epilog sang pendosa


sungguh jalan pulang itu bukanlah sesuatu yang mudah dan menuntut segala kekuatan menepis segala dugaan dan ketabahan menahan aneka cubaan. sungguh iman itu bukan sekadar lafaz bibir dan hati, namun iman tidak akan hadir tanpa ujian.

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji?"
(Al-Quran, 29.Al-'Ankabut:2)

telah berkisah seorang sahabat kepadaku akan bagaimana payahnya liku2 menuju jalan pulangnya. setiap kali dia bergelut kembali melangkah di jalan yang lurus, maka sebegitu kuat juga tangan-tangan ghaib menarik dan merentap lengannya untuk melencung semula. dan berulangkali dalam kesungguhan dia meniti ketaatan kepada Maha Pencipta, dia sering terjatuh terperosok sesat sebelum kemudian tersungkur lagi meratap taubatnya.

ada seseorang pernah menunjukkan sebuah perspektif yang berbeza mengenai jalan yang dilalui oleh orang2 yang berdosa. ingin aku peringatkan sebelum mengisahkan perihal ini bahawa jika kisah ini meresahkan jiwa, maka tinggalkanlah. jika ada yg menjadi kesalahan, maka tegurkanlah. dan beginilah katanya.

sesungguhnya manusia itu tiada upaya dan kekuatan melainkan dengan izin dan kudrat Allah swt, dan ini termasuklah dalam setiap perbuatan baik dan buruknya. maka adakah Tuhan yang membuatkan kita berbuat maksiat dan dosa? malah Tuhan mengizinkan iblis menyesatkan keturunan Adam as. maka jika Allah yang mentakdirkan kita bergelumang dosa maka apalah gunanya taubat? maka dengarkanlah.

tidaklah dikurniakan kekurangan dan kelebihan kepada manusia melainkan sebagai ujian. berjalan di jalur pahala berganda juga tidak tertinggal dari diuji riak dan ujub. apakah makna akan segala ujian ini? maka tetapkanlah iman kamu terhadap Allah.

"Dan kami akan uji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu akan kembali."
(Al-Quran, 21.al-Anbia:35).

dan berkatalah seseorang itu kepadaku, sesungguhnya dosa juga suatu cara Allah menuntun kita kembali kepada-Nya. dengan memperlakukan dosa maka kita semakin mendekat kepada rahmah-Nya, kerna dalam setiap keterlanjuran dosa, taubat kita semakin dalam.

namun janganlah kamu meminta ujian di jalan dosa kerna ujian itu lebih berat penanggungannya dan adalah lebih mudah utk menjadi lebih terus tersesat dibelit tipuan syaitan dan seperti rasa tak mampu kembali lagi. maka bagaimanakah mengharunginya? ingatilah Allah dalam setiap perbuatan, terutama ketika hati terniat ke arah maksiat.

sesungguhnya kejahatan itu tidak hanya berlaku kerana niat namun kerana wujudnya kesempatan. niat akan terkurung tanpa kesempatan, maka hapuskan segala kemungkinan akan wujudnya kesempatan. dan hapuskanlah niat ketika timbulnya kesempatan dengan mengingati azab Allah. pohonlah keampunan kepada-Nya waima sebelum terjadinya kejahatan.

tidak terasakah sesuatu di hati kita sewaktu mengucap astaghfar? atau ucapan itu hanya sekadar ucapan biasa yg tiada membekas memberi makna apa2? rasakanlah astaghfar itu di dalam hati kita, dalam detak jantung, dalam denyut nadi, dalam darah yg mengalir ke seluruh tubuh kita.

getarkanlah hati kita memohon ampun dalam setiap sujud dan munajat tahajjud. sebakkanlah hati kita merasa malu kepada Yang Maha Pemberi Nikmat. sendukanlah tangis kita merindui rahmat-Nya dalam setiap kesempatan membaca dan mendengar firman-Nya. dan sungkurkanlah taubat kita dalam setiap dosa dan maksiat yang kita lakukan. mohonlah kepada-Nya, Yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.

sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tabrani daripada Abu Umamah, "Allah berfirman kepada malaikat-Nya bermaksud : "Pergilah kepada hamba-Ku. Lalu timpalah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya."."

bukanlah tujuan aku untuk membenarkan setiap perlakuan dosa dan maksiat. sesungguhnya jika kita sengaja mengejar dosa dan maksiat maka insya-Allah laknat Tuhan mendekati dan menghampiri. namun yang aku perkatakan ini adalah perihal manusia yang sering kembali tersasar setelah bangun dari duduk taubat kepada-Nya, namun tiadalah dia berputus asa melainkan terus-menerus bertaubat, dan bersungguh-sungguhlah dia menjauhi dosa dan maksiat, namun ujian terus menerus mendatanginya, menguji keteguhan imannya

sungguh terkadang hati kita merasa riak bangga melihat orang lain melaku dosa sedang kita tegar dapat menolaknya, merasa ujub sempurna iman berbanding orang lain yang kita pandang tidak berilmu setaraf kita, sedang kita lupa bahawa riak dan ujub itulah yang menghapuskan segala kebaikan kita.

maka anggapkanlah bahawa setiap kali ditunjukkan kepada kita akan keburukan dan dosa orang lain kepada penglihatan dan pengetahuan kita, maka ingatlah bahawa amaran dan peringatan Tuhan telah datang kepada kita juga. maka bertetaplah dengan hati kita supaya kita sentiasa berada dalam lindungan rahmah-Nya.

dan bersyukurlah pada ketentuan yang telah ditetapkan kepada kita. yang perlu kita selidiki adalah bagaimana setiap ketentuan itu membuatkan diri kita semakin dekat kepada Maha Pencipta. adakah kebaikan yang menjadi qada kita itu membuatkan kita menjadi lebih bertaqwa kepada-Nya, atau menjadikan kita semakin jauh? dan adakah keburukan yang menjadi qadar kita menolak kita lebih jauh dari-Nya, atau sebagai ujian sabar dan ikhlas supaya kita pada akhirnya berupaya menjadi mukmin yang bertaqwa kepada-Nya. sesungguhnya Allah swt Maha Mengetahui segala yang terkandung di dalam Loh Mahfudz.

Imam Sayuti meriwayatkan dari Ibnu Abbas berkata, "Allah menciptakan Loh Mahfudz yang luasnya seperti berjalan seribu tahun. Kemudian Allah berfirman kepada Qalam sebelum diciptakan seluruh makhluk, "Tulislah segala ilmu-Ku tentang ciptaan-Ku." Maka Qalam menuliskan segala peristiwa hingga hari kiamat."

merenung ke dalam diri di malam nisfu sya'aban yang lepas. menyibak kembali perjalanan masa lalu dan bagaimana semua itu mencetak siapa diri di masa ini. menyemak setiap kejahatan dan dosa yang telah dilakukan di sepanjang perjalanan. tunduk malu menginsafi betapa manusia hanyalah bangkai dan dunia ini hanyalah sampah. kemuliaan hanyalah ketika hamba dapat diangkat darjat oleh Tuannya. maka ampunilah aku. hanya kepadaMu aku meminta. tunjukkanlah aku jalan yang lurus.

Ya Allah! wahai Dzat yang memiliki anugerah dan tidak diberi anugerah kepadaMu, wahai Dzat yang memiliki keagungan dan kemuliaan, wahai Dzat yang memiliki anugerah dan kenikmatan. Tiada Tuhan melainkan Engkau, dan pertolongannya orang yang memerlukan, dengan keselamatannya orang yang meminta pertolongan dan dengan keamanan serta sentosanya orang yang takut.

Ya Allah! jika aku telah ditulis disisiMu, iaitu di dalam Ummil Kitab (Loh Mahfudz) sebagai orang yang celaka, atau terlarang, tertolak, atau rezekinya sempit, maka hapuslah.

Ya Allah! demi anugerahMu: ketentuanku celaka, terlarang, tertolak dan disempitkan rezekinya, ubahlah ketetapan itu disisiMu di dalam Ummil Kitab, sebagai orang yang beruntung, dikabulkan, dibukakan dan dilapangkan rezekinya serta taufiq melakukan kebaikan.

Bahawasanya Engkau telah berfirman, dan firmanMu itu adalah benar di dalam kitabMu yang diwahyukan atas lisan NabiMu yang diutus. Allah menghapuskan segala hal yang Dia kehendaki, dan menetapkannya disisi Allah dalam Ummil Kitab.

Ya Allah! Tuhanku, dengan kenyataan yang agung pada malam pertengahan bulan Syaaban yang mulia, yang saat itu ditetapkannya segala perkara serta dibezakannya, hapuskanlah bagi kami bala yang telah kami ketahui, dan yang belum kami ketahui serta hal-hal yang Engkau lebih Mengetahui. Bahawasanya Engkau Dzat Maha Tinggi dan Mulia, dengan rahmatMu, wahai Dzat yang paling belas kasihan.

Selawat dan salam, tetapkanlah kepada junjungan kami Nabi Muhammad saw, keluarga dan sahabat beliau. Amin.
Read On 0 ulasan

ikhlas dalam bersatu



ketika duduk bersandar letih di dinding batu dengan baju lencun basah dek disiram air gatal unit simpanan persekutuan dan hujan petang yang dikurnia untuk mereda asap sesak dari bom pemedih mata, seorang sahabat membuka kata dalam sela-sela nafas yang tersengal-sengal, "kenapa korang buat bodoh saja bila orang-orang politik nih mengkuda-kayu dan merampas perjuangan korang?"

aku senyum melempar pandangan ke deretan ribuan manusia geram yang berjalan dan bersilaturrahim sesama mereka. peluh panas jiwa dan dingin hujan berbaur menciptakan nuansa yang tersendiri. suatu rasa yang tidak mampu tertulis dengan perkataan dan tidak mudah terluah dengan kata-kata.

"apa yang penting adalah kesatuan. kita tak boleh bersatu jika bergerak sendiri-sendiri. dan dalam bersatu mesti ada satu tujuan yang sama," sahut seorang lagi sahabat yang tidak berbaju kuning, dan bukan hanya dia yang tidak memakai baju dengan warna yang diharamkan khusus hari itu.

"dan untuk bersatu kita kena kembali pada yang satu, Allah swt. bila niat dan tujuan kita nih untuk perjuangan menegakkan yang satu itu, maka kita kena istiqamah mengikut kaedah yang satu, Islam."

"walaupun terpaksa bersekongkol dengan musuh yang satu?" tempelak sahabat yang masih tersengal nafas. geramnya bukan kerna ketidaksetujuan mengikut kami tapi kerna merasa sang lembu mencuri nama hasil kerja sang sapi.

"kita tak bersekongkol dengan diorg, tapi bila diorg nak ikut sama kita takleh tolak. takkan tak bagi orang ikut sama buat benda yang betul kan?"

"tak kisahlah kalo diorang ikut kita dengan niat lain, asalkan kita tahu niat kita apa."

"tapi kan, apa yang diorang buat tuh buat orang lain jadi salah sangka dan salah faham dengan perjuangan korang. bukan itu merosakkan perjuangan ke?" kerut di dahi menghiasi wajah tidak puas hatinya.

"ikhlaskan," sambut seorang sahabat yang sudah bangun semula dari duduknya, mengibas-ngibaskan tangan di punggungnya, dan dia menyambung sambil memasang senyum di wajahnya, "semoga dalam jalan keikhlasan, Allah swt akan tautkan hati-hati kita dalam perjuangan."

segerombolan lelaki melewati tempat duduk sebentar kami, mencuit hati untuk bingkas bangun bergabung lagi dengan mereka bersama-sama menyuarakan irama geram.

Bersih! Bersih!


Read On 0 ulasan

dilema imarah masjid



sewaktu duduk2 santai selepas solat asar di masjid agung di tengah2 kota bandung, aku memerhatikan persekelilingan masjid itu dengan perasaan yg berbaur2.. ada rasa gembira melihat meriahnya suasana masjid menjadi tempat pilihan org ramai berkumpul bersama anak2 mereka.. ada rasa kurang tenteram melihat deretan para penjual yg memperdagangkan barang jualan mereka di sebelah bangunan masjid.. ada rasa risau melihat manusia-manusia yg berkeliaran dan keluar masuk ke bangunan masjid..

Dari Amru bin Sy'aib ra dari ayahnya dari datuknya berkata, "Rasulullah SAW melarang berjual beli di dalam masjid." (HR Ahmad dalam Musnadnya dan Abu Daud)

Abdullah bin Amru al-Ass berkata bahawa Nabi saw melarang jual beli di dalam masjid. (Mafhum hadith riwayat Tirmizi).

ini adalah antara perkara yg selama ini aku mendiamkan diri dari berpendapat. hadis di atas jelas, namun terdapat beberapa perincian mengenainya; terutama mengenai bahagian urusniaga yg dimaksudkan dan batas suci yg memisahkan masjid dengan kawasan luarnya.

secara umum semua ulama kecuali mazhab hanafi, berpendapat urusniaga dlm masjid adalah haram. mazhab hanafi mensyaratkan barangan itu sangat diperlukan , seperti kitab2 agama yg diperluakan dalam kajian, dan nilainya adalah sgt kecil. ada pula pendapat ulama menyebut bahawa larangan itu bermaksud makruh jika yg diniagakan itu berlandaskan syariat.

terdapat pula pendapat yg mengatakan bahawa urusniaga yg dilakukan sehingga terjadinya akad diperselisihkan hukumnya antara haram dan makruh. jika hanya berlaku tawar menawar tanpa akad jual-beli maka hukumnya dipandang mubah. begitu juga jika hanya berupa iklan yg diharapkan hukum yg lebih ringan.

“Bila engkau mendapatkan orang yang menjual atau membeli di dalam masjid, maka katakanlah kepadanya, ‘Semoga Allah tidak memberikan keuntungan pada perniagaanmu.’ Dan bila engkau menyaksikan orang yang mengumumkan kehilangan barang di dalam masjid, maka katakanlah kepadanya, ‘Semoga Allah tidak mengembalikan barangmu yang hilang.’” (HR. at-Tirmidzi, no. 1321, dan oleh al-Albani dinyatakan sebagai hadits shahih dalam Irwa’ul Ghalil, 5/134, no. 1295).

satu lagi persoalannya ialah apakah batas yg memisahkan dalam masjid dgn luar masjid? antara pendapat ramai org adalah pagar masjid. ada pula yg berpendapat bahagian halaman masjid yg dikelilingi oleh longkang kecil. ada pula yg berpendapat bahagian ruang utama solat di dalam masjid. ada juga yg berpendapat ruangan yg dikhaskan utk sekolah agama terpisah dari bahagian masjid.

apa signifikan batas masjid ini? batas masjid ini bukan hanya utk memperjelas hukum jual beli di dalam masjid, tetapi juga utk memperjelas bahagian yg boleh dilalui oleh perempuan yg dlm haid dan berhadas besar. ini termasuklah mengenai orang2 kafir yg memasuki masjid.

maka terdapatlah satu pendapat bahawa yg menetapkan batas suci masjid adalah pengurus masjid. dalam konteks negara kita, ahli jawatankuasa masjid atau nazir masjid atau jabatan agama Islam yg berkenaan. maka dengan penetapan batas suci ini maka seterusnya dapat menjawab sekalian permasalahan tersebut. dengan jelasnya perkara2 ini maka setiap peniaga dan pembeli hendaklah berhati2 dlm urusniaga mereka terutama yg berhampiran dengan masjid.

“Di rumah-rumah yang di sana Allah telah memerintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya, di sana ber-tasbih (menyucikan)-Nya pada waktu pagi dan waktu petang. Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingat Allah, mendirikan shalat, dan membayarkan zakat. Mereka takut pada suatu hari yang (di hari itu) hari dan penglihatan menjadi goncang.” (QS. an-Nur: 36-37).

dan yg menjadi galau di dalam hatiku ialah bila melihat persis berhadapan dengan tiang di pintu masuk utama tempat sandaranku, seorang peniaga menjual seluar dalam dan baju dalam, dengan memperagakan pakaian dalam itu di sebuah patung tak berkepala.. mungkin hukumnya tiada salah namun bagiku tiada adab. samalah seperti keadaan pengunjung2 yg lalu lalang dan keluar masuk ke dalam masjid itu. tidakkah mereka mengertikan apakah maksud masjid itu?

jika di malaysia, masjid hanya penuh ketika waktu solat dan adanya majlis ilmu yg biasanya diadakan setelah waktu solat, setelah itu maka akan kosonglah masjid tersebut hinggalah pak bilal melaungkan azan semula menyeru segala umat Islam, apalagi tidur di masjid sudah menjadi larangan. manakala situasi masjid dikebanyakan tempat di indonesia sangat berbeza dengan situasi masjid di malaysia. oleh kerana ramainya penduduk Islam, masjid hampir tidak pernah kosong pada bila-bila masa.

antara yg sering aku sebut akan perbezaan yg paling ketara ada dua bangsa serumpun ini ialah kekuatan masing2. muslim di Indonesia mempunyai kekuatan tauhid yg sangat mengkagumkan aku. kerna itu jarang muslimnya yg meninggalkan solat walau dalam keadaan apa sekalipun dan walau dimana sekalipun. berbanding dengan muslim malaysia yg terkesan meringan2kan perkara solat.

namun kekuatan muslim malaysia ialah feqahnya. waima jika waktu solat sudah habis sekalipun mereka akan menitikberatkan feqahnya. tentang keadaan, tentang kebersihan, tentang pakaian, tentang hijab, dsu. kerna itu hampir tidak berlaku di malaysia keadaan bagaiaman seorg wanita seksi yg berseluar ketat dgn baju sendat, ataupun wanita berseluar pendek dan berbaju dedah dada, berambut basah dek wudhu' menuju ke bahagian dalam masjid utk solat.

muslim malaysia terkesan feqah imannya, sedangkan muslim indonesia terkesan tauhid imannya. tiada yg benar dan tiada yg salah, tiada yg lebih baik dari yg satu lagi, sebaliknya kedua kelompok muslim seharusnya saling bersatu dan belajar dari satu sama lain.

berbalik semula pada pemerhatianku ketika bersandar di salah sebuah tiang di pintu masuk masjid agung bandung, suasana meriah di dalam dan di luar masjid. anak2 muda sedang bersolat dan mengaji di dalam masjid. manakala anak2 muda yg lain pula berpasar ria di luar masjid. terasa hidup masjid. mungkin ada beberapa perkara yg perlu ditegur dan diperbaiki, namun nuansa sebegini sangat berbekas di hatiku.

dan inilah yg menjadi dilema dalam pelestarian masjid, antara lebih rela masjid2 menjadi kosong utk mengelakkan keserabutan adab atau menjadikan masjid sebagai pusat masyarakat sambil berharap dan berdoa lebih kuat supaya yg menghadir diri di masjid akan tersentuh dan diberi petunjuk menjadi lebih baik. semoga masjid dapat menjadi pusat dakwah dan ilmu bagi kita untuk memuji dan memuliakan Allh swt, dan bukan sekadar menjadi satu lagi pusat pelancongan atau pasar malam yg lebih menyesakkan nafas dan meracaukan jiwa.

“Yang memakmurkan masjid-masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat, dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.” (QS. at-Taubah: 18).

ya Rabb! lembutkanlah jiwaku dan ikatkanlah hatiku di tiang2 rumah-Mu supaya aku menjadi rindu pada-Mu dan kekasih-Mu, Rasulullah saw. takdirkanlah aku agar termasuk dalam golongan orang2 yg diberikan petunjuk-Mu, takdirkanlah aku semoga termasuk dalam golongan hamba-Mu yg sentiasa berjemaah di masjid-Mu, dan seterusnya takdirkanlah aku utk bersama mereka memasuki syurga-Mu tanpa hisab, seperti janji-Mu pada golongan tersebut. Amin. Amin. Amin.

Read On 0 ulasan
 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008