia cinta sejati yang tiada mengharum wangian firdaus bila hati telah tercalit oleh kotoran membusuk.

hanya cinta yang terpelihara menjadikan dua pencinta bersatu dalam percintaan mereka. memahami batasan dengan membuat pilihan untuk menghalalkan perhubungan raga, melengkapkan pesona jiwa.

bersatunya dua cinta hanya berlaku jika setiap yang berhubungan adalah pencinta yang menghargai akan makna kasih sayang. dan bersatunya dua cinta akan menyemai benih cinta baru yang suci. memperpanjang keturunan seperti terus menerus menghidupkan perakuan cinta yang termeterai.

beruntunglah bila dua pencinta saling bertemu menjalinkan percintaan. umpama sirih pulang ke ganggang. sebagaimana hamba kembali pada Tuhan-Nya dan bersatu dalam qudrat-Nya. begitu pula Adam menemui semula Hawanya. ini perjalanan cinta, mencari yg hilang, menyambung kembali yang putus.

penyatuan dua pencinta dalam bentuk perhubungan raga merupakan satu perumpamaan akan lazatnya keadaan bila kita kembali kepada Maha Pencipta. perhatikan dan selamilah hubungan badan tersebut kerna tersirat seribu macam rahsia di dalamnya.. umpama air yang bercampur dan jiwa yang bersatu.. telusuri perhubungan intim dan pahami akan apa yang kita cari dari kelazatan itu.

persetubuhan bukan sekadar interpretasi cinta. memberi kebahagiaan dengan memuaskan pasangannya. memuaskan pasangannya dengan cara yang disukai oleh pasangannya. bilamana dia hanya mahu memuaskan dirinya bermakna dia mahu dicintai. lalu apakah sebenarnya yang dicari selain dari kenikmatan sementara, sedangkan perjalanan hidup ini seumpama mencari jalan pulang. setiap yang Tuhan jadikan itu tiadalah sia-sia buat yang mahu merenunginya.

bilamana ini menjadi titik permasalahan hampir setiap perhubungan, fahamilah betapa begitulah sukarnya untuk kita menggapai nikmat yang paling lazat dan menggeleparkan jiwa, dalam arah kita pulang kepangkuan-Nya dan bersatu semula dengan-Nya. dari-Nya kita datang, kepada-Nya jualah kita kembali.

jakarta
Read On 0 ulasan

mdc inbox: is everything ok?

emel 1:
is everything ok?
s****m****
23hb November 2005, 08:08:11 pagi

############ Mesej asal #############

terbaca quote ko kat bawah.. are u ok my dear?
harap2 apa yg aku pikirkan tak benar..

quote:
memang tanak bagi...
tapi suami pandai plak ungkit 'nanti Allah murka kalau tak penuhi permintaan suami yang satu tu'...
part nafkah batin memang dia ambil kira apa yang Allah tetapkan...
tapi part nafkah zahir, memang kosong...
diulangi... KOSONG!... bukan TAK MENCUKUPI...
beerti, langsung tak pernah keluar duit untuk anak isteri
kalau beli susu untuk anak pun siap bagi resit claim balik kat isteri...
tak percaya? demi Allah, aku tak tipu...

kemewahan?
memang tak pernah mewah pun...
rumah pun dok menumpang, isteri tak pernah ungkit...
kenderaan pun atas belas ehsan mak abah, pun isteri tak pernah ungkit...
tapi bila suami main kayu tiga (bukan sekali, malah berkali2)...
maka mula la buka balik kes nafkah nih...
mana buleh jadi, nafkah anak isteri tak bagi tapi bagi plak duit kat pompuan lain...
apa kesssss?


############ Mesej asal #############

i'm ok...
don't worry about me...
alhamdulillah, rumahtangga yang kami bina tak pernah diuji sehebat tu...

apa yang semut tulis kat situ sekadar melepaskan geram pada rumahtangga adik semut... do you remember 'daun'? actually, dia adalah adik kandung semut... semut tahu daun adalah adik kandung semut berdasarkan alamat email dia... dia tahu semut ni kakak dia sebab semut memang pernah cerita pasal 'semutmerah' dan 'mdc' dalam hidup semut... tapi semut buat tak tahu siapa daun sebab dia tak pernah cerita yang dia ahli mdc... just pretend that i'm not recognise her...

kami pernah berbalah pasal isu kawen lari, kawen tanpa restu, isu balik beraya dan sebagainya kat mdc... hangat juga perdebatan2 kami dalam mdc... hekikatnya, kat luar sana, kami tak pernah berdebat pasal isu tu... baik aje hubungan kami... adik-beradik la katakan... segala rasa tak puas hati antara satu sama lain cuma terluah kat mdc... hebat peranan mdc ni, kan?

baru2 nih, husband daun buat perangai... actually dah 3 kali tapi daun tak pernah cerita pada kami... rahsia pecah bila dia dah tak tahan... betapa dia menderita selama ni dek perbuatan si suami... tapi dia malu nak cerita sebab dia sedar, dia kawen dengan lelaki tu atas pilihan dia (hingga sanggup kawen lari ke sadau, thai)... perbuatan dia membelakangkan keluarga menyebabkan dia malu sendiri... tapi selama mana dia sanggup bertahan, right? last2... ini la jadinya... dia dalam proses bercerai dengan si suami... quote yang pak usop ambil tu adalah cerita pasal diorang suami isteri...

i'm so sad... just imagine... zalimnya lelaki tu sebagai anak, sebagai suami dan sebagai bapa...

sebagai anak, dia zalim sebab hasut adik semut nikah di sadau... sedangkan kami tak pernah tahu siapa boyfriend adik tu... dia tak pernah diperkenalkan pada family... just because abah pernah cakap "kalau boleh, abah tak suka anak-anak abah dapat orang Kelantan"... dia buat keputusan kawen lari... langsung tak usaha untuk pikat hati mak abah terlebih dulu... dia zalim sebab perbuatan dia menyebabkan adik-beradik kami berpecah... mak abah menangis siang malam sampai masuk hospital...

sebagai suami, dia zalim sebab biarkan isteri dia tanggung semua urusan keluarga... kalau nak ungkit, memang terlalu banyak - duit kos bersalin adik kat hospital, kami adik-beradik yang bayar, alasannya, dia tak sempat keluarkan duit dari bank... baju raya anak2 dia pun tetiap tahun kami adik-beradik yang belikan, tu pun bila adik dok meleleh air mata sebab husband buat tak tahu bila adik tanya pasal baju anak-anak...

sebagai ayah, dia zalim sebab mengabaikan kasih sayang pada anak2... dia kerja tiap2 hari 7.30 pagi sampai 11.30 malam... 7 hari seminggu... tak pernah ambil cuti... tak pernah hantar anak ke klinik... anak demam? anak ulang rawatan? anak sakit? anak masuk icu? semuanya atas pertolongan adik-beradik kami (tak sampai hati bila 'daun' datang merayu pertolongan)...

alih-alih, kami dapat tahu yang dia nak nikah lagi!!! kalau ikutkan hati tadak iman, memang dah lama dia tu kami halau... tu paling baik la kalo tak kene bunuh... dah bawak adik kami kawen lari, pun kami masih boleh terima dia dengan baik... bagi dok rumah sewa mak for free... bagi pinjam keta mak for free... apa lagi dia nak, kami pun tak tahu...

sorry pak usop... panjang plak bebel... sakit hati ni, Allah aje yang tahu... semut cuma berdoa, kalau betul la jodoh dia dengan isteri baru tu, biar la Allah makbulkan... biar perempuan senegeri dengan dia tu rasa apa yang adik semut rasa...

############ Mesej asal #############

emm.. jelaslah kedudukan citer nih skrg.. usual word.. sabar.. adik aku pun masalah lebih kurang gitu.. lari rumah sampai aku yg kena cari dan paksa diorg kahwin.. itupun Tuhan saja yg tahu macam2 taktik dan strategi aku guna.. bukan halang tuh.. hanya nak suh kawin.. sampai kejar masuk hutan.. so aku paham susah hati ko..

ipar aku tuh pun lebih krg cam ipar ko laa.. tak berguna.. sampai curi rantai nenek aku.. ugut mak aku.. pakai keter sampai hancur.. fitnah aku laki bini sampai mak bapak aku penah benci dgn aku laki bini.. sampai satu hari dia buat keje menipu sorg datin ntah berapa puluh ribu.. datin cari sampai umah bapak aku, siap mamat tuh kata umah tuh umah dia bagi mak bapak aku duduk.. nasib baik sakit jantung bapak aku tak menangkap masa tuh.. so aku dapat rasa camna marah dalam dada ko tuh..

tak tahu berapa tebal muka aku nak explain kat pakcik makcik aku.. sebab diorg tak berani tanya bapa aku.. susah payah aku kahwinkan diorg.. sampai masa nikah tuh pak kadhi boleh lupa.. postphone nikah dari zohor ke isya.. betapa kutelan malu mintak tolong mertua aku utk jadi org tua dalam rumah aku menjalankan nikah diorg.. belum citer org pandang senget kat anak sedara aku tuh.. so takyah explain bab malu krang kerna perbuatan adik ko..

even anak dia yg kedua, dia tak penah tengok pun.. aku rasa dia tak penah tau pun sebab dia hilang camtuh aja.. so aku tau ko sedih dan tak sampai hati tu camna..

patut lama tak dengar citer daun.. aku dapat rasa dia teraniaya, cuma aku try bagi dia kekuatan dulu.. tapi alhamdulillah laa kalo mmg betul dia dah buat keputusan.. tapi dia harus firm dgn keputusan dia.. tolong dia lupakan citer lama dan ajak dia buka buku baru.. adik aku pun alhamdulillah dah boleh terima kenyataan dan memulakan kehidupan yg baru.. beri dia vision utk masa depan yg lebih gemilang..

sampaikan salam aku kat dia kalo boleh.. aku doakan korg adik beradik akan kembali mengecap bahagia seperti sebelum kedatangan pengacau tuh.. moga Tuhan melindungi dan memberi kekuatan pada kita semua.. Amin..

############ Mesej asal #############

errmmm... maaf ye, lambat balas mesej... semut bercuti panjang... adik lelaki baru nikah sabtu lepas (bersanding ahad)... so, cuti panjang ler, nak pi hantar pengantin... alhamdulillah, lepas ni majlis rumah kami 4 Disember... meh la bagi alamat, boleh kami jemput makan nasi minyak... hehehehe...

pasal daun, dia masih bercuti sampai pertengahan disember... dia pun ada kirim salam pada pak usop... bila semut sebut aje pasal pak usop hantar mesej hari tu, dia terus senyum... dia kata dia suka pada kata nasihat pak usop... thanks a lot... nampaknya, dia ambil juga sedikit kekuatan dari mesej2 pak usop kat mdc...

alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar... nampak juga yang daun punya kekuatan... mungkin disebabkan anak-anak... dia ada cakap hari tu "kalau e-an takde anak sekarang ni, kak... e-an pun tak tahu la ntah ke mana e-an pergi bawa diri"... guess what? dia mengaku kat semut yang dia adalah daun! heheheheheee... semut cakap kat dia, semut dah lama tau... bahkan dari mesej2 dia kat mdc la semut banyak tahu isi hati dia... see? dari dulu, semut banyak terhutang budi dengan mdc!

ok pak usop... jangan lupa bagi alamat, semut nak pos kad jemputan ni... hehehehee... tq so much!

############ Mesej asal #############

aku rasa nak nangis baca mesej ko.. ada gak org guna nasiat aku yg tak tentu arah tuh ek.. kalo bagi alamat kat indon leh?

############ Mesej asal #############

alamak... kat indon la plak... hehehehehe...
ok, kalo nak semut pos nasi minyak ke sana, kene la bagi alamat!

p/s : nasihat 'tak tentu arah' dari seorang lelaki kadangkala lebih rasional dari nasihat yang ada 'arah'nya dari seorang wanita yang seringkali emosional...
Read On 0 ulasan

Risalah Cinta: Harga diri cinta


lampiran 9.

karamnya bahtera cinta kerna ditinggalkan kekasih, oleh kepergian ke alam baqa yang tidak terelakkan atau kerna salah seorang dari pasangan cinta meninggalkan pasangannya. perginya atas takdir Ilahi pasrah direlakan. dan perginya seseorang meninggalkan atau melupakan kekasihnya merupakan satu manifestasi tentang perasaan putus asa yang telah melemahkan semangat dan keteguhan jiwanya.

adapun sebab lupa itu boleh terjadi sama ada secara semulajadi, dimana keadaannya berupa hati dan perasaannya kosong seperti tidak pernah merasakan cinta. dan sebab yang satu lagi ialah lupa dengan cara berusaha sedaya upayanya, akan tetapi walaupun dia kelihatan tabah namun hatinya ditusuk kesedihan dengan memegang pendapat bahawa penderitaannya itu lebih kecil dari bahagia yang telah dinikmatinya, maka tetaplah dia tabah dan menguatkan hatinya. kita bahkan tidak memanggil orang ini sebagai orang yang melupakan sebaliknya sebagai yang sentiasa mengingati, memelihara kenangan, memegang janji dan sabar menghadapi kenyataan pahit. hingga kadang2 walaupun dia memarahi kekasihnya, dia tetap mempertahankan cintanya.

akan perkara yang memicu musabab diatas, ada yang lupa kerna rasa bosan, berkeinginan mencari pengganti dan ada juga kerna perasaan malunya. begitulah sebab seorang pencinta melupakan kekasihnya, sedang perkara malu itu tiadalah berupa lupa malah lebih kepada memendamkannya hingga tiada terfikirkan olehnya lagi.

sedangkan perkara yang memicu seorang kekasih melupakan pencintanya biasanya kerna pertengkaran kecil yang melarut-larut hingga lemas semua yang ada disekitarnya. tiadalah kehinaan keatas seorang yang dicintai kerna seorang pencintalah yang seharusnya meredakan bara yang panas sebelum membakar dengan ganasnya.

antara kewajiban dalam percintaan ialah saling mengingat dan menjaga hubungan baik walaupun jauh terpisah. seorang pencinta tidak akan melupakan kekasihnya dengan sengaja, kerna melupakan itu seolah satu dosa pada dirinya, kerna jika dia tahu dia akan melupakan kekasihnya dia tidak akan memulakan suatu hubungan cinta.

seorang yang dicintai merupakan pihak yang bertahan dan antara sebab yang menyebabkan lupanya seorang pencinta padanya adalah sikapnya menjauhkan diri, menolak cinta dan berkhianat. tiada siapa yang boleh menanggung beratnya pengkhianatan, hingga menjadi musabab yang paling wajar untuk melupakan kekasih. dan berlakunya perpisahan itu kerna putus asa yang umpama dingin salji yang membekukan api asmara.

beberapa perkara yang penting dalam percintaan termasuk setia yang tulus dan harga diri. harga dirilah yang diperhitungkan dalam membuat keputusan meninggalkan kekasih. manakala beberapa perkara pula yang menjadi pakaian cinta seperti malu dan cemburu.

sebagaimana kesetiaan yang tulus menjaga percintaan, begitulah pula harga diri menjaga hati seorang pencinta, hingga seorang pencinta harus mengerti ketikanya untuk meninggalkan kekasihnya hatta melupakannya. hanya saja jangan terpedaya akan makna putus asa, kerna putus asa berupaya merusak hati jika tidak terkendalikan.

begitu jugalah dengan perkara malu dan cemburu. malu asas kemuliaan dan cemburu yang menjaganya. jika tiada cemburu maka semakin sirnalah segala malu. hanya cemburu yang dapat mencegah kehinaan dari mencemar malu. dan malu dapat menjauhkan kehinaan tersebut dan meningkatkan harga diri dari kehancuran. hanya dengan memiliki harga diri kita jadi tulus dalam kesetiaan terhadap kecintaan pada kekasih kita.

lihat sekeliling kita sekarang bagaimana semakin kurangnya cemburu kita melihat orang didekat kita termasuklah orang-orang yang kita cintai mendekati maksiat, sehingga semakin berkurang juga malu kita hingga kita juga berbaur dengan kehinaan, hingga menghilang harga diri kita dan lupa tentang setia dan tulus, dan kita bahkan tidak mengenal apalagi berupaya mencicipi akan nikmat cinta.

jakarta
Read On 0 ulasan

we are what we believe


dasar pada iman adalah yakin.. cuma saja yakin tumbuh selari dgn imu kita.. apa yang kita yakini hari ini adalah berdasarkan pada ilmu yang kita ada setakat hari ini..

sama juga dgn hubungan antara manusia dan dalam rumahtangga.. dasar hubungan adalah sentuhan hati.. apa yang kita paham sebagai benci hari ini mungkin hanya bibit2 kasih sayang, apabila kita memahaminya esok.. perasaan itu adalah ikatan hati.. ada byk cara hati tersentuh, ada dari mata, ada dari kenangan, ada dari sentuhan, ada dari suara, ada dari tulisan dan seribu satu macam lagi, menunjukkan betapa Maha Agung Tuhan punya banyak cara mendekatkan kita..

aku hanya mengajak para sahabat semua menjengok ke dalam diri kita sendiri.. kita di sini hanya diskusi.. tiada yang benar melainkan apa yang kita yakin.. apa yang kita pilih adalah apa yang kita yakin..

teringat satu kisah diskusi temanku (hati2 ketika membacanya) dalam persoalan berhala..

ada seorg bertanya padanya, apa beza antara Islam dgn agama yg lain, sedangkan Islam juga menyembah batu (kaabah) di Mekah.. temanku pun berkata, "orang Islam tidak menyembah kaabah, itu hanya kiblat, org Islam menyembah Allah swt".. org itu langsung berkata, "begitu juga agama, mereka tidak menyembah patung yang mereka letakkan dirumah, itu hanya sebagai isyarat, mereka juga menyembah Tuhan bukan batu itu" temanku berkata lagi, "jika sama mengapa tidak kamu memilih Islam?"

hidup manusia penuh dgn ego mereka sendiri.. benar, ego perlu untuk hidup tapi jangan sampai ego menutup semua kebaikan pada apa yang bertentangan dgn diri kita.. kerna apa yang kita benci hari ini mungkin akan menjadi kecintaan kita pada esok hari..

maksud aku, kita punya pilihan, jangan buang pilihan yang kita ada tapi pilihlah bila kita rasa kita mulai memahaminya.. jangan cepat2 menutup pikiran dan hati kita dengan menolaknya..

byk dalam forum lain org berbahagi perasaan dan saling menasihati.. di SKR juga begitu.. tapi kita cuba selangkah lagi, cuba memahami diri kita sendiri dengan apa yang berlaku pada diri kita..kita cuba memahami diri kita sendiri dengan cara memahami org lain.. kerna yang penting bukanlah apa yang sudah berlaku sebaliknya apa yang akan berlaku seterusnya.. hanya itu yang boleh kita kendalikan kerna itu bergantung dengan pilihan yang kita putuskan hari ini..
Read On 0 ulasan

Risalah Cinta: Pengemis cinta


lampiran 8.

seorang pencinta adalah orang yang memulai hubungan, yang menawarkan cinta, yang mengajak berbahagi rasa.. sedang yang menerimanya adalah seorang yang dicintai.. seorang pencinta adalah yang bertanggungjawab tentang percintaan yang berlaku.. selama mana seorang yang dicintai menghargai dan menerima cintanya, maka seorang pencinta akan menjadi orang yang paling bahagia.

jadinya, kebahagiaan itu adalah milik seorang pencinta, dengan cara membahagiakan kecintaannya. berbagai kata2 dan perlakuan terjadi pencinta selaras dengan kemahuan kecintaannya. begitulah seorang pencinta mengabdi pada kecintaannya. cinta itu suatu pengabdian, selagi yang dicintainya tidak melakukan sebarang perlakuan yang melukakannya.

apa saja permintaan kecintaannya dituruti, segala larangannya dijauhi, seorang pencinta menjaga hatinya agar tidak berpaling dari kecintaannya, bertahan pada setiap kehinaan yang harus ditempuhnya dan merayu2 untuk diperkenankan setiap permintaannya. melahirkan tawa gembira dan merendam sendu tangis demi kekasihnya. sanggup menanggung segalanya selama dijangkiti penyakit cinta.

sedangkan yang dicintai menikmati kemuliaan yang diberi padanya, dia menghargai setiap titis kasih yang membasah menyegarkan jiwanya, menyuburkan hatinya dan membungakan kegembiraan dalam hidupnya, selagi dia dicintai. tiadalah kehinaan boleh mencemarnya dalam setiap kejadian yang berlaku kerna bukanlah dia yang memulai percintaan, semata dia melakukannya untuk memberi kebahagiaan kepada orang yang menyintainya, dan hanya sedikit yang diperlakukan utk dirinya. hatta segala kesempatan yang dipergunakannya lebih banyak keberuntungan pada orang yang menyintainya, dan tiada dapat mengisi keperluan jiwanya.

percintaan yang agung apabila keduanya saling menyintai. bila setiap dari yang terlibat dalam percintaan mengerti akan kedudukan mereka sebagai pencinta, maka berlumba2lah mereka saling menjaga hati dan membahagiakan kecintaan mereka. hanya perlu kita fahami bukanlah wajib seorang yang dicintai itu berubah menjadi seorang pencinta. cinta itu urusan hati dan tidak boleh dipaksakan. seorang pencinta hanya berharap cintanya diterima bukanlah berharap untuk dicintai, kerna lebih bahagialah sebuah cinta yang diterima kekasih, daripada menerima cinta.

tapi terjadi pula dizaman ini orang mencari2 agar mereka dicintai, dan berharap bahagia daripadanya. memberi itu lebih bahagia daripada menerima, sepertimana sedekah yang memberi kepuasan jiwa pada seorang dermawan yang ikhlas, hatinya tenang dan memberi kekuatan kepadanya untuk terus berusaha mencari untuk memberi, daripada yang menerimanya, yang selesai syukurnya setelah habis sedekah itu dipergunakannya.

maka banyaklah yang kita lihat pengemis cinta, mengharap2 dan merayu2 memaksakan cinta mendekatinya, umpama mencari bayang2 dimalam kelam. sanggup memijak segala onak ranjau yang menduri perjalanannya untuk sesuatu yang dianggapnya bahagia, sedangkan bahagia jauh darinya.

mengapa kita harus menerima sedangkan kita lebih dari mampu untuk memberi. ada yang takut dilukakan, tapi bukankah kelukaan itu lebih membahagiakan daripada tidak dapat mencicip nikmat dari erti bahagia itu sendiri. kita meletakkan bahagia dalam kotak hati dan menyimpannya jauh dalam diri kita, lalu kita mencari diri kita di diri orang lain hingga kita menjadi asing pada diri kita sendiri.

akan tetapi seperti yang kita fahami, cinta harus datang dengan keikhlasan. tiada membawa banyak kebaikan untuk cinta yang dipaksakan, sama ada dipaksakan oleh orang lain mahupun diri sendiri. cinta itu dalam diri kita sendiri. tidak ia tumbuh sendiri sebaliknya kita pupuk dan sirami dengan kehendak kita sendiri.

jakarta
Read On 0 ulasan
 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008