membaca satu tajuk muka depan suratkhabar taipei times hari ahad minggu kelmarin dalam penerbangan dari hong kong sangat menarik untuk dikongsikan.. kajian yang dilakukan kepada golongan muda taiwan yang lahir selepas tahun 1984, mengenai hubungan antara taiwan dan china.
aku mukaddimah dulu sket psal taiwan (republic of china - roc) dan china (people's republic of china - prc).. selepas revolusi china 1911 pimpinan dr sun yat sen menjatuhkan dinasti ching, bermulalah sejarah china moden sebagai sebuah republik. di satu ketika pertembungan berlau antara dua parti besar iaitu parti nasionalis (kmt) dgn parti komunis. kmt dikisahkan memindahkan pemerintahan ke taiwan buat sementara dengan membawa kekayaan negara setelah parti komunis menguasai beijing. dan bermulalah kisah pemerintahan terpisah yang sama2 mengakui bahawa merekalah pemerintah sebenar china. hanya saja parti komunis berjaya mendapat pengiktirafan PBB sebagai negara china.
maka dalam kajian tersebut apabila ditanya kepada anak muda taiwan mengenai status negara taiwan, maka beginilah keputusannya:
- taiwan adalah negara merdeka yang terpisah dari china 45.8%
- republik china (roc) adalah taiwan (pendapat parti dpp) 19.9%
- taiwan termasuk dalam republik china (roc) (pendapat parti kmt) 24.4%
- china dan taiwan adalah sebahagian dari republik china (roc) 7.9%
- taiwan adalah sebahagian dari negara china 2%
dalam soalan mengenai adakah rakyat taiwan patut terus berjuang melawan china (menolak penyatuan) walaupun kerajaan tidak melakukannya.. 48.3% tak setuju dan 51.7% setuju..
manakala dalam maklumbalas terhadap kemungkinan jika berlakunya peperangan dengan negara china:
- berhak menolak untuk dipaksa menjadi tentera jika perang 57%
- tidak mahu dipaksa jadi tentera dan memilih utk menyerah 31.6%
mengenai kemungkinan akan meletusnya perang jika rakyat taiwan membuat keputusan untuk menolak penyatuan, 80% berpendapat bahawa china tidak akan menyerang jika majoriti taiwan tanak bersatu dgn china. dan dalam soalan yang lain 58.5% berpendapat bahawa china tidak akan menggunakan kekuatan tentera ke atas taiwan.
dan ketika ditanya mengenai keperluan pertahanan negara.. ironinya, walaupun 74.2% setuju persenjataan negara perlu ditingkatkan namun 55.8% tidak bersetuju jika cukai dinaikkan untuk mencapai matlamat tersebut.
dalam artikel itu dibuat kesimpulan bahawa anak-anak muda taiwan berpendapat bahawa kehidupan mereka lebih berharga dari mempertahankan negara, dan mereka lebih rela membelanjakan wang mereka untuk menambahbaik nilai hidup mereka daripada menambahbaikan pertahanan negara.
apakah yang boleh kita pelajari dari pungutan suara tersebut? bagaimana agaknya maklum balas jika pungutan suara yang hampir sama dijalankan di negara kita? adakah kita juga akan berpendapat bahawa negara kita harus menjadi lebih baik namun di masa yang sama kita tak mahu terlibat menjadi sebahagian daripada proses tersebut?
yah...nasionalisme harus terus ditamnamkan !
setuju
Salam, Harap dapat perbanyakkan artikel, saya sentiasa tertunggu post terbaru dari blog ini. TQ