mazhab politik





kenapa sunni dgn syiah saling bermusuhan? benci? dari mana asal punca benci? bukankah asalnya satu, kemudian berpecah kerana satu pendapat? siapa yg patut memimpin.. dan dasar memilih pemimpin menjadi asas kepada perpecahan.. siapa yg salah dan siapa yg benar?

begitu pula umno dan pas.. semakin menyemai benci.. bukankah perpecahan itu juga dipicu oleh isu yang sama? siapa yang patut memimpin.. siapa yg salah dan siapa yg benar?

pokok persoalan dlm konflik syiah-sunni ialah perpaduan jemaah.. perpecahan ummah semakin melemaskan apabila kebencian yang dipupuk zaman berzaman semakin mekar dan mengakar.. malah hingga ke tahap saling berbunuhan, kerna saling menganggap lawan masing2 kafir.. siapa yg untung dan siapa yg rugi?

itu jugalah yang menjadi persoalan dalam konflik pas-umno.. jemaah semakin pecah.. benci semakin menular dan mewabak dalam satu kumpulan yang sama bangsa dan sama agama.. semuanya kerna setiap kelompok merasa lebih Islam dari lawannya.. siapa yg untung dan siapa yg rugi?

aku faham bila org kata yg salah tetap salah dan yang benar tetap benar.. namun bila sama2 merasa benar maka bagaimana? aku tak sebut bab kafir dgn Islam.. malah bab kafir dgn Islam pun kita bukan sewenang2nya memerangi semata2 kerana kekufuran mereka.. kita berkisah dalam ruang lingkup sama2 mengaku bertuhankan Allah swt dan mengaku kenabian Rasulullah saw.. 

kalau kita kata mereka sesat, kita juga mereka kata sesat.. maka jika kita kata patut memerangi mereka, maka mereka juga merasa patut memerangi kita.. jadi mana hujungnya?

sama pas kata umno penipu sebab pas nampak penipuan umno, maka umno pun kata pas menipu kerna nampak penipuan beberapa pemimpin pas.. jadi apa kesudahannya?

sebelum jauh, aku tak citer psal sunni vs syiah.. hanya perumpamaan terhadap apa yang berlaku di sekitar kita.. makin rasa loya dengan politikus dan orang2 yang menganggap diri mereka politikus.. pemimpin dan orang-orang yang berangan menjadi pemimpin..

yang selalu menjadi permasalahannya ialah pimpinan yang begitu garang dan tak peduli apa yang berlaku pada jemaah besar.. pemimpin yang selalu bercakap kononnya perjuangan mereka adalah untuk golongan marhain, sedangkan mereka sendiri hidup dalam suasana yg jauh dari marhain.. 

dan dalam konflik ini yg selalu kita lupa, dan paling sering dicanangkan, ialah orang awam.. golongan yang telah dipupuk dan dipasak dengan percaya, jasa, takut dan taksub sehingga merasa seolah tiada pilihan.. pilihan satu-satunya adalah memilih antara mereka..

lalu apakah yang boleh kita lakukan? oleh kerana kita sudah terlalu bahagia dalam keadaan kita sekarang maka revolusi bukanlah pilihan yang akan kita pilih.. maka kita akan terpaksa melakukan persis apa yang mereka mahu kita teruskan, memilih salah satu antara mereka, kerana itulah kaedah yang terbaik buat mereka untuk meneruskan survival kepimpinan mereka ke atas kita..

maka jika kita tidak ada pilihan untuk tidak memilih salah satu antara mereka, adakah kita juga tidak ada pilihan untuk tidak bermusuhan sesama kita? perlukah kita menjadi penyokong atau pembangkang pada salah satu antara mereka? tidak bolehkah kita untuk sekadar setuju untuk tidak bersetuju sesama kita tanpa perlu menghambur caci maki dan kutuk hina, sehingga kita rasa kotor waima untuk duduk bersebelahan dengan orang yang membangkang apa yang kita pilih..

sepertinya juga bila kita berdakwah.. jika orang yang kita dakwahkan itu tidak diberi hidayat oleh Allah swt untuk memahami dakwah kita, maka patutkah kita caci maki dan kutuk benci mereka? bukankah kita boleh berlapang dada apabila mereka tidak memahami apa yang cuba kita sampaikan? kita tetap tenang kerana kita berdakwah kerana Allah swt.. tapi kenapa bila orang tidak terima pendapat kita mengenai pendirian politik maka kita bertindak melampaui batas? mengapa ada marah? bukankah kita melakukannya juga kerana Allah swt?

boleh tak kita biarkan politik itu diadu oleh sesama orang politik.. kita hanya buat apa yang kita rasa kita perlu buat tanpa perlu teruja dan menguja mereka untuk berbuat lebih jauh.. sebab nanti bila berlakunya sebarang kerosakan, kitalah yang akan menanggung segala kesannya, mereka hanya terasa sedikit sahaja..

melainkan jika anda memang berada dalam jalur menaikkan diri anda menjadi pemimpin dalam parti anda, mohon tidak perlulah ikut sama memaki hamun dan mencaci benci.. melainkan jika anda bercita-cita untuk menjadi salah seorang pemimpin dalam parti anda, mohon tidak perlulah anda menganggap diri anda lebih baik dari orang lain yang tidak sependapat dengan anda.. 

jika anda benar-benar berjuang demi kebajikan jemaah, mohon padamkan api kebencian dan segarkan silaturrahim sesama kita walaupun berbeza pendapat.. jika anda jujur mahu melihat jemaah kita mendapat yang terbaik, mohon tidak berbalah apabila sesuatu yang baik dianjurkan walaupun dari kumpulan yang menentang pendirian politik kita..

cukuplah muslim bermusuhan kerna syiah dan sunni, tidak perlu dipecahkan lagi dengan mazhab politik.. moga Tuhan mengampuni dosa-dosa kita semua dan memberi rahmat-Nya ke atas kita. amin.

wallahualam..

About this entry

  1. Anonymous said...

    Hi there, just became aware of your blog through Google, and found that it is
    really informative. I'm gonna watch out for brussels. I will be grateful if you continue this in future. Lots of people will be benefited from your writing. Cheers!

    Feel free to surf to my webpage: Restaurants in Orange County

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008