mencari tujuan atau sebab?



arakian datanglah seseorang bertanya akan perihal krisis malaysia-indonesia..

"wajar ga perang? kan sudah banyak kali malaysia membobol kedaulatan indonesia", soalnya dgn nada yg sinis..

aku menarik nafas setengah, senyum dan berkata, "emang kenapa ente mau perang?"

"mempertahankan harga diri dong.. kan sudah banyak kali harga diri indoesia diinjak2 oleh malaysia.. masalah perbatasan, pembantu rumah, budaya kita diaku2i, byk sekali pak kalo mau diceritain.."

"untuk diri ente sendiri, kenapa ente mau perang?"

ini persoalan yg kdg2 kita sendiri lupa.. kita memberi seribu macam alasan dan sebab utk melakukan sesuatu tetapi adakah itu benar2 alasan dan sebab utk kita, atau kita melakukan sesuatu kerna alasan dan sebab org lain.. persoalan apa niat kita yg sebenarnya?

contohnya, seseorg melakukan sesuatu yg tidak baik baik kepada kita, dan kita jadi marah.. mengapa kita marah? adakah kita marah kerna kita tidak suka org itu? atau adakah kita tidak suka apa yg dilakukannya? atau mungkinkah kita marah kerna terbawa emosi oleh sesuatu yg berlaku sebelum itu kepada kita? atau memang kita marah kerana Allah swt?

banyak org melakukan perkara yg sama, tetapi dgn niat yg berbeza.. kita contohkan solat.. mengapa kita solat? adakah kita solat kerna org lain solat? malu dgn org lain? tak mahu diumpat oleh org lain? solat kerna mau minta tolong dgn Allah swt? nak tenangkan hati? nak minta selesaikan masalah? nak berehat? niat olahraga utk sihatkan badan? nak bersendirian? terpaksa itu satu bahagian, sukarela juga satu bahagian lain.. namun adakah kita benar2 solat semata2 mahu menghambakan diri? atau kerna mengisi tanggungjawab dan tuntutan sebagai muslim?

dalam melakukan setiap perkara, apa niat kita? kenapa kita bekerja? utk cari nafkah? utk apa cari nafkah? supaya anak isteri kita boleh makan? boleh hidup selesa? mengisi tanggungjawab? dapat bantu org susah? kumpul harta? untuk apa? atau adakah semata2 sebagai ibadah kepada Allah swt?

dalam pekerjaan kita mengikut aturan.. mengapa kita ikut aturan? semata2 kerna itu arahan atau kerna itu memudahkan urusan? dalam membuat keputusan adakah kita melakukannya kerna mengikut aturan atau untuk memudahkan urusan sesama jemaah?

melampaui hukum sebab dan akibat, adakah setiap yg terjadi itu adalah semata2 akibat? benarkah jika kita tidak bekerja kita tidak akan dapat rezeki? atau rezeki itu hadir kerna tawakal kita? tawakal kerna percaya Allah swt telah menetapkan rezeki kita.. adakah dengan merompak dan menyamun itu menyebabkan kita dapat banyak rezeki? apa yg kita cari dalam rezeki? berkah? tidakkah berkah itu rahmat Allah swt yg datang dalam ibadah tulus kepada-Nya?

begitu juga ketika bersetuju atau tidak dengan pendapat org lain.. adakah kita mengambil keputusan itu kerna Allah swt atau kerna ia menguntungkan kita? benarkah kita percaya pada kebenaran? kebenaran versi yg mana? apa impaknya dalam diri kita? kita melihat impak kepada pandangan org lain atau impak terhadap hati kita kepada Allah swt?

waima dalam berkata2, adakah kita mengatakan sesuatu kerna Allh swt atau kerna mahu kita dianggap pandai? kita belajr tinggi2 dan berbagai perkara baru supaya kita mudah dapat kerja atau semata2 kerna menuntut ilmu itu untuk mengkagumi ilmu Allh swt dan menggunakan utk menyampaikan dakwah tentang hebatnya Islam? apa niat kita?

"mempertahankan diri itu kan sebahagian iman pak.. kita kan ga boleh menzalimi diri sendiri.. sabar itu kan ada batasannya.."

sekali lagi, mempertahankan diri kerna apa? adakah jika kita membiarkan diri kita di'zalimi' itu akan menyebabkan ibadah kita terganggu? atau supaya kita tidak merasa malu merasa diri kita rendah? dan adakah hanya sejauh itu sabar kita sebagai hamba-Nya?

aku sering merasa malu ketika menelusuri sirah Nabi saw.. malu pada diri aku sendiri, malu pada Nabi saw dan malu pada Allah swt.. betapa seringkali aku tidak termampu menahan hati dalam menjalani cubaan dan dugaan-Nya.. mampukah aku sekuat para sahabat jika ditakdirkan aku dilahirkan di zaman Nabi saw? atau aku akan jadi sekutu Abu Lahab? astaghfirullah..

"kalau ente rasa perlu perang kerana ente dizalimi.. wajar2 aja.. malah kalo ente rasa apa yg dilakukan oleh Malaysia itu zalim dan memeranginya itu jihad.. sangat wajar.. terus ngapain ente masih ngobrol2 dan bertanya2 di sini kalo bener2 panggilan jihad itu sudah sampai?"

dia tersenyum.. sungguh manusia itu sentiasa berperang dgn hatinya sendiri..

ya Rabb! aku berlindung dengan-Mu daripada diriku sendiri.. amin..

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008