"Ya Rabbi! berkatilah aku dengan ilmu-Mu! "
kebelakangan nih aku nampak byk daerah kelabu antara makna keperluan dan keselesaan.. semakin ramai yg aku tanya juga memberikan jawapan yg kedengaran logik walau agak sedikit berlainan dari sisi persepsi asal..
keperluan asas manusia adalah makan, pakai dan tempat berlindung.. perkara yang dikatakan asas untuk hidup.. kemudian ada pula definisi yang mengatakan asas untuk hidup ialah wang, atas dasar tanpa wang tak boleh makan, pakaian dan rumah.. logik?
bila sebut psal makan, apa pula makan yg perlu dan makan yg selesa? aku teringat diriwayatkan dalam hadis, Nabi saw mengatakan 'makanlah sekadar utk menguatkan tulang belakang' dan 'makan dua kali sehari itu berlebihan'.. mataku melirik ke arah perutku, aku sudah melampaui kesederhanaan Nabi saw dan para sahabat ra..
teringat pula kisah Nabi saw yg hanya punya beberapa helai baju yg dipakai oleh beliau spanjang kehidupannya.. malu pula melihat ke dalam almari bajuku.. seorang temanku mengatakan bahawa zaman berubah.. dan jika kita tidak berbelanja, maka ekonomi tidak akan berkembang.. logik tapi aku tetap saja malu melihat beberapa helai baju yg hampir setahun tidak aku pakai dan masih pula berkenan mahu membeli beberapa helai lagi yg kulihat di toko batik semalam..
aku sentiasa teringin melihat keadaan sebenar rumah Nabi saw dan para sahabat.. rasanya rumahku yg sudah aku perbaiki beberapa tahun lalu jauh dari standard rumah baginda.. tetap saja aku merasa tidak selesa.. bukan salah rumah tapi salah dalam hati aku..
dalam segala selesa yang melebihi keperluan itu, ajaibnya aku merasa tidak mewah.. adakah aku mencari kesempurnaan atau sekadar memuaskan nafsu kemahuan? apalagi mengetahui bahawa harga sepatuku melebihi dari pendapatan beberapa bulan sang penarik beca semalam.. mampukah aku tersenyum gembira dan merasa puas seperti ketika dia menerima tip yang tidak lebih dari harga sepinggan nasi kebuli dan segelas es jeruk?
ternyata semakin banyak rezeki yg aku dapat dan kumpulkan, terasa semakin kosong dalam hati.. kepuasan melihat kegembiraan seorang pengemis mendapat sedekah senilai RM5 itu melampaui kepuasan saat aku membeli sebuah apartmen seharga ratusan ribu.. remuk hati kegagalan menyedarkan seorg pemuda utk mentadbir hidupnya dengan lebih baik ternyata lebih pedih dari kesedihan ketika kehilangan puluhan ribu dalam sebuah investasi..
menyendiri selama beberapa minggu membuatkan aku kembali meneliti diri.. sesungguhnya mencari jalan keluar dari sistem zaman ini sangat mencabar.. keterikatan dgn duniawi sangat kuat.. akar2 yang terpasak kuat dalam sistem hidup sangat sukar diputuskan, semakin hari semakin jauh menjalar masuk mencerobohi hati.. gementar digegar ancaman kehidupan meredam getar takut pada Tuhan..
antara perlu dan selesa, sudah tidak aku fahami bezanya.. dalam perjalanan ini kuharap tenang dipengakhiran.. ku kembalikan semua pada-Mu Tuhan.. hanya kepada Engkau ku serahkan diriku.. cukuplah Engkau yg mewakili segala keperluan dan keselesaan yg ku cari.. sungguh, fitnah akhir zaman sangat mengikat kuat..
Post a Comment