gula-gula cinta



semalam, waktu duduk2 isap rokok menunggu mula jam tayang GI Joe, aku melayan dua preview filem indonesia.. maaf saja aku bukanlah penggemar tegar wayang jadi aku bukanlah nak ulas psal filem.. semalam pun entah kenapa aku boleh terbabas ke kaunter tiket dan terus membelinya.. pada aku tak semua filem berbaloi ditonton di pawagam..

balik pada citer, maka yang pertama mmg sedang hangat tayangannya bertajuk 'merantau' yang mahu mengangkat kehebatan silat di layar perak setanding dengan kehebatan kung fu di tangan bruce lee dan jackie chan, dan mungkin juga setanding muay thai oleh ong bak.. filem ini berlatarbelakangkan minangkabau dan falsafah kehidupannya..

yang menarik ialah adegan pertarungannya memang sangat mengesankan aku.. walaupun kdg2 aku merasakan lebih kung fu dari silat harimau, tapi mungkin juga sebab aku pun bukan pandai bersilat, mungkin aku yg silap.. namun filem yang disutradarai oleh seorang bule yang pada awalnya datang dgn tujuan hanya untuk membuat sebuah dokumentari tentang silat, bagi aku filem ini wajar diberi perhatian..

adapun citer yang kedua itu bertajuk 'cin(T)a', tentang percintaan antara seorang lelaki bernama cina dan seorg gadis bernama anissa.. (T) tuh bermaksud membawa konotasi Tuhan diantara cinta mereka.. yg membuat aku sedikit tercuit ialah apabila ayat2 ini dipaparkan mahu menghalalkan pluralisme..

"hanya kerna mereka menyebut Tuhan dengan nama yang berbeza"

"mereka tidak boleh bercinta" (yg nih aku tak sure tapi lebih kurang camtuh laa maksudnya)

aku rasa ini bukan pertama kali isu ini diangkat ke layar perak.. aku rasa di malaysia juga, filem 'sepet' contohnya (kalau tak salah), isu percintaan terhalang agama ini telah lama diperkatakan.. sama ada aku nih mmg jenis tak peduli atau tak mahu tau, tapi aku tak nampak masalah dalam isu nih.. semuanya dah jelas dan nyata, maka mengapa pula dibaurkan dengan segala macam kekalutan hingga seolah terlihat seperti masalah besar..

sebagai org Islam, kita punya pegangan. cinta kita yang agung adalah kepada Tuhan. mencintai manusia itu adalah kerna menyintai Tuhan.. org kafir boleh sebut apa saja nama Tuhan tapi Tuhan org Islam adalah Allah swt, tiada yang lain.. dan sesungguhnyalah Islam itu kebenaran, bagaimana mungkin kita meninggalkan kebenaran dan mencari kegelapan dan kesesatan? ini asasnya..

maka jika seorg manusia itu menyintai seorg manusia yang lain, maka pengesahan perhubungan itu harus mengikut jalan yang benar.. maka jika Islam salah satunya, hanya kebodohanlah untuk memilih jalan kesesatan.. Islam bukan sekadar agama seperti yang lain-lainnya.. Islam itu jalan hidup yang benar.. jelas, nyata dan takkan mampu dipungkiri lagi..

andaikan seorg Islam diminta memilih antara agamanya dengan cintanya pada makhluk, perlukah kita perdebatkan keutamaannya? hidup dunia ini tidak kekal, cinta dunia ini hanyalah sementara, kesempurnaan cinta manusia itu adalah penyatuan di syurga.. dunia ini hanyalah sebuah kematian yang nantinya kita akan dihidupkan semula untuk kehidupan yang abadi.. maka layakkah kita memilih cinta makhluk ketimbang rahmat Tuhan?

maaf kalo tak bersetuju tapi aku berpendapat filem sebegini yg kononnya kisah benar hanyalah tak lebih dari propaganda dan provokasi.. apalagi Islam itu diposisikan kepada sosok wanita.. mmg kalo yg lelaki itu Islam, tiada isu yg berbangkit.. maka bila islam itu wanita maka penuhlah dengan permainan emosi yang tak tentu hala.. hingga yang diangkat sepenuhnya adalah isu cinta yg terhalang..

aku dah perhatikan ini sejak dari zaman aku terpaksarela menonton cerita2 hindustan dan seterusnya kisah2 cinta melayu yg sakit kepala memikirkan ketololannya, aku nampak bila unsur cinta dalam filem2 sebegini bukanlah murni memperkatakan cinta tapi sebaliknya adalah sebuah penyusupan tersirat mempromosikan propaganda seksualiti..

kerna itu pada generasi sekarang ini begitu rapat sekali pendapat romantika itu dengan pelukan hangat, kucupan mesra, berhubungan badan dan segala berahi yang meruntun jiwa anak2 muda.. ciuman bukan lagi sekadar seks kepada mereka tetapi satu bentuk interpretasi cinta.. pegangan tangan itu tanda tidak mahu melepas pergi, genggaman dan ramasan itu hanyalah eksplorasi rindu dendam.. ini semua seks yang diberi label baru bernama cinta.. hingga kita jadi keliru sendiri bila diaju bercinta dengan Tuhan..

begitu jugalah peranan lagu2 cinta yg kononnya menyampaikan naluri kasih, rindu, dendam, kecewa, dsb. kalau zaman dulu, rindu melarut hanya dengan melihat bumbung rumah, namun sekarang rindu takkan terlerai tanpa pelukan erat.. tanpa sedar lendir propaganda itu masih tetap wujud walaupun cuba dihalalkan dalam filem-filem cinta Islamik seperti 'Ayat-ayat Cinta' dan 'Ketika Cinta Bertasbih'..

hati2lah dengan dakyah halus ini.. ia telah meracuni sebahagian besar dari kita, dan akan lebih hebat membarah dalam generasi yang seterusnya.. cuba amati benarkah cinta yang kita sebut itu cinta yang sebenar, kerna cinta yg sebenar itu menuju haluan yang satu, atau kita masih cuba mencari2 helah menghalalkan berahi kita..

tak salah jika dgn isteri kerna itu fitrah manusia.. yg aku risaukan ialah pemuda-pemudi kita.. generasi itu adalah tonggak jemaah.. jika mereka itu tidak terjalur fokus dan kekuatannya, maka akan lemah seluruh jemaah.. mereka adalah cermin jemaah kita.. maka jika benarlah cinta itu bahagian dari berahi, maka adalah lebih baik mereka itu bernikah dengan segera, semoga mampan digula-gula dosa dengan cinta dan menambah umat pula lah mereka..

p/s: jangan merepek soal kualiti, tanpa kuantiti tetap kita tak mampu memilah kualiti..

wallahualam..


About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008