marilah kita berperang..



benih itu namanya benci

telah beberapa waktu aku melihat ketegangan yang tidak jelas antara malaysia dan indonesia, dari isu pekerja asing, ekonomi, khazanah budaya, batasan negara, terrorisme dsb. namun apabila rektor universitas diponegoro (undip) membuat kenyataan secara terbuka di televisyen, menolak pengambilan pelajar baru dari malaysia, maka jelas sengketa mengarut ini sudah menyentuh batas ke arah penghancuran generasi yang bakal merugikan jemaah muslimin bahagian timur ini..

benih kebencian ini tersebar subur dalam berbagai blog dan facebook.. begitulah mudahnya kita diprovokasi oleh para munafik di kalangan kita.. baik dari sisi malaysia mahupun dari sisi indonesia.. rumpunan bangsa ini sedang melintasi gerbang kehancuran besar-besaran.. ironinya, rumpan bangsa yg ini konon-konon masih terheran-heran mengapa bangsa arab tidak membantu palestin yang kononnya dianiaya oleh israel.. konon kita sangat merasa kasihan dan menyokong penuh perjuangan palestin, hingga besar-besarannya kita mempromosikan boikot barangan yahudi, sedang kita bermusuhan di dalam selimut.. munafik! itulah kita..

bila dua bangsa yang sama leluhur ini bersaing secara ekonomi, masih dirasa wajar berkat dari anutan kapitalisme yang dipasak kukuh oleh penjajah inggeris dan belanda.. tatkala berebut batasan negara dan khazanah budaya, masih aku tertawa kerna semuanya adalah hasil tuai dari benih kolonialisme yang dicerai-beraikan oleh penjajah inggeris dan belanda.. tapi apabila bidang pendidikan, yang merupakan satu paksi penting dalam pembangunan sebuah bangsa, diperkosa atas nama solidaritas nasionalisme, aku tak mampu lagi menidakkan karut-marut dalam jemaah ini..

perang telah usai

perjuangan kemerdekaan nenek moyang kita dahulu didasarkan pada nasionalisme kerna musuh yang jelas itu adalah penjajah yang menganiaya.. jelas penjajah yang bersosok tak serupa dan berkulit tidak sama dengan kita, rakus menjarah tanah kita.. kerna itu perkara asasnya ialah membebaskan tanah kita.. baik malaysia baik indonesia.. perjuangannya ialah membebaskan negara.. nasionalisme diangkat.. semangat kebangsaan ditiup supaya dalam diri kita ada rasa cinta pada bangsa dan negara tanah tumpah darah kita..

dalam millenium ini, zaman ultra moden, era globalisasi, siapakah musuh kita yang sebenarnya? apakah perjuangan utama kita? adakah perjuangan kemerdekaan itu sudah selesai? apa maksud pengisian kemerdekaan itu? adakah kita menghalau para penjajah kafirun itu supaya nantinya kita boleh membenci dan berperang sesama kita?

ini yang tidak difahami oleh generasi merdeka.. generasi yang lahir setelah merdeka.. generasi yang tidak pernah merasakan apa itu perang.. generasi yang tidak tahu akan apa maksud perjuangan yang sebenarnya.. generasi yang kebanyakannya keliru dengan fungsi mereka dan kemana arah tujuan mereka.. kerna itu tidak hairan mengapa berlaku kekacauan moral dan keruntuhan akhlak dalam generasi merdeka.. kerna bagi mereka perang telah usai..

neo-assabiyah

kalau di malaysia dah mula kental, mengaku melayu saja sudah dicap assabiyah.. namun wujud pula assabiyah politik.. maka mengisytihar peranglah antara keduanya persis syiah dan sunni yang kedua-duanya mengaku ahlus sunnah wal jamaah..

unik rumpun ini ialah kepelbagaian budaya, istiadat dan bahasa.. kalau indonesia lebih jelas jawa, sunda, bugis, manado, batak, dsb. malaysia pula walau menyerap segala perbezaan leluhur itu dalam kata melayu, namun terserlah jua keunikan setiap kelompok bahagian utara, timur, barat dan selatan.. keunikan ini bukan bermakna perbezaan tapi adalah kepelbagaian.. sepertimananya Islam itu bukan mutlak agama org arab melainkan rahmat sekalian alam.. bahawa Islam itu tidak hanya dipelajari dalam bahasa arab namun beribu kitab tersusun dalam kata melayu.. betapa ribuan guru mursyid, alim ulama dan wali telah wujud dalam daerah timur ini..

maka digembur-gembur pula keunikan ini supaya kepelbagaian itu menjadi perbezaan.. kita menjadi teruja mahu mengangkat2 dan memuji2 keunikan kita dan menghebatkannya dengan merendahkan keunikan org lain.. sakit dan iri hati kita pasang dalam hati kita.. sombong dan angkuh sudah menjadi darah dalam urat nadi kita.. lalu kita sebarkan pula wabaknya ke serata ruang yang mampu kita gapai..

antara muslim dan kafirun itu bukan assabiyah.. bukan perkauman.. namun licik mereka menguja frasa kebebasan beragama.. maka Islam itu menghormati agama lain.. namun bukan sebelum dakwah berlaku.. wajib bagi seorg Islam mendakwahi para kafirun, menuntun mereka keluar dari kesesatan dan kezaliman menuju ke jalan yang lurus, sebelum kita memberi mereka kebebasan untuk memilih.. ini yang dilakukan oleh Rasulullah saw, para sahabat dan khalifah selepas baginda..

dan kebebasan beragama itu pula mereka lunakkan hingga kita bersetuju dalam hati walaupun mulut berbuih menolak pluralisme.. hanyut kita terus kerna kita lupa sirah Nabi saw.. kita lupa jalan para sahabat dan khalifah.. kita tolak jalan itu kerna kita rasa memilih kegelapan itu adalah satu pilihan..

dan kita katakan bahawa agama itu tidak ada kena mengena dengan bangsa ini.. persoalan ini adalah persoalan nasionalisme, persoalan kebangsaan, persoalan yang tidak ada kena mengena dengan agama, maka tinggalkan serban agama di depan pintu dan masuklah dengan jubah nasionalisme..

racun di celah rumpun

dalam waktu tenang, malaysia dan indonesia mengaku saudara, bangsa serumpun.. kemudian yang satu menjadi angkuh dan satu menyimpan iri.. lalu kata menjadi sindir.. lidah menjadi pedang yang sangat tajam menghiris hati.. apa yang kita pertengkarkan?

seawal ribut lagu 'rasa sayang' yang sangat menggelitik.. malaysia mengangkatnya menjadi lagu rakyat, indonesia menghujat mengatakan itu lagu rakyat maluku.. lupakah pejuang2 budaya kedua2 negara ini bahawa melayu di bahagian selatan malaysia itu mempunyai susur galur leluhur yang jauh menapak dalam merata kepulauan indonesia.. malah masih ramai yang mengaku jawa di malaysia.. apakah mereka ini juga menginjak jatidiri indonesia? bukankah perkataan melayu itu sendiri berasal dari bukit siguntang yang bukanlah di malaysia letaknya.. maka mungkin perkataan tanah melayu itu juga tidak boleh digunakan oleh malaysia.. maka sungguhlah orang melayu malaysia itu suatu puak yang tidak berbangsa..

ironinya, tarian naga, tarian singa, tarian hindu, dsu, tidak pula pernah menjadi polemik yang sedemikian hebat.. apabila malaysia mempromosikan tarian singa, tidak pula kerajaan china menghantar notis bantahan.. apabila indonesia mempopularkan tarian hindu, tidak pula kerajaan india membantah atas nama pencemaran budaya.. malah jika orang putih bersilat, orang malaysia dan indonesia tiba2 jadi bangga.. ini penyakit kita.. penyakit zaman berzaman.. penyakit dari racun yang beratus tahun di siram dalam rumpun bangsa kita.. penyakit yang akan membuatkan kita tetap terjajah walau sudah pandai menjerit2 merdeka..


harga sebutir benci

atau mungkin juga benar kita patut berperang sesama kita.. pergelutan nasionalis sudah pun bermula atas ranjang politik.. mungkin sudah sampai masa kita lebarkan wabak itu keseluruh rumpun bangsa atas nama nasionalisme..

mari kita sama2 hancurkan saudara2 kita.. kita caci, hina, maki dan carutkan orang-orang yang berkulit tidak lebih putih dari kita.. rasanya akan jadi lebih mantap kerna kita dan mereka saling mengerti bahasa yang hampir sama maka bolehlah kita menggunakan sekesat-kesatnya perkataan yang terfikir oleh kita..

dan setelah kita saling menista, hati kita pun dah saling membengkak, kita pukul pula mereka.. dan mungkin lebih memuaskan kerna mereka pun tidak jauh lebih besar dari kita.. maka kita pecahkan muka mereka, patahkan tangan dan kaki mereka, kita robek tulang dan daging mereka, atau sekurang2nya kita tumpahkan darah mereka.. satu timba mungkin baru kita akan puas hati..

jika ternyata kita kurang raga, kita santau mereka.. gunakan segala aneka ilmu hitam, putih dan kelabu.. biar mujarab mereka jadi sengsara sepanjang hidup mereka.. biar susah sanak saudara mereka.. biar habis harta benda mereka berubat ke sana-sini.. biar hancur asal puas hati kita..

seterusnya kita boikot mereka.. jangan bergaul.. jangan beli barangan mereka.. jangan biarkan anak2 kita berkawan dengan anak2 mereka.. jangan membuat apa2 kerjasama dengan mereka.. halang mereka masuk negara kita.. kita kena tanamkan pada setiap org bahawa mereka itu menjijikkan.. menyentuh mereka sahaja lebih najis dari menyentuh babi.. adalah lebih baik menjilat punggung inggeris atau tapak kaki belanda daripada bercakap dengan mereka..

jangan berhenti.. setelah itu kita caci maki dan kita hancurkan pula anak-anak dan keturunan mereka.. biar mereka yang sangat kita benci itu hancur segala keturunannya.. supaya tidak berkembang generasi mereka.. kita perkosa anak gadis dan isteri-isteri mereka supaya hancur rosak seluruh keturunan mereka..

dan nanti setelah kita berjaya melakukan itu semua.. mereka juga melakukan yang sama.. pada akhirnya jangan lupa.. mereka itu kita dan kita itu mereka.. tahniah kerna berjaya menghancurkan seluruh rumpun ini.. tahniah kerna kita telah berjaya menghancurkan musuh kita, iaitu orang kita sendiri..

cuma berbaloikah harga yg akan kita bayar untuk sebutir kebencian dan sakit hati? moga nanti dikala kita melemah dan terhina, akan ada bangsa lain yang akan kasihan dengan kita dan sanggup bersungguh-sungguh membela nasib kita dan menjadikan kita sehebat bangsa mereka.. (not)



About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008