marilah kita berperang..



benih itu namanya benci

telah beberapa waktu aku melihat ketegangan yang tidak jelas antara malaysia dan indonesia, dari isu pekerja asing, ekonomi, khazanah budaya, batasan negara, terrorisme dsb. namun apabila rektor universitas diponegoro (undip) membuat kenyataan secara terbuka di televisyen, menolak pengambilan pelajar baru dari malaysia, maka jelas sengketa mengarut ini sudah menyentuh batas ke arah penghancuran generasi yang bakal merugikan jemaah muslimin bahagian timur ini..

benih kebencian ini tersebar subur dalam berbagai blog dan facebook.. begitulah mudahnya kita diprovokasi oleh para munafik di kalangan kita.. baik dari sisi malaysia mahupun dari sisi indonesia.. rumpunan bangsa ini sedang melintasi gerbang kehancuran besar-besaran.. ironinya, rumpan bangsa yg ini konon-konon masih terheran-heran mengapa bangsa arab tidak membantu palestin yang kononnya dianiaya oleh israel.. konon kita sangat merasa kasihan dan menyokong penuh perjuangan palestin, hingga besar-besarannya kita mempromosikan boikot barangan yahudi, sedang kita bermusuhan di dalam selimut.. munafik! itulah kita..

bila dua bangsa yang sama leluhur ini bersaing secara ekonomi, masih dirasa wajar berkat dari anutan kapitalisme yang dipasak kukuh oleh penjajah inggeris dan belanda.. tatkala berebut batasan negara dan khazanah budaya, masih aku tertawa kerna semuanya adalah hasil tuai dari benih kolonialisme yang dicerai-beraikan oleh penjajah inggeris dan belanda.. tapi apabila bidang pendidikan, yang merupakan satu paksi penting dalam pembangunan sebuah bangsa, diperkosa atas nama solidaritas nasionalisme, aku tak mampu lagi menidakkan karut-marut dalam jemaah ini..

perang telah usai

perjuangan kemerdekaan nenek moyang kita dahulu didasarkan pada nasionalisme kerna musuh yang jelas itu adalah penjajah yang menganiaya.. jelas penjajah yang bersosok tak serupa dan berkulit tidak sama dengan kita, rakus menjarah tanah kita.. kerna itu perkara asasnya ialah membebaskan tanah kita.. baik malaysia baik indonesia.. perjuangannya ialah membebaskan negara.. nasionalisme diangkat.. semangat kebangsaan ditiup supaya dalam diri kita ada rasa cinta pada bangsa dan negara tanah tumpah darah kita..

dalam millenium ini, zaman ultra moden, era globalisasi, siapakah musuh kita yang sebenarnya? apakah perjuangan utama kita? adakah perjuangan kemerdekaan itu sudah selesai? apa maksud pengisian kemerdekaan itu? adakah kita menghalau para penjajah kafirun itu supaya nantinya kita boleh membenci dan berperang sesama kita?

ini yang tidak difahami oleh generasi merdeka.. generasi yang lahir setelah merdeka.. generasi yang tidak pernah merasakan apa itu perang.. generasi yang tidak tahu akan apa maksud perjuangan yang sebenarnya.. generasi yang kebanyakannya keliru dengan fungsi mereka dan kemana arah tujuan mereka.. kerna itu tidak hairan mengapa berlaku kekacauan moral dan keruntuhan akhlak dalam generasi merdeka.. kerna bagi mereka perang telah usai..

neo-assabiyah

kalau di malaysia dah mula kental, mengaku melayu saja sudah dicap assabiyah.. namun wujud pula assabiyah politik.. maka mengisytihar peranglah antara keduanya persis syiah dan sunni yang kedua-duanya mengaku ahlus sunnah wal jamaah..

unik rumpun ini ialah kepelbagaian budaya, istiadat dan bahasa.. kalau indonesia lebih jelas jawa, sunda, bugis, manado, batak, dsb. malaysia pula walau menyerap segala perbezaan leluhur itu dalam kata melayu, namun terserlah jua keunikan setiap kelompok bahagian utara, timur, barat dan selatan.. keunikan ini bukan bermakna perbezaan tapi adalah kepelbagaian.. sepertimananya Islam itu bukan mutlak agama org arab melainkan rahmat sekalian alam.. bahawa Islam itu tidak hanya dipelajari dalam bahasa arab namun beribu kitab tersusun dalam kata melayu.. betapa ribuan guru mursyid, alim ulama dan wali telah wujud dalam daerah timur ini..

maka digembur-gembur pula keunikan ini supaya kepelbagaian itu menjadi perbezaan.. kita menjadi teruja mahu mengangkat2 dan memuji2 keunikan kita dan menghebatkannya dengan merendahkan keunikan org lain.. sakit dan iri hati kita pasang dalam hati kita.. sombong dan angkuh sudah menjadi darah dalam urat nadi kita.. lalu kita sebarkan pula wabaknya ke serata ruang yang mampu kita gapai..

antara muslim dan kafirun itu bukan assabiyah.. bukan perkauman.. namun licik mereka menguja frasa kebebasan beragama.. maka Islam itu menghormati agama lain.. namun bukan sebelum dakwah berlaku.. wajib bagi seorg Islam mendakwahi para kafirun, menuntun mereka keluar dari kesesatan dan kezaliman menuju ke jalan yang lurus, sebelum kita memberi mereka kebebasan untuk memilih.. ini yang dilakukan oleh Rasulullah saw, para sahabat dan khalifah selepas baginda..

dan kebebasan beragama itu pula mereka lunakkan hingga kita bersetuju dalam hati walaupun mulut berbuih menolak pluralisme.. hanyut kita terus kerna kita lupa sirah Nabi saw.. kita lupa jalan para sahabat dan khalifah.. kita tolak jalan itu kerna kita rasa memilih kegelapan itu adalah satu pilihan..

dan kita katakan bahawa agama itu tidak ada kena mengena dengan bangsa ini.. persoalan ini adalah persoalan nasionalisme, persoalan kebangsaan, persoalan yang tidak ada kena mengena dengan agama, maka tinggalkan serban agama di depan pintu dan masuklah dengan jubah nasionalisme..

racun di celah rumpun

dalam waktu tenang, malaysia dan indonesia mengaku saudara, bangsa serumpun.. kemudian yang satu menjadi angkuh dan satu menyimpan iri.. lalu kata menjadi sindir.. lidah menjadi pedang yang sangat tajam menghiris hati.. apa yang kita pertengkarkan?

seawal ribut lagu 'rasa sayang' yang sangat menggelitik.. malaysia mengangkatnya menjadi lagu rakyat, indonesia menghujat mengatakan itu lagu rakyat maluku.. lupakah pejuang2 budaya kedua2 negara ini bahawa melayu di bahagian selatan malaysia itu mempunyai susur galur leluhur yang jauh menapak dalam merata kepulauan indonesia.. malah masih ramai yang mengaku jawa di malaysia.. apakah mereka ini juga menginjak jatidiri indonesia? bukankah perkataan melayu itu sendiri berasal dari bukit siguntang yang bukanlah di malaysia letaknya.. maka mungkin perkataan tanah melayu itu juga tidak boleh digunakan oleh malaysia.. maka sungguhlah orang melayu malaysia itu suatu puak yang tidak berbangsa..

ironinya, tarian naga, tarian singa, tarian hindu, dsu, tidak pula pernah menjadi polemik yang sedemikian hebat.. apabila malaysia mempromosikan tarian singa, tidak pula kerajaan china menghantar notis bantahan.. apabila indonesia mempopularkan tarian hindu, tidak pula kerajaan india membantah atas nama pencemaran budaya.. malah jika orang putih bersilat, orang malaysia dan indonesia tiba2 jadi bangga.. ini penyakit kita.. penyakit zaman berzaman.. penyakit dari racun yang beratus tahun di siram dalam rumpun bangsa kita.. penyakit yang akan membuatkan kita tetap terjajah walau sudah pandai menjerit2 merdeka..


harga sebutir benci

atau mungkin juga benar kita patut berperang sesama kita.. pergelutan nasionalis sudah pun bermula atas ranjang politik.. mungkin sudah sampai masa kita lebarkan wabak itu keseluruh rumpun bangsa atas nama nasionalisme..

mari kita sama2 hancurkan saudara2 kita.. kita caci, hina, maki dan carutkan orang-orang yang berkulit tidak lebih putih dari kita.. rasanya akan jadi lebih mantap kerna kita dan mereka saling mengerti bahasa yang hampir sama maka bolehlah kita menggunakan sekesat-kesatnya perkataan yang terfikir oleh kita..

dan setelah kita saling menista, hati kita pun dah saling membengkak, kita pukul pula mereka.. dan mungkin lebih memuaskan kerna mereka pun tidak jauh lebih besar dari kita.. maka kita pecahkan muka mereka, patahkan tangan dan kaki mereka, kita robek tulang dan daging mereka, atau sekurang2nya kita tumpahkan darah mereka.. satu timba mungkin baru kita akan puas hati..

jika ternyata kita kurang raga, kita santau mereka.. gunakan segala aneka ilmu hitam, putih dan kelabu.. biar mujarab mereka jadi sengsara sepanjang hidup mereka.. biar susah sanak saudara mereka.. biar habis harta benda mereka berubat ke sana-sini.. biar hancur asal puas hati kita..

seterusnya kita boikot mereka.. jangan bergaul.. jangan beli barangan mereka.. jangan biarkan anak2 kita berkawan dengan anak2 mereka.. jangan membuat apa2 kerjasama dengan mereka.. halang mereka masuk negara kita.. kita kena tanamkan pada setiap org bahawa mereka itu menjijikkan.. menyentuh mereka sahaja lebih najis dari menyentuh babi.. adalah lebih baik menjilat punggung inggeris atau tapak kaki belanda daripada bercakap dengan mereka..

jangan berhenti.. setelah itu kita caci maki dan kita hancurkan pula anak-anak dan keturunan mereka.. biar mereka yang sangat kita benci itu hancur segala keturunannya.. supaya tidak berkembang generasi mereka.. kita perkosa anak gadis dan isteri-isteri mereka supaya hancur rosak seluruh keturunan mereka..

dan nanti setelah kita berjaya melakukan itu semua.. mereka juga melakukan yang sama.. pada akhirnya jangan lupa.. mereka itu kita dan kita itu mereka.. tahniah kerna berjaya menghancurkan seluruh rumpun ini.. tahniah kerna kita telah berjaya menghancurkan musuh kita, iaitu orang kita sendiri..

cuma berbaloikah harga yg akan kita bayar untuk sebutir kebencian dan sakit hati? moga nanti dikala kita melemah dan terhina, akan ada bangsa lain yang akan kasihan dengan kita dan sanggup bersungguh-sungguh membela nasib kita dan menjadikan kita sehebat bangsa mereka.. (not)



Read On 0 ulasan

Perutusan Ramadhan 2009

salaam,

dalam gamitan ramadhan,
aku mohon maaf dan ampunan,
atas segala dosa dan kekhilafan,
yg tercela dlm pendapat dan penulisan,
moga shaum dirahmati keberkatan..

Read On 0 ulasan

gula-gula cinta



semalam, waktu duduk2 isap rokok menunggu mula jam tayang GI Joe, aku melayan dua preview filem indonesia.. maaf saja aku bukanlah penggemar tegar wayang jadi aku bukanlah nak ulas psal filem.. semalam pun entah kenapa aku boleh terbabas ke kaunter tiket dan terus membelinya.. pada aku tak semua filem berbaloi ditonton di pawagam..

balik pada citer, maka yang pertama mmg sedang hangat tayangannya bertajuk 'merantau' yang mahu mengangkat kehebatan silat di layar perak setanding dengan kehebatan kung fu di tangan bruce lee dan jackie chan, dan mungkin juga setanding muay thai oleh ong bak.. filem ini berlatarbelakangkan minangkabau dan falsafah kehidupannya..

yang menarik ialah adegan pertarungannya memang sangat mengesankan aku.. walaupun kdg2 aku merasakan lebih kung fu dari silat harimau, tapi mungkin juga sebab aku pun bukan pandai bersilat, mungkin aku yg silap.. namun filem yang disutradarai oleh seorang bule yang pada awalnya datang dgn tujuan hanya untuk membuat sebuah dokumentari tentang silat, bagi aku filem ini wajar diberi perhatian..

adapun citer yang kedua itu bertajuk 'cin(T)a', tentang percintaan antara seorang lelaki bernama cina dan seorg gadis bernama anissa.. (T) tuh bermaksud membawa konotasi Tuhan diantara cinta mereka.. yg membuat aku sedikit tercuit ialah apabila ayat2 ini dipaparkan mahu menghalalkan pluralisme..

"hanya kerna mereka menyebut Tuhan dengan nama yang berbeza"

"mereka tidak boleh bercinta" (yg nih aku tak sure tapi lebih kurang camtuh laa maksudnya)

aku rasa ini bukan pertama kali isu ini diangkat ke layar perak.. aku rasa di malaysia juga, filem 'sepet' contohnya (kalau tak salah), isu percintaan terhalang agama ini telah lama diperkatakan.. sama ada aku nih mmg jenis tak peduli atau tak mahu tau, tapi aku tak nampak masalah dalam isu nih.. semuanya dah jelas dan nyata, maka mengapa pula dibaurkan dengan segala macam kekalutan hingga seolah terlihat seperti masalah besar..

sebagai org Islam, kita punya pegangan. cinta kita yang agung adalah kepada Tuhan. mencintai manusia itu adalah kerna menyintai Tuhan.. org kafir boleh sebut apa saja nama Tuhan tapi Tuhan org Islam adalah Allah swt, tiada yang lain.. dan sesungguhnyalah Islam itu kebenaran, bagaimana mungkin kita meninggalkan kebenaran dan mencari kegelapan dan kesesatan? ini asasnya..

maka jika seorg manusia itu menyintai seorg manusia yang lain, maka pengesahan perhubungan itu harus mengikut jalan yang benar.. maka jika Islam salah satunya, hanya kebodohanlah untuk memilih jalan kesesatan.. Islam bukan sekadar agama seperti yang lain-lainnya.. Islam itu jalan hidup yang benar.. jelas, nyata dan takkan mampu dipungkiri lagi..

andaikan seorg Islam diminta memilih antara agamanya dengan cintanya pada makhluk, perlukah kita perdebatkan keutamaannya? hidup dunia ini tidak kekal, cinta dunia ini hanyalah sementara, kesempurnaan cinta manusia itu adalah penyatuan di syurga.. dunia ini hanyalah sebuah kematian yang nantinya kita akan dihidupkan semula untuk kehidupan yang abadi.. maka layakkah kita memilih cinta makhluk ketimbang rahmat Tuhan?

maaf kalo tak bersetuju tapi aku berpendapat filem sebegini yg kononnya kisah benar hanyalah tak lebih dari propaganda dan provokasi.. apalagi Islam itu diposisikan kepada sosok wanita.. mmg kalo yg lelaki itu Islam, tiada isu yg berbangkit.. maka bila islam itu wanita maka penuhlah dengan permainan emosi yang tak tentu hala.. hingga yang diangkat sepenuhnya adalah isu cinta yg terhalang..

aku dah perhatikan ini sejak dari zaman aku terpaksarela menonton cerita2 hindustan dan seterusnya kisah2 cinta melayu yg sakit kepala memikirkan ketololannya, aku nampak bila unsur cinta dalam filem2 sebegini bukanlah murni memperkatakan cinta tapi sebaliknya adalah sebuah penyusupan tersirat mempromosikan propaganda seksualiti..

kerna itu pada generasi sekarang ini begitu rapat sekali pendapat romantika itu dengan pelukan hangat, kucupan mesra, berhubungan badan dan segala berahi yang meruntun jiwa anak2 muda.. ciuman bukan lagi sekadar seks kepada mereka tetapi satu bentuk interpretasi cinta.. pegangan tangan itu tanda tidak mahu melepas pergi, genggaman dan ramasan itu hanyalah eksplorasi rindu dendam.. ini semua seks yang diberi label baru bernama cinta.. hingga kita jadi keliru sendiri bila diaju bercinta dengan Tuhan..

begitu jugalah peranan lagu2 cinta yg kononnya menyampaikan naluri kasih, rindu, dendam, kecewa, dsb. kalau zaman dulu, rindu melarut hanya dengan melihat bumbung rumah, namun sekarang rindu takkan terlerai tanpa pelukan erat.. tanpa sedar lendir propaganda itu masih tetap wujud walaupun cuba dihalalkan dalam filem-filem cinta Islamik seperti 'Ayat-ayat Cinta' dan 'Ketika Cinta Bertasbih'..

hati2lah dengan dakyah halus ini.. ia telah meracuni sebahagian besar dari kita, dan akan lebih hebat membarah dalam generasi yang seterusnya.. cuba amati benarkah cinta yang kita sebut itu cinta yang sebenar, kerna cinta yg sebenar itu menuju haluan yang satu, atau kita masih cuba mencari2 helah menghalalkan berahi kita..

tak salah jika dgn isteri kerna itu fitrah manusia.. yg aku risaukan ialah pemuda-pemudi kita.. generasi itu adalah tonggak jemaah.. jika mereka itu tidak terjalur fokus dan kekuatannya, maka akan lemah seluruh jemaah.. mereka adalah cermin jemaah kita.. maka jika benarlah cinta itu bahagian dari berahi, maka adalah lebih baik mereka itu bernikah dengan segera, semoga mampan digula-gula dosa dengan cinta dan menambah umat pula lah mereka..

p/s: jangan merepek soal kualiti, tanpa kuantiti tetap kita tak mampu memilah kualiti..

wallahualam..


Read On 0 ulasan

beri aku ikan


ketika aku dalam fasa awal pertumbuhan akal, ada satu ungkapan aku sering dengar dari para dewasa di sekelilingku.. "jangan beri ikan, tapi berilah pancing.." aku belum benar-benar faham ketika itu tapi dalam pikiranku ianya sesuatu yg mempunyai makna yg tersendiri.. satu frasa yg mengagumkan bagi seorg remaja yg berusaha keras memahami kehidupan.. namun apakah maksudnya?

beberapa hari kebelakangan ini, berkali2 aku dengar satu lagi ungkapan yg sudah agak lama tiada siapa yg mengucapkan lagi kataku.. "jangan beri pancing, tapi ajarkanlah ilmu menangkap ikan.." merupakan kata hikmat sambungan dari frasa yg sebelumnya.. revolusi mental sejajar evolusi budaya mengharung zaman..

bila kita 'beri ikan', kita hanya patut beri pada org yg cukup berusaha tapi masih tidak mampu mengadakan apa yang sepatutnya.. 'beri ikan' itu umpama beri suntikan semangat supaya yang berusaha itu tidak putus asa.. harus menjadi satu percikan bara kemahuan untuk terus berusaha.. terutama kepada memang yg berpotensi untuk melonjak lebih jauh..

'beri pancing' pula merupakan satu galakan.. memudahkan individu yang sedang berusaha supaya berusaha lebih gigih.. juga kepada yang belum menemukan jalur seterusnya setelah bertumpu di jalan buntu.. dengan memberi 'pancing' yang berlainan maka mereka ini boleh menduga laut yang lebih dalam..

namun jika ternyata ada yang hanya menganga dan mengangkang, jangan 'beri ikan' kerna ia akan membuatkannya lebih malas, dan jangan 'beri pancing' kerna ia hanya akan memanipulasinya sahaja.. beri dia 'ilmu pancing' supaya dia keluar dari kepompongnya kerna dia akan tahu bahawa apa yg hanya ditunggunya bukanlah sesuatu yg sukar malah penuh dengan pengembaraan yang mengasyikkan.. biar ilmu itu menguja kreativitinya dan mencuit dinamik semangatnya..

kalau ilmu itu tidak mampu menjadikan manusia lebih baik.. maka sudah seharusnya manusia itu tidak dibantu sama sekali.. dan dia memang layak menghidupi kehidupannya apa adanya.. tiada perlu kasihan dan simpati..

sesungguhnya manusia itu bertanggungjawab atas dirinya sendiri sebelum menanggung dan menjawab manusia lain.. kita tidak boleh menzalimi diri kita sendiri dengan membantu org lain menzalimi diri mereka sendiri..

Read On 0 ulasan

portraits of simplicity



Kesadaran adalah Matahari
Kesabaran adalah Bumi
Keberanian menjadi cakrawala
Perjuangan adalah pelaksanaan kata kata

WS Rendra (Si Burung Merak)
Nama Sebenar : Willibrordus Surendra Broto Rendra
Tempat Lahir: Solo, Jawa Tengah
Tanggal Lahir: 7 November 1935
Meninggal Dunia : 6 Agustus 2009
Pendidikan : Jurusan Sastra Inggris, Universitas Gajah Mada, Yogyakarta - Tidak tamat. Beasiswa American Academy of Dramatical Art (1964 - 1967)





Penghargaan:
* Hadiah Pertama Sayembara Penulisan Drama dari Bagian Kesenian Departemen Pendidikan dan Kebudayaan , Yogyakarta (1954)
* Hadiah Sastra Nasional BMKN (1956)
* Anugerah Seni dari Pemerintah Republik Indonesia (1970)
* Hadiah Akademi Jakarta (1975)
* Hadiah Yayasan Buku Utama, Departemen Pendidikan dan Kebudayaan (1976)
* Penghargaan Adam Malik (1989)
* The S.E.A. Write Award (1996)
* Penghargaan Achmad Bakri (2006).





Ha ha ha ha I Love you Full !!

Mbah Surip
Nama Sebenar : Urip Ariyanto
Tempat Lahir : Mojokerto, Jawa Timur
Tanggal Lahir : 5 Mei 1949
Meninggal Dunia : 4 Agustus 2009
Gelar Pendidikan : Drs, Insinyur dan MBA
Album : Ijo Royo-royo (1997), Indonesia I (1998), Reformasi (1998), Tak Gendong (2003) dan Barang Baru (2004)

Read On 1 ulasan

7 wasiat 9 raja



  • Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu;
  • Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
  • Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
  • Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini;
  • Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan;
  • Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu;
  • Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Kepentingan sah kaum-kaum lain.
Raja Nazrin Shah bertitah mengenai wasiat yang disampaikan sembilan Raja-Raja Melayu semasa menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957, semasa melancarkan tiga buku Allahyarham Prof Datuk Dr Syed Hussein Alatas, berjudul Mitos Peribumi Malas, Intelektual Masyarakat Membangun, dan Rasuah : Sifat, Sebab dan Fungsi, sempena seminar antarabangsa legasi pemikiran Syed Hussein Alatas di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).


Read On 2 ulasan
 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008