arakian suatu hari ketika sedang duduk2 sembang minum kopi, diperkenalkan kepada aku seorang peramal nasib. dia tersenyum2 ketika beberapa org kawan menceritakan betapa tepatnya beberapa ramalan dia tentang mereka dan menganjurkan tanganku di tilik. aku hanya senyum dan menolak dengan halus. aku tidak perlu percaya tilikannya, hanya dengan membenarkan tapak tanganku diramal sudah membolehkan aku jatuh syirik. nauzubillah. tapi bukan itu yang aku nak ceritakan.
aku bertanya kepadanya adakah dia benar2 mempunyai kuasa ajaib utk menilik masa depan. dia hanya senyum. setelah beberapa kawan2 pamit pulang, tinggallah kami bertiga, dan aku bertanya lagi kepadanya, adakah dia benar2 mempunyai kuasa ajaib kerna aku tidak percaya. dia cuba menjawab dengan hati2 dan akhirnya dia membuka rahsianya. dia tidak ada kuasa ajaib dan tidak pernah belajar ilmu ghaib. kuncinya adalah 'power of suggestion'.
katanya, yg penting adalah pre-talk. sebelum memulakan tilikan dia harus tau seberapa banyak yg dia boleh tentang orang tersebut dalam waktu yg singkat. karakter, hobi, bahasa tubuh, tabiat, cara hidup, percintaan serta latar belakang keluarga dan kawannya. terutama berkenaan dengan perkara apa yg mahu diramal. dalam waktu yg sama katanya, dia harus membangunkan rapport supaya org itu merasa nyaman dan percaya padanya. ini tidak susah kerna ketika org itu setuju, dia sudah percaya, walaupun dia kata tak percaya.
sambungnya lagi, dengan menggunakan semua pengetahuan mengenai org itu, dia boleh meramal apa sahaja. dengan kata lain, apa saja yang dia sebutkan akan jadi kenyataan. yang paling penting ialah memberi harapan. sebagaimana buruk pun ramalan yg dia beri, dia akan memberi jalan sebagai harapan.
contohnya, org yg kerja di pejabat tentu mahu naik pangkat atau naik gaji, seorg peniaga pasti mahu keuntungan atau projek baru, org yg gemuk berlebihan tentu akan sakit dalam beberapa tahun lagi, seorang gadis cantik pasti akan dilamar, kalau pasangan bercinta baca saja bahasa tubuhnya dan komunikasinya pasti jelas tau apa yg boleh terjadi. ini semua skil komunikasi. skil membaca diri org lain.
aku bertanya, bagaimana kalau ramalannya salah? dia ketawa. dia kata dia pun tak tahu ramalan dia betul atau salah. yg penting ialah org itu percaya. bila seseorang itu percaya, apalagi ketika dia meramal dia akan memasukkan sugesti2 dengan kata2 yg tepat diwaktu yg tepat, semua sugesti dia itu akan langsung terakam dalam fikiran org itu. setelah itu sama ada dia sedar atau tidak, perkara itu akan dilakukannya.
aku bersandar. "damn! that is waking hypnosis!". dia ketawa lagi membenarkan kata2ku. gerakan2 jari di atas tapak tangan org yg diramal adalah semacam anchor, begitu juga dengan beberapa kata2 sugesti yg diberikannya. sekuat mana dia menanamkan sugesti ke bawah sedar org yg diramal, sepasti itulah yang akan berlaku.
yang lucunya, tukang tilik ini hanya perlu satu ramalan yang mengena. kerna itu dia akan mengatakan beberapa ramalan, bukan cuma satu. yang menariknya, oleh kerna percayanya org kepada ramalan, dia tidak akan dihukum jika beberapa ramalan tidak mengena, prestasinya bergantung pada statistik. sepertimana si sotong paul yg punya prestasi 80%, dia juga mempunyai statistik 80%. sedikit salah tidak akan menyebabkan org tidak mahu mempercayainya. dia faham tabiat manusia.
aku membayangkan, ketika org datang menemuinya dia dah menang 80%.. ketika org fokus mendengar dan melihat dia menilik betapa org itu sudah berada dalam trance dan minda bawah sedarnya sudah terbuka.. dia hanya melakukan sedikit sahaja.. memasukkan sugesti yg dimahukannya dan memprogram bawah sedar org tersebut.. seterusnya akan berlaku secara alami..
terfikir betapa masa depan itu tak perlu diramal, kerna kita mempunyai kekuatan untuk membinanya.. hanya saja jika kita lebih percaya pada diri kita sendiri untuk me'nilik' masa depan kita sendiri.. bak kata anak aku, "mintak jer kat Tuhan, kalau kita buat baik, Tuhan mesti bagi.." subhanallah..
Salam sdr,
Sebenarnya ketentuan seseorang atau qada dan qadar, telah ditentukan sejak roh mula ditiupkan masuk ke jasad dlm kandungan. Ianya menjadi rahsia besar Allah keatas setiap hamba ciptaanNya dan Allah hanya mengurniakan hanya kpd segelintar hambaNya akan ilmu kasyaf untuk tujuan yg Allah saja yg tahu.
Maka disinilah iblis laknatullah memainkan peranan dgn mengintip dari celah2 lapisan langit Burj Alam Bawah utk mencuri maklumat dari rahsia Allah. Walaupun ada malaikat yg menjaga dgn panahan petir tetapi dgn izin Allah ada juga syaitan yg berjaya. Dari maklumat yg dicuri inilah syaitan menyebar dan mengilhamkan kpd pengamal ilmu hitam dari kalangan orang islam dan orang kafir, melalui berbagai kaedah seperti menilik tapak tangan, hari dan tarikh lahir, mimpi dan sbgnya.
Sebab itu Allah melarang keras akan amalan ini kerana ianya dibawa oleh iblis laknatullah yg sememangnya membawa kpd kesesatan dan kufur terhadap Allah.
Untuk apa kita meramal nasib? Kita pasti ke yg kita boleh hidup utk menghirup nafas berikutnya? Kalau kita amati dgn fahaman yg mendalam kita akan merasa khauf atau takut akan apa nasib yg telah ditentukan tetapi dlm masa yg sama kita diminta mengharap atau raja' kpd Allah. Itu sebetulnya yg dituntut keatas kita sebagai hambaNya.
Kita berdoa meminta yg baik2 pada keinginan hawa nafsu kita tetapi sekiranya Allah tidak mengabulkan itu adalah hak Allah yg lebih mengetahui apa yg terbaik utk kita dan itu telah ditentukan dlm qada dan qadarNya. Bukan bermakna nasib kita tak baik tetapi Allah lebih tahu bila Dia nak bagi, mungkin bukan di dunia ini.
Apalah yg ada pada kehidupan dunia ini yg tidak kekal dan penuh dgn dugaan dan tipu daya syiatan. Kalau pun Allah mengurniakan segala permintaan kita di dunia ini, kita jadi kaya raya, senang lenang, pendek kata hidup kita berjaya pd pandangan hawa nafsu kita, ini adalah dugaan Allah. Mampu ke kita istiqamah terhadap Allah seperti sebelum kita diberikan kurniaan? Mampu ke kita memenuhi tuntutan hak org miskin dan mereka yg wajib diberi keatas harta kekayaan kita? Mampu ke kita bersedia menghadapi soalan di akhirat terhadap kekayaan dan kesenangan yg dimiliki?
Jadi pendek kata setiap kurniaan akan disertakan dgn dugaan samada permintaan kita berupa keduniaan atau akhirat. Hanya mereka yg berjaya menghadapi dugaan Allah sajalah yg akan mempunyai nasib yg pasti baik utk hidup senang lenang dgn sebenar2nya dan kekal selama2nya.
Wallahua'lam
very interesting point..selalu percaya bahawa hidup kita ditentukan oleh kita..justeru perlu usaha keras disertai doa dan selebihnya tawakal kepada Allah..tak perlu peramal..walau Tuhan sebenarnya telah tetapkan qada' dan qadar seseorg itu..tapi kita sebagai manusia perlu berusaha utk yg lebih baik..tidak perlu terlalu lemah seperti iktikad jabariah..mahupun terlalu keras..seperti iktikad qadariah..maka, bersederhanalah. Wallahu'alam..:)