pedra blanca dan malaysia, setinggan dan enau..



pulau batu putih dah diputuskan jadi hakmilik singapura.. walaupun semua hakim icj tuh setuju asal milik pulau tuh ialah kerajaan johor tapi undian 12-4 berpendapat bahawa singapura adalah pemilik mutlak terkini.. maknanya jelas bahawa penghakiman berlaku berhubung faktor sejarah sekitar surat tahun 1953 yg menyatakan bahawa kerajaan johor tidak menuntut hak ke atas pulau tuh..

sebenarnya dari awal lagi, bila pasukan malaysia menidakkan kepentingan surat 1953, dah dapat dijangkakan keputusan nih.. kita beranggapan bahawa apa2 sahaja yg lebih dekat maka dialah tuannya.. bila pulau nih lebih dekat dgn johor maka kitalah punya.. mmg begitulah cara sebahagian org2 melayu memutuskan hak milik dari zaman dulu.. kalau tanam pokok buah2an dekat dgn kebun org, maka org sebelah pun berasa macam pokok dia jugak.. tak kisah sangat psal sempadan.. sama2 merasa.. mmg ini semangat org melayu dulu.. tidak me'munya'kan harta dunia.. tapi kita lupa zaman berubah..

pastu semua main janji mulut.. kita tak heran sangat surat2 nih.. sebab kita percaya manusia dipegang pada janji.. bila meninggal, macam nak rak waris cari geran tanah, ukur sempadan, sebab waris tak duduk tanah tuh tapi nakkan hak.. bukan setakat berebut sempadan dengan jiran malah berebut sempadan sesama waris.. ini semangat org melayu sekarang.. sebab mempertahankan hak..

nih semua pandai penjajah, semua benda buat perjanjian bertulis, kalau tak jelas pun tulis jugak.. surat 1953 tuh tak kata pulau tuh hindia timur punya tapi jelas kata kerajaan johor tanak amik tau.. maka jadilah umpama setinggan.. tanah kosong pakat duduk ramai2.. bila dah duduk berpuluh tahun, tuan tanah pun susah nak halau.. kalau nak halau kena bagi pampasan pulak.. padahal bertahun2 dia duduk tak bagi apa2 pun kat tuan tanah.. nih jadi pada org melayu zaman berzaman.. dan mmg org melayu nih tak berapa pandai nak selesai isu setinggan nih.. solusi tipikal, kena beralah..

pulau secotet besar separuh padang bola tuh bukan ada apa pun.. isu yg sebenar ialah kawasan perairan dan angkasa.. singapura perlu kawasan angkasa lebih besar utk berlatih bawa pesawat terbang diorg yg canggih.. nih sama macam org singapura beli motor kuasa tinggi pastuh guna lebuhraya malaysia utk 'test power'.. paling kuat kena tembak 'speed trap'.. kalo kapal terbang kang kena tembak betul2.. selama nih pun dah kira nasib baik askar malaysia tutup sebelah mata bila diorg 'terbabas' masuk angkasa johor..

tapi singapura dah dirikan rumah api.. yg paling seronok, peta malaysia pun bagi alamat rumah api tuh singapura punya.. malah ada pulak pihak malaysia pernah mintak surat kebenaran dari singapura utk buat kajian kat sekitar pulau tuh.. maknanya secara tidak langsung mmg kita dah mengaku pun pulau tuh singapura tadbir.. maka mmg susahlah nak amik semula pulau itu jadi hak kita..

inipun satu lagi cara org melayu zaman dulu.. siapa yg buka dan usahakan tanah tuh maka dia lah yg punya tanah tuh.. rasanya kalau tak aslah dalam perlembagaan pun ada tulis macam tuh.. cuma bila tanah melayu dipersekutukan maka semua tanah jadi milik persekutuan.. nak buka dan usahakan kena mintak kebenaran persekutuan.. contoh jelas rancangan felda.. nih cara nak bagi hakmilik tanah kat org melayu secara sah.. masa tuh org melayu dah hampir takleh bersaing kat pekan2.. kena bukak hutan baru..

sama laa macam citer pulau sipadan dulu.. sebab mmg kita yg uruskan prasarana dan buat promosi antarabangsa maka mmg kita lah yg me'munya'kan pulau tuh.. tapi kira itu lebih mudah sebab takder surat menyurat.. sebab tanah2 belah situ penjajah tak amik tau sangat.. lagipun penjajah masa tuh dah amik borong satu pulau tuh untuk dia sebelum dia bahagi2kan sesama penjajah.. beza dgn johor dulu yg kononnya ada terer sket berbanding raja2 melayu yg lain.. sebab tuh penjajah pun buat cara cerdik dia.. agaknya raja johor masa tuh ingat inggeris nak pinjam saja, tak perasan licik penjajah nih dia nak me'munya'kan.. masa malayan union pun camtuh jugak.. org melayu nih tak pandai tulis2 atas kertas nih.. tuh yg selalu kena perdaya..

apapun, sebab kita dah mintak antarabangsa buat penghakiman maka kita kena terima jugalah.. dah mintak nasihat tapi pastuh tak terima makna kita takder adab.. nanti org kata kita tak bertamaddun pula.. cuma rasanya benda nih belum tuntas.. penghakiman dibuat dari perspektif sejarah.. tapi nak buat sempadan nih kena tgok kedudukan geografi.. tgok kedudukan ke tiga2 batu nih, panjang lagi cerita nak buat sempadan nih.. cuma rasanya nanti dari segi politik akan berlaku 'power play' kat perairan tuh.. macam biasa kata org melayu 'wait and see' saja lah..

apa yg boleh kita buat pengajaran ialah bagaimana kita akan kehilangan hakmilik kita jika kita tak jaga.. contohnya tanah melayu nih kita anggap milik org melayu sebab dari zaman berzaman mmg datuk nenek kita yg punya.. yg kita tak perasan ialah tanah melayu dah tak wujud, yg ada sekarang ialah malaysia.. bukan hak mutlak org melayu tapi hak samarata semua yg memegang hak warganegara..

kalau kita nak pertahan ketuanan melayu, kena jaga dan perkuat dalam perlembagaan akan kedudukan org melayu.. kena jaga dan perkuat institusi raja-raja sebagai simbol ketuanan org melayu.. kena jaga dan perkuat sistem mahkamah syariah dan kedudukan Islam sebagai asas jatidiri org melayu.. ini semua yg dapat mempertahankan hak ketuanan melayu..

dan juga kita tak boleh sekadar berpegang pada retorik sejarah kegemilangan kerajaan melayu lama.. kita kena sama2 kuat bersaing dan mentadbir sendiri negara kita demi org melayu.. bukan hanya mentadbir kuasa, tetapi juga memperkasa perpaduan melayu dlm ekonomi.. kita kena berhenti mencari2 kelemahan melayu, dan sebaliknya menggilap kekuatan sesama kita.. kita kena berhenti menuding jari mencari kesalahan dlm ummah kita, dan sebaliknya berganding bahu membina kekuatan jemaah kita..

kalau kita masih sibuk mahu menjadi enau di dalam belukar, kita tak perasan seluruh hutan dah penuh dengan pokok2 renek lain hingga enau2 yg tidak cukup tinggi tak mampu bernafas lagi.. jangan nanti penghujungnya, yg tinggal hanya spesis enau2 yg bantut, yg dipanjat oleh pokok2 renek lain.. silap2 masa tuh renek2 parasit tuh bunuh terus enau yg zaman dulu kala tinggi2 belaka.. nauzubillah..

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008